Pages

Tuesday, 30 July 2024

Australia Perth Part 6 : Hutt Lagoon Pink Lake - Caversham Wildlife Park

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Australia Perth Part 5 : The Pinnacles Desert At Nambung National Park

Seawal pagi sebelum matahari terbit kami dah pun bergerak memandu kereta menuju keluar dari Bandar Perth untuk ke Lancelin dan kemudian terus ke Nambung National Park. Kalau ikut planning yang telah dirancang selepas Pinnacles nak menuju ke satu lagi destinasi yang menarik dan rare iaitu Hutt Lagoon Pink Lake.

Hutt Lagoon Pink Lake at Western Australia.
Tapi.. Untuk ke Hutt Lagoon Pink Lake dari Nambung National Park adalah sejauh 373km dengan perjalanan yang akan memakan masa 4 hingga 5 jam. Ditambah pula dengan pemanduan yang tak boleh nak speed lebih sikit. So kami discuss sebelum keluar dari national park. Tak pergi rasa rugi. Nak pergi terasa jauh yang amat. Tapi klau tak pergi sekarang bila lagi nak pergi kan. 

Cantik kan kalau dapat bergambar macam ni :D
Maka kami decide untuk teruskan perjalanan ke Pink Lake. Dan first driver selepas "lat tali lat" adalah Kak Ngah. Mungkin disebabkan kami semua penat kerana keluar seawal pagi tadi maka nak dijadikan cerita kami semua terlelap sebelum kereta keluar dari exit national park melainkan Kak Ngah yang memandu.

Lebih kurang 30 minit Kak Ngah drive kereta aku terjaga dan perasan macam salah jer kereta ini menghala selepas melihat pada screen GPS. Pink Lake should be naik lagi ke atas iaitu arah utara tapi kereta macam dah menurun ke bawah arah selatan macam nak balik ke Perth City. Terus aku tegur Kak Ngah "Betul ke jalan ni Kak Ngah?". Sambil aku kejut Abang Wan.

Welcome to Caversham Wildlife Park.
Disebabkan macam salah jalan semua terjaga. Abang Wan terus cakap "Tak ada rezeki la tu.. Hala balik ke Perth pun hala jer la.. Buat rileks sudah" sambil muka dia yang nak sambung tidur tanpa ada apa-apa perasaan. Dan masa ni wife aku take over tempat memandu sebab Kak Ngah macam dah rasa bersalah. Nak patah balik memang tak la, jauh tu nak pergi. Kita redha ajer. And life carry on :D

Masuk-masuk kami terus ke tempat pertunjukan membuang bulu kambing biri-biri.
Sesi membuang bulu kambing biri-biri dengan cara yang betul.
Bila potong dengan betul ia akan akan menjadi seperti ini.Boleh buat selimut tau :D
So sebab kami dah menghala semula ke Perth aku cuba cari any other attraction yang kami boleh buat atau singgah sebelum sampai ke Bandar Perth. Search bagai jumpalah kami satu destinasi yang menarik iaitu Caversham Wildlife Park. Sebab kat sini adalah salah satu tempat yang mana kita boleh tengok dan bermain dengan Kangaroo dan Kooala. Dua haiwan rasmi bagi Australia.

Kanak-kanak diberi merasai peluang memberi susu kepada anak kambing biri-biri.
Pengunjung diberi peluang untuk merasai pengalaman memerah susu lembu.
Jarak antara Nambung National Park ke Caversham Wildlife Park adalah sejauh 191km dengan kadar pemanduan yang memakan masa melebihi 2 jam. Dan dari Perth City Centre ke Caversham Wildlife Park adalah lebih kurang 35km sekitar 40 minit pemanduan. So terus set GPS menghala ke Caversham Wildlife Park. Apa pun kami kena cepat sampai sebab last entry adalah pada pukul 3.30 petang.

