Pages

Monday, 22 July 2024

5 Tips Menjadi Seorang Traveler Backpackers Ke Luar Negara

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

# Membaca Adalah Amalan Yang Mulia :D

Kali ini aku ingin berkongsi sedikit atau beberapa tips yang mana mungkin ia boleh dibaca begitu sahaja bagi yang tidak berminat atau mungkin ia boleh digunapakai untuk menjadikan anda seorang traveler backpackers dan ia adalah dari pengalaman aku sendiri. Namun entry ini tidaklah mengatakan atau menunjukkan aku adalah seorang yang hebat dalam dunia travel backpackers ini. Ianya lebih kepada sekadar sebuah perkongsian.

Jom kita berkongsi tips menjadi seorang backpackers dari teknik dan bajet travel, cara travel di negara orang, isu keselamatan diri, tempat tinggal, makanan dan sebagainya di sini. Apa pun kepada yang tidak bersetuju boleh luahkan di ruangkan komen. Dan kalau ada yang nak buat penambahbaikan pun juga dialu-alukan diruangkan komen. Untuk kebaikkan aku dan juga bagi mereka yang membaca entry ini :D

1. Biasakan Diri Dengan Perkhidmatan Awam - Bas dan Train

Ini aku rasa adalah tips nombor satu sebab bagi mereka yang tak nak guna langsung atau rasa susah (Complicated) nak gunakan perkhidmatan awam bas dan train di Kuala Lumpur. Maka lupakanlah niat nak travel secara backpackers ke seluruh dunia. Aku boleh kategorikan train dan bas di Kuala Lumpur ini adalah antara yang paling mudah nak difahami untuk digunakan. And as backpackers our main transportation is Public Transport.

Rapid - Main public transport company in Malaysia.
Sebab kalau tidak, korang mesti jem kepala bila tengok sistem train terutamanya di Paris dan Tokyo yang lebih merumitkan. Apatah lagi dengan bahasa yang kita tak faham langsung. At least belajarlah naik bas dan train di negara sendiri bagi yang tak pernah. Dan bagi yang hari-hari naik train atau bas ke tempat kerja. Memang kacang jer lah korang nak figure how to travel form one point to another point.

2. Latih Diri Banyak Berjalan Kaki

Banyakkan latihan berjalan kaki, jogging dan hiking. Sebab bagi negara seperti South Korea, Japan and most European country berjalan kaki adalah culture mereka. Setakat nak berjalan less then 1km dari rumah atau dari tempat kerja ke train station atau bas stop itu adalah satu perkara normal. Mungkin juga faktor negara mereka selalu bermusim sejuk yang membuat mereka suka berjalan kaki.

Sebab di Malaysia ni kalau boleh nak bus stop atau train station tu dibina betul-betul depan rumah. Mungkin juga negara Malaysia ni cuacanya selalu panas dan hujan maka itulah alasan kita kurang berjalan kaki. Dan sebenarnya bila kita travel ke sesebuah negara, accommodation tak perlu pun berada di tengah bandar cukup la ia berhampiran "Walking Distance" ke train station atau bus stop. Kebiasaannya accommodation diluar attraction place akan jauh lebih murah.

Dah kalau travel secara backpackers memang akan banyak berjalan kaki dan sebab itulah kebiasaannya orang yang travel backpack ni akan lebih banyak explore tempat dari orang yang menggunakan agent. Dan bagi aku paling best bila balik dari travel yang seminggu lamanya mesti berat aku akan turun at least minimum 3-4kg hahaha.. Kalau aku la, dek nak cerita punyalah banyak aku berjalan semasa trip travel. 

3. Banyakkan Membaca, Buat Research Dan Buat Itinerary Sendiri

Paling penting bila nak travel mesti ada itinerary lengkap. Ini bagi mengelakkan kita membazir waktu dan duit terutamanya. Dan sifat rajin membaca wajib ada pada seorang backpackers. Dan sebenarnya even kita travel guna agent pun make sure kita kena jugak study tempat yang kita nak travel tu. Tak la nanti kena gula-gula jer dengan syarikat travel agent tu. Termasuklah yang nak menunaikan umrah dengan travel agent.

