Pages

Friday, 22 November 2013

Perjalanan Suka Duka Di Mozambique

Cerita untuk negara ni dah lama aku start tulis tapi ntah tak tahu kenapa tak boleh nak siapkan.. mungkin sebab tak ada cerita yang menarik sangat.. sebab semua yang di plan tak menjadi.. Dan sampai sekarang aku still marah kat pegawai2 immigration dan askar2 mozambique yang suka minta duit for every single thing..

Entry ni sepatut nyer menjadi penutup untuk trip aku ke 4 negara.. Zimbabwe - Zambia - Malawi - Mozambique.. tapi untuk part penutup trip nie.. iaitu negara Mozambique.. aku tak ada apa nak kongsi.. tapi di sebabkan ianya satu dari perjalanan aku.. so aku share jer lah..


Bandar Tete adalah tempat persinggahan..
Kalau travel dari Malawi ke Zimbabwe..
Untuk visa Mozambique nie.. kene bayar RM 110.00 untuk 3 bulan..
BUT.. only 3 days for single entry.. Apakah...

Plan asal aku ialah sepatut nyer dari Wilayah Blantyre - selatan negara Malawi aku akan cross border ke utara negara Mozambique di Wilayah Tete dan akan travel sejauh 1250 km ke Wilayah Maputo di selatan negara Mozambique.. perjalanan yang akan mengambil masa selama 3 hari.. termasuk berhenti bermalam di pertengahan perjalananan nanti..

Perjalanan dari South Africa ke Zimbabwe.. Zimbabwe ke Zambia.. Zambia ke Malawi.. alhamdulillah semua berjalan seperti apa yang di rancang.. tapi bile nak masuk Mozambique masalah mula datang.. first2 dah kene halau dari border Mozambique.. kisah lanjut sila rujuk entry aku di  Malawi Part 3 : Moving Out From Blantyre City..


Perjalanan selepas melepasi Nyamapanda Border Post
Antara rumah kampung di wilayah Tete - Mozambique
Ada gunung bentuk macam fin jerung.. setuju tak?
Dari sini group aku berpecah.. Anas dengan Abdullah decide lepas siap buat transit visa 3 hari.. nak naik bas strait dari Blantyre, Malawi ke Johannesburg, South Africa.. tak nak continue journey lagi.. aku dgn Mus'ab akan tumpang brother imtiaz yang pelawa kami naik kereta dia sampai ke Wilayah Tete di Mozambique..

Merentasi jambatan utama di Bandar Tete - Mozambique

Jambatan yang merentasi sungai zambezi di Bandar Tete.. Sumber Google..

Di sebabkan dah buat transit visa untuk 3 hari.. tak kan nak by pass jer.. rugi la.. dan yang pasti.. lepas ni aku tak akan jejak lagi negara ni.. so aku ajak Mus'ab follow aku ikut Imtiaz Bhai ni ke Tete.. lepak sehari dua pastu baru masuk Zimbabwe..

Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk sampai di Tete, Mozambique.. sebelum sampai aku minta dengan Imtiaz Bhai untuk hantar aku ke Maahad Darul Uloom Al-Hassanain.. sebab seorang ustaz kat situ adalah bekas anak murid ustaz aku jugak.. ustaz aku pesan kalau singgah sana tolong sampaikan salam pada anak murid beliau.. Imtiaz kata ok sebab dia tahu mahaad tu dan memang akan lalu situ..

Jom Tengok Satu2 Nyer Madrasah Di Tete.. 

Ini lah Madrasah Maahad Darul Uloom Al Hassanain.. 
Kami sampai pada waktu magrib.. dalam keadaan hujan rintik..

Cantik kan? di bina sedikit demi sedikit.. Dari sumbangan orang2 tempatan..

Sebahagian masih dalam pembinaan..
Bahagian atas sebagai asrama..
Di bina sikit demi sikit..
 Mengikut dana yang ada..
Office madrasah..
Dan juga rumah2 tenaga pengajar..
Tandas dan bilik mandi
yang baru siap di bina untuk pelajar..
Mus'a pun nak posing.. :P
Amik la.. nak jadi bahan bukti kata nyer ..

