Pages

Wednesday, 14 August 2024

Mengubah Suai Entry Lama Kepada Lebih Mesra Di Baca

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dari empat bulan yang lepas sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah aku dah berjaya mengubah suai atau me'renovate beberapa entry lama yang aku tulis dari 10 tahun yang lepas. Sebab kalau korang ada baca entry About This Blog. Aku ada mention pada awal blog ini ditulis lebih kepada dairi untuk diri sendiri. Di mana aku tulis dan aku sorang jer yang faham.

But then aku belajar menulis dengan lebih baik selepas ada beberapa pengujung yang hadir ke sini memberi teguran dan cadangan. Alhamdulilah hari demi hari aku cuba menulis dengan lebih baik di blog ini. Kepada mereka yang tak berapa faham dengan tulisan kisah pengembaraan aku di entry yang lama tu. Memang aku mohon maaf bebanyak.

Untuk baca entry-entry yang telah diubah suai ini boleh tekan di tajuk entry di bawah :D



Masjid Bersejarah di Bandaraya Paris.
Masjid yang pertama yang aku jejakkan kaki di Bandaraya Paris, France. Sebuah masjid yang bersejarah dan dibina menggunakan seni bina Andalusia. Dibina oleh kerajaan Perancis bagi berterima kasih dan mengingati askar-askar Perancis yang beragama islam yang berjuang di bawah nama Tentera Perancis yang kebanyakan diambil dari Morocco, Algeria dan Libya. Entry ni aku tulis 11 tahun yang lepas pada 16 Jan 2013 :D


Perjalanan dari France ke England melalui tunnel dibawah laut.
Perjalanan yang menarik dengan menaiki bas dari Bandaraya Paris ke Bandaraya London. Dan dipertengahan antara France dan England yang dipisahkan denagn lautan. Bas telah melalui terowong di bawah dasar laut dengan menaiki train. Entry ni aku tulis pada 11 tahun yang lepas pada 1 Jan 2013 :D


Perjalanan Bas dari Cape Town, South Africa ke Windhoek, Nambia.
Pengalaman menaiki bas selama 21 jam sejauh hampri 1,500 km hampir menyerupai perjalanan dari  Singapore ke Bangkok. Satu pengalaman yang menyeronokan dengan melintasi kawasan padang pasir dan gurun. Tak ingat dah berapa puluh kali berhenti. Masa muda mungkin okay kalau sekarang mau bengkok tulang pinggang hahaha. Entry ni ditulis pada 20 Feb 2013 :D


Tuan Ambassador Malaysia yang paling sporting dalam dunia ni.
Mencuba nasib menziarahi ke Kedutaan Malaysia di Windhoek, Namibia. Without no reason, saja suka-suka. Alhamdulillah kesemua 3 orang kakitangan kedutaan yang begitu baik, ceria, peramah dan awesome termasuklah Tuan Ambassador Malaysia Dato Mustafa. Entry ini ditulis pada 23 Oct 2013 :D


Perjalanan train dari Windhoek ke Keetmanshoop Nambia.
Antara favorite aku bila mengembara di benua afrika adalah dengan mengambil perjalanan dengan menaiki train.  Alhamdulillah seronok walau memenatkan sebab kena cross ratusan kilometer dari Windhoek ke Keetmanshoop iaitu bandar kedua terbesar di Nambia. Entry ini aku tulis pada 16 Nov 2013 :D


Perjalanan train dari Victoria Falls ke Bulawayo, Zimbabwe.
Experience paling best menaiki train di benua afrika adalah menaiki Ghost Train ini dari Pekan Victoria Falls ke Bandar Bulawayo dengan jarak melebihi 400km di dalam Negara Zimbabwe. Sebelum meneruskan perjalanan memasuki Negara Botswana. Entry ini ditulis pada 17 Dis 2012 :D

52 comments:

  1. Masuk sini macam keliling dunia. Tu pun tak habis khatam lagi. Apa pun teruskan lah mengelilingi dunia dan war-warkan lah dalam blog ini untuk kami hayati. Semuga di permudahkan urusan TT. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kalau khatam kan blog saya hihii..... Separuh dunia pun belum dikelilingi lagi.. Angan-angan tu nak kelilingi dunia ke 196 negara...terima kasih doakan saya .. Alhamdulillah :D

      Delete
  2. Semoga berjaya mencapai angan2 nya... Kita mampu baca kisah je..
    Ta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org kata dari angan-anganlah akan jadi kenyataan kan hihii.. :D

      Delete
  3. Bagus ni, dapat pembaca aktif. Beri komen membina.

    Menulis blog - pertama memang untuk memori diri sendiri, kedua untuk perkongsian pembaca. Lebih lagi blog travel macam Afif ni, jadi rujukan orang.

