Pages

Thursday, 28 February 2013

Malawi Part 2: Malawi Lake Awesome...!!!!

Sambungan dari - Part 1: Truly of Africa.. Republic of Malawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. :D

Sebab dah lewat malam maka kami pun cepat2 la nak check in dan masuk bilik.. but bila tanya counter nak amik hostel dia kata dah penuh.. padahal aku dah booking awal2 untuk 4 orang.. memang tension masa ni..

Last choice kene amik camping site K850.00 seorang.. dan kami kene sewa khemah 4 sleeper K150 semalam.. if bawa khemah sendiri tak perlu untuk bayar extra charge khemah.. kami book untuk semalam dulu.. esok lain cerita.. :P


Berwudhu' di Lake Malawi sambil menikmati keindahan..
Khemah 4 sleeper.. harga sewa RM 7.00 semalam..
Pemandangan  dari jeti lodge.. khemah kami  yang dekat dengan  air tasik..
Jeti Mufasa Lodge.. if datang dengan boat sendiri.. boleh la parking kat sini.. Untuk bermalam di Mufasa Lodge..

Daud nama mamat yang tolong kami tadi tu.. bagitahu kami.. dia dan abang dia ada buat Pakej Tour Lake Malawi.. Pakej yang di tawar kan berharga RM 65.00 seorang..  murah dari apa yang aku baca dari internet.. dan yang best nyer pakej ni untuk sehari suntuk  pukul bape nak pergi dan pukul bape nak balik.. boleh ikut suka hati korang..

Harga termasuk:

1. Pergi dan balik ke sebuah pulau di Lake Malawi dengan sebuah boat.
2. Snorkling  kat pulau berkenan (barang snorkling dia organize).. 
3. Lunch.. dia akan masak untuk kitorang.. dan ikan bakar adalah menu utama.. dan boleh buat pilihan nak makan nasi atau kentang atau roti..
4. On the way balik dia akan bawa pi satu pulau lain untuk tengok Eaglefish sambar ikan dari depan boat jer .. boleh lihat dengan mata sendiri.. memang dekat giler la.. macam mana eaglefish ni menyambar ikan.

Sambil mandi sambil tangkap ikan di kawasan jeti..
boleh buat menu tengah hari nanti hehehe.. :P
Dapat pulak tangkap si ketam ni..  tak tahu boleh makan ke dak.
Matahari yang masih belum naik.. air pun sejuk jer.. 
Guna baju je nak tangkap ikan2 nie.. lawa lak tu berwarna warni.. :P
Antara yang masuk dalam baju.. :D
Hasil tak sampai 20 minit..

Pagi 9 April 2012 - Bila bangun pagi.. baru dapat tahu khemah kami 4 langkah je dari air tasik malawi.. Subahanallah memang cantik.. amik wudhu' dan solat subuh berjemaah dalam khemah.. lepas solat subuh baca yasin beramai2.. then lepak tepi tasik nikmati matahari naik.. pemandangan memang macam laut.. dengan alunan ombak kecil.. belum habis matahari naik sepenuhnya.. kami dah terjun mandi tasik yg macam laut ni.. lama gak mandi sampai pukul 9.00 pagi.. then siap2 sebab nak naik bot ikut pakej yang di janjikan oleh Daud.. dan kami balik di waktu petang sebab dia kata pakej tu satu hari.. nak balik pukul barapa pun tak ape.. hahahaa...


Bersedia menaiki bot dalam pakej RM65.00.. yang best nyer.. bot ni memang untuk kami jer..
On the way to that island with Daud, his brother and his friends..
Aku dengan Anas atas boat menahan kepanasan dari membakar kulit.. tak nak jadi hitam :P
Punggah barang dari boat dulu... baru boleh snorkling..
Snorkling di salah satu pulau @ Malawi Lake.
Air memang jernih sangat-sangat..
Jom terjun ... 6 meter dalam pun boleh nampak dasar lagi..
Macam  air laut kan? itu lah keindahan di Lake Malawi..
Lunch nasi, ikan bakar, kuah sup tomato dan sayuran segar.. 
Menikmati keindahan di pulau ni untuk saat akhir sebelum pulang.. :D

