Pages

Saturday, 10 August 2024

Australia Perth Part 9 : Kailis Fish Market Cafe - Fremantle Best Fish & Chips Since 1928

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Ramai yang kata kalau ke Perth, Australia kita wajib mencuba makanan seafood di sini. Sebab rasa seafood di Perth ini lain dari yang lain. Apa maksud nya? Bagi aku dari segi kesegaran seafood itu sendiri. Don't know how but satu yang aku notis adalah orang-orang di sini memang menjaga tahap kesegaran hasil laut yang mereka jual. Dari nelayan sehinggalah ke supermarket.

Alhamdulillah sampai juga kami di Kailis Fishmarket Cafe ini.
And somehow korang pun tahu kan, betapa ketatnya undang-undang menangkap ikan dan juga hasil laut di Australia. Kaki pancing pulak kena apply lesen dan renew lesen memancing setiap tahun. Dan tempat untuk memancing pun bukan di mana ada air situ korang boleh mancing. Boleh kena saman dan semua peralatan mancing boleh kena rampas tau. Dan kena apply permit memancing pulak untuk sesetengah tempat. 

Suka betul Burung-Burung Camar ni dengan Atiyya. Ntah apa kuasa yang dia ada huhuu..
Kawasan park yang tenang dan ramai yang hadir beraktiviti bekeluarga di sini.
Kadang-kadang jadi stress tengok video orang memancing di Australia. Dari 10 ekor ikan yang dipancing hanya 2 ekor sahaja yang boleh mereka ambil huhuu.. But that is how mereka nak menjaga eco system hidupan di dalam air. Eh jap nak cerita pasal fish and chips di Fremantle ke nak cerita pasal benda lain ni. Tetiba masuk bab mancing lak.. kaki pancing ter-emoasi pulak hahaha..

Belum pun pukul 10.30 pagi kawasan park telah dipenuhi pengunjung.
Esplanade Youth Plaza.
Okay baik selepas kami spend some time di Victoria Quay, kami menaiki semula kereta menuju ke Esplanade Park dan parking kereta di bahu jalan Marine Terrace Road untuk ke Kailis Fishmarket Cafe. Dan masa ni semua dah kelaparan sebab belum breakfast lagi. Maka kami pun keluarkan bekal dan berpicnic di kawasan park yang tak jauh dari kereta.

Nak dijadikan cerita elok kami duduk di salah satu kerusi yang banyak disediakan di park ini. Tiba-tiba ada satu orang tua ni halau kami dari duduk di kerusi sambil membebel marah-marah sebut pasal muslim la migration la. Kami pun macam blur kejap "Eh, Apa hal". Abg Wan lak jenis tak boleh sabar. Aku pun cool down kan Abg Wan. Biarlah orang gila kot tak yah layan kita alih jer la pergi kat kerusi lain.

Bekas tak ada maka kita guna mangkuk dari apartment. Sandwich cover guna tisu.
Selesai makan bihun goreng dan sandwich tuna. Kami pun mula meneroka keadaan sekitar park sambil menuju ke Kailis Cafe. Ada banyak juga attraction di sini termasuk Tourist Wheel Fremantle, Esplanade Youth Plaze tempat main kasut roda, skateboard, basikal dan sebagainya. 

Masa ni tengah musim winter so ada beberapa aktiviti musim sejuk diadakan di tempat terbuka seperti Ice Skating di tengah padang, yer di tengah padang memang menerujakan. Dan di sini juga ada beberapa promoter memberi flyers menawarkan pakej seperti Trip Whale & Dolphin Watching. Fishing Trip, Site Seeing Trip on boat. Dan ada beberapa lagi aktiviti lain seingat aku.

Datang pada waktu winter ada Winter World - Banyak aktiviti yang disediakan.
Ice Skating open air di tengah padang di Esplanade Park ni. 
Disebabkan kami dah pun makan breakfast. Maka kami decide untuk berjalan-jalan terlebih dahulu sebelum ke Kailis Fishmerkat Cafe. Dari Esplanade Park ini kami berjalan sambil enjoy the environment dan melihat semua attraction yang ada dan kemudian berjalan ke arah Fremantle Fishing Boat Harbor. Kot kot la boleh tengok ikan naik macam kat jeti Kuala Kedah ke kan hihii.