    Kalau akak boleh tambah, nak mintak Afif letak bulan/tahun travel pada entri. Maaf kalau dah letak, tapi akak yang tak perasan.

    InsyaAllah ada kesempatan nak baca entri² lama Afif. Nak mengembara menerusi pengalaman orang 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula awal menulis 10 tahun lepas mmg agak kalam kabut dan tak faham sebab baru nak menulis kan.. but try day by day nak improve and still.. skrg pun nk kena improve lagi skill penulisan..

      Mencuba menjadikan bahan bacaan di sini sebagai rujukan pada yg memerlukan tapi masih tak tahu mcm man penerimaan pembaca hihii.. :D

      Delete
    2. Kadang pengembaraan di sesebuah negara tu agak panjang.. Dan ada banyak yg nak dikongsikan sampai lebih 10 part kena tulis..
      Mungkin dah tulis tarikh bila travel itu di part yg pertama so bila masuk part kedua sehingga habis part yg terakhir dah tak terfikir nak tulis tarikh bila travel tu.. Okay baik insyallah akan improve lagi .. terima kasih :D

      Delete
  4. weyyy...banyak entry x khatam lagi ni...sabau erk..acik ko blogging sambil2 bekerja...hahaha...x jumpa erk awek cun tu? huh..lemmahhhhhhh......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa ... Slow slow kalau nak baca semua bagi khatam hihihi... Blogging sambil keje jgn kantoi dgn bos pulak hahaha... kita lemah bab cari mencari ni hahaha

      Delete
  5. Kena baca sikit demi sedikit macam nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan hihihii... Terima kasih sudi dtg membaca di sini.. :D

      Delete
  6. Rindunya nak pergi Cape Town!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom repeat hahaha.. saya rindu nak balik kg ke South Africa hihii

      Delete
  7. Teruskan usaha bagus mendengar pendapat pembaca setia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman ketika mengembara di luar negara :D

      Delete
  8. Entah, Akak fhm je apa yg selama ni TT tulis. Cuma sorry kalau jarang komen.

    Bagus juga kalau buat ubahsuai blog utk kemajuan. Klu dah 48 buah negara pernah dilawati, rugi pula klu tulisan tidak “difahami” (spt yg TT ckp tu).




    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yg saya maksud kan entry entry lama saya yg 10 tahun lepas.. Masa mula-mula menulis di blog.. Tulisan yg agak teruk dari semua aspek hihi..
      Itulah sy jenis syg kan apa yg say dah tulis.. syg la kalau tak blh dibaca dgn baik :D

      Delete
  9. ur blog sangat informatif! cuma kdg2 ada entries yg terlalu pnjg jugak, anyway this entry memang nice, secukup rasa, tak pnjg sgt heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih utk word informatif... Hurmm dah cuba utk pendek kan entey tapi nanti jadi banyak part pulak.. which one better entry pendek tapi byk part atau sebalik nya huhuu.. ok sy akan cuba reduce lgi kepanjangan entry insyallah :D

      Delete
  10. Best baca blog Afif ni. Detail. Thanks for sharing ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sbb selalu dtg berkunjung ke sini dan memberi comment Puan Mulan.. :D

      Delete
  11. Sy belum baca yg trip Zimbabwe ni tp dapat rasakan it's very interesting trip . Free² satgi nak baca Insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu nak ckp jugak.. sbb travel masa student dgn bajet yg very limited tak sama bila travel waktu dah berkerja dan berkahwin dan ada anak .. sila kan membaca :D

      Delete
  12. blog yg byk kongsi pengalaman travel...mmg bole bg info utk kwn2 yg nak pegi tp kdg2 pjg sgt tu kdg2 tk terkejar...anyway keep sharing info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the very good teguran pasal panjang sgt tu hihi.. Hurmm kena cut byk cerita utk kurangkan kepanjangan entry... Ok will try my best .. thank you

      Delete
  13. Bila dah renovate lagi menarik di baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga moga seronok la membaca hihii :D

      Delete
  14. your blog and blog sis anies inspires me a lot to study harder so that i can explore dunia luar hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu at first study harder as much u can while u still young.. dan percaya berkat dan rezeki atas usaha yg telah kita buat masa belajar dulu.. ots will take you around the world :D

      Delete
  15. Tahniah Afif! Kak Tini tak settle-settle lagi nak 'renovate' blog ;)

    Seronok betul baca update ni! Walaupun entry lama, cara Afif kemas kini buat cerita tu jadi hidup balik. Masjid di Paris dan perjalanan bawah laut tu memang epic. Pengalaman bas dan train di Afrika pun interesting, daebak!