Hatchery.. Segala jenis telur ada di sini. 
Tak ada seekor ayam puun yang sama macam di Malaysia.
Itik, Arnah dan ayam. Kita boleh bermain dengan semua yang ada di dalam ini.
Dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 petang sepanjang tahun kecuali tutup pada Sambutan Hari Christmas. Masa yang diperlukan adalah lebih kurang 3jam untuk menerokai ke seluruh kawasan park dan menonton beberapa pertunjukan yang disediakan. Yang lebih menarik adalah entrance fee yang dibayar adalah termasuk untuk semua aktiviti yang disediakan di dalam park.

Lupa dah apa nama binatang ni. Nanti aku update semula.
Musang bukan.. Kucing pun bukan.. 
By the way satu info yang menarik adalah Caversham Wildlife Park ini dimiliki sepenuhnya oleh sebuah keluarga dari Western Australia semenjak 1988 dan tiada fund dari kerajaan langsung dan segala entrance fee adalah hasil mereka semata-mata. Entrance Fee for Adult adalah AUD34.00 dan Kids AUD15.00 (3-14 years). Below 3 years old is free. Entrance fee untuk senior citizen dan student adalah AUD25.00. Starting 29 July 2024 Adult fee will be AUD35.00.

Kita yang excited nak jumpa dia. Dia muka monyok jer hahahah :D
Yeayy akhirnya dapat bergambar dengan Koala.. Geyammmm :D
Keseluruhan peta Caversham Wildlife Park.
Terdapat 3 entrance masuk ke park iaitu pertama di Drumpellier Drive (Eastern Entrance) - Enter through the roundabout at Youle Dean Road. Entrance kedua di Beechboro Road North (Western Entrance). Dan yang ketiga adalah entrance di Dulwich Street (Southern Entrance) - This entrance is accessed from Marshall Road. Once you have entered Whiteman Park, follow signage to The Village.

Dan yang menarik lagi adalah parking kereta di dalam Caversham Park ini adalah percuma bukan macam Zoo Negara. Entrance mahal nak parking kereta pun mahal hahaha. Dan parking paling dekat dengan entrance adalah parking area 8. Dan Anda juga boleh menaiki Public Bus yang Nombor 955. Bertolak dari Morley Station dan Bassendean Station ke Ellabrook. Dan kemudian turun di Whiteman Park Entrance berdekatan Drumpellier Drive.

Atiyya paling suka denagn Kangaroo. Mula-mula takut jugak kalau kena back kick. Tapi lama-lama tengok macam selamat jer. Kesian kangaroo tu kena peluk kena kejar dengan Atiyya.
Baru tahu ada Kangaroo Albino. Berwarna putih..
Tapi suka lagi yang brown sebab putih ni macam sakit jer hahaha..
Okla lepas seketika baru rasa Kangaroo ni jinak.
Sebab selalu dengar jangan dekat sebab nanti kena kick dengan Kangaroo hahaha :D
Part paling best di sini mestilah part dapat bermain dengan Kangaroo. Ada satu area ni kita dibenarkan masuk ke dalam satu kawasan Kangaroo berkeliaran. Dan kita boleh membuat apa sahaja aktiviti bersama kangaroo tapi tak boleh la sampai mencederakan atau sesuatu yang boleh membahayakan kangaroo tu. 

Dan kat dalam ni memang ada Kangaroo sahaja. Dan apa yang aku perasan hanya terdapat kangaroo yang bersaiz kanak-kanak sahaja. sebeb saiz semua kecil dan comel sahaja. Kalau ada Kangaroo yang dewasa aku rasa macam tak selamat sangat kot. Selalu dengar atau tengok dalam cerita Kangaroo boleh tendang dan tumbuk orang hahaha :P

44 comments:

  1. Tiba2 terasa mcm nak melawat Aussie sbb anak2 saya suka pergi tempat yang berkaitan dgn binatang2 ni 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aussie kalau bawa anak2 mmg best.. Kalau Perth la.. tempat lain saya tak sure.. Sebab hanya pernah sampai Perth sahaja.. Di Aussie bnyk binatang yg tak ada di Malaysia..

      Delete
  2. sayangnyaaaa x dpt ke pink lake tu. antara wishlist sy tu kalau ada rezeki ke perth nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah syg sgt tak dpt ke Pink Lake tu.. tak apa la takde rezeki next time.. Mmg dh berangan nak bergambar di pink lake tu hahaha..

