Pages

Thursday, 28 February 2013

Malawi Part 2: Malawi Lake Awesome...!!!!

Sambungan dari - Part 1: Truly of Africa.. Republic of Malawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. :D

Sebab dah lewat malam maka kami pun cepat2 la nak check in dan masuk bilik.. but bila tanya counter nak amik hostel dia kata dah penuh.. padahal aku dah booking awal2 untuk 4 orang.. memang tension masa ni..

Last choice kene amik camping site K850.00 seorang.. dan kami kene sewa khemah 4 sleeper K150 semalam.. if bawa khemah sendiri tak perlu untuk bayar extra charge khemah.. kami book untuk semalam dulu.. esok lain cerita.. :P


Berwudhu' di Lake Malawi sambil menikmati keindahan..
Khemah 4 sleeper.. harga sewa RM 7.00 semalam..
Pemandangan  dari jeti lodge.. khemah kami  yang dekat dengan  air tasik..
Jeti Mufasa Lodge.. if datang dengan boat sendiri.. boleh la parking kat sini.. Untuk bermalam di Mufasa Lodge..

Daud nama mamat yang tolong kami tadi tu.. bagitahu kami.. dia dan abang dia ada buat Pakej Tour Lake Malawi.. Pakej yang di tawar kan berharga RM 65.00 seorang..  murah dari apa yang aku baca dari internet.. dan yang best nyer pakej ni untuk sehari suntuk  pukul bape nak pergi dan pukul bape nak balik.. boleh ikut suka hati korang..

Harga termasuk:

1. Pergi dan balik ke sebuah pulau di Lake Malawi dengan sebuah boat.
2. Snorkling  kat pulau berkenan (barang snorkling dia organize).. 
3. Lunch.. dia akan masak untuk kitorang.. dan ikan bakar adalah menu utama.. dan boleh buat pilihan nak makan nasi atau kentang atau roti..
4. On the way balik dia akan bawa pi satu pulau lain untuk tengok Eaglefish sambar ikan dari depan boat jer .. boleh lihat dengan mata sendiri.. memang dekat giler la.. macam mana eaglefish ni menyambar ikan.

Sambil mandi sambil tangkap ikan di kawasan jeti..
boleh buat menu tengah hari nanti hehehe.. :P
Dapat pulak tangkap si ketam ni..  tak tahu boleh makan ke dak.
Matahari yang masih belum naik.. air pun sejuk jer.. 
Guna baju je nak tangkap ikan2 nie.. lawa lak tu berwarna warni.. :P
Antara yang masuk dalam baju.. :D
Hasil tak sampai 20 minit..

Pagi 9 April 2012 - Bila bangun pagi.. baru dapat tahu khemah kami 4 langkah je dari air tasik malawi.. Subahanallah memang cantik.. amik wudhu' dan solat subuh berjemaah dalam khemah.. lepas solat subuh baca yasin beramai2.. then lepak tepi tasik nikmati matahari naik.. pemandangan memang macam laut.. dengan alunan ombak kecil.. belum habis matahari naik sepenuhnya.. kami dah terjun mandi tasik yg macam laut ni.. lama gak mandi sampai pukul 9.00 pagi.. then siap2 sebab nak naik bot ikut pakej yang di janjikan oleh Daud.. dan kami balik di waktu petang sebab dia kata pakej tu satu hari.. nak balik pukul barapa pun tak ape.. hahahaa...


Bersedia menaiki bot dalam pakej RM65.00.. yang best nyer.. bot ni memang untuk kami jer..
On the way to that island with Daud, his brother and his friends..
Aku dengan Anas atas boat menahan kepanasan dari membakar kulit.. tak nak jadi hitam :P
Punggah barang dari boat dulu... baru boleh snorkling..
Snorkling di salah satu pulau @ Malawi Lake.
Air memang jernih sangat-sangat..
Jom terjun ... 6 meter dalam pun boleh nampak dasar lagi..
Macam  air laut kan? itu lah keindahan di Lake Malawi..
Lunch nasi, ikan bakar, kuah sup tomato dan sayuran segar.. 
Menikmati keindahan di pulau ni untuk saat akhir sebelum pulang.. :D

