Pages

Friday, 16 August 2024

Australia Perth Part 10 : Kisah Hitam Batavia Di WA Shipwreck Museum Galleries - Fremantle

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Okay jom kita sambung bercerita next episod perjalanan kami di Fremantle, Perth. Selepas selesai menjejakkan kaki ke Victoria Quay dan Esplanade Park serta makan seafood di Kailis Fishmarkets Cafe. Kami berjalan kaki menuju ke Western Australia (WA) Shipwreck Museum Galleries yang berada 200 meter tidak jauh dari Kailis Cafe.

Di hadapan entrance WA Shipwreck Museum Galleries
Sebelum kita sambung, aku nak try buat entry ni kurang kepanjangannya sebab ada beberapa pandangan dari sahabat blogger lain mengatakan entry aku terlalu panjang. Walau dah cut off cerita beberapa kejadian semasa mengembara dan mengurangkan gambar yang di share tapi still lagi panjang hahaha.. 

Okla will see how panjang this entry.. Sambil menulis entry ni kita layan lagi "Esok" dari Amir Masdi :D

Saiz comparison sauh kapal dengan manusia.
Beberapa sauh kapal berusia ratusan tahun yang dijumpai di perairan Australia Barat.
Masuk adalah percuma namun Donation Are Welcome for the museum to maintain their operational. Dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Dan pada public hoilday dibuka dari pukul 1.00 petang sehingga 5.00 petang. Muzium ini hanya akan ditutup pada Sambutan Christmas Day, Boxing Day, New Year dan Good Friday. 

Dive into the fascinating history of Australia’s oldest shipwrecks.

Info Sejarah - Shipwreck Museum atau Muzium Kapal Karam ini diiktiraf di peringkat antarabangsa atas sumbangannya kepada arkeologi maritim dan pemuliharaan bangkai kapal. Melalui galeri di muzium ini kita boleh mengetahui mengenai pertemuan ekspidisi pertama dari eropah, perdagangan, dan sejarah pemberontakan paling menakutkan dalam sejarah.

Meriam dari kapal yang karam di perairan Western Australia.
Artifak penemuan dari kapal kapal yang karam.
Dianggarkan lebih 1500 kapal karam diperairan Australia Barat
Muzium yang terletak di dalam banguanan bersejarah Commissariat Fremantle di tanah Whadjuk Nyoongar. Yang mana asalnya dibina untuk menyimpan makanan, pakaian dan bekalan untuk koloni di Sungai Swan. Dan bangunan yang dibina pada tahun 1852 ini adalah antara tapak Australia Barat yang pertama dibina menggunakan buruh banduan. 

Muzium ini telah dibuka pada 1979 kepada orang ramai setelah kerajaan negeri West Australia mengambil alih Bangunan Bersejarah Commissariat selepas tertubuhnya Akta Karam Kapal Bersejarah Commonwealth 1976. Jabatan Muzium Australia Barat telah dilantik dan diberi kuasa untuk mengurus bangkai kapal dan peninggalan bersejarah Commonwealth di Australia Barat. 

Aboriginal - Orang Asli & Malay depictions of SS Xantho??

Wreck Of The Batavia

Kapal Batavia ini dilancarkan pada 1628 dan mempunyai panjang 150 kaki adalah sebuah kapal kebanggaan Armada VOC. Pelayaran sulungnya dari pelabuhan Belanda Texel pada 28 Oktober 1628 sebagai kapal utama bagi armada lapan kapal VOC.

Kapal Batavia mempunyai dua panglima iaitu seorang saudagar kanan atau komandan yang menguasai keseluruhan armada (Francisco Pelsaert) dan seorang nakhoda yang bertanggungjawab ke atas kapal itu sendiri (Ariaen Jacobsz).

Terdapat kira-kira lebih 330 orang di atas Batavia antaranya 180 kelasi, 100 tentera upahan, dan beberapa penumpang yang kaya, termasuk seorang yang amat cantik Lucretia van den Mylen berusia 27 tahun yang menyertai suaminya di Batavia.

