Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Jom baca kisah seterusnya di bumi Aussie ini. Selepas kecewa tak dapat nak bermain bersuka ria di Sand Dunes, Lancelin. Akibat cuaca yang tidak menentu. Maka kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama yang menjadi tumpuan bagi setiap orang yang datang ke Perth iaitu The Pinnacles Desert yang terletak di dalam Nambung National Park.
Ianya terletak sejauh hampir 80km dari Pekan Lancelin tadi atau lebih 200km dari Bandar Perth. Jarak pemanduan yang sepatutnya memakan masa satu jam untuk sampai ke destinasi menjadi lebih dari sejam sebab kami masih lagi berhenti beberapa kali di mana sahaja tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik dan menawan.
|
Syukur at last sampai juga kami di sini pada hari kedua di Australia. |
|
First word adalah Subahanallah sangat menakjubkan. |
Entrance masuk ke Nambung National Park yang kami bayar adalah AUD 12.00 per car untuk kami berlima (AUD 17.00 pada tahun ini 2024). Tiada bayaran per person yang dikenakan jika kita hadir dengan sebuah kenderaan yang memuatkan kurang dari 12 orang. Sekiranya lebih dari 12 orang dalam sebuah kenderaan maka bayaran yang dikenakan adalah AUD 8.00 per person. Dan AUD 10.00 dikenakan untuk sebuah motosikal bersama penumpangnya.
|
Boleh juga beli entrance fee dari official website Nambung National Park. |
|
Jarak perjalanan 80km dari Lancelin ke Nambung National Park |
Disarankan untuk menaiki kenderaan untuk masuk ke Nambung Nature Reserve ini kerana tempat yang terlalu luas untuk di explore. Kita boleh drive hampir ke semua tempat dan most attraction yang pengunjung heading mestilah ke arah Pinnacles. Tapi ada ke ada pengunjung yang masuk dengan berjalan kaki. Ntah hahahaa..
|
Here we are at Nambung National Park :D |
|
First half hour memang excited sampai terloncat-loncat :D |
|
Minimum spend masa at least 1 jam di Nambung National Park ini. |
Tiada haiwan peliharaan dibenarkan masuk dan pengunjung mestilah meninggalkan Nambung pada pukul 9.00 malam. Ada beberapa tempat tertentu yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti camping tetapi ianya terletak di luar kawasan Pinnacles. Respect Quiet Hour adalah dari pukul 10.00 malam sehingga pukul 6.00 pagi.
|
Suka si Atiyya berlari sana sini. Tempat yang sesuai nak main chak chak hahaha.. |
|
Okay jom kita jalan santai-santai di Desert View Walk Trail. |
|
Boleh nampak kayu basah. Nasib la waktu kami datang tak hujan macam di Lancelin. |
Fakta menarik - Sebenarnya ada beberapa lokasi "Pinnacles" di serata dunia ini dan keadaan serta bentuk mungkin berbeza di setiap lokasi. Dan dari segi saiz pun ia berlainan ada yang besar dan tinggi dan kecil cute seperti di Australia ini. Cuma bagi aku di Nambung National Park, Western Australia ini adalah yang paling mudah di access berbanding beberapa Pinnacles lain di seluruh dunia.
|
Try ambil gambar panorama pinnacles yang tak menjadi dari view walk trail ini. |
|
Trail yang well maintain oleh pihak Nambung National Park. |
|
Nasib la datang waktu musim sejuk. Boleh la nak bergambar dengan tenang :D |
Dan yang lebih menarik adalah di
Malaysia pun wujudnya Pinnacles ni. Korang tak tahu ke? Yang paling famous adalah
Gunung Mulu National Park di Sarawak. Yer di situlah terletaknya Pinnacles. Tapi kenapa ianya tidak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia sendiri? Jawapan mudah ialah access untuk sampai ke Mulu Pinnacles adalah terlalu susah dan mahal. Ini termasuk memerlukan anda pengambil penerbangan khas ke Mulu, Sarawak.