Petang tu kami balik terus mandi2 then siap2 nak pi jalan2 kat Pekan Monkey Bay.. saja nak cari apa yang boleh di beli.. sambil shopping tu ternampak perkataan masjid.. so apa lagi la masuk la.. jemaah baru abis solat asar berjemaah.. dan kami masuk buat solat tahyatul masjid dan jama' asar & zohor.. then borak2 dengan orang masjid.. Alhamdulillah seronok jumpa orang islam kat kawasan ni.. siap boleh cerita kedatangan Tabi'i ( Tabi'i ialah golongan orang yang sempat melihat para sahabat Rasulullah ) datang sampai malawi.. sebarkan islam..

Eaglefish Menyambar ikan yang di baling..
Bergambar bersama - sama setelah pulang..
Bersiap sedia.. nak pi pekan.. :D

Oleh di sebabkan orang masjid terlalu baik pada kami.. Imam masjid mengajak kami untuk bermalam di masjid sahaja.. tak perlu bayar pape.. boleh buat ittikaf sekali hehehe :P.. dan tak perlu bayar mahal2 pada Mufasa Lodge.. nak tolak tak sampai hati.. dan lagi pun kami hanya book satu malam jer dengan Mufasa Lodge.. sebelum Magrib kami dah check out dari Mufasa Lodge.. dan angkut beg untuk stay di perkarangan masjid..


Bersama orang islam tempatan di pintu masuk masjid..
Di hadapan Islamic Information Bureau
Sheikh Farajullah memberi penerangan..
Di bawa ke dewan bacaan kitab2 islam..

Malam tu kami tanya pada Imam Masjid Sheik Farajullah.. kami kata nak masak mee maggi.. sebab ingat ada dapur so nak minta guna la.. tunggu punya tunggu.. sekali dia datang bawa kayu dan periuk untuk kami.. mana lah kami tahu tak ada dapur.. dah menyusahkan dia pulak.. dia kata tak apa.. tetamu kene di raikan.. lagi pun dia yang ajak datang tido di masjid.. aku terdiam.. !!

So first malam di Mufasa Lodge Second malam di masjid.. Malam Ke-3 kami beransur untuk pulang.. dan cadangan yang mereka beri. kalau nak ke Border Zimbabwe  kene bertolak malam ni juga.. kalau tolak esok akan smpai border tengah malam esok.. so atas nasihat orang kampung malam tu juga kami bertolak amik bas kol 2.30 pagi.. memang betul sampai Bandar Blantyre dah pukul 1.00 petang.. 10 jam lebih perjalanan.. ticket bas K 1550.00.. 450 km lebih juga..  Continue Part 3

Wednesday, 27 February 2013

Malawi Part 3: Moving Out From Blantyre City


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua..  :D

Apabila kami sampai di Bandar Blantyre kami terus cari bas mini (van) untuk ke Border Malawi - Mozambique.. Hari ni 11 April - Isnin.. habis satu hari duduk atas kerusi bas je.. Lepas jer dari Border Malawi kene naik teksi untuk ke Border Mozambique sejauh 5.2 km.. sampai border Mozambique.. ada masalah lain pulak..

Pertama kene paw dengan pegawai tentera dekat post kawalan K500.00 seorang.. dan Kedua pegawai giler immegretion tak nak cop passport kami alasan sebab tak ada visa.. aku lawan dia balik untuk dapatkan passport kami di stamp..

Sebab aku dah tanya dengan Kedutaan Mozambique.. dan di beritahu.. Malaysian Passport Holder tak payah apply visa untuk masuk sebab boleh dapat dan bayar di border sahaja.. dan akan dapat visa transit untuk seminggu..


Layan pemandangan dari tingkap bas..
10 jam perjalanan dari Mangochi to Blantyre .. 
Budak yang tolong kami tunjuk jalan ke Bandar..