Sebahagian dari muncung Kapal Batavia yang masih wujud selepas lebih 400 tahun.
Sangat menarik the way kreatifnya mereka nak mendirikan bahagian kapal ini.
Masalah yang wujud dalam struktur dwi perintah dalam kapal ini diburukkan lagi oleh fakta bahawa Jacobsz dan Pelsaert membenci antara satu sama lain kerana pertikaian di India dua tahun sebelumnya. Ini mengakibatkan pergerakan kapal sentiasa bermasalah termasuklah arah tuju dan navigation kapal itu sendiri. Dan paling teruk pergaduhan di antara dua kumpulan.

Dan akhirnya pada 4 Jun 1629 Kapal Batavia telah merempuh terumbu karang tidak jauh dari Houtman Abrolhos iaitu sebuah rantaian kepulauan 60 kilometer ke barat dari kawasan yang kini dikenali sebagai Geraldton di Australia Barat.

Replika Kapal Batavia
Sebenarnya kisah tentang Kapal Batavia ini lebih menyedihkan dari kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karangan HAMKA pada tahun 1938. Apa yang berlaku selepas terdamparnya kapal Batavia di sebuah pulau kecil ialah perebutan kuasa, pergaduhan mencari makanan dan sumber air bersih. Pembunuhan, Penyiksaan, Penghambaan dan Pemberontakan. 

Gambaran The Survival of Batavias Graveyard.
Dari jumlah 330 orang di atas kapal hanya kurang dari satu pertiga sahaja yang berjaya hidup. Lucretia van den Mylen yang telah dipaksa menjadi gundik Cornelisz tiba di Batavia dan mendapati suaminya telah meninggal dunia. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang pegawai tentera dan kembali ke Amsterdam di mana dia hidup sehingga usia 81 tahun.

Aku harap semoga kisah Batavia ini akan difilemkan satu hari nanti. Korang boleh baca kisah penuh Batavia yang menyedihkan ini di internet dan banyak buku yang telah dikarang berdasarkan kisah sebenar di dalam bahasa English. 

53 comments:

  1. bapak besar sauh tu...kalau SA kat sebelah tu memang kemetot la..entry awak terlalu panjang? kalau syncronize dengan jalan cerita why not..xde/ kurang gambar x best la..orang nak tengok gambar..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau baca sejarah kapal dagang dan askar zaman dahulu mmg terlalu besar sebab ia diperbuat dri kayu dan nak menempuh gelora lautan. Kapal 100 meter itu adalah biasa di zaman dulu.. Hurmm.. btul juga org kdg2 nk tgk gmbar kn :D

      Delete
  2. ok nice jer length of this entry!! anyway, novel tu famous la tp i lom baca lagi...tq for infor sharing yer..history knowledge ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tahu pasal kisah Batavia ini selepas masuk ke muzium ni.. betul lah mengembara membuka pengetahuan yg luas hihii..

      Delete
  3. linda ok je baca panjang, tapi kena zoom sikit...sebab tulisan comey...😊😊
    tapi, betul2 besar kapal nie...agaknya titanic lagi besar ke cmne???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh kena zoom... Tulisan comey ni comment baru ni.. Tak pernah lagi .. ok baik nanti kita check mcm mana nak besar kan .. thanks tau...

      Delete
  4. Best! Teringin nak pergi sebab saya & anak2 peminat sejarah. Kiteorang suka masuk muzium2 terutama muzium yang unik mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka muzium.. Lagi2 kalau travel mesti cari muzium sbb di situ kita akan lebih kenal culture mereka..

      Delete
  5. Replies
    1. Kapal zaman dulu nak berlayar dri Belanda ke Australia kena besar sbb nk tmpuh pelayaran yg lama..

      Delete
  6. memang bagus la kisah kapal yg karam ini dijadikan filem. Menarik juga ceritanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan cerita Batavia ni kalau dibaca mmg sedih seram apa semua ada.. klaau buat filem mesti best..