Petang tu kami balik terus mandi2 then siap2 nak pi jalan2 kat Pekan Monkey Bay.. saja nak cari apa yang boleh di beli.. sambil shopping tu ternampak perkataan masjid.. so apa lagi la masuk la.. jemaah baru abis solat asar berjemaah.. dan kami masuk buat solat tahyatul masjid dan jama' asar & zohor.. then borak2 dengan orang masjid.. Alhamdulillah seronok jumpa orang islam kat kawasan ni.. siap boleh cerita kedatangan Tabi'i ( Tabi'i ialah golongan orang yang sempat melihat para sahabat Rasulullah ) datang sampai malawi.. sebarkan islam..

Eaglefish Menyambar ikan yang di baling..
Bergambar bersama - sama setelah pulang..
Bersiap sedia.. nak pi pekan.. :D

Oleh di sebabkan orang masjid terlalu baik pada kami.. Imam masjid mengajak kami untuk bermalam di masjid sahaja.. tak perlu bayar pape.. boleh buat ittikaf sekali hehehe :P.. dan tak perlu bayar mahal2 pada Mufasa Lodge.. nak tolak tak sampai hati.. dan lagi pun kami hanya book satu malam jer dengan Mufasa Lodge.. sebelum Magrib kami dah check out dari Mufasa Lodge.. dan angkut beg untuk stay di perkarangan masjid..


Bersama orang islam tempatan di pintu masuk masjid..
Di hadapan Islamic Information Bureau
Sheikh Farajullah memberi penerangan..
Di bawa ke dewan bacaan kitab2 islam..

Malam tu kami tanya pada Imam Masjid Sheik Farajullah.. kami kata nak masak mee maggi.. sebab ingat ada dapur so nak minta guna la.. tunggu punya tunggu.. sekali dia datang bawa kayu dan periuk untuk kami.. mana lah kami tahu tak ada dapur.. dah menyusahkan dia pulak.. dia kata tak apa.. tetamu kene di raikan.. lagi pun dia yang ajak datang tido di masjid.. aku terdiam.. !!

So first malam di Mufasa Lodge Second malam di masjid.. Malam Ke-3 kami beransur untuk pulang.. dan cadangan yang mereka beri. kalau nak ke Border Zimbabwe  kene bertolak malam ni juga.. kalau tolak esok akan smpai border tengah malam esok.. so atas nasihat orang kampung malam tu juga kami bertolak amik bas kol 2.30 pagi.. memang betul sampai Bandar Blantyre dah pukul 1.00 petang.. 10 jam lebih perjalanan.. ticket bas K 1550.00.. 450 km lebih juga..  Continue Part 3

12 comments:

  1. Subhanallah...cantik nya view di Malawi Lake..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. memang lawa.. even tasik tapi macam laut :D

      Delete
    2. Subhanallah, mmg cantik view kat tasik tue...

      Delete
  2. salam..
    cantiknye tasik malawi..nampak sangat belum terusik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...
      yep.. memang cantik sampai di iktiraf UNESCO...
      ada masa nanti ajak hubby dan anak2 dtg sini :D

      Delete
  3. Salam

    bab bawak periuk dgn kayu api tu yang tak tahan hehehe

    Alhamdulillah
    Islam subur di mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even mereka orang afrika yang jauh dari kemodenan tapi still ikut cara islam dengan baik.. bagi mereka tetamu itu perlu di sanjung dan di beri layanan terbaik..

      Alhamdulillah islam itu ada di mana2.. :D

      Delete
  4. baiknye mereka tlg..da tuh pndai ke masak gune kayu aje hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang masak mee je malam tu so tak ada la susah mana pun..
      Memang baik sangat masyarakat setempat kat situ :D

      Delete
  5. Lawanya tempat ni..dan shiekh tu sangat baik hati...KAGUM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep betul tu.. sheikh itu memang seorang yang peramah dan baik..Mmg KAGUM smpai sekarang.. :D

      Delete