Pages

Saturday, 3 August 2024

Australia Perth Part 7 : Journey End For Day 2 - Shopping Groceries At Coles Hypermarket

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Australia Perth Part 6 : Hutt Lagoon Pink Lake - Caversham Wildlife Park

Insyallah pada entry kali ini aku nak share beberapa gambar kenangan yang di ambil di sepanjang perjalanan dari Perth City ke kawasan luar bandar. Banyak kawasan nature yang mempunyai pemandangan yang cantik dan memukaukan khas untuk orang macam aku yang suka dengan nature ni. Dan di beberapa tempat kami berhenti rehat dan have a quick picnic. Just want to enjoy the moment yang mungkin peluang ini adalah once in the life.

Alhamdulillah setekat ini Atiyya enjoy the trip tak meragam langsung.
Pengembaraan kami di bumi Australia pada hari ini tidaklah begitu berjaya seperti apa yang dirancang. Bermula dengan mendung dan hujan yang silih berganti di Sand Dunes, Lancelin. Dan tidak dapat menjejakkan kaki di Hutt Lagoon Pink Lake. Namun berjaya menjejakkan kaki dan berseronok di Pinnacles Desert dan bermain dengan Kangaroo dan bergambar dengan Koala di Caversham Wildlife Park.

Atiyya bersama Pak Long dia. Masa ni Pak Long dia tak kahwin lagi.
Asal ada tempat rehat dan view yang cantik mesti kami berhenti sekejap.
Kereta yang kami sewa adalah untuk 3 hari dengan unlimited mileage sebab plan asal nak pergi jauh sehingga 1000km perjalanan pergi balik tapi hanya dapat pergi sampai ke pinnacles sahaja. Dan plan untuk bermalam di mana-mana penginapan di antara Jurien Bay sehinggalah Geraldton City tak kesampaian. Impian konon-konon nak amik motel murah tepi laut tak menjadi hihii. 

And dah plan kalau tak sempat sampai Hutt Lagoon sebelum malam maka kita bermalam la di mana-mana. Dan akan sambung perjalanan keesokan pagi. Sebab selain dari area sini semua attraction yang menarik berada di dalam Bandar Perth sahaja. Untuk ke Wave Rock tu memang kami tak plan nak pergi sebab terlalu jauh ke arah lain. 

Di sepanjang perjalanan di tepi pantai ini memang banyak kawasan rehat view point.
Dari dalam kereta lagi dah fikir esok nak pergi ke mana sebab ada extra satu hari lagi sebelum nak kena pulang kereta ke airport. Maka selepas short discussion kami decide esok kita ke area Fremantle sahaja sebab itu sahaja attraction di dalam bandar yang agak jauh sekitar 24km dari city center. Naik bas pun memerlukan masa satu jam dan train 30 minit. 

Apa pun syukur alhamdulilah itulah rezeki untuk aktiviti kami pada hari ini. Di Caversham Wildlife Park kami menghabiskan masa untuk fresh up sebelum keluar dari pintu exit. Oh ya di dalam park ini ada menjual makanan halal dan surau untuk pengunjung yang beragama islam bersolat. Boleh la kami solat Jama' Zohor dan Asar dengan tenang. Bagus juga pihak management park ini.

Dalam Caversham ini ada surau dan makanan halal. Dan ditulis dalam bahasa melayu tau :D
Kami memang stay sampai habis waktu sehingga announcement dibuat. Alhamdulillah boleh dikatakan hampir keseluruhan tempat kami dapat jejakkan kaki. Once dah keluar dari park kami semua dah kelaparan sebab dari pagi lagi kami tak makan dengan proper. Masa ni kami makan apa yang ada dari biskut, roti, sambal ikan bilis dan sardin sehinggalah siap bancuh 3 in 1 dan mee segera. Air panas kami dah isi siap-siap dalam thermos masa dalam park tadi.

Santai sekejap sambil makan-makan. Kelaparan yang teramat lagi-lagi tengah sejuk kan.
Bancuh 3 in 1 dan mee segera makan dengan biskut dan roti.
Muka semua dah kepenatan. Atiyya pun dah serabai hahaha. Tak apa janji happy :D
Okay ini last pinic yang merempat di luar sebab selepas ini kami akan check in apartment. Aku just try send message pada owner apartment yang akan kami check in esok. If malam ni kosong kami nak masuk awal. Dia reply "You are good to check in". Tak sabar pulak nak check in kan, dah seharian tak mandi dan tukar baju ni. Siapa yang perasan baju kitaorang dari part 3 sampai la hari ni sama jer hihii. 