    Teruskan share cerita-cerita best macam ni. It inspires me, really!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bukan senang nak renovate entry entry lama.. Nak kena baca balik semua perjalanan. Nak betulkan perkataan atau ayat tanpa mengubah situasi huhuu..

      Sebab dulu menulis tak fikir tatabahasa yg elok hahaha.. bak kata org skrg tulisnmcm budak wechat hahaha..

      Btw thanks for the good feedback from u :D

      Delete
  16. Nak kena baca slow-slow ni sebab banyak ketinggalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry 10 tahun lepas.. Boleh la kalau nak baca bila free hihihi..

      Delete
  17. kalau kat ofis mmg kena baca secara cepat kalau kt blog ni.. hihi.. sy sbnrnya kagum tgk entri yg panjang, dgn gambar lagi... brp jam la agaknya tuan tanah ni menaip utk update satu² entri... tp kalau dijadikan reference utk nak melancong mmg sgt membantu sebab sgt detail.. tahniah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jam? Hahahaa.. Tak pernah saya tulis entry travel dalam beberapa jam.. biasa ia memakan berhari-hari..

      Sebab nak kena search info takut sgt kalau tersalah info.. gmbr nak kena edit.. ubah suai teknik penulisan kalau terlalu mengarut hahaha.. Kdg2 nak letak tajuk pun bergaduh huhuhuu.. :D

      Delete
    2. Btw thanks for the very good feedback :D

      Delete
  18. Tulisan2 lama , yg dulu ditulis masih belum pakai kaedah SEO, masih asal saja, tak ada keywords, memang sebaiknya di revisi. Dan itu yg saya sedang lakukan juga. Dari tulisan 2011, sampai skr, baru sampai OCT 2017 yg sudah dirapikan. Lainnya masih berantakan 🤣🤣.

    Niat sehari 5 tulisan di revisi. Kenyataan kadang dah letih, jadi lupa 😄.

    Afrika msh jadi bucket list saya juga. Jujur belum berani kesana kalo sendiri. Lagi berpikir nak pakai travel teman saya. So ada guide lah. Waktunya saja belum pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bermula menulis dulu tidak difikir cara yg elok.. penggunaan bahasa yang baik.. tulisan pun banyak di short form kan sahaja.. Tidak begitu selesa kalau dibaca.Tapi mahu diubahsuai itu bukan mudah. Kena berhati2 supaya tidak lari dari jalan cerita..

      Delete
    2. Afrika lebih berani bagi saya dari ke India hahaha.. Kes bunuh rogol culik di India itu lebih menakutkan dari Afrika.. Pengalaman saya negara afrika bnyk yg lebih selamat walau ketika saya berjalan seorang diri.. :D

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. ada baca entry2 travel di Afrika...tapi belum habis rasanya...ok je, boleh faham..AA dah buka route ke Nairobi...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan la bila menulis mcm budak2 hahaha.. apa semua tatabahasa semua terabur hahaha.. alhamdulillah la terima kasih sudi membaca.. tau tau psl Nairobi tu mcm dah terbeli dah pun hahah.. :D

      Delete
  21. Banyak sudah pengalaman melancong keberbagai belahan dunia, pasti sangatlah menarik dan bisa di jadikan cerita pada para pembaca yang sangat butuh referensi jalan"ke luar negri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada lagi banyak yg belum dikongsikan di sini.. Semoga diberi kesempatan utk berkongsi semua cerita di blog ini.. :D

      Delete
  22. agak2 nya tuan ambassador tu masih bekerja lagi ke kat sana? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Ambassador tu dah arwah Al Fatihah buat beliau..

      Delete
  23. naik train tu yang syok walaupun terpaksa kematu pungkoq hahaha...
    masa ni laa dpt layan view kawasan yang tak pernah didedahkan kepada dunia luar...best nyaaaa kalau dpt naik train ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Few time naik train di Afrika memang menyeronokan.. Pemandangan yg begitu meneruja sekali.. Bab pungkoq kematu lepas turun baru rasa hahaha.. :D

      Delete
  24. kawasan2 yg berhenti masa naik bas tu, memang tempat khusus atau driver berhenti ikut dan dia je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa nya driver berhenti ikut dia kalau ikut tmpt wajib berhenti tu tak banyak.. tapi bila ada org request dan perjalanan pun dh lama.. mmg dia akan stop..

      Delete
  25. Terima kasih atas perkongsian semua ceritanya. Walaupun masih belum berpeluang merayap merata saya suka baca perkongsian tuan yang dimasukkan sekali tentang fakta sejarah sesuatu tempat. Tambah info baru kepada saya. Tqqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama dan terima kasih juga kerna sudi datang membaca di sini.. Harus la tahu sedikit sejarah di tempat-tempat yang telah kita jejaki barulah kita akan lebih faham keadaan di sesuatu negara berkenaan :D

      Delete