Pages

Wednesday, 7 August 2024

Australia Perth Part 8 : Victoria Quay - Rottnest Island - E Shed Markets At Fremantle

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Australia Perth Part 7 : Journey End For Day 2 - Shopping Groceries At Coles Hypermarket

Seperti biasa cara travel aku adalah akan menuju ke destinasi yang jauh terlebih dahulu dan kemudian barulah enjoy all the other attraction di dalam bandar. Dan untuk hari ketiga kami di bumi Perth ini. Kami decide akan menuju ke area Fremantle sebuah tempat destinasi wajib jika ke Perth dan di sini katanya wajib makan seafood terutama fish and chips.

Destinasi pertama kami di Fremantle adalah Victoria Quay.
Seawal pagi selepas solat subuh kami dah bersiap-siap dan aku seperti biasa ke dapur untuk masak breakfast dan kami akan berpicnic di Fremantle nanti. Menu pagi hari sabtu ini adalah bihun goreng dengan sandwich tuna. Tepat jam 7.15 pagi kami telah bertolak dari All Suite Perth Apartment. Perjalanan yang mengambi masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke Victoria Quay dengan jarak antara 20- 25km bergantung jalan mana yang kita pilih.

Alhamdulillah menu pagi ini Bihun Goreng. Sawi dalam bihun itu wajib yer.
Kenapa kami menuju ke Victoria Quay? Jawapan tak tahu hahaa.. Satu mungkin sebab kalau drive ke Fremantle kita akan jumpa Victoria Quay ini terlebih dahulu. Dan di sini adalah tempat berlepasnya ferry ke Rottnest Island atau juga dikenali sebagai Wadjemup. Apa ada di Rottnest Islands? "A protected nature reserve, it's home to the Quokka, a small wallaby-like marsupial". Dan Quokka ini memegang title the happiest animal in Australia sebab wajah dia yang suka senyum apatah lagi ketika diambil gambar.

Dia pun ada poket kat perut untuk simpan anak dia macam Kangaroo - Google.
The Happiest animal in Australia - Quokka a small Wallaby like Marsupial - Google.
Aku pulak yang terlebih excited upload gambar Quokka ni haha. Padahal tak pergi pun ke Rottnest Islands. Jawapan mudah kenapa tak pergi ialah tak ada budget hihi. Selain itu Rottnest Islands mempunyai banyak pantai yang cantik dengan pasir pantai yang berwarna putih dan bersih.

Anda boleh membuat banyak aktiviti seperti Snorkeling, Whale and Dolphins Watching, Sky Diving dan Fishing. Dan boleh melawat ke tempat bersejarah iaitu kubu pertahanan perang dunia pertama dan kedua yang dibina di sini yang mempunyai sistem terowong bawah tanah. Nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini Wadjemup Rottnest Islands Military & Maritimes History. Nak cerita lebih pun aku tak pergi lagi hihii.

Ada dua rumah api di sini iaitu Wadjemup Light House dan Bathurst Light House.
Okla kita tutup la cerita Rottnest Islands ni and back to Victoria Quay. First masa kami sampai di area perlabuhan ni rasa macam area zombi jer sebab macam kami sahaja yang ada di situ walau kelihatan ferry besar yang membawa penumpang ke Rottnest Island tak jauh dari pandangan mata kami. Mungkin masih awal lagi. Hanya beberapa ekor burung camar yang menyambut kehadiran kami.

Victoria Quay Waterfront - Fremantle Harbor. 
Nak parking kereta kena cari parking yang free tak perlu bayar.
Si Atiyya ni pulak pi bagi roti sekeping demi sekeping. Makin lama makin banyak pulak Burung Camar yang datang, aku pulak yang jadi takut hahahaa. Lepas berjalan-jalan di kawasan sekeliling sambil mengambil gambar, tiba-tiba baru perasan ada satu market yang menjual souvenir dan kraft tangan orang tempatan di sebuah banguanan tak jauh dari terminal perlabuhan iaitu E Shad Markets.