Gaduh punya gaduh.. last2 kami meeting jap.. kami semua sepakat untuk balik Blantyre semula buat visa kat Kedutaan Mozambique.. dan datang balik kemudian.. sebab mamat immigration ni memang tak akan kasi cop.. so patah la balik ke Border Malawi dengan Mozambique je dah 5 kilometer.. terpaksa bayar teksi K200 lagi.. pastu nak balik ke bandar dah la jauh.. nasib baik dapat tumpang Bas Intercape kene bayar K 1000.00 je seorang..


 Bas stop luar kawasan so kene jalan kaki 
untuk ke kawasan bandar ikut laluan keretapi

Sampai Blantyre dah lewat malam.. Sheikh Farajullah ada beritahu if kene bermalam pi la dekat Blantyre Lodge.. owner by muslim.. maka kami cari Blantyre Lodge atas nasihat Sheik Farajullah.. tak jauh dari tempat Bas Intercape ni stop.. actually belakang Blantyre Lodge jer hehehee.. kami amik normal double room K3,500.00.. kami amik dua bilik..


Setelah mengharungi jalan keretapi..
Alhamdulillah sampai juga di Bandar Blantyre..

Esok pagi 12 April - Selasa.. kami dapat breakfast untuk dua orang.. so aku dengan umar pi makan.. sebab anas dengan mus'ab tengah tido lagi.. Selepas kami check out pukul 10.00 am.. first thing kami kene buat ialah pergi kaunter Bas Intercape.. confirmkan ticket untuk pagi esok.. letak beg kat situ.. kami jalan kaki ke High Commission of Mozambique di Menara Umayo House, dalam bandar Blantyre ni.. dalam 4 km dari Blantyre Lodge..

Harga visa seorang K5500.00.. masa buat visa aku jumpa Imtiaz Bhai.. dia pun buat visa untuk enter Mozambique sebab keje.. bila dah borak.. dia kasi no phone sambil berkata "kalau nak tumpang naik kete dia boleh jer.. pi Mozambique tapi dua orang je la.."

So kami decide.. memandangkan umar ngan anas dah give up tak nak sambung journey.. diorang beli tiket bas intercape dekat R 1000.00 gak la.. bas direct balik Johannesburg dari Malawi.. Aku ajak Mus'ab amik cadangan Imtiaz Bhai ni.. rugi pulak kalau tak jalan2 dalam Mozambique.. bukan senang nak sampai sini..


Resit Visa dari High Commission of Mozambique di Blantyre Malawi..

Buat visa pukul 11.00 pagi.. Alhamdulillah pukul 3.00 petang dah siap.. sementara nak tunggu visa siap kami cari restoran halaal.. ada restoran halaal india.. lunch makan nasi dengan lauk daging kari K550.00 sepinggan mahal gila huhu.. then  macam biasa lah aku akan cari postcard nak hantar ke rumah di Malaysia hehee.. saja suka nak buat koleksi bila balik rumah nanti.. sekeping postcard K200.00 harga setem K160.00.. 


Antara bangunan moden di Balntyre..
Lepak kat Plaza dengan Mus'ab tunggu Imtiaz Bhai..

13 April - Rabu.. Lepas subuh.. Anas dengan Umar naik Bas Intercape.. berpisahlah kami di saat ini.. sama2 berdoa moga semua selamat.. aku dengan Mus'ab lepak kat bandar.. pusing2 bandar lagi hari ni sementara tunggu Imtiaz Bhai kat Plaza Mall.. dah janji semalam dengan dia.. nak ikut dia pi Bandar Tete di Mozambique.. tepat pukul 12:30 pm.. aku, mus'ab dan Imtiaz Bhai bertolak ke Bandar Tete, Mozambique..

Border masuk : Mchinji Border - 7 April 2012
Border keluar : Mwanza Border - 13 April 2012


Friday, 22 February 2013

My Next Trip.. The Most Dangerous In My Life

Assalamualaikum.. 