Okay sebenarnya bukan Kailis Cafe sahaja yang menawarkan makanan seafood di sini tapi ada banyak lagi restoran dan cafe samada indoor dan outdoor. Namun Kailis Cafe menjadi pilihan disebabkan mereka secara official menyatakan segala masakan berasaskan seafood adalah dijamin halal untuk pengunjung yang beragama islam.

Menuju ke Bangunan Cicerello's Fremantle Seafood Fish n Chips.
Joe's Fish Shack Restaurant. Antara puluhan tempat makan yang ada di sini.
Boat yang membawa pengunjung untuk aktiviti yang disediakan.
Namun Kailis Fishmarket Cafe tiadak mempunyai sijil halal disebabkan mereka ada menjual wine di dalam restoran mereka. Boleh semak dibeberapa buah website antaranya Have Halal Will Travel #HHWT atau Australia.com one of the official website form Australia Government which said "Halal Status: Seafood options available, cooked separately from non-halal chicken meat and alcohol". 

Dan dalam carian aku restoran selain Kailis tidak ada menyediakan pilihan makanan halal untuk pengunjung beragama islam. Namun mungkin aku silap, if korang ada maklumat lain boleh share di ruang comment di bawah yer. 

Eh lawa pemandangan. Kita amik gambar dulu berdua.. eh silap bertiga..
Penuh dengan pengunjung yang datang makan di Kailis ini.
Orang Malaysia yang datang makan di sini pun dah tak boleh kira pakai jari.
Disebabkan sekarang ni musim sejuk memang ramai orang memilih untuk duduk di bahagian luar. Dan boleh la layan view di tepi laut ini sambil layan bot nelayan keluar masuk ke perlabuhan ini. Okay Kailis ini dibuka setiap hari termasuklah public holidays dari jam 10.30 pagi sehinggalah lewat tengah malam.

Dan berjaga-jaga jika datang ketika public holidays surcharge sebanyak 15% akan dikenakan. Dan pembayaran menggunakan Credit/ Debit Card akan ada processing fee ya. Nak selamat bayar guna cash sahaja. Jika anda datang pada waktu peak season maka boleh buat reservation meja dan makanan terlebih dahulu bagi mengelak menunggu terlalu lama.

Antara puluhan seafood yang ada disediakan di sini.
Disebabkan kami pun tak tahu nak order apa. Rambang juga mata melihat semua seafood yang disediakan. Maka kami decide setiap seorang pilih satu menu yang berlainan. Lepas tu kita makan share-share jer lah. Nasib la baru jer makan breakfast tadi. Tak ada la banyak yang kami order. Tapi nak kata tak banyak pun banyak juga la kami order hahahaa..

Aku order Fish And Chip pastu tambah dengan Extra Squid. Kira semua macam goreng tepung rangup la. Kak Ngah dengan Abang Wan order muscle, oyster, udang, ikan fillet ntah apa lagi tak ingat sebab gambar kat aku tak ada. Kalau lah kita tak convert harga makanan seafood yang fresh sangat ni. Memang murah giler. Sebab kalau kat Malaysia nak makan macam-macam memang mencecah 3 angka lebih.

Fish n Chips di Kailis Fish Market Cafe, Fremantle.
Menu pertama yang sampai sebab aku order jauh awal dari diorang.
Konon mulanya nak tunggu semua order sampai dulu sebab nak bergambar dengan semua makanan tapi sebab Atiyya dah cuit sana sini sampai kami pun tak sabar. Maka kami makan jer lah. Lepas makan satu persatu menu yang di order pun sampai dan kami keep makan sampai lupa nak amik gambar.

Alhamdulillah overall kami enjoy makan seafood di sini memang terasa kesegarannya. Kalau korang datang cubalah try makan seafood di sini, memang berbaloi.

Fish Market ini telah dibuka semenjak 1928 lagi dan memang ada menjual hasil laut dan ada yang menjual makanan ready to eat. Namun pada 1986 Victor Kailis telah membuka cafe ini dan kemudian disambung oleh anak beliau George Kailis.