Oh ya.. Kenapa nama tempat ini Fremantle? Jom kita baca sejarah sikit iaitu pada Mei 1829 - Captain Charles Fremantle menjadi orang pertama yang memacak bendera The Great Britain di bawah nama King George IV di jalan masuk ke River Swan ini dan diberi nama New Holland dan kemudian ditukar kepada nama Australia. Pada tahun 1866 jambatan pertama dibina di Swan River ini oleh buruh penjara. Dan pada tahun 1881 Railway Line siap dibina dari Fremantle ke Guildford.

O' Connor Statue - Irish Engineer yang membina Fremantle Harbor 100 tahun yang lepas.
Kak Ngah bersama Atiyya. Tiba-tiba rasa macam ada free babysitter hihii.
Atiyya marah sebab aku halau kawan burung camar dia yang banyak-banyak tadi.
Pemandangan di waktu pagi seperti old town ala-ala cowboys di Victoria Quay.
E Shed Markets is a weekend market located on Victoria Quay in the Fremantle Harbour in Western Australia. It is housed in a historic timber building known as "E" Shed that was constructed in 1929 further up the quay and closer to the wharf. The building is one of a number of sheds that had varying names and locations in the twentieth century. The original "E" Shed was demolished in 1929, with its replacement built at the same location - Sumber Wikipedia.

Di hadapan pintu masuk E Shad Markets.
Bab bergambar memang bagi pada orang perempuan la.
Kami shopping souvenir di sini. Harga fridge magnet di sini agak reasonable jugak la. 
Ada beberapa restaurant dan cafe di sini tapi tak ada yang menunjukan hidangan yang dijual adalah halal dan mostly yang meniaga adalah warga tempatan berkulit putih. Rasa kalau di Malaysia tempat perlancongan macam ni mesti ramai peniaga bukan warga negara tempatan huhuu. Apa pun anda boleh layan secawan coffee latte di sini sambil menikmati pemandangan sekeliling.

Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta pada cuti umum. Akan ada life music performance di E Shed Markets ini yang bermula pada pukul 5.30 petang. Aku pun tak tahu performance macam mana tapi korang boleh buka link di sini (kliks) untuk tahu maklumat awal mengenai life music ini yang akan di update setiap minggu.

Antara poster dari website rasmi mengenai Life Music Performance di E Shed Markets.
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke E Shed Markets ini.
Basically tak ada apa sangat yang menarik di Victoria Quay ini unless you all nak naik ferry untuk ke Rottnest Islands di Fremantle Passenger Terminal. But somehow keadaan di sini agak cantik dengan beberapa bangunan yang dibina dari 100 tahun yang lepas masih lagi dikekalkan. Kalau suka bab yang bersejarah dan bangunan lama ini boleh la spend sedikit masa untuk berjalan-jalan di sini kalau ke Fremantle nanti.

Orang ramai yang menyertai One Hour Free Port Walk di Victoria Quay - Google.
Dan untuk sekarang pada tahun 2024. Korang boleh join One Hour Free Fremantle Port Walk sejauh 800 meter. Dan dalam walk ini The Expert akan menceritakan dari awal sejarah pembukaan Fremantle Port ini. Termasuklah mengenai sejarah Victoria Quay, Fremantle Inner Harbor, sejarah perdagangan awal, teknologi kejuruteraan dari zaman 1800 sehingga sekarang. Dan perubahan persekitaran perlabuhan dan kapal.

Setiap sesi Free Port Walk ini adalah limited yer. Anda perlu book in advance di dalam website samada anda berseorangan atau berkumpulan. The starting place for all Port Walks is the CY O'Connor statue outside the Fremantle Ports Administration Building. Dan paling penting korang check weather terlebih dahulu dan pakai pakaian mengikut kesesuaian cuaca. Untuk booking slot boleh buka link di sini.