First at all aku harap para pembaca2 blog ni happy dengan apa yang aku coretkan setakat ni.. macam ada jer orang yang nak baca :P hahahaa...   Walau aku baru jer mula menulis tak sampai 6 bulan dari September 2012 sampai la tarikh sekarang ni.. Alhamdulillah dapat jugak 23 post aku tulis.. dari 12 negara yang aku dah travel..

Insyallah aku akan try tulis semua pengalaman di 21 negara yang aku dah travel setakat ini.. sibuk dengan kerjaya sekarang dan sibuk dengan urusan pemindahan aku ke negara lain.. membuat aku tak dapat nk focus  sangat dalm tulisan di blog ni..

Terima kasih pada  ramai yang sudi tegur aku dalam cara berblogging ni.. thank a lot to Puan Fajariah, Usop Wonderland dan adik comel aku Ida yang banyak menegur di permulaan aku blogging ni.. "Asal tulis macam orang buat thesis".. "Boring la.. sebab tulis panjang2.." etc hahaha... dan terima kasih juga pada rakan2 dan kenalan yang sudi baca dan menegur dari A to Z.. especially member2 SKA, Duzak and Ex-Duzak South Africa..

My dream is to be first Backpacker Malaysian Boy who conquer 22 countries by land in Southern and Eastern Africa

So next trip aku ni akan memakan masa hampir sebulan lebih.. dan aku tahu ia nya agak merbahaya apatah lagi untuk travel backpacker seorang diri.. mengharap pengalaman aku travel 8 negara iaitu South Africa, Namibia, Bostwana, Zambia, Zimbabwe, Malawi, Mozambique dan Swaziland dapat membantu aku dalam next trip ni.. Insyallah..

Untuk mengejar impian angan2 menjadi pemuda backpacker melayu pertama conquer Southern Africa dan Eastern Africa by land.. i have to do it.. and normaly chance doesn't come twice.. if something happen to me in my next trip journey.. so aku nak minta maaf awal2 pada salah silap aku.. jika ada yang tak puas hati.. 

Insyallah I will start my journey on 24 March 2013 and will start form Johannesburg, South Africa and will ending in Addis Ababa, Ethiopia on 30 April 2013..

1) Johannesburg, South Africa to Harare, Zimbabwe        983 km  - 
2) Harare, Zimbabwe to Lusaka, Zambia                         400 km -
3) Lusaka, Zambia to Chipata, Zambia                             508 km  -
4) Chipata, Zambia to Lilongwe, Malawi                          132 km  -
5) Lilongwe, Malawi to Dar Es Salaam, Tanzania             998 km  -
6) Dar Es Salaam Tanzania to Zanzibar Island, Tanzania   74 km   -
7) Zanzibar Island, Tanzania to Kigali, Rwanda                1,119 km -
8) Kigali, Rwanda to Kampala, Uganda                            377 km -
9) Kampala, Uganda to Nairobi, Kenya                            505 km -
10) Nairobi, Kenya to Mombasa, Kenya                          442 km -
11) Mombassa, Nairobi to Addia Ababa, Ethiopia            1,168 km - 

                                     Total Perjalanan                      6,706 km -


I'm just want to request doa from you guys..
Wish me luck and safe till the end of my journey.. Thank you.. :D 

Wednesday, 20 February 2013

Journey 21 Hours By Bus From Cape Town - Windhoek, Namibia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Memulakan perjalanan dari Bandar Cape Town, South Africa ke Windhoek, Namibia dengan Bas Intercape memakan masa selama 21 jam. Bertolak dari Cape Town pukul 11.00 pagi dan sampai di Bandar Windhoek capital of Namibia pukul 08.30 pagi keesokan harinya. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat dan tiada masalah yang dihadapi di boarder antara South Africa - Namibia.

Sebelum naik bas untuk perjalanan sejuah 1,272 kilometer.
Walau dah hampir 10 jam perjalanan 
tapi mampu loncat macam orang giler hahaha..

By the way nak cerita sket mengenai Syarikat Bas Intercape ni. Ianya adalah syarikat bas yang memberi perkhidmatan terbesar merangkumi seluruh Southern Africa. Dan ada pelbagai kategori ticket example kerusi biasa atau kerusi VIP yang lebih selesa. 

