Showing posts with label Malawi. Show all posts
Showing posts with label Malawi. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

Malawi Part 2 : Arriving At Monkey Bay - Malawi Lake Boat Tour

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Disebabkan waktu dah lewat malam maka kami pun cepat-cepat nak check in dan masuk bilik. Tapi bila tanya counter nak book bilik hostel, dia kata dah penuh. Padahal aku dah booking awal untuk 4 orang. Memang stress masa ni.

Last choice kami kena pilih tidur di campsite yang berharga K850.00 seorang. Dan kami kena sewa khemah 4 sleeper berharga K150.00 semalam. Jika bawa khemah sendiri tak perlu untuk bayar extra charge khemah tu. Kami book untuk satu malam dulu, untuk esok lain cerita πŸ˜….

Berwudhu' di Lake Malawi sambil menikmati keindahan matahari terbit.
Kami sewa khemah 4 sleeper yang berharga RM 7.00 semalam.
Selesai urusan dapatkan tempat kami untuk tidur dan berehat terus kami ikut staff ke khemah kami. Dan masing-masing uruskan diri masing-maisng. At this moment agak takut jugak dengan keadaan khemah kami yang agak gelap gelita. Memang tak nampak apa pun dan yang pasti khemah kami dekat sangat dengan air tasik.

Bilik mandi dan tandas disediakan tapi kena berjalan sedikit. Selepas bergilir berdua pergi mandi dan dua orang jaga barang di khemah. Kami berwudhu dengan air tasik dan bersolat bersama. Selesai solat terus tidur kepenatan dengan perjalanan yang jauh dari Bandar Lilongwe siang tadi.

Bila dah siang baru tahu betapa cantik pemandangan di sini.
Pemandangan khemah kami yang sangat dekat dengan air tasik.
Jeti Mufasa Lodge. Boleh parking bot sendiri di sini untuk bermalam di Mufasa Lodge.
Staff yang bawakan kami ke khemah bernama Daud dan dia beritahu kami. Dia dan abang dia ada buat Pakej Tour Lake Malawi. Pakej yang ditawarkan berharga RM65.00 seorang. Agak murah dari apa yang aku baca dari internet. Yang menarik pakej ini adalah untuk sehari penuh dan boleh ikut pukul berapa nak pergi dan pukul berapa nak balik.

Harga Package Termasuk:

1. Pergi dan balik ke sebuah pulau di kawasan Lake Malawi ini dengan sebuah bot.
2. Snorkeling di pulau berkenan dan barang snorkeling dia mereka akan sediakan.
3. Lunch disediakan dan mereka akan masakan ditempat kami main snorkeling.
4. Ikan bakar adalah menu utama dan boleh buat pilihan untuk makan nasi, kentang atau roti.
5. On the way balik akan bawa pergi ke satu kawasan untuk tengok Eagle Hawk sambar ikan dari depan boat.

Sambil mandi sambil tangkap ikan di kawasan jeti. Ikan memang banyak.
Tangkap ikan guna baju dengan tabur roti. Boleh buat menu untuk lunch nanti πŸ˜„.
Ketam ni pun entah macam mana ikut masuk dalam baju juga.
Kami lepaskan semula sebab kecil dan tak tahu boleh makan atau tidak πŸ˜…
Waktu masih awal pagi lagi dan matahari pun dah mula naik sedikit demi sedikit.
Guna baju tshirt - ikat lengan dan tabur umpan roti. Ikan masuk terus angkat.
Antara yang masuk dalam baju. Ikan kan sini semua berwarna warni. Cantik πŸ˜‰.
Hasil untuk 5 minit pertama. Boleh la setakat main-main sambil mandi.
Yang besar kita simpan dan yang kecil kita lepaskan.
Pagi 9 April 2012 - Bila bangun pagi baru dapat tahu khemah kami hanya beberapa langkah sahaja dengan air tasik. Subahanallah memang cantik sangat-sangat pemandangan di sini. Amik wudhu' dan solat subuh berjemaah dalam khemah. Lepas solat subuh baca yasin berjemaah. Kemudian duduk tepi tasik kami menikmati pemandangan matahari naik.

Pemandangan di sini seperti melihat laut yang terbentang luas. Dengan alunan ombak kecil di tepi tasik. Belum habis matahari naik meninggalkan waktu syuruk. Kami dah pun terjun tasik yang. Hampir dua jam kami bermandi manda sehingga pukul 9.00pagi. Sempatlah main tangkap ikan yang banyak di sini.