|
Gunung Mulu National Park, Sarawak - Sumber dari Google. |
Pakej tour yang disediakan hanyalah dari Jabatan Gunung Mulu National Park itu sendiri. Dengan minimum masa yang diperlukan adalah 3 hari 2 malam ianya termasuk guide, boat dan camping fee. Dan level pendakian untuk ke Mulu Pinnacles adalah amat sukar "Highly Risk" and extreme. Peserta berumur 16 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk menyertai pendakian ke Mulu. Harga tour adalah RM455.00 (2024). Keterangan lanjut boleh visit ke website
Mulu Park.
|
Mulu Airport. Hanya MAS Wings sahaja yang beroperasi di sini. |
Oh ya.. Kenapa aku sebut Pinnacles yang paling famous di Malaysia? Ada Pinnacles yang lain ke di Malaysia? Jawapannya ya ada. Pinnacles kedua yang famous dan cantik adalah di Kampar, Perak. Korang tahu tak? hahaha.. Aku pun tak tahu. Masa buat reserch nak tulis entry ni baru aku tahu ada Pinnacles di Kampar hahaha.. :P
At this moment maklumat yang aku dapat adalah bahawa Pinnacles of Kampar ini sedang ditutup kepada pengujung untuk kerja-kerja penambahbaikan setelah ada beberapa kejadian yang tidak dingini telah berlaku. Harap-harap cepatlah ia siap dan dibuka semula kepada pengunjung. Dan yang penting tiada kenaikan harga entrance fee disebabkan kerja-kerja penambahbaikan itu huhuu..
|
Pinnacles of Kampar, Perak - Sumber dari Google. |
Antara Pinnacles lain yang popular di seluruh dunia adalah Pinnacles National Park di California, USA. Pinnacles of Red Granite, France. Giant Pinnacles of Al Ula, Saudi Arabia. Lena Pillar of Sakha, Russia. Tiba-tiba rasa macam nak pergi semua tempat-tempat yang best ni. Tapi nak kena pergi Pinnacles of Kampar dulu ni. Ada yang dah pernah pergi ke? Share sikit pengalaman korang di ruangan comment di bawah :D
|
Lena Pillars at Siberia, Russia - Sumber dari Google |
Maka conclusion yang aku dapat masa buat entry ini adalah The Pinnacles Desert di Western Australia ini adalah yang paling cute dan paling mudah untuk semua orang datang berkunjung berbanding pinnacles di tempat lain termasuk la di Mulu, Sarawak.
Tapi sebenarnya boleh jer Government Malaysia naik taraf trail di Mulu tu untuk memudahkan pengunjung dan sekali gus boleh dijadikan antara destinasi utama di Malaysia. Dan boleh menjana pendapatan dari sektor pelancongan. Tengok macam mana China naik taraf kawasan Guilin kepada destinasi pelancongan dunia. Eh eh.. Macam aku pulak Menteri Pelancongan Malaysia.
Terima kasih share info tentang pinnacles. Saya pun tak pernah lagi sampai ke Mulu Pinnacles tu sebab perjalannnya ambik masa 3 hari 2 malam, kena naik bot, berjalan dalam hutan paya, bermalam dalam hutan (ada tempat penginapan tapi sangat basic) dan kena panjat di beberapa tempat. Yang kat Kampar Perak tu saya baru tau. Kalau dah bukak boleh la pergi melawat π
ReplyDeleteSama-sama :D
DeleteSaya pun dapat tahu banyak bila buat reserch nak up entry ini. Kalau tak mmg tahu pasal Kampar tu hihii.. Tapi Mulu tu mmg saya dah aim nak pergi juga suatu hari nanti. Tapi bab kena memanjat tu yg aduhaii malas nyer hahaha :D
MasyaAllah cantik panorama pinnacles π
ReplyDeletePinnacles Mulu, memang teringin tapi sedar diri bukan jenis sanggup manjat batu-batu berbahaya tu. Tapi mungkin nak datang sekadar untuk jungle trekking.