Kami ke Marribooka Coles Hypermartket untuk shopping Groceries - Google Map.
Kalau tak convert memang nampak barangan semua murah-murah :D
Sebelum kami drive balik untuk check in di apartment, kami singgah di salah satu supermarket utama yang ada menjual barangan halal terutama ayam halal. Antara product ayam mentah halal adalah brand Steggles. Dan brand Streggles ini ada dijual hampir di kesemua supermarket utama di Perth. Boleh didapati di Supermarket Coles, Food Works, Woolworths, Drakes, Foodlands, IGA dan Harris Farm Markets.

Boleh buka website utama Steggles (boleh kliks sini) untuk membaca dengan lebih details berkenaan product mereka yang halal dan mana yang tak halal. Cuma aku dapat nasihat dari sahabat yang pernah tinggal di Perth, katanya kalau nak beli ayam Steggles ni, beli yang ayam sekor yang belum potong. Sebab takut tempat potong ayam di supermarket tu bercampur dengan memotong ayam atau daging yang tak halal.

Boleh buka Website Rasmi Steggles untuk tahu product mereka yang mana halal.
Kami telah menuju ke Supermarket Coles di area Marribooka yang terletak hampir 14km dari Caversham Wildlife Park tadi. Kenapa jauh ke sini? Sebab di sini terletaknya sebuah masjid yang paling dekat dengan Caversham tadi. Marribooka Mosque atau At-Taqwa Mosque dan dikenali juga sebagai Noorul Islam Society. Boleh buka website rasmi mengenai semua masjid di Perth di sini (Clicks).

Masjid yang telah siap dibina pada 10 Januari 1997 dan beralamat di 135 Boyare Ave Mirrabooka, 6061 ini boleh memuatkan 600 orang jemaah dalam satu masa. Masjid At Taqwa mempunya facility yang baik untuk jemaah muslimat iaitu ruang solat khas, tempat wudhu dan tandas. Solat Jumaat diadakan dua kali pada pukul 12.45 tengah hari dan pada pukul 1.30 petang bagi menampung jemaah yang hadir.

Saja try nak tahu kenapa perempuan suka amik gambar depan cermin dalam toilet hahaha.
Ruang Wudhu dan ruang solat utama di Masjid At Taqwa Marribooka.
Kami sampai pada waktu jemaah solat isya baru sahaja selesai menunaikan solat.
Disebabkan kami telah pun sampai ke Marribooka sebelum maghrib maka kami decide untuk shopping groceries terlebih dahulu sebelum ke masjid. Sebab kalau boleh dapatlah solat isya' berjemaah dengan warga tempatan. Lagi pun kami masih lagi status musafir so kita skip maghrib dulu. Selesai membeli di Coles dan solat di At-Taqwa Mosque kami memandu menuju ke apartment.

Sampai di apartment dan selepas check in serta bayar cash untuk satu malam extra ini pada owner. Kami semua terus masuk dengan penuh kepenatan. Masing-masing berebut nak mandi tapi aku ke dapur dulu nak memasak sebab semua kata nak makan nasi. Oh ya tadi shopping groceries di Coles kami habis dalam AUD34.00 termasuk beli 3 pack Steggles chicken pieces, telur, minyak, bawang, kentang dan sayuran.

Antara groceries yang kami beli di Coles Hypermarket tadi.
Dan antara makanan dan bahan masakan yang kami bawa dari Malaysia.
Masa ni aku bagi arahan semua bawa keluar barangan makanan dari dalam beg letak di dapur. Sebelum kitorang terbang ke Perth. Memang dah bahagi-bahagi barang makanan setiap seorang kena bawa sedikit mengikut list senarai yang aku dah buat. Dan aku pulak selain dari list yang dibuat, apa sahaja makanan yang ada di rumah aku bawa jugak. Biar terlebih makanan jangan tak cukup makanan hihi.

