Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Bila tanya dengan kenalan yang dah pernah ke Fremantle. Mereka kata perlukan masa satu hari penuh untuk meneroka area Fremantle ini disebabkan ada banyak attraction di sini dan hampir kesemuanya diketagorikan sebagai wajib untuk dilawati.
Once bila kita dah smpai sini barulah tahu memang banyak dan nasihat aku pada yang membaca make sure datang seawal pagi if u nak explore the whole Fremantle ini. Apatah lagi kalau u all datang dengan public transport. Naik train sahaja dalam 30 minit dan bas 1 jam untuk sampai dari Perth City Center.
|
Pemandangan yang indah di atas The Round House - Fremantle. |
Dari WA Shipwreck Museum Galleries kami berjalan kaki menuju The Round House dengan jarak 270 meter lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Apa pun anda pasti tidak akan merasa penat disebabkan dengan keadaan persekitaran dan pemandangan ke arah laut yang cantik dan udara yang nyaman. Lagi-lagi kalau datang waktu winter macam kami.
|
The Round House ni adalah satu kompleks yang agak luas. |
|
Datang waktu winter memang seronok bergambar sana sini :D |
|
Keadaan di dalam The Round House. Bangunan yang berusia 200 tahun. |
Henry Willey Reveley adalah seorang civil engineer yang bertanggungjawap dalam membina structure The Round House ini pada tahun (1830-31) iaitu 18 bulan selepas The Settlement. Atau dua tahun selepas Captain Charles Fremantle raised the British flag at Arthur Head in 1829 to claim the Swan River Colony.
Beliau adalah seorang rakyat England yang lahir pada tahun 1788. Telah datang untuk membantu pembanguanan The Earliest Public Workers di Swan River Colony. Dan telah menjadi penasihat kepada pembinaan The Whalers Tunnel (1837-38) yang terletak di bawah The Round House yang menghubungkan terus ke Arthur Head.
|
Pemandangan Bandar Fremantle dari hadapan The Round House. |
|
Cantik dan kreatif.. Bagaimana keadaan kapal yang membawa muatannya. |
The Round House adalah The Oldest Public Building di Western Australia. Ia pernah digunakan sebagai lokap tahanan sehinggalah pada tahun 1886. Dibuka kepada pengunjung dari 10.30 pagi setiap hari dan ditutup pada pukul 3.30 petang. Sama seperti WA Shipwreck Museum, tiada sebarang entrance fee dikenakan namun donation sangat-sangat dialukan.
Dan dari sini jika anda mahu meneruskan perjalanan maka boleh la ke WA Maritime Museum yang terletak kurang 500 meter di sebelah kiri Round House ini. Dan boleh juga terus ke South Mole Light House lebih kurang 1.5km dari WA Maritime Museum. Kami tak berkesempatan nak terus ke Rumah Api South Pole disebebkan perlu pulang awal untuk memulangkan kereta sewa di Perth Airport sebelum pukul 5 petang.
|
Sebelah kiri itu Fishing Boat Harbor dan South Mole Lighthouse terletak disebelah kanan. |
|
Terdapat meriam yang digunakan untuk pertahanan dari kurun ke 18.
|
Dari The Round House kami berjalan kaki ke The Whalers Tunnel yang terletak lebih kurang 50 meter dari arah belakang. Bagi aku yang sukakan binaan bersejarah ni memang menyeronokkan. Tunnel ini tak ada apa yang menarik sangat cuma ia adalah binaan bersejarah yang berumur 200 tahun sahaja.
Tunnel ini telah digunakan untuk membawa minyak ikan paus dari perlabuhan terus ke Fremantle Street pada waktu itu. Tunnel ini mempunyai panjang 46 meter pada saat ini kerana telah dipendekkan dari 58 meter sebelumnya. Disebabkan clift atau tebing dibahagian arah laut telah dipecahkan bagi mengambil batu-batu untuk membina rumah dan bangunan. Ia mempunyai 3.62 meter lebar dan 4.27 meter tinggi.
|
Kami turun ikut laluan tangga ini untuk ke Whalers Tunnel. View memang cantik. |
|
Laluan di bawah bangunan Round House - The Whalers Tunnel. |
|
Keadaan terkini The Whalers Tunnel pada tahun 2024. Banyak penambahbaikan telah dibuat. |
South Mole Light House telah dibina oleh CY O'Connor sebahagian dari pembangunan Fremantle Harbor. Telah siap dibina pada tahun 1893 setinggi 24 kaki tanpa ada 'Steel Skeleton Frame' dan pada 6 tahun kemudian iaitu pada 1989 ia telah dibina semula dengan meletakkan Steel Skeleton Frame bagi mengukuhkan lagi binaan yang telah dipesan dari Syarikat Chance Brother yang berpangkalan di England.
|
Landasan kereta api Fremantle Line. Yang telah dibuka pada 1 Mac 1881. |
Terdapat dua rumah api di sini iaitu South Mole (Hijau) dan North Mole (Merah) tapi yang paling banyak dikunjungi ialah South Pole disebebkan ia terletak ditempat attraction terutama bagi pelancong yang datang ke Fremantle. Terdapat bekas tapak meriam untuk pertahanan yang ditempatkan di sebelah South Mole Lighthouse ini pada ketika perang dunia kedua.
|
Berjalan kaki dari Esplanade Park sampai ke Round House. Bila nak balik ke parking kereta baru la terasa jauh ditambah penat angkat Atiyya lagi huhu.. :D |
Dan di sini pernah menjadi Pangkalan Kapal Selam Tentera Bersekutu - Alliance Submarine Base WW2. Iaitu sebanyak 170 kapal selam pernah dicatatkan berkhidmat atau ditempatkan di sini yang datang dari negara Amerika, British dan Dutch. Dan sepanjang sejarah perang dunia kedua tempat ini tidak pernah diserang oleh mana-mana pihak.
|
South Mole Lighthouse. Diwarnakan hijau semenjak 1903. |
Walau bagaimana pun South Mole Lighthouse yang berumur lebih seratus tahun ini tidak dibuka kepada para pengunjung kerana ia masih aktif digunakan sehingga sekarang. Kita hanya boleh datang berkunjung ke penghujung teluk ini untuk bergambar dan menikmati pemandangan yang cantik di sini. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Parking disediakan tapi sangatlah limited.
Dibuka kepada pengunjung untuk bersantai sehingga ke penghujung teluk dan kawasan sekitar rumah api ini setiap hari dari jam 11.30 pagi sehingga 12.00 malam untuk Hari Isnin sehingga Jumaat. Dan pada Hari Sabtu dan Ahad dibuka dari jam 6.30 pagi sehingga 12.00 malam. Tiada sebarang entrance fee yang dikenakan. Somehow di sini banyak tempat attraction yang percuma. Best betul :D