Jom naik bot untuk Pakej Tour Malawi Lake yang berharga RM65.00 seorang.
Dan yang seronoknya pakej ini hanya untuk kami berempat sahaja πŸ˜„.
Selesai main air dan tangkap ikan bagai. Kami bersiap-siap untuk menaiki bot untuk pakej tour dari Daud dan abang beliau. Pukul 10.00 pagi kami naik bot dan lewat petang baru kami pulang semula ke khemah kami.  Sebab Daud kata once dengan mereka nak balik pukul berapa pun boleh. Memang terbaik πŸ‘.

On the way to that island with Daud, his brother and his friends.
Aku dengan Anas atas boat menahan kepanasan dari membakar kulit.. tak nak jadi hitam :P
Punggah barang dari boat dulu... baru boleh snorkling..
Snorkling di salah satu pulau @ Malawi Lake.
Air memang jernih sangat-sangat..
Jom terjun ... 6 meter dalam pun boleh nampak dasar lagi..
Macam  air laut kan? itu lah keindahan di Lake Malawi..
Lunch nasi, ikan bakar, kuah sup tomato dan sayuran segar.. 
Menikmati keindahan di pulau ni untuk saat akhir sebelum pulang.. :D

Petang tu kami balik terus mandi2 then siap2 nak pi jalan2 kat Pekan Monkey Bay.. saja nak cari apa yang boleh di beli.. sambil shopping tu ternampak perkataan masjid.. so apa lagi la masuk la.. jemaah baru abis solat asar berjemaah.. dan kami masuk buat solat tahyatul masjid dan jama' asar & zohor.. then borak2 dengan orang masjid.. Alhamdulillah seronok jumpa orang islam kat kawasan ni.. siap boleh cerita kedatangan Tabi'i ( Tabi'i ialah golongan orang yang sempat melihat para sahabat Rasulullah ) datang sampai malawi.. sebarkan islam..

Eaglefish Menyambar ikan yang di baling..
Bergambar bersama-sama setelah pulang.
Bersiap sedia.. nak pi pekan.. :D

Oleh di sebabkan orang masjid terlalu baik pada kami.. Imam masjid mengajak kami untuk bermalam di masjid sahaja.. tak perlu bayar pape.. boleh buat ittikaf sekali hehehe :P.. dan tak perlu bayar mahal2 pada Mufasa Lodge.. nak tolak tak sampai hati.. dan lagi pun kami hanya book satu malam jer dengan Mufasa Lodge.. sebelum Magrib kami dah check out dari Mufasa Lodge.. dan angkut beg untuk stay di perkarangan masjid..


Bersama orang islam tempatan di pintu masuk masjid.
Bergambar bersama di hadapan Islamic Information Bureau.
Sheikh Farajullah memberi penerangan berkenaan islamic center ini.
Di bawa ke dewan bacaan kitab2 islam..
Malam tu kami tanya pada Imam Masjid Sheik Farajullah.. kami kata nak masak mee maggi.. sebab ingat ada dapur so nak minta guna la.. tunggu punya tunggu.. sekali dia datang bawa kayu dan periuk untuk kami.. mana lah kami tahu tak ada dapur.. dah menyusahkan dia pulak.. dia kata tak apa.. tetamu kene di raikan.. lagi pun dia yang ajak datang tido di masjid.. aku terdiam.. !!

So first malam di Mufasa Lodge Second malam di masjid.. Malam Ke-3 kami beransur untuk pulang.. dan cadangan yang mereka beri. kalau nak ke Border Zimbabwe  kene bertolak malam ni juga.. kalau tolak esok akan smpai border tengah malam esok.. so atas nasihat orang kampung malam tu juga kami bertolak amik bas kol 2.30 pagi.. memang betul sampai Bandar Blantyre dah pukul 1.00 petang.. 10 jam lebih perjalanan.. ticket bas K 1550.00.. 450 km lebih juga.

