Showing posts with label Sesi Mengubah Suai Entry Lama Kepada Lebih Mesra Di Baca. Show all posts
Showing posts with label Sesi Mengubah Suai Entry Lama Kepada Lebih Mesra Di Baca. Show all posts

Wednesday, 14 August 2024

Mengubah Suai Entry Lama Kepada Lebih Mesra Di Baca

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dari empat bulan yang lepas sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah aku dah berjaya mengubah suai atau me'renovate beberapa entry lama yang aku tulis dari 10 tahun yang lepas. Sebab kalau korang ada baca entry About This Blog. Aku ada mention pada awal blog ini ditulis lebih kepada dairi untuk diri sendiri. Di mana aku tulis dan aku sorang jer yang faham.

But then aku belajar menulis dengan lebih baik selepas ada beberapa pengujung yang hadir ke sini memberi teguran dan cadangan. Alhamdulilah hari demi hari aku cuba menulis dengan lebih baik di blog ini. Kepada mereka yang tak berapa faham dengan tulisan kisah pengembaraan aku di entry yang lama tu. Memang aku mohon maaf bebanyak.

Untuk baca entry-entry yang telah diubah suai ini boleh tekan di tajuk entry di bawah :D



Masjid Bersejarah di Bandaraya Paris.
Masjid yang pertama yang aku jejakkan kaki di Bandaraya Paris, France. Sebuah masjid yang bersejarah dan dibina menggunakan seni bina Andalusia. Dibina oleh kerajaan Perancis bagi berterima kasih dan mengingati askar-askar Perancis yang beragama islam yang berjuang di bawah nama Tentera Perancis yang kebanyakan diambil dari Morocco, Algeria dan Libya. Entry ni aku tulis 11 tahun yang lepas pada 16 Jan 2013 :D


Perjalanan dari France ke England melalui tunnel dibawah laut.
Perjalanan yang menarik dengan menaiki bas dari Bandaraya Paris ke Bandaraya London. Dan dipertengahan antara France dan England yang dipisahkan dengan lautan. Bas telah melalui terowong di bawah dasar laut dengan menaiki train. Entry ni aku tulis pada 11 tahun yang lepas pada 1 Jan 2013 :D


Perjalanan Bas dari Cape Town, South Africa ke Windhoek, Nambia.
Pengalaman menaiki bas selama 21 jam sejauh hampri 1,500 km hampir menyerupai perjalanan dari  Singapore ke Bangkok. Satu pengalaman yang menyeronokan dengan melintasi kawasan padang pasir dan gurun. Tak ingat dah berapa puluh kali berhenti. Masa muda mungkin okay kalau sekarang mau bengkok tulang pinggang hahaha. Entry ni ditulis pada 20 Feb 2013 :D


Tuan Ambassador Malaysia yang paling sporting dalam dunia ni.
Mencuba nasib menziarahi ke Kedutaan Malaysia di Windhoek, Namibia. Without no reason, saja suka-suka. Alhamdulillah kesemua 3 orang kakitangan kedutaan yang begitu baik, ceria, peramah dan awesome termasuklah Tuan Ambassador Malaysia Dato Mustafa. Entry ini ditulis pada 23 Oct 2013 :D


Perjalanan train dari Windhoek ke Keetmanshoop Nambia.
Antara favorite aku bila mengembara di benua Afrika adalah dengan mengambil perjalanan dengan menaiki train. Alhamdulillah seronok walau memenatkan sebab kena menempuh ratusan kilometer gurun dari Windhoek ke Keetmanshoop iaitu bandar kedua terbesar di Namibia. Entry ini aku tulis pada 16 Nov 2013 :D


Perjalanan train dari Victoria Falls ke Bulawayo, Zimbabwe.
Experience paling best menaiki train di benua Afrika adalah menaiki Ghost Train ini dari Pekan Victoria Falls ke Bandar Bulawayo dengan jarak melebihi 400km di dalam negara Zimbabwe. Sebelum meneruskan perjalanan memasuki Negara Botswana. Entry ini ditulis pada 17 Dis 2012 :D