Dan jika perjalanan jauh memakan masa yang lama maka boleh la ambil Sleepliner. Yang mana anda boleh mengubah kerusi anda untuk menjadi katil. Maka faham-faham je la besar dan luasnya tempat.. harga amat berpatutan. Dari Cape Town ke Windhoek, kami beli tiket Sleepliner  R620.00 atau bersamaan RM 217.00 untuk perjalanan sejauh 1,272 km.. 

Merentasi kawasan gurun sejauh lebih 400 kilometer.
Keadaan bukit dan gunung ganang di kawasan gurun..
Bergambar seketika di kawasan gurun. Time bas tengah berhenti rehat. 
Di tempat bas ni berhenti rehat ada pulak orang jual arnab gurun. 
Kalau on the way balik mesti dah beli ni. Comel sangat dan murah pulak tu :D
Tak tahu sama ada di memang bersaiz kecil atau masih kecil. So cute :D
Actually aku memang suka naik bas di kawasan afrika ni..  kalau perjalanan tu setakat bawah 1,500 km boleh tahan lagi la.. sebab afika memang mempunyai pemandangan yang indah dan ia di panggail "virgin" oleh penduduk tempatan.. sebab belum lagi disentuh oleh pembangunan atau sebagainya.. so amatlah patut anda menikmati keindahan alam semula jadi ini.. Dalam perjalanan ini kami merentasi kawasan gurun sejauh lebih 400 kilometer.

Amik Sleepliner Coach memang selesa nak tidur :P
Bekalan makanan kami di dalam bas. Snack, roti dengan cheese cheddar.

Immigration Namibia.. aku rasa adalah antara yang terbaik di seluruh Southern Africa.. pegawai diorang rileks jer.. tak banyak soal.. tahu2 dia dah stamp passport kami.. Kami bertiga.. Aku, Anas dengan Mus'ab ( asal plan nak pi berdua ngan Anas jer.. last2 kene bawa Mus'ab sekali sebab nak ikut sangat :P hahahaa )..

Dalam bas macam biasa aku memang suka berborak dengan orang.. at least boleh dapat information destinasi nanti.. secara kebetulan ada pulak seorang orang Namibian ni student kat Cape Town.. so dalam bas kami berborak.. aku minta jasa baik dia "IF" boleh guna alamat dia di Namibia untuk di guna pakai dalam form immigration nanti.. alhamdulillah dia kasi.. dan dia bagitau pihak immigration yang kami ni roomate dia kat university.. perrghhh memang terbaik la dia nie.. !!


Namibia Arrival/ Departure Form..
Bersabar.. Lagi sejam jer  nak sampai Bandar Windhoek.. 
Bersama crew bas yang telah memberi services terbaik untuk kami..

Sampai di Windhoek.. Pemuda yang sama offer nak hantar kami pi mana2 jika kami mahu.. free jer.. walaupun dia seorang yang bukan beragama islam dia kata hari ni dia tolong orang.. esok lusa tuhan mesti hantar someone untuk tolong dia pulak.. bagus jugak depa ni.. :D

Dan kami pun apa lagi.. first aku minta bawa kami pi Windhoek Train Station untuk beli tiket first class dari Windhoek ke Keepmanshoop untuk 3 hari kemudian.. Alhamdulillah murah jer 110 Namibian Dollar bersamaan RM 38.42..


In front Windhoek Train Station.
Aku dengan Anas depan pintu masuk Chameleon City Backpackers Lodge.
Lepas habis beli train ticket.. dia tanya aku lagi  " where you going to sleep to night?.. let me send your there.." :P .. part ni agak susah sebab dia pun tak tahu kat mana lodge yang kami nak pi tu.. Chameleon City Backpackers Lodge.. setengah jam lebih jugak pusing2 dalam bandar tu nak cari padahal dekat jer.. siap boleh pi counter tourism information hehehe.. but at last alhamdulillah kami sampai juga :D