Ini lah satu2 nyer motor yang di gunakan office jika ada urusan di luar..

Bila sampai maahad tu aku bertanya dengan beberapa pelajar dan akhir nya aku di bawa berjumpa dengan Al- Hafiz Muhammad Yussuf Aly.. rupa2 nya orang yang ku cari.. beliau bukanlah hanya seorang pengajar bahkan pengetua di situ.. selepas memperkenalkan diri..  kami di bawa melawat keseluruh kawasan kelas, pejabat, asrama, masjid etc..

Terasa macam tetamu terhormat.. dan paling best kami di pelawa untuk tinggal di rumah tetamu Maahad selama mana kami mahu.. segan2 pun 2 hari 1 malam jugak kami stay kat Maahad ni.. sebab nak stay lebih visa 3 hari jer pun.. tak boleh lama kat negara ni..

Tuk Tuk pun ada di Mozambique.. tak payah pergi India hahaha..
Keadaan jalan dan kedai - kedai..
Tak ada pape yang menarik pun kat sini..
Bawah shopping mall.. tingkat atas jadi hotel.. 
Hari terakhir selepas subuh pagi jumaat.. aku dengan mus'ab dapatkan tempat dalam combi - sebutan "kom-bi".. perkhidmatan mini bas ke border Mozambique - Zimbabwe.. bayaran 250.00 MZN - 27.00 MYR.. 4 jam lebih baru sampai di border.. time nak cop passport kene paw lagi dengan makcik immigration.. kalau tak bayar dia tak nak cop passport.. boleh dia kata " early morning.. i should have tea or coffee.." nak minum pagi pun nak paw ker..

Keadaan dari dalam tingkap Combi nie..
Ini lah Combi yang aku dengan Mus'ab naik..
Sempat snap last pciture sebelum beteri camera kong.. 
Di salah satu tempat berhenti rehat..

Tapi alhamdulillah selepas di uji Allah dalam Mozambique.. Ada sepasang suami isteri orang putih.. tumpangkan kami ke Harare, Capital of Zimbabwe dari Nyamapanda Border Post Zimbabwe - Mozambique nie.. Hitchhiker paling jauh aku dapat.. Lebih 185 km.. boleh apply book of record Malaysia tak hahahaa..

60 comments:

  1. cantek bandar tete tu
    gunung tu mmg mcm fin jerung
    asal x daki hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masalah besar di sini.. orang ramaitak boleh berbahasa english.. diorang guna bahasa portugis.. bandar dia ala kadar cukup apa yang ada jer.. tak daki? masa tak ada la Kak El..

      Delete
  2. Salam kenal kembali...
    Alhamdulillah syukur saudara berpeluang travel merata dunia mencari pengalaman berharga. Luasnya bumi Allah utk kita teroka. Bestnye...saya belum berpeluang lagi...belum rezeki barangkali. Done following u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm salam kenal juga..:D
      Alhamdulillah.. di beri peluang untuk mencari pengalaman di bumi Allah :D
      thanks follow me here ..

      Delete
  3. comel je pondok kat gambar yg last tu.. :-)

    ReplyDelete
  4. erkkk...nak cop pasport pon nak paw2 og ehhh dorang ni... dasyat sungguh dorang ni... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe.. sebab tu ini satu2 nyer negara yang tak akan dijejaki lagi.. :P

      Delete
  5. mozambique! tmpt idaman lepas tgk show anthony bourdain jejak kaki ke sana! ada satu pantai tu penuh bangkai kapal jee...dan barangan kapal/ nautic byk gile dijual kt sana. mmm! rasanya mmg akut ak dpt jejak kt sana...takut la..perempuan.. hehee..

    kagum dgn maahad yg ada di mana-mana. macam mana nk buat sumbangan ke maahad tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep pantai dia memang lawa.. dan ada banyak teluk2 kecil.. air memang clean..
      betul pasal bangkai kapal yang dah rapuh.. tapi tu la.. negara lawa tapi rakyat dia agak payah sket.. minta duit no satu.. nak buat sumbangan.. nanti akan share maklumat tu..