50 comments:

  1. Lah... ingatkan kangaru ke ada poket untuk baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.. ingat selama ini Kangaroo jer ada poket.. bila search banyak lagi yg ada poket kat perut tu hihi

      Delete
  2. Comelnyaaa...setau SA kangaroo je ada pocket simpan anak..hahaha...betul.la dia mcm.always tersenyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. The happiest animal in Australia.. suka bersenyum dan tahu pulak nak posing kalau org ambil gambar hahahaha...

      Delete
  3. Manis je Quokka tu tersenyum 😁
    Bangunan apa yang panjang di belakang Atiyya berdiri atas tembok tu? Nampak macam gerai2 pula kalau kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah manis senyuman dia.. insyallah next time repeat mmg nak pergi Rottnest Island tu.. semata-mata nak jumpa Quokka bergambar hahaha... Belakang Atiyya tu E Shed Markets tu..

      Delete
  4. aaaaa sukanya tengok Quokka the happiest animal! gerammmmm comel gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula dtg aim pada Kangaroo dgn Koala jer.. sekali dpt tahu pasal Quokka ni.. lagi comey hahaha...

      Delete
  5. Alolo comelnya quokka tu... First time ni tau ada binatang nama quokka ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar rumah api tu stunning!

      Delete
    2. Samalah kita.. pun baru tahu juga.. kalau tak pergi dan menulis mmg tak akan tahulah pasal Quokka ni huhu..

      Delete
    3. Itulah.. Rumah api dia cantik sangat.. ada dua di pulau Rottnest tu.. insyallah next time kena pergi pulau ni.. :D

      Delete
  6. Comelnya quokka. Best baca trip Afif. Cantik semua foto. Terkenang trip dulu pulak. Australia ni syok jugak pergi sebab dekat, tapi visa nya seram. Ada kawan2, beli ticket pergi satu keluarga, ada yg sampai tiba masa, visa tak dapat semua. Ada yg nak pergi graduation anak, yang dapat visa cuma cucu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Destinasi paling dekat dan murah mestilah Perth. Kalau yg lain tu mahal benar tiket nyer.. Kami pun sampai di Perth sahaja yg lain tak pernah sampai lagi. Bab visa tu pun satu hal juga. Menakutkan kalau tak lulus. Mmg kena apply sebelum beli tiket huhuu

      Delete
  7. Pernah ke Fremantle juga. Picnic juga kami kat Park dia. Kalau rumah api kami pernah ke Cape Leeuwin. Tempat pertemuan Southern Ocean dan Indian Ocean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah pernah sampai di Fremantle juga.. Best kan picnic kat park dia.. tenang jer.. cuma risau org yg bawa anjing je la huhu.. Oh rumah api Cape Leeuwin (rerus google kat mana) huhuuu..

      Delete
  8. famous betul Fremantle ni. kalau dtg perth mmg tak sah kalau x singgah😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap.. wajib dtg sini kalau ke Perth.. famous sebab sini makan fish and chips hihii

      Delete
    2. fish n chips kt situ x nk buka caw kat kl ke? siannn org kl tgk jee dari jauh hahaha

      Delete
    3. Boleh send email request utk buka branch di KL la.. Mesti ramai beratur nak masuk huhuu..

      Delete
  9. bihun tu kalu ada telur mata yg cair tuuuu perrghhh boleh tambah sepinggan lagi🀣🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat oversea tak leh demand sgt bila makan hahaha.. tapi betul la kalau ada telur mata lagi ummph la.. Telur jimat sebab mahal hahahah..