      Delete
  3. agaknya mendiang steve irwin dulu nak buat mcm caversham ni kot... tp haiwan utamanya buaya or haiwan liar lain... bagus usaha family ni... sesuatu yg wajar diberi pujian krn melindungi dan memperkenalkan haiwan kpd org ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Selain dibuka pada org ramai.. tmpt mcm ni juga menjaga haiwan liar. Macam di Thailand.. Org awam boleh membela Gajah.. Secara tak langsung jumlah gajah makin bertambah setiap tahun. Berbanding di Malaysia gajah kian berkurang.. ntah la.. :D

      Delete
  4. kanggaro kecik ni nama dia wallaby kan...tp kita kat msia of courselah memang akan panggil kanggaru jerrrr heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ingt langsung pasal perkataan Wallaby tu hihi.. Excited sgt smpai kenal word kangaroo jer hahaa.. Sama je lah kan :D

      Delete
  5. kesian Kak Ngah mesti rasa bersalah giler hehehe tp takpelah syok jugak dpt masuk caversham ni.. haah la sllu kalau kangaroo mesti dia back kick hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah takut juga dia rasa bersalah tapi kitaorg ok jer.. Lebih kepada tak ada rezeki dan ada la hikmahnya tu..
      Kan kalau kangroo msti kita risau kena kick back..

      Delete
  6. ada ayam serama tak kat situ?😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada satu jenis ayam tu cantik cantik brown hitam atau putih hitam.. Ada srarch kat malaysia dia kata Ayam Brhama apa ntah..

      Delete
  7. drive kat aussie mcm drive kat NZ ... i wish nak jejak aussie jgk tp ntah bila la eh hahah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada rezeki lagi nak jejak kan kaki ke NZ.. teringin sangat2 bila la nak ada promo tiket ke NZ.. Menunggu tapi tak dpt2 lagi smpai skrg:D

      Delete
  8. Unik-unik ayam dia tu...
    Kalau nieyl pun mungkin macam kak ngah tu..
    rasa bersalah sbbnya nieyl klu jalan jejauh ni blur baca map or gps hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorg okey jer tak de la marah .. Walau sedikit ada kekecewaan kan hihi.. Tapi ok jer percaya pada rezeki dan hikmah.. Ada rezeki boleh la repeat lagi nanti huhuu :D

      Delete
  9. alhamdulillah..seronok nya berpeluang jalan2 mcm ni ke negara org..best
    comei sgt koala tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur diberi rezeki dpt melihat dan berkongsi pengalaman di sini.. Koala tu mmg comey :D

      Delete
  10. Masyaallah.. cantik sangat Pink Lake tu. Baru tau kewujudan Hutt Lagoon Pink Lake. Terus google dan terpesona sungguh aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik dan ia tidak merbahayakan.. Memeng mempersonakan.. moga dpt jejakkan kaki ke sana satu hari nanti ;D

      Delete
  11. Kowalanya masyaAlloh lucu dan menggemaskan...seperti boneka aja ya...hewannya sehat sehat...ayam bulunya lebat betul. lagoon yang pink cantik banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koala itu sepertinya tidak bernyawa.. senyap dan kurang bergerak.. kalau dibuat peluk utk tidur pasti enak hihii..

      Delete
  12. Serious la ada tasik warna macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius uncle tak tipu.. Memang lake dia warna pink.. :D

      Delete
  13. Tak dapat ke tasik pink, dapat bermesra dengan koala dan kangaroo pun cukup seronok. Pengalaman baru 👍🏽

    Comel rupa ayam tu, macam ayam katik.
    Koala tu pulak macam baru bangun tidur je, serabutan dan monyok 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak ada rezeki nak ke Pink Lake.. Moga ada la rezeki next time tu.. suka main dgn Kangaroo dari Koala sbb kangaroo aktif dan koala ni slow motion jer hahahaha..