Menu masakan pertama di bumi Perth Ayam Black Pepper dan Sawi Masak Ikan Masin.
Sabar Atiyya jangan curi nasi. Tunggu semua datang kita makan sama-sama.
Menu untuk malam pertama di All Suite Perth Apartment ini. Aku Masak Ayam Goreng Black Pepper campur kentang gorang dan bawang holland dan Sayur Sawi Masak Ikan Masin. Nasi dimasak dengan elok sebab adanya rice cooker dalam apartment ini. Serunding Ikan, Sambal Ikan Bilis dan Kicap Manis ABC sebagai penambah rasa. Jadilah kan memasak ala kadar di negara orang :D

Oh ya berkenaan apartment yang kami tinggal ini All Suite Perth Apartment. Aku dah cerita details di Part 1 : Langkah Bermula - Sewa Kereta & Apartment - Applying Visa. Dan juga di Part 3 : D'Angkasa Restaurant - Perth Mosque - Four Points Hotel. Tempat yang agak strategik untuk tinggal di Bandar Perth. Agak pricy tapi berbaloi dan menjimatkan kos pengangkutan sebab dekat dengan banyak attraction.

36 comments:

  1. Seronok baca pengalaman travel dari orang yang pandai dan suka travel.. Nak travel sendiri entah bila.. So baca dari blog begini saya dapat pengalaman melihat negara orang. Thank you for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. Kita pun seronok berkongsi pengalaman dengan pembaca di blog ini.. Insyallah semua orang boleh travel. Mudahkan caranya sahaja.. Btw thanks for leave your comment here :D

      Delete
  2. Afif..!! Goreng ayam black pepper, sawi masak ikan masin, ni bukan ala kadar ni hehe, ni dah macam Restaurant Thai tau. Kami pergi Perth bulan December fuhh menahan suhu 40'C. Shopping cheese macam2 jenis 5kg bawak balik Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn la jerit hahaha :P
      Ala kadar la tu masak simple jer sebab dah penat seharian dalam kereta loncat sana sini hihii.. Serius la 40 degree suhu nya.. Mcm mana nak berjalan-jalan tu huhuu.. Oh ya cheese di sana mmg banyak huhu.. aduh teringat sudah :D

      Delete
  3. best travelling, rindu nak pergi cam dulu2
    paling best if duk apartment reramai is mkn2, saya if travelling dgn family mmg akan pilih apartment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengembara memang seronok sebab dapat melihat keindahan dan keunikan yg berbeza di negara lain. Kalau dah ramai mmg duduk apartment sebab boleh masak dan basuh baju dengan senang :D

      Delete
  4. Best!!waa ada signage dlm bahasa melayu tu kat caversham🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kami pun terkejut ada signage dalam bahasa melayu.. Blh nampak mesti ramai org melayu dtg berkunjung ke Caversham tu :D

      Delete
  5. Seronok baca penulisannya seolah² kami semua ikut travel sama. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih juga sudi dtg membaca perkongsian pengalaman saya mengembara :D

      Delete
  6. Huntungnya Atiyya, kecik2 dah sampai Ostolia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dia.. sebab infant tak kena kos kalau nak travel.. dah lepas status infant tak bawa dia dah hihii

      Delete
  7. mie di gelas bisa dimakan saat jalan2 ya
    jadi menu wajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu nya bila mengembara automatik jadi kreatif hahaha.. Mie segera asal boleh dibancuh dan dimakan kira jalan saja..

      Delete
  8. Kalau tak convert ke duit Malaysia, rasa murahnya groceries kat sana hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab harga strawberry pun AUD 3.00 jer.. Kalau AUD 50.00 tu penuh la troli :D

      Delete
  9. Kalau tak sebut pasal pakai baju sama dari part 3 pun orang tak perasan sebab dok ralit baca dan seronok tengok gambar² yang disajikan.

    Meriah makanan yang dibawa dari Malaysia tu.

    Nampak sardin dan tuna brand Tesco, ok ya rasanya sebab belum pernah beli lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah realiti bila travel budget ngam ngam tapi still nak travel ke negara org hihii.. Janji kita dpt pengalaman..

      Makanan mmg kena banyak sbb nk cut cost yg tak tertanggung.. Brand tesco pun janji kenyang hihii.. :D

      Delete
  10. haah kalau tak bgtawu pakai baju sama, org tak perasan pun sbb seronok baca hehehe.. untung attiya dpt travel jauh dah, acik ana je blm dpt pegi hehehe

    salute jugak kat Caversham ini ada surau dan makanan halal & siap tulis dalam bahasa melayu tu terasa mcm berada kat negara sendiri! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai macam tu yer disebabkan seronok membaca .. Alhamdulillah la hihii :D
      Atiyya title infant mmg boleh bawa la tak ada cost sgt.. kalau dah status child berkira sikit la hahaha :D
      Kan bagus caversham ni muslim friendly tempat dia.. surau dan makanan halal disediakan..