      Delete
  7. W'salam..
    For me ok ja entri panjang.. Maklumlah hanya penceritaan details dapat memberi penjelasan yang baik seolah-olah pembaca berada di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... Suka dgn ayat "seolah-olah pembaca berada di sana".. terima kasih.. saya akan cuba perbaiki dgn lebih baik dgn semua yg memberi comment di sini :D

      Delete
  8. buset
    jangkarnya segede gaban
    apa emang besar jangkar kapal segede itu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sauhnya aja sebesar itu kan.. kapal nya ngak tahu berapa kali ganda besarnya.. Hebatnya kapal dan org2 zaman dahulu berlayar merentasi lautan..

      Delete
    2. iya hebatnya orang jaman dahulu buat jangkar seperti itu,
      di tempat saya apalagi
      nenek moyang seorang pelaut,
      dan kemana - mananya pakai kapal pastinya

      Delete
    3. Oh di Indonesia dipanggil jangkar.. di sini sauh.. ia org Melayu itu dulu mmg ramai yg menjadi pelaut.. kerna tanah melayu itu terpisah dgn lautan.. dari aceh ke borneo.. dari cambodia ke Selatan Philippines..

      Delete
  9. ok suddenly zaty jadi minat pula dengar cerita sejarah pasal kapal tuuu! give me goosebump. what a cute lovely family btw!! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious best betul baca cerita dari novel Batavia nie.. Semua lengkap la percintaan, pemberontakan, perlayaran dan mcm2 lagi.. And thanks :D

      Delete
  10. Sauh tu besarnya! But org dulu² gagah kan, mostly that time guna kudrat manusia (bukan bantuan mesin) tapi penciptaan alatan sgt kukuh dah gigantic.
    Betul ke orang dulu² saiznya besar dari org skrg? Hence mereka lebih gagah 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan kena guna kudrat manusia maka semua yg dicipta terutama kapal utk berlayar adalah segagah dan sekuat lautan itu sndiri.. acecee mcm pandai lak kita hahaha.. Walau kehidupan zaman dahulu tak mudah tapi hayat hidu mereka agak panjang berbanding kita skrg ni.. kan?

      Delete
  11. Kalau sauh pun dah besar tu.... bayangkan kapalnya!

    Bagus la idea muzium ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Kapal dulu yg boleh bawa 300 org mau ada 100 bilik.. ruang utk brg dagangan lagi.. askar lgi.. alatan perang lagi.. huhuu.. Sejarah bila ada nilai di sesebuah negara mereka akan raikan dgn menjaganya..bukan memusnahkan nya..

      Delete
  12. Baru nampak sauh kapal yang sebesar itu.

    ReplyDelete
  13. Besarnya sauh kapal...agak-agaknya berapa besar pula kapalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya 150 ft panjang kapal Batavia.. Tapi sauh tu tak tah kapal mana punya huhuu

      Delete
  14. Wah..bestnya..byk boleh belajar bila gi muzium kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium adalah tempat wajib g saya bila mengembara.. :D

      Delete
  15. Kebanyakan kapal zaman silam ni lebih kurang sahaja kan reka bentuknya, setakad ni kak ana cuma berpeluang melihat replika kapal Flor de la Mar tu sahaja yang ada di Melaka, mana tahu ada rezeki boleh melihat banyak lagi replika kapal-kapal lama dan kisahnya, tq for sharing dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama tapi setiap negara atau bangsa ada seni bina dan reka bentuk yg tersendiri.. saya rasa la huhuu..
      Insyallah moga diberi kesempatan utk melihat kpl yg lain . Thanks for comment here too :D

      Delete
  16. Sedihnya berjalan di tempat yang pernah berlakunya konfliks, macam boleh bayangkan suasana hiruk pikuk masa saat genting berlaku nak2 pulak ada sebahagian replika kapal yang terlibat ada kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dari kisah Kapal Batavia ni mmg famous.. Byk perkara yg terjadi dari awal sehinggalah akhirnya mereka diselamatkan.. Kena baca kisah Batavia then barulah dtg ke sini baru la ada feel :D

      Delete
  17. Melawat muzium begini seperti kembali ke masa lalu dan boleh tenggelam dalam rasa sedih.