      Delete
    2. Tapi satu lagi pantai yg penuh dgn bangkai kapal tu ada di Namibia.. itu pun amat lah menarik :D

      Delete
  6. senang betul traveling terus Fif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan aja.. selagi badan mampu tak gitu goiq :D

      Delete
  7. bertuah dapat melawat negara org walaupun byk dugaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila banyak dugaan pengalaman.. kadang2 itu yang memberi kenangan terindah :D

      Delete
  8. Suka minta duit..perangai mcm tu yg JM paling tak suka..nk kata rasuah bukan jgk coz dia yg minta kan..

    Mcm mana tu..byr for 3 month..tapi 3 day for single entry..dah le bayar mahal tu..lepas baca story ni mozambiq bukan pilihan..maybe tak ada dlm list tuk travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la masalah di border afrika yang tak sibuk.. kalau nak lepas ada jer yang diorang nk kene kan kita ... sabar jer la... mungkin dia bagi Visa Transit jer kot.. sebab tu boleh masuk 3 days for every single entry.. negara cantik tapi sayang org dia tak fikir maju..

      Delete
  9. wah.. unik gunung tu bentuk sirip jerung.. ada madrasah juga di sana ya.. teruk betul sampai minta duit rasuah untuk cop passport..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab time tu pagi.. dan border tu kebiasaan nyer lori jer yang kuar masuk..
      tak ramai orang.. tu yang dia paw tu kot.. sabar je lah..

      Delete
    2. terpaksa juga bayar kalau nak jalan.. huhu..

      Delete
    3. tau tak pe.. mau tak mau kan.. terpaksa..

      Delete
  10. Teringat Johnny English bila sebut perkataan Mozambique dengan mata terkenyit-kenyit. Haha. :P

    You know what Mr. Time Traveller, all this while kalau saya baca blog pasal travel (not so much, just few of it), saya selalu nampak travel yang jenis macam pergi Aussie, Europe, Korea, Japan and so on. Yang boleh saya label sebagai "mainstream". Haha.

    And your blog, antara beberapa kerat travelling blog yang pergi tempat yang orang kata ala-ala lain dari yang lain. Places yang kita tahu wujud di peta, tapi tak ramai yang explore unless we watch documentary or so on. Places yang backpackers memang suka. Maafkan saya atas terms yang saya cipta sendiri (such as mainstream) dalam dunia travelling walaupun tak arif dalam travel. Haha.

    Anyway, thanx for the sharing and exposure. Of Mozambique. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee.. tak ramai orang tahu kewujudan nyer walau pun ia adalah sebuah negara yang amat besar ..

      Ok for me.. say bercita2 untuk jelajah setiap negara di atas dunia ni.. dgn cara mudah dan murah.. dan setiap negara walau bagaimana pun mesti ada tempat yang menarik.. dan tempat yg sukar di jelejahi itu akan lebih memberi kenangan sukar di lupai.. :D

      Insyallah akan always share something rare :D

      Delete
  11. cantiknya suasana jambatan tu.. yg berbaju perang kuning oren tu siapakah.. ahahaha... :P saja tya.. hehe..tempat bhenti rehat tu lawa btl rekaan dia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju perang oren kuning??? siapakah..??? hahahahaaa...
      tmpat rehat macam tu seronok jugak kadang2 :D layan view smbil di tiup angin..

      Delete
  12. " early morning.. i should have tea or coffee.." amboihh makcik tu hint baekkk punya. ahaks. teringat dlm last year ade ofismate pegi mozambique gak utk keje. scary dia kata malam2 sbb ade org masuk bilik hotel dia./

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. yg best pegawai lain pun nmpak.. tapi wat dek jer.. sbb mungkin semua pun sama jer kot.. aah scary sket kat tempat diorang nie.. amik gambar pun tak boleh sesuka hati.. kalau terambil gmbar tentera boleh kene tangkap..

      Delete
  13. eksotik sungguh tempat² deme ni yer ^^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. terkilan jugak sebab tak dapat pergi ke tempat yg cantik kat bahagian selatan Mozambique.. kat situ cantik sesngat kot..