Wednesday, 27 February 2013

Malawi Part 3: Moving Out From Blantyre City To Mozambique

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Malawi Part 2 : Arriving At Monkey Bay Town - Malawi Lake Boat Tour

Apabila kami sampai di Bandar Blantyre kami terus cari bas mini (van) untuk ke Border Malawi - Mozambique.. Hari ni 11 April - Isnin.. habis satu hari duduk atas kerusi bas je.. Lepas jer dari Border Malawi kene naik teksi untuk ke Border Mozambique sejauh 5.2 km.. sampai border Mozambique.. ada masalah lain pulak..

Pertama kene paw dengan pegawai tentera dekat post kawalan K500.00 seorang.. dan Kedua pegawai giler immegretion tak nak cop passport kami alasan sebab tak ada visa.. aku lawan dia balik untuk dapatkan passport kami di stamp..

Sebab aku dah tanya dengan Kedutaan Mozambique.. dan di beritahu.. Malaysian Passport Holder tak payah apply visa untuk masuk sebab boleh dapat dan bayar di border sahaja.. dan akan dapat visa transit untuk seminggu..


Layan pemandangan dari tingkap bas..
10 jam perjalanan dari Mangochi to Blantyre .. 
Budak yang tolong kami tunjuk jalan ke Bandar..

Gaduh punya gaduh.. last2 kami meeting jap.. kami semua sepakat untuk balik Blantyre semula buat visa kat Kedutaan Mozambique.. dan datang balik kemudian.. sebab mamat immigration ni memang tak akan kasi cop.. so patah la balik ke Border Malawi dengan Mozambique je dah 5 kilometer.. terpaksa bayar teksi K200 lagi.. pastu nak balik ke bandar dah la jauh.. nasib baik dapat tumpang Bas Intercape kene bayar K 1000.00 je seorang..

 Bas stop luar kawasan so kene jalan kaki 
untuk ke kawasan bandar ikut laluan keretapi
Sampai Blantyre dah lewat malam.. Sheikh Farajullah ada beritahu if kene bermalam pi la dekat Blantyre Lodge.. owner by muslim.. maka kami cari Blantyre Lodge atas nasihat Sheik Farajullah.. tak jauh dari tempat Bas Intercape ni stop.. actually belakang Blantyre Lodge jer hehehee.. kami amik normal double room K3,500.00.. kami amik dua bilik..

Setelah mengharungi jalan keretapi..
Alhamdulillah sampai juga di Bandar Blantyre..
Esok pagi 12 April - Selasa.. kami dapat breakfast untuk dua orang.. so aku dengan umar pi makan.. sebab anas dengan mus'ab tengah tido lagi.. Selepas kami check out pukul 10.00 am.. first thing kami kene buat ialah pergi kaunter Bas Intercape.. confirmkan ticket untuk pagi esok.. letak beg kat situ.. kami jalan kaki ke High Commission of Mozambique di Menara Umayo House, dalam bandar Blantyre ni.. dalam 4 km dari Blantyre Lodge..

Harga visa seorang K5500.00.. masa buat visa aku jumpa Imtiaz Bhai.. dia pun buat visa untuk enter Mozambique sebab keje.. bila dah borak.. dia kasi no phone sambil berkata "kalau nak tumpang naik kete dia boleh jer.. pi Mozambique tapi dua orang je la.."

So kami decide.. memandangkan umar ngan anas dah give up tak nak sambung journey.. diorang beli tiket bas intercape dekat R 1000.00 gak la.. bas direct balik Johannesburg dari Malawi.. Aku ajak Mus'ab amik cadangan Imtiaz Bhai ni.. rugi pulak kalau tak jalan2 dalam Mozambique.. bukan senang nak sampai sini..

Resit Visa dari High Commission of Mozambique di Blantyre Malawi..

Buat visa pukul 11.00 pagi.. Alhamdulillah pukul 3.00 petang dah siap.. sementara nak tunggu visa siap kami cari restoran halaal.. ada restoran halaal india.. lunch makan nasi dengan lauk daging kari K550.00 sepinggan mahal gila huhu.. then  macam biasa lah aku akan cari postcard nak hantar ke rumah di Malaysia hehee.. saja suka nak buat koleksi bila balik rumah nanti.. sekeping postcard K200.00 harga setem K160.00.. 

Antara bangunan moden di Balntyre..
Lepak kat Plaza dengan Mus'ab tunggu Imtiaz Bhai..