Zaman sekarang semua benda dan maklumat di hujung jari. Opss.. Kenapa tak disebut semua di hujung mata? Kan ramai yang dah buat content video travel di YouTube dan Tiktok? Sebab Quran sebab "IQRA" yang bermaksud "Bacalah". Content video boleh tengok namun anda perlu membuat bacaan dengan lebih terperinci. Dan itinerary anda buat juga dalam bentuk bacaan kan? bukan nya video. Dan bacalah dari banyak sumber bukan dari satu sumber sahaja.

Buat research mengenai tempat yang anda nak pergi. Adakah ia masih dibuka atau telah ditutup atau ditutup disebabkan kerja-kerja baikpulih. Berapa entrance fee dan harga nak ke destinasi berkenaan menggunakan public transport. Tengok tarikh ketika travel ke sesebuah negara itu adakah bertembung dengan tarikh cuti sekolah atau public holiday yang mungkin menyebabkan perkhidmatan awam dikurangkan atau siap sedia dengan crowded yang luar biasa. 

4. Belajar Makan Apa Yang Ada / Makan Ala Kadar

Apabila travel ke sebuah negara yang bukan majoriti islam dan makanan halal agak susah untuk dijumpai maka siap sedialah untuk membayar harga makanan yang mahal. Atau pun kerana currency yang tinggi dari Ringgit Malaysia. At least makanan yang kita bawa adalah halal dan sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos keseluruhan travel kita. Yes, we should enjoy the local food apatah lagi jika makanan itu adalah speciality from that country only.

My first experience backpack adalah ke Europe at Amsterdam. Dan makanan halal yang aku bawa adalah 15 pack biskut bercream sahaja. That time im still learning how to travel as backpack dengan tiny budget with title "student". For the first 4 days aku just makan biskut sampai tengok biskut pun nak muntah hahaha.. But then i survived to travel 5 country in Europe for a month. Holland, Belgium, France, England and Sweden.

5. Belajar Travel Backpack Ke Negara Jiran Sebelum Terbang Lebih Jauh

Kalau tak berani nak travel ke negara orang boleh cuba ambil pengalaman travel ke Indonesia - culture, life style dan makanan yang hampir sama dengan kita. Mata wang juga tidak terlalu tinggi. Dan Indonesia mempunyai banyak destinasi perlancongan untuk kita terokai. Dan makanan halal juga ada di mana sahaja kecuali di Bali atau Medan, kena berjaga-jaga sedikit dalam bab status halal makanan di situ.

Jakarta - Capital of Indonesia (Until February 2024)
Dan kemudian boleh cuba travel ke Singapore untuk ambil pengalaman dengan menghadapai currency yang tinggi, makanan halal yang susah nak jumpa dan hampir kesemuanya mahal. Itulah Singapore. Kalau rasa susah dan mahal untuk travel di Singapore maka itulah kos kalau kita nak travel ke Europe yang hampir kesemuanya adalah lebih kurang atau lebih mahal. 

Dan kemudian cubalah pengalaman backpack ke Thailand terutamanya ke Bangkok. U will see negara yang bukan islam dan makanan halal juga susah untuk ditemui dan bahasa yang totally macam itik dengan ayam. Di Thailand korang akan belajar untuk travel by land dari satu tempat ke tempat lain menaiki bas atau train untuk perjalanan jauh. Bangkok - Chiang Mai atau ke Phuket.

Bangkok - Capital of Thailand.
Kalau boleh travel ke tiga negara ini mesti korang boleh travel ke Australia, Taiwan dan South Korea dan yang seangkatannya sebab korang dah ada pengalaman dengan kos living yang mahal, bahasa yang berlainan, makanan halal yang susah untuk ditemui serta penggunaan public transport yang berkesan. But jika ada keyakinan, tidak travel ke negara jiran pun ramai jer yang terus redah travel sampai ke Europe.