Insyallah planning by next year nak ke Mulu tu.. Dapat sikit tak dpt banyak pun jadi lah hihii.. Mesti ada kelainan dan kelebihan tersendiri Pinnaclea di Mulu tu.. tapi tahun ni mesti ke Kampar.. :D
Deleteunik betul pinnacles ni...nice pic la kat oz tu.... (ejaan excess tu sepatutnya access)
ReplyDeleteTerima kasih atas pembetulan.. Itulah tulis entry tgh malam dgn auto correct lagi hahaha.. (still tak nak ngaku salah lagi tu)
DeleteBagusnya datang sini di musim sejuk. Kami datang dulu ketika cuaca panas. Ya ampun... waktu bergambar tu berpinar-pinar mata menahan panahan cahaya matahari yang sangat terik.
ReplyDeleteSaya setuju, banyak tempat menarik di negara kita yang sepatutnya dibuka untuk memeriahkan lagi industri pelancongan.
Guilin memang saya bagi jempol!
Tak planning nak datang waktu winter pun.. beli tiket sebab ikut harga promo jer.. Kami yg dtg winter pun kena pakai sunglasses hihi..
DeleteMalaysia tak berapa sgt nak invest dalam bab pelancongan ni.. Byk mengharap pelancong dari tanah besar china jer.. :P
Deletenampaknya cuaca terik sangat
ReplyDeleteharus bawa minum banyak2
Matahari terik tapi cuaca sejuk sebab musim winter.. kalau waktu panas kena mmg habis la..
DeleteWaaah kalo rute nya susah Seperti yg Mulu Serawak, wajar jadi tak ramai yaa. Apalagi yg tak biasa trekking. Saya pun kalo akses kesana dah susah, macam tak berminat juga. Pastilah cari yg akses jalannya lebih mudah.π
ReplyDeleteJalan trek nya memang susah tapi boleh saja disenangkan dgn membina fasiliti yg lebih baik dan lengkap utk memudahkan pengunjung hadir.. Kalau sudah terkenal satu dunia juga akan dtg.. :D
Deleteada lalu lalang juga nampak org share yang pinnacles kampar perak tu tp blm berkesempatan lg nak jejak ke situ.. moga ada peluang nti nak try hehe
ReplyDeleteKita langsung tak perasan pasal Pinnacles of Kampar Perak tu.. mmg teringin nak pergi sgt hahaha.. kalau minggu dh blh masuk .. minggu ni jugak nak pergi.. hahaha... :D
Deletewah rupanya malaysia pun ado. Yang kampar tu lagi ler tak pernah dengo. Kena terjah ni
ReplyDeleteItulah kan.. kita yg tulis ji pun baru tahu kat Kampar tu ada Pinnacles hihihi .. insyallah jom la ramei ramei kita terjah ke Kampar .
DeleteMoga tuan dapat pergi ke semua pinnacles di atas dunia ni.
ReplyDeleteAmin Amin Amin.. Terima Kasih :D
DeleteComelnya Atiyya. Betul di Gua Mulu ada pinnacles jugak kan. Alahai Sarawak tak sampai lagi ni. Nak sangat ke sana.
ReplyDeleteInsyallah niat ditanam satu hari nanti pasti akan jejakkan kaki ke Mulu National Park.. Kalu nak ke sana bagitau la :D
DeleteUnik pulak batu2 berdiri cam tu kan?
ReplyDeleteBetul unik... Lepas ni nak try di Kampar tu pulak huhuuu
Deletecantik pinnacles nya.