13 April - Rabu.. Lepas subuh.. Anas dengan Umar naik Bas Intercape.. berpisahlah kami di saat ini.. sama2 berdoa moga semua selamat.. aku dengan Mus'ab lepak kat bandar.. pusing2 bandar lagi hari ni sementara tunggu Imtiaz Bhai kat Plaza Mall.. dah janji semalam dengan dia.. nak ikut dia pi Bandar Tete di Mozambique.. tepat pukul 12:30 pm.. aku, mus'ab dan Imtiaz Bhai bertolak ke Bandar Tete, Mozambique.

Border masuk : Mchinji Border - 7 April 2012
Border keluar : Mwanza Border - 13 April 2012

Monday, 24 September 2012

Malawi Part 1: Kaki Melangkah Menyeberangi Sempadan Zambia - Malawi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selepas tour di Lusaka dan Chipta, Zambia. Aku memulakan langkah cross border ke negara sebelah iaitu Republic of Malawi. Negara ni agak terkenal kerana terdapat satu tarikan yang berstatus World Heritage (UNESCO) iaitu The Malawi Lake. 

Memang terkenal di dunia pengembaraan dan sebagai satu destinasi pelancongan utama di Afrika dan Malawi sendiri. Tasik Malawi ini berukuran panjang melebih 700km dari utara negara sehingalah ke selatan. Dengar pun dah menarik kan dan itulah salah satu reason kenapa aku nak jejakan kaki ke sini.

Kedudukan Tasik Malawi di Southern Africa Continent yang menjadi destinasi utama kami.
Dari Border Mchinji Malawi, kena naik teksi atau bas mini (van) untuk ke Lilongwe iaitu ibu negara bagi Malawi. Masa tengah sibuk cari transport selepas selesai immigration, tiba-tiba datang seseorang dan dia offer naik van dengan dia untuk ke Lilongwe. Van biasa yang bukan public transport seperti yang lain.

Dia charge seorang RM30.00 untuk perjalanan sejauh 120km dari border. Maka kami pun bersetuju untuk ikut naik van dia sebab persendirian dengan harapan tidaklah susah semasa perjalanan. Sebab kalau naik van public transport tu akan banyak berhenti turun dan naik penumpang yang silih berganti di sepanjang perjalanan dan ia lebih mahal.

Perkhidmatan bas dari Border Mchinji ke Lilongwe.
Tapi malangnya bila dah naik rupa-rupanya dia berhenti banyak kali dan ambil penumpang lain sehingga penuh van. Namun aku bernasib baik sebab duduk di bahagian depan berbanding Anas, Musab dan Umar yang duduk di belakang dan terpaksa behimpit-himpit dengan penumpang lain.

Pekan Mchinji hanya 12km dari border.
Nak dijadikan cerita semasa kami menghampiri post kawalan tentera sebelum memasuki Bandar Lilongwe dan menunggu giliran untuk di check oleh para askar yang sedang bertugas. Elok selesai jer dan pemandu van nak jalan. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi askar menahan van kami dan berjalan rapat ke arah van.

Dan tiba-tiba memarahi seseorang dibahagian belakang van dan bila aku toleh tengok rupa-rupanya Musab yang sedang dimarahi. Askar tu marah sebab Mus'ab ambil gambar post kawalan tentera yang merupakan kesalahan.Sama seperti di border Zambia tempoh hari. Nasib la dia tak rampas tapi suh deleted semua gambar depan dia.

Kami sampai agak lewat di Lilongwe ketika waktu sudah pun magrib. Sampai sahaja kami terus cari masjid sebab kedengaran suaran azan tadi yang rasanya tidaklah jauh mana. Niat kami cuma nak solat dan bersihkan diri ala kadar sebelum meneruskan perjalanan ke Tasik Malawi.

Dan kami jumpa Masjid Al Falaah dan ia juga adalah sebuah masjid terbesar di sini. Bila kami masuk sahaja kelihatan jemaah di dalam masjid kesemunya melihat kami yang pada ketika baru sahaja selesai solat magrib berjemaah. Ada yang bertanya Jemaah Tabligh ke? Ada apa-apa kursus ke di sini?

Kami diizinkan untuk bermalam sebagai tetamu di Masjid A-Falaah, Lilongwe - Malawi.
Bila jumpa masjid ketika travel di afrika ini memang satu keseronokan.
Terus aku jawap tak adalah kami ni student dari Johannesburg dan datang sini jalan-jalan sahaja. Ahli qariah sambut kami dengan baik dan lepas selesai kami bersolat. AJK masjid panggil kami duduk bersama mereka. Tanya kami pelbagai soalan. Dan bila tahu kami pelajar agama dan 3 dari kami hafal al quran lagi la mereka happy semacam. 