47 comments:

  1. Cute gmbr atiyya dgn burung2 putih tu
    Sedapnya seafood🤤🤤🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia seorang jer yang boleh kumpul burung tu byk2 keliling dia hahaha..
      Seafood di Fremantle ni kena try MZ.. Sedap :D

      Delete
  2. seronok jejalan tgk tempat org. if saya pun cfrm rambang tgk seafood, and without convert kan, tgk harga dia agak murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Bila tak convert tgk harga makanan dia macam reasonable la. Tak la mcm di malaysia.. Takut nak makan seafood kalau bukan baru lepas dpt gaji hihii :D

      Delete
  3. Hehe kata tidak banyak pesan tapi banyak jenis pesan juga ya.
    Makanan laut ini memang penting kena segar. Kalau tidak boleh jatuh selera juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la sebab masing masing pesan menu sendiri.. tau tau bila kumpul jadi byk la pulak .. tapi alhamdulillah semua habis di makan hihii :D

      Delete
  4. Sudahlah ikan segar, saiznya pun besar. Sama dengan kentang goreng besar-besar jari hihihiii. Memang puas makan di sini walaupun kena pejam-pejam mata sikit melihat harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kentang goreng dipotong besar2 mcm tak kedekut gitu hahaha.. Bab harga tu kena pejam dua dua belah mata sebab sekali jer kan seumur hidup hahaha :D

      Delete
  5. cute betul la atiyya ni subhanaAllah !! fresh betul ye seafoodnya and bumi Australia memang cantikkk !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiyya mmg suka main dgn binatang.. Dgn kangaroo pun dia main peluk kejar.. ni dgn burung camar pun dia berkawan elok jer :D

      Delete
  6. Tak takut Atiyya dengan burung-burung tu... Nice photo Atiyya dengan burung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. Dia rileks jer.. kita yang takut sampai halau2 burung tu.. btw thank you :D

      Delete
  7. Orang yang marah tu agaknya hidup ‘bawah tempurung’. Memang tak berbaloi kita nak berlawan cakap dengan dia.

    Nampak macam menu biasa je kan…fish n chips. Tapi bila kata sedap segar…teringin jugak nak merasa macam mana rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kurang memahami peradaban dunia.. biar kan jer tak yah nak kata pape kan..

      Menu biasa tapi part segar tu yg mahal.. sedap dan baloi la mencuba.. So far paling sedap pernah makan di Sweden :D

      Delete
  8. Murahnya seafood dekat sana! Sama macam pengalaman saya pergi NZ dulu, ada tempat yg jual burger halal tapi takde sijil halal cuma dia asingkan tempat grill burger yang halal dengan yang tak halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg murah no wonder sentiasa penuh dgn pengunjung.. Betul tmpt masak seafood mmg dia asingkan dgn tmpt yg masak benda lain..

      Delete
  9. Fish n chips tu pun nmpk segar dah... Nk tengok osyter tu masak apa... Bila tengok kt sni viral mkn mentah2 tu, ehhh.. Tak lalu kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mentah kita pun tak lalu nak makan huhuu... Boleh minta nak masak apa.. jgn risau.. Fish and chip mmg terbaik kt sini :D

      Delete
  10. Pernah baca juga, yang dieorang memang utamakan kualiti dan makanan dekat sini pun dikatakan mmg sedap dan tak rugi untuk mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kualiti baik dan segar.. Harga murah.. mmg berbaloi mencuba utk makan di sini..

      Delete
  11. Beda tempat beda peraturan ya bang, rugi juga mancing banyak hanya boleh bawa 2, kalau di sini mah selama sabar ya bawa berapa saja boleh 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kalau di negara Malaysia sama Indonesia tangkap aja berapa banyak pun yang boleh.. selagi belum cukup masa selagi itu tidak berhenti mancing :D

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Burung camar ni sea gull eh? Tapi yg tu saiz dia dah nak sama dengan saiz ayam dah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul uncle.. Burung Camar dan Seagull tu adalah sejenis berlainan bahasa :D.. aah besar jugak la tu yg takut tak bagi atiyya baik sgt dgn camar tu .