47 comments:

  1. Aku fokus di poin ke dua sama ketiga mas. Sekarang ini malas jalan kaki, hatusnya bisa lebih bersemangat dan sering jalan kaki agar fisik lebih tangguh.
    Lalu rasa malas membaca juga harus kulawan agar bisa lebih luas lagi wawasan dan pengetahuanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mahu backpack harus kuat berjalan kaki.. Even dalam kawasan bandar kita kena banyak berjalan utk lebih menghayati keadaan unik di negara org..
      Membaca adalah kunci utama utk menimba ilmu.. :D

      Delete
  2. bab berlatih jalan kaki tu memang betul, takda stamina camne nak jalan banyak. orang jalan jalan happy awak nanti moody sebab penat.haihh

    bab makan, akak punya perangai susah nak makan benda yang akak tak biasa makan.tu sangat parah. sbb tu masa suami out station armsterdarm akak dgr kemain jauh dari tempat dia nk cari kedai arab atau indian halal maka terus tak rasa nak ikut.orang happy gi korea akak tak pernah sebut nak gi sana sebab sushi kimbab tu semua akak tak tertelan cemana nak happy isi perut kalau gitu.mujur nasi arab boleh telan kalau tak gi arab nangis la.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak travel backpack pun kena ada stamina tau.. kalau tak pancit la selalu nak berjalan jalan.. Bila dh berada di negara org..makanan tak boleh memilih sgt.. kena tabah makana apa yg ada sahaja.. Sushi Kimbab tu sedap tu hihiii.. kena la berlatih sikit makan benda2 mcm tu .. baru boleh survive di negara org :D

      Delete
    2. Ala kenapa tak ikut suami kerja outstation di Amsterdam tu.. kena berjalan jauh tu satu kemestian bila travel.. nak pi makan pun kena jalan jauh sbb nak cari makanan halal.. akak kena berlatih la makan mcm2..kalu tak kena teavel negara arab je la makan nasi arab hahaha..

      Delete
  3. Dari zaman sekolah menengah memang itu lah cita2 nya nak buat lepas study. Namun keluarga lebih utama. Alhamdulillah syukur diizinkan walau umur dah tua. Semua yg Afif tulis memang betul. Thanks for sharing..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat sejarah dengan geography masa belajar mmg akan end up byk travel sebab nak melihat dgn mata sendiri. Betul keluarga juga perlu diutamakan.. biarlah kita mengembara walau di usia emas :D

      Delete
  4. Terima kasih tips berguna ni. Memang bercita-cita dari dulu tapi belum kesampaian sangat...baru cuba sikit-sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. sekadar berkongsi pengalaman sendiri.. mungkin ada tips dari org lain yg lebih bermanfaat.. insyallah miga dimurahkan rezeki amin :D

      Delete
  5. mula2 ke luar negara dulu ikut agen. dr situ sy belajar, kalau semua ni buat sendiri... rs nya tak jd masalah kot?

    bla dpt kwn yg ada minat yg sm dan mahu mencuba benda baru, dr situ kami atur buat travel sendiri.

    sy pun mula dgn europe jg. byk buat survey. belajar itu ini wpn dr internet. Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. wpn bkn yg terbaik tp keyakinan drpd buat trip ni laa yg beri sy semangat utk travel at least sthn sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap org ada langkah permulaan mereka yg tersendiri.. Mula2 ikut agent.. ok jugak tu sbb nk tahu selok belok di luar negara kan.. and influence dari kawan yg sama minat pun betul jugakk.. pemangkin semangat tu... :D
      Betul tu kena ada target.. setahun sekali rezeki tu..

      Delete
  6. yg jln kaki tu mmg betul. bla plan nk g jepun menjadi, sy dah aim sbln sblm pegi srtaip hari sy kena jln at least 10k langkah.
    dah tiba sn, dah rasa... alhamdulillah...bla blk sini, x de rs skt kaki sbb dah terbiasa... 10k langkah kt jepun tu cuma dr hotel ke stesen je. belum lg jln ke sn sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point paling penting kalau nak backpack mmg kena kuat jalan kaki.. di jepun sbb nk murah punya pasal.. accommodation hampir 1km dri train station di Tokyo.. Nak balik tu mmg kena beli atau makan siap2.. tapi nest jugak jalan jauh2 boleh tgk suasana di perumahan Nobita :D