      Delete
    2. fahammmm hahahaha
      tp ada hirisan timun pun ngan juga tu hahahaha

      Delete
  10. menariklah free port walk tu... kalu sy buat kat KL agak2 dpt sambutan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try la... Tak salah mencuba.. kalau menjadi saya nak apply keje gitu hahahaha :D

      Delete
    2. Bayar per hour pun ok hahaa :D

      Delete
  11. i memang suka tgk gmbr2 kat obersi sbb memang lain dari negara kita kan heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofcoz la lain.. Dari sejarah.. Culture.. Makanan dan cuaca semua berbeza.. kepelbagaian :D

      Delete
  12. alolo comelnya wallaby tu, ada poket simpan anak macam kangaroo .. Alhamdulillah kesempatan yang di kurniakanNya untuk menikmati alam ciptaanNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quokka tu comey sgt2.. tak ada rezeki nak selfie sekali.. alhamdulillah diberi kesempatan melihat keadaan di negara lain.. kita share di sini.. :D

      Delete
  13. comel je quokka tu. best juga kan if jejln lihat pemandangan kalau tak ramai org cmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bile berjalan di tmpt org tak ramai mmg seronok .. Tak kalut nak buat apa pun :D

      Delete
  14. Uniknya haiwan nama quokka ni.
    Maha Suci Allah yang menjadikan makhluknya dengan pelbagai rupa dan bentuk serta keistimewaan yang tersendiri. Banyak berjalan dapatlah melihat banyak yang kita tidak dapat lihat di tempat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan unik kan.. saya pun kagum hihii.. Masih banyak lagi bintang diluar sana yang kita ta sangka ada dan wujud di atas muka bumi ini.

      Delete
  15. Alolo…comelnya Quokka tu 😍 Tak pernah tau kewujudannya.
    Siap ada poket comel pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poket tu macam kangaroo tapi muka mcm tupai..samalah kita pun tak pernah tahu huhu.. :D

      Delete
  16. Termasuk lah athiya kategori gegirl yang suka bergambar... Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sama jer dgn mak dia kalau bab bergambar ni.. tak pernah nak mengalah hahaha..

      Delete
  17. ingat Kangaroo la tadi , comey je poket dia tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak dia lagi comey dari Kangaroo hihihii...

      Delete
  18. 2006 wak dh smpi rottnest island ni., quokka tu semcm kangaroo je kan tp kecik., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best nyer dah smpai Rottnest Island... Quokka tu kecik jer saiz mcam kancil tapi rupa mcm Kangaroo.. Comey :D

      Delete
  19. Ya Allah lucunyaaaa Quokka iniiii 😍😍😍😍😍. Rasa nak bawa dia pulang πŸ˜„πŸ˜„. Memang macam tersenyum yaaa. Biasanya hanya tahu kangguru atau koala. Kali ini ada quokka pula 😍

    Saat traveling kalo ketemu market seperti ini saya sukaa. Krn biasanya ada banyak tempat makan dan Kraft souvenirs di jual. Susahnya memang tak semua 100% halal.

    Macam di new york, saya makan di salah satu gerai makanan timur tengah. Saya mikirnya kalo timur tengah biasanya halal. Tapi dah separuh makan, ternyata mereka ada jual menu pork juga 🀣. Ya sudahlaah... Memang susah nak cari yg halal certified.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh dibawa pulang.. mmg dah lama sya bawa hahaha.. Di Australia ada banyak lagi binatang yg belum pernah kita dgr atau lihat..

      Setuju.. mmg seronok pergi ke Market yg menjual kraftangan ni.. pelbagai hasil yg ada dijual..

      Delete
    2. Saya di jepun pun ada termakan makanan tak halal.. sbb depan restoran tulis halal..kita pun amik sup daging dgn nasi.. tapi lepas baca satu poster dlm kedai.. hanya makanan dri pack brahim sahaja yg halal.. yg lain tak halal .. ah sudahh..

      Delete
  20. comelnya Quokka...beg tulis "Perth' tu cantik..gempak habis kalau bawak jalan2..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada beg yang sama tapi tulis South Africa dan Johannesburg.. Bila bawa berjalan segan sebab ada few yg bertanya hahaha..

      Delete
  21. Ada binatang lain selain kangaroo yang ada poket rupanya. Udah tua baru tau ni. Banyak tempat di Perth yang awesome untuk dilawat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun tak tahu.. Alhamdulillah kita kongsi ilmu, pengalaman dan pengetahuan semasa travel di blog ini utk bacaan semua :D

      Delete