      Delete
  14. Seafood dia woaahhh best nya. Kami dulu tak dan nak duduk cari kedai makan sebab sibuk nak ke sana sini. Makan tak kisah sgt, banyaknya masak simple awal pagi, packed dan picnic mana2. Moga ada rezeki next trip to Perth boleh try their seafood. Insyaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul seafood dia mmg best dilihat dan dimakan cuba tak best nak membayar hahahaa.. Ni jer satu satunya tempat di Perth yg mmg kami aim nak terjah makan hahaha.. Insyallah moga ada rezeki nak repeat buat kita kali kedua amin..

      Delete
  15. Attiya comel sangat sampai burung2 pun berkumpul tengok dia.. nasib tak bawak terbang 😅
    Best tu duduk luar makan dengan seaview. Dapat pula seafood yang fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau tau sbb tau burung camar tu bukan elok perangainya..suka curi makanan.. kalau ramai2 angkut atiyya mcm mana hahaha..
      Itulah seat sea view dah oenuh tak dpt la layan pemandangan..

      Delete
  16. Gambar Atiyya tu khususnya memang cantik...seronok la anak dara tu mengembara sama ngan mama papa dia...seafood tu menduga iman ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh la nampak dia seronok enjoy tapi harap2 dia ingat la kita bawa dia travel tu hihii... Sebab kecik sgt tu hahaha.. Alhamdulillah kenangan terindah bersama Atiyya.. yeap seafood tu jahat jeling kita suh beli dia hahaha..

      Delete
  17. Paling best kat Western Australia ni banyak park dan ada tempat duduk juga untuk berpicnic. Fish & Chips tu sedapnya.....nak nak yang fresh pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Banyak tmpt utk kita duduk bersantai.. Mmg culture negara 4 musim mcm tu kot.. suka bersantai di luar rumah.. Seafood kalau fresh mmg terbaik :D

      Delete
  18. Ya Allah melihat ini saya langsung ingat saat di Boston 😍😍😍😍. Seafood galore sangaaaat. Sukaaa memang kalo ke kota2 yg dekat laut seperti ini, karena dipastikan menu seafood mereka segar dan sedap.

    Kalo fish and chips memang favorit anak saya yg sulung. Bisa tak nak menu lain, iniii saja yg akan dia makan 😄😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesegaran itulah membuat tmpt makan di sini menjadi famous dan tidaklah begitu mahal harganya. Fish & Chips mmg favourite kita jugak.. Mudah di makan dan sedap hihii.. :D

      Delete
  19. kalau ada mentari, mat saleh mmg suka sangat lepak2 outdoor....sedapnya, fresh from the sea, mesti beza fish n chips dari kat sini...lg sedap kalau dpt cicah cili sos m'sia...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah suka dgn cara mereka melepak outdoor.. sos cili malaysia mmg terbaik best in the world.. dpt cicah dgn fish and chips kat sini mmg terbaik sgt tu :D

      Delete
  20. dan lagi yaa goreng bihunnn...
    sedap tuu...
    mesti ramai bertambah2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bihun goreng di perantauan mmg rasa sedap lain mcm hahahaa.. Nikmat nya terasa walau kosong jer masak :D

      Delete
  21. laaa kenapa kosong je tu? tak ada yg sudi main ice skating ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu nape.. mungkin belum buka kot.. time nak balik bru nampak ramai yang main ice skating tu..

      Delete
  22. uihhh seafood tuuuu
    syoknyaaaa kalau dapat bakar and cicah dengan air asam
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitrg siap beli seafood bawa bali masak di Apartment hihii.. Itu air asam tak bawa masa tu hahaha.. next time la..

      Delete
  23. sesapa pergi perth ni mmg tak sah kalau tak makan fish n chips kat Kailis ni... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya ada peluang ke Fremantle kena try la seafood kat Kailis ni.. Ah dah rindu pulak fish and chips dia.. hahaha.. :D

      Delete
  24. Kata ramai orang fish and chips nya terbaik di Kailis ni😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sebab kesegaran yang menjadi ukuran dengan tempat lain. Kena try kalau berpeluang :D

      Delete