    Menarik kisah Batavia tu.
    Selama ini cuma tahu Batavia adalah nama lama bagi kota Jakarta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay part nama lama Jakarta tu menarik tak pernah tahu hihii.. So far dah baca dari internet kisah Batavia tu menarik juga la..

      Pergi mana2 wajib ke muzium utk kita lebih kenal keadaan dan bangsa setempat .. :D

      Delete
  18. Saya rasa panjangnya pas. Krn artikel yg google suka juga sebaiknya 700 kata. Bagi saya karena memang suka membaca, jadi artikel panjang begini asalkan menarik, dan ada foto2nya, itu tak akan bosan di baca. Kecuali hanya tulisaaaaan saja, itu barulah boring.

    Saya ada ketemu blog seperti itu, panjang tp tak ada foto pendukung 🤣. Dah macam meraba2 membayangkan seperti apa maksud tulisan dia 😄

    Saya sukaaa baca sejarahnya ini.. jadi tahu detail ttg kapal Batavia 😍. Museum kapal karam sepeti ini, pastilah saya akan datangi kalo nanti ke sana. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulisan sama photo harus ada bersama.. Barulah bila dibaca ada gambaran nya sekali tidak seperti meraba -raba membaca hahaha... Betul bangat itu.. :D

      Kalau suka travel seharusnya sejarah itu pasti kena ada pada minatnya.. Tidak lengkap kalau travel tpi ngak tahu sama sejarahnya.. bagi saya lah..

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Kalau tulisan panjang selama menarik ceritanya dan foto"juga mendukung ya baguslah, kalau tak ada foto berasa baca novel jugak kan ?..cerita kelam sejarah masa lalu ,memang bisa jadi pelajaran buat anak cucu kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas comment yg menarik.. Kalau menulis biar ada sekali dgn photo nya.. baru enak dibaca.. Sejarah itu tidak pernah menipu mmg bagus dijadikan pengajaran :D

      Delete
  21. menarik muziumnya..movie 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' belum tengok..ada nmpk sikit2 kat MV lagu OST 'Sumpah dan Cinta Matiku'...nmpk menarik movie nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belum pernah tgk cerita Kpl Van Der Wijck tapi byk tgk klip videonya sahaja.. Suka juga dengan lagu sumpah dan cinta mati ku tu hihiii .. :P

      Delete
  22. tu diaaaaa kayu apa diorang guna buat kapal ni? walaupun tak sepenuhnya ada tapi kelihatan masih baik lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dulu merentas lautan besar dgn kapal kayu jer.. Hebat pelaut dan pembuat kapal zaman dahulu..

      Delete
  23. tiba-tiba saya terfikir bila tengok gambar ni...
    adakah belanda suatu ketika dahulu pernah berhasrat untuk menjajah australia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg diorng menjajah.. pakatan belanda dgn inggeris dulu dari India smpai lah ke Australia.. Kulit putih bukan penduduk asal Australia.. huhuu

      Delete
  24. saya tengah membayangkan saiz terumbu karang tu...
    besar mana agaknya sampai kapal ni boleh hancur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapal zaman tu semua kayu.. kalau langgar batu karang mmg pecah la.. blh search di google kepulauan tersebut.. perairan cetak..

      Delete
  25. Zaman dulu membunuh menyeksa org itu mcm perkara mudah. Syukurlah kita hidup zaman skrg. Teringin nak pergi muzium shipwreck ini. Moga ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah sy doakan moga anda smpai ke shipwreck museum ini.. :D

      Delete
  26. Kalau ada movie tentang Kapal Batavia tuh memang akan menjadi movie yang hendak ditengok. Kadang-kadang ada cerita yang lebih menarik difilemkan walaupun banyak fakta sejarah tidak dapat dimasukkan kerana tempoh filem yang tidak boleh terlalu panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan jalan cerita yang panjang dan tak berkesudahan mmg bagus kalau difilemkan.. lagi-lagi ia berdasarkan dengan fakta sejarah.. :D

      Delete