Kami di layan seperti tetamu VIP pula. Dan orang masjid bagi cadangan untuk kami bermalam sahaja di masjid ini sebab tak berapa sesuai nak travel waktu malam ke Malawi Lake. Dan ada yang mengatakan jalan juga tidak berapa elok sehingga boleh merbahayakan. Dan katanya esok sahaja sambung perjalanan. Kami pun memang ok sangat lah hihi.

Bersama Maulana Abdur Rahman Imam Masjid Street 7,
Sahabat lama di University Zakariya, Johannesburg, Afrika selatan
Lepas solat isya'.. ramai datang jumpa kami.. siap ada yang bawakan pizza untuk makan malam kami.. ada yang bawakan kami roti nan dan kari ayam.. time nak amik malu2.. masuk bilik terus makan maklumlah lapar.. alhamdulillah itulah rezeki.. ada juga yang bertanya.. nak selimut, bantal etc.. yang ajak datang tido rumah diorang pun ada..

Lepas solat subuh ada ustaz ni tanya " Ada nak pi mana-mana ke kat Lilongwe ni.." Aku kata ada kawan senior di sini dan kalau diizinkan aku memang nak jumpa. Ustaz tu tanya details dia. Aku kata dia imam kat masjid street 7 bernama Maulana Abdur Rahman. Terus ada seorang pakcik ni offer untuk bawa kami katanya dekat sahaja dalam 10 minit.

Satu-satunya bas dari Lilongwe untuk ke Mangochi.
Keadaan di tempat bas yang akan bertolak ke Mangochi City dari Bandar Lilongwe.
Alhamdulillah dpaat berjumpa selepas 4 tahun. Kami dijamu dengan sejenis nasi yag dimasak dengan susu dan dicampur dengan gula. Namun atas sebab tetamu maka aku buat kering makan sampai habis. Masa ni Musab surrender langsung tak boleh makan sebab tekak dah lain macam.

Lebih kurang dalam setengah jam sahaja kami di rumah Maulana abdur Rahman ni. Sebab nak ke bus station untuk dapatkan bas ke Mangochi. Terasa itu adalah pertemuan terakhir dalam hidup ini sebab tak mungkin aku akan dapat peluang untuk ke sini apatah lagi bertemu beliau.

Makan jagung bakar untuk lunch kami dalam bas.
Balik semula ke Majid Al-Falaah.. kemas barang.. kami di bawa ke rumah Rashid Bhai.. untuk bersarapan.. Orang nya biasa tapi makanan dia luar biasa.. Ada sandwich, daging hancur black pepper, jus oren, roti bakar, butter, scramble eggs , tea, coffee macam2 la :P.. Walau malu2 nak makan.. tapi habis semua kami makan hahaa...

Bila dah naik bas lebih 7 jam untuk perjalanan 250 km..
Macam ni la jadi nyer.. Main snap2 gambar :P
Mus'ab dah tak boleh tahan dengan bau yang tak menyenangkan ditambah lapar lagi
Ayam hidup pun mereka bawa naik bas kalau ayam goreng boleh tahan lagi.
Kesian pada umar kena duduk sebelah ayam ni hihii. :D

Ticket bas pukul 9.00 pagi tapi hanya pukul 11 lebih baru bertolak. Perjalanan sejauh 250km kena hadap keadaan dalam bas yang macam sardin. Dengan orang bawa ayam hidup pun ada. Ketika waktu hampir maghrib  lebih pukul 6.30 petang akhirnya kami sampai Mangochi. Harga tiket bas dari Linglowe ke Mangochi berharga 1700 kwacas bersamaan RM 25.00. 

Sampai di Mangochi Station Bus, kami menaiki satu bas lain untuk ke Pekan Monkey Bay yang memakan masa hampir setengah jam berharga 400 kwacas. Bila sampai terus cari Mufasa Lodge sebab hari dah lewat malam. Nasib baik ada pemuda ni tolong kami untuk cari hostel. Bila sampai di lodge barulah kami tahu pemuda ini bekerja di sini.

Bersambung Malawi Part 2 : Ariving At Monkey Bay - Malawi Lake Boat Tour