      Delete
  14. Tumpang baca pengalaman TT ja.. Lambat lg kot nak masukkan dlm travel list..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks untuk membaca nyer..
      Mozambique ni buat yang last la dalam list.. :P

      Delete
  15. ada pengalaman hitchhike..185km lagi..kalau tak, ada public transport ke dari border Nyamapanda tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada public transport.. paling murah ialah combi.. tapi dia akan tunggu penuh 16 orang baru dia jalan.. so kene tunggu lama sebab dalam combi tu baru ada 3 orang.. dia kata malam pun boleh mungkin baru bergerak.. second naik teksi.. tapi mahal 40 USD seorang.. so try hitchhike..alhamdulillah dapat.. :D

      Delete
  16. gmbaq last tu bumbung dia memang unik sgt ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe.. :D kalau buat kat malaysia mahal kot...

      Delete
  17. hitchhike paling jauh ..,support 101% masuk amazing race. boleh lawan pakcik yg jalan kaki kuantan kl ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat apa nak jalan kalau boleh hitchhike kan?? hahhahaa..
      memang cita2 tu nak masuk amazing race.. :D

      Delete
    2. we'll see who gonna be in the next amazing race asia...amin ...like your said strength and brain working together

      Delete
    3. me.. me.. hahahahaa...
      yep strength and brain need to be together :D

      Delete
    4. Pray wil has new episode for asia

      Delete
    5. Insyallah.. need to fight with other 30 million Malaysian to enter the competition :P

      Delete
  18. Gaji dorg kecik sgt kot, tu yg mengepow orang je reti.

    Kalau tak bagi, dorang tak kasi lepas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji kecik or memang mereka dah biasa buat benda macam tu.. sebab pegawa tinggi pun sama jer.. ntah la kami dah lambat masa tu.. mmg terpaksa kasi jugak..

      Delete
  19. Salam

    Cakap pasal kombi, yg tahan nak gelak bila depa punya isyarat tangan ketika kombi tu penuh sarat dan ada org lain pulak tahan , isyarat tangan yg diberi mcm mencarut pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Memang pun..buat isyarat untuk tunjuk kita nak ke destinasi mana.. selalu macam tu.. dah penuh pun dia nak sumbat orang lagi.. hahahhaa.. :P

      Delete
  20. apa punya negara ni asyik nak pow je..patut la tak maju..tengok shopping mall macam kedai runcit kt malaysia je..haha kemain aku kan tak puas ati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar Puan Kutu.. nak buat mcm mne kan.. kalau itu dah mereka punya cara hidup.. mmg susah la nak maju :P

      Delete
  21. RM 110.00 untuk 3 bulan tapi 3 days for single entry??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pegawai tu buat visa transit.. agak ngok ngek gak la immigration diorang nie :P
      patut nyer buat visa visit..

      Delete
  22. tuk tuk?
    mcm best je naik...
    npe kat msia xnk ada kndraan cmtu ea,, ^,^ hehe jimat sikit ruang jalan dari naik kete tu..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuk tuk tu mmg best naik.. murah pun yer :D
      kat malaysia?? cuba tanya menteri pelancongan dan kebudaya hehehee.. saya tak tahu.. :P

      Delete
  23. Unik kawasan rehat kat sana :)

    ReplyDelete
  24. ehh comel la tuk tuk tu... hihi...serius kagum dgn gmbr last tu.. bumbung dia unik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuk tuk sekarang ni ada di mana2 jer :D
      Itu la pakai rumput pun boleh nampak unik mcm tu ..

      Delete
  25. pergh jauh tuh sampai zimbakweyhh hehehe..negara kulit hitam kn..sanee mst panas ya amat kn..tp tgk mcm xberapa nk maju je masih byk lg kawasan berpasir er...aku xsampai lg tgk dlm movie ajelaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata Africa.. memang semua nya kulit hitam la hahaha.. kalau mcm zimbabwe dan mozambique ni ada winter.. sejuk jugak la.. boleh sampai 13 degree mcm tu.. mozambique memnag tak maju mana..

      Delete