      Delete
  14. species ayam omputih...hehe...koala tu ok ke? mcm bad mood je...bestnya dapat bermain dgn kanggaru..betul ke mak dia ada poket kt dada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koala tu mcm dah kepenatan sebab dah lewat petang kan.. Muka monyok tak ikhlas nak bergambar hahahaha... Aah betul ada poket letak brg shopping hihii.. Dalam kawasan bermain ni cuma ada yg anak sahaja..

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Waaaah sayang sangaaat ga jadi ke pink lake ya bang. Tapi saat salah ambil jalur, GPS tak bagi tahu kah? Biasanya kan dia tetep akan cari rute baru yg menuju destinasi yg sudah kita tulis. Atau tipe silent GPS nya?

    Tapi kalo pink lake saya pernah lihat yg di Turkiye, Tuz Golu, namanya Salt lake. warna pink jugaaa. Nanti nak lihat lah yg di Aussie ini 😍😍😍. Takjub memang warna air bisa merah jambu begitu yaa. Kalo yg di labuan bajo pasirnya yg pink, tapi baru kliatan kalo lihat dr jauh atau dari atas pakai drone.

    Tapi at least terobati bisa melihat hewan2 comeeeeel iniiii ya Allah saya nak juga foto Ama kangguru, koala dan itu kenapa yg mirip musang nikah Ama kucing lucu amaaaat 🤣🤣😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kepenatan dan rasanya GPS juga ikut kepenatan juga hahaha.. Ngak ada rezeki nya mahu merendam kaki di Pink Lake.. Mungkin di suruh datang lagi ke Perth..

      Delete
    2. Di Labuan Bajo ada pasir pink.. ?menarik itu.. oh okay selepas check di google labuan bajo berdekatan dgn Komodo Island Park.. Sebuah pekan nelayan.. sangat menarik.. Ada harapan di situ..
      Bergmbr sama kangaroo dan koala itu harus kalau ke Aussie.. :D

      Delete
  17. terexcited lak tgk kangaroo dan koala. best lah boleh tgk live

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat tgk dan sentuh Kangaroo dan Koala tu pengalaman baru :D

      Delete
  18. wahhh real koala.. seronok anak-anak kalau dpt pegi tpt mcm nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah koala yg tak ceria mungkin sbb dh lewat petang hihi.. anak2 mmg happy dgn Kangaroo..

      Delete
  19. Betul la..ayam2 dia x sama mcm at Malaysia...bestnya dapat pegang real kangaroo dan koala..eh..tasik pink tu...wow sangat..pencinta pink sesuai la ootd situ kan..silap hb yg x suka pink pun bleh jadi suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada yg sama tapi yg kat sini mcm tak sama jer huhuhuu.. Kangaroo tu aktif bermain tapi koala tu mcm pemalas sikit. Tasik Pink tu tak suka pink akan tiba2 minat pink hahahaha :D

      Delete
  20. Pink Lake tu memang saya pun teringin nak pergi tapi sebabnya jauh. Dah cakap dengan orang kereta nak cover tempat berdekatan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. best kalau dapat ke sana.. Tapi tu la memikirkan nak ke sana tu terlalu jauh yg amat.. ada hikmah juga salah jalan tak sampai ke pink lake tu huhuu.. insyallah next time kita cuba lagi :D

      Delete
  21. Sayang jugalah tak dapat jejak ke Pink Lake tu. Mana tahu ada rezeki pada masa yang lain pula. Elok pula kanggaroo tu bergerak aktif. Waktu saya ke situ dulu mungkin kanggaroo sudah kekenyangan, masing-masing pakat tidur. Sempat jugalah bergambar dengar seekor kanggaroo yang tidur terbongkang hahahaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa ada lah hikmahnyer tu.. Bila merancang Allah yang mentakdirkan semua perkara :D Insyallah moga ada rezeki di lain hari.. Kami dtg waktu lewat ptg mmg semua kangaroo tgh aktif sangat2.. okla dpt bergambar dgn yg tgh tidur terbongkang hahahah :D

      Delete
  22. Wombat kan nama diaaaaaa 🤭🤭 sebab sy ada anak patung wombat tu 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best nyer ada anak patung Wombat tu.. eh nama dia Wombat eh.. tak sure la pulak hihii.. :D

      Delete