ReplyDeleteyg kt miri fu factor geo dia buat susah nak dibangunkan. agak jauh di pendalaman
Teringin nak pergi di Mulu Sarawak tu.. insyallah satu hari nanti akan sampai .. tapi dgr terlalu extreme trek nya.. takut pula.. :D
Deletepinnacles tu batu yang terbentuk drpd pasir gurun atau memang batu asli?
ReplyDeleteKalau dari kefahaman kitalah.. Asalnya dulu adalah lautan dan kemudian air surut dan kering.. Kemudian batu batu di dasar laut tu timbul selepas air dan pasir terhakis.. hah gitu hahahah :P
Deletewahhh...subhanallah, indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa
ReplyDeleteAlhamdulillah kuasa ciptaan Nya mmg sungguh indah :D
DeleteKat Pink Lake tu memang jauh tapi dulu masa kat Perth dia ada bagitau sejauh mana yang boleh bawa kereta yang kami sewa tu.
ReplyDeleteBetul tu.. kami sewa utk 3 hari total km juga lebih.. mmg guna utk ke area yg jauh jauh ni :D
Deletesektor pelancongan ni perlu diketuai mereka yang suka travel, suka alam sekitar dan seangkatan dgn nya. setakat promosi tp dia sendiri x trn dan x terlibat, susah jg...
ReplyDeleteTau tak per.. samalah dgn pertanian.. bagi org yg tak reti langsung pasal tanam pokok jdi menteri mmg ke laut la jawap nya.. Kalau org suka mengembara jadi menteri mesti best hasil dia.. rasa nya lah hahaha..
Deletekalau rajin buat video boleh feeling2 lost kat pdg pasir kat situ. insert background lagu Desert Roseπ
ReplyDeleteItulah malas nak mengedit video bagai.. atau sebenarnya tak reti main video ni.. hahahaa.. tunggu la kita belajar edit video nanti :D
Deletemenarik landscape nya..rendah2 pinnacles, tak mcm di cappadocia..Kampar pinnacle tu ada jg lalu lalang kt tiktok, masa first time tgk, rasa wow, tak sangka kat M'sia pun ada tempat mcm tu....Al Ula tu yg controversi...bos akk nak gi Mulu Park bulan ni dgn geng hiking dia, maybe gi pinnacle rasanya...
ReplyDeleteAah rendah rendah jer.. itulah mmg tunggu kampar pinnacles dibuka semula mmg tak sabar nak pergi Kampar.. Al Ula tu yg controversy tu.. ok nanti nak korek info bos tu di Mulu..
Deleterare nya tpt nie.. tak pernah sampai Australia, nie pula nk sampai ke Nambung National Park.. menarik
ReplyDeleteAgak rare tapi sebenarnya banyak lagi pinnacles lain diseluruh dunia.. Insyallah moga suatu hari nanti Puan Fiza dpt jejak kan kaki ke sana :D
DeleteSubhanallah cantik sungguh pinnacles tu..selalu nampak kawan2 update bergambar kat situ..semoga suatu hari nanti SA sampai ke sini
ReplyDeleteSaya doakan moga rezeki SA dimurahkan dan insyallah SA akan pijak juga bumi Australia dalam masa terdekat.. Amin :D
Deletemaaf nak tanya, saya terbaca blog awak nim berminat nak tahu macam mana nak beli ticket sebab trip saya nanti bulan 11 and plus nak drive sendiri. ada tengok tiket pakej melalui klook. kalau boleh pm, beritahulah
ReplyDeleteBoleh beli tiket melalui website atau beli masa sampai di pintu entrance Nambung National Park nanti pun boleh.. Tapi biasa kalau dalam website kadang2 ada promotion.
Deletememang cantik la pemandangan di Nambung National Park..kalau rezeki boleh la jejak kaki ke sanan...in shaa Allah
ReplyDeleteInsyallah saya doakan semoag Tuan Hanafi akan jejakkan kaki ke sana satu hari nanti.. .. Mmg cantik pemandangan di sana.. :D
Delete