      Delete
  7. jg brg peribadi baik2. pastikan ada i beg yg sentiasa dkt dgn kita. duit tunai, kalau boleh asingkan terutama bla g ke tmpt2 yg mmg terkenal dgn pencopek mcm rome, paris etc tu.

    ms g paris sy simpan duit dlm boot n beg sandang sentiasa menghadap ke dpn... takuttt weiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit jgn letak semua di satu tempat.. kalau boleh pecah2 ke beberapa tempat.. wallet..beg.. poket.. dan sebagainya incase la nauzubillah.. kalau hilang tak la hilang semua..

      Delete
    2. Yeap betul Paris mmg scary pickpocket dia.. sama dengan Itali dan Spain.. My brother boleh hilang laptop kot.. kat kedai makan.. Mmg kena berwaspada sgt2 dgn pickpockets bila travel..

      Delete
  8. kalau mcm nieyl suka juga pergi travel dalam negera je setakat ni yg mampu tapi walaupun dlm negara, nieyl akan Banyakkan Membaca, Buat Research Dan Buat Itinerary Sendiri, sebab nieyl tak suka bazirkan masa yang ada, macam minggu ni nak pergi JB kan, dan siap dah Itinerary untuk 3 hari 2 malam dkt sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep nak travel tetap sama.. walau dalam negara Malaysia.. itinerary kena buat jgn main redah jer.. nanti akan buang masa dan bazir duit.. bagus tu itinerary siap 3 hari 2 malam.. yg penting point dia adalah kena banyak membaca..

      Delete
  9. Travel ke negara banyak jalan kaki tu betul. Memang jalan kaki belaka. Punya jauh berjalannya. Kami kalau travel bukan jenis backpacker ni....hotel pun bukan yang hostel tetapi yang sederhana. Makanan pula selalunya saya akan masak jadi kurang la membeli kat luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ramai mmg kena masak tak leh makan luar selalu.. bajet besar boleh la malan luar selalu hahahaha.. Mmg berjalan adalah satu perkara wajib bila travel kan.. :D

      Delete
  10. part berjalan jauh tu ikut usia dan fitness level jugakkk...zmn i umur 30s dan early 40s, memang ok jer jln byk2...now dh late 40s memang tak fit sgt dah..so byk opt for tour yg tak pyh jln byk2 sgt..again depends on individual dan aim travel masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ikut usia fitness.. saya dulu masa mula2 travel angkat beg pack sampai 18kg.. jalan europe dgn middle east 6 bulan lama nya.. But now.. kalau buat mcm tu dah sakit sakit belakang hahahaa.. Btl setiap individu ada aim masing2.. apa yg dia nak archive dlm travel.. i nak conquer the world :D

      Delete
  11. one day teringin nak backpacker seorang diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh dan ianya tak mustahil.. saya doakan :D

      Delete
  12. terbaik tip untuk mengembara bermanfaat pada yg berkeinginan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga boleh dijadikan permulaan panduan sebelum travel backpack ke luar negara :D

      Delete
  13. tq for sharing...lamanya tk travel overseas...last yg jln byk ke korea 2013...tp bkn backpakers sbb ada anak2 kecil....

    ReplyDelete
    Replies
    1. It almost 10 tahun lepas.. Insyallah dah boleh planning untuk travel lagi ke uar negara :D

      Delete
  14. Replies
    1. Uncle buat lah saya support hahaha.. tak berani la depan video hahahaha :p

      Delete
  15. Akak baru singgah blog ni.. makaihhh.. banyaknya cerita travel. nanti akak slow2 baca. Suka baca pengalaman begini.
    Tips no 5 tu dah buat tapi bukan backpack lah. Mungkin tak berapa sesuai untuk umur macam akak.. Ke Indonesia ambil pakej sahaja tapi itupun kena pergi dengan adik beradik juga.
    Lagi satu, hanya mampu menjadi tourist sahaja dan bukan traveller huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamduillah terima kasih sudi bertandang ke sini :D
      Ada la cerita sikit-sikit pasal travel tak la hard core sgt hihii.. Nanti baca tinggalkan la comment yer hihii.. Tak apa ikut pada diri kita nak jadi tourist atau traveler.. tak salah pun hihi... janji kita enjoy dgn apa yg kita buat :D

      Delete
  16. Btw nak correction sikit, as per 15 Feb 2024 jakarta tak lagi capital dari Indonesia. Dah berubah IKN yg di Kalimantan 😁. Jakarta ini JD pusat ekonomi saja, tapi bukan ibukota.