      Delete
  11. Rasa seronok dan bangga nampak tulisan bahasa Melayu di bumi asing.

    Nampaknya memang ramai Muslim di situ, masjid boleh tampung 600 jemaah tapi tetap juga solat Jumaat buat dua kali. Alhamdulillah!

    Afif masak semua tu sorang? Wow…rajin! Kalau akak punya ala kadar…sardin ler 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa seronok dan happy sgt bila bahasa melayu digunakan di luar negara.. Komuniti islam di Australia kian bertambah dari tahun demi tahun. Pasal kes Gaza ni pun dgr cerita ramai yg masuk islam.. Alhamdulillah..

      Ala simple la tu goreng ayam dgn masak sayur hihihiii

      Delete
  12. Cuya takde mata wang drpd Australia
    Negara Eropah pon ad syiling je..
    Mana tah nak dapat duit kertas, nak tukar dekat
    Money changer mana bole wang kecik kan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihii... Malunya masih hutang cuya cuit currency negara lain.. Sibuk dan sibuk jer setiap minggu sampai lupa.. Insyallah nanti kita update yer..

      Delete
  13. Seronok pengalaman macam ni..gambar Atiyya yang first atas batang kayu tu cantik betul..bertuah dia kecik2 mama dan ayah dah bawak berjalan..shopping dan masak di negara org..sawi ikan masin? X pernah buat lagi..kena buat ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiyya bertuah sebab di masih infant hihi so flight tiket dia murah and most entrance fee tak perlu bayar.. habis infant nanti kena fikir 10 kali kalau nak bawa hahahahaa :D

      Kena masak bila travel untuk jimatkan kos belanja yg mahal huhuu.. Sawi masak ikan masin.. lebih kurang kailan jugak.. try la hihi :D

      Delete
  14. Pengalaman yang menarik kan. Saya pun memasak ketika di Australia tapi ada la beli kebab di sana. Sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada juga membeli di luar tapi 80% memang masak makan di apartment especially sebelum nak keluar jenjalan tu.. mmg makan dulu huhuu. :D

      Delete
  15. Attiya memang sportinglah! Kalau begini bolehlah selalu ikut travel kan Attiya.
    Banyak juga bekalan makanan yang dibawa. Seronoknya dapat masak-masak di sana. Memang bijak sungguh merancang dan membahagi-bahagikan makanan untuk dibawa dalam beg masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla Atiyya memang mudah dibawa tak banyak meragam semoga dia akan lebih hebat dari ayah bila besar nanti.. Mmg bawa banyak mknn.. biar lebih jgn tak cukup hihii.. Nak pergi berkumpulan kena bijak merancang. :D

      Delete
  16. Hebatlah, boleh jumpa notis dalam Bahasa Malaysia di tempat orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yg terjumpa ni pun mmg rasa bangga kagum apa semua lah.. :D

      Delete
  17. Ini tak mungkin terjadi kalo saya jalan dengan suami saya. Dia bisa masak seperti ini, confirm tertukar jiwa rasanya 🤣🤣🤣🤣.

    Tapi memang kalo ke negara2 mahal macam Aussie, kalo stay di apartemen, better masak sendiri. Lebih murah juga. Jadi budget bisa dialihkan untuk wisata yg lain 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part memasak biar saya yg ke depan.. Kerna masakan sy lebih sedap dari isteri hahaha.. Jgn la wife baca comment di sini hihihi.. Ia masak sendiri mmg dpt kurangkan byk kos. Di negara org perlukan wang utk berjalan ke san sini.. Kena pandai berjimat cermat.. :D

      Delete
  18. bagusnya Caversham Park tu..sediakan surau, ramai pelancong M'sia yg dtg...hihi..ambik gambar dkt cermin..nice!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun terkejut.. ada surau.. ada makanan halal.. dan sedia kan sign dlm bahasa melayu hihi.. hahaha suka suka saje amik gmbr di cermin tu :D

      Delete