    Saya sendiri lebih menganggap diri saya flashpacker. Duluuuu awal2 traveling saya backpacker memang. Tapi setelah beberapa kali coba, yg nyaman utk saya lebih ke flashpacker.

    Krn saya masih menjalankan yg poin jalan kaki kemana2, memilih penginapan dekat dengan station. Apalagi saya traveling selalunya winter, waktu yg enak untuk berjalan kaki. Tak letih, tak panas.

    Tapi untuk makanan, saya prefer selalu beli drpd bawa, walopun negaranya bukan negara muslim. Prinsip saya kalo ke negara non muslim, yg penting yg saya makan bukan porky' 😅. Masalah tempat penyimpanan, alat masak, dll, anggab darurat dulu 🤭. Beda cerita kalo negara muslim yaa.

    Research memang selaluuu saya lakukan. Kec ke negara2 yg susah utk cari informasi. Biasanya negara sanction. Kalo yg begitu, saya suka pergi tanpa ITIN. Nikmati saja kaki melangkah 😁

    Terkadang traveling dengan cara begitu, juga bisa enjoy. Malah suka dapat hal2 yg tak kita duga.

    Satu lagi kenapa saya tak bisa jadi backpacker sejati, Krn saya suka shopping 😂. Ini susahnya. Mesti bawa koper, utk taro barang2 shopping saya 🤭

    Tapi buat para traveler pemula, harus lah mencoba dulu traveling secara backpack sebelum akhirnya memutuskan style traveling yg sesuai 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya sudah ditukar ke Nusantara.. Terima kasih atas pembetulan info di sini.. :D
      Nanti tulis la pasal Flashpackers.. mesti ramai yg nak tahu dgn lebih details.. :D

      Delete
    2. Sama seperti saya juga kalau boleh mau travel di musim winter sahaja.. sebab di negara sendiri selalu nya summer hihii..
      Saya lebih kepada kurang budget ketika travel.. apatah lagi bawa anak2 kecik.. dikuatiri makanan di negara lain anak2 tidak bisa makan.. maka harusnya dibawa juga makanan dri Malaysia .. Kalau budget nya banyak boleh ajar tidak bawa makanan.. beli aja di sana :D

      Delete
  17. Setuju dengan semua yang tips yang telah diberikan.
    Cuma nak jadi seorang traveller backpacker ni takleh mengada-ngada. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tak leh ngada ngada.. nanti tak jadi travel jawap nya.. kesudah nya duduk dlm bilik hotel jer la hahahaa :P

      Delete
  18. benar sekali yg ditulis...sekrg dah ada Google Translate lg mudah...bab transport network yg berselirat mcm Tokyo tu mmg mencabar...rasa mcm amazing race..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang nak travel mmg dah banyak kemudahan yg disediakan termasuk google translate. Yes Tokyo train mmg mencabar hahahaa.. mmg mcm amazing race hihii

      Delete
  19. Macam SA boleh la travel backpackers ni..sebab rely on public transport...hehehe..terima kasih atas perkongsian yang sangat bagus..sangat2 membantu...teeuskan berkongsi ye...mana tau SA nak statt travel semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh apa yg tak boleh... Boleh sangat kalau SA nak backpack.. Lagi2 anak dah besra dah boleh jadi travel buddy tu.. Terima kasih sudi ke sini membaca.. MOga SA cpt start travel semula amin :D

      Delete
  20. Saya pun teringin jugak nk backpacker tapi tak tau nk pergi mana..hahaha . Sy suka keindahan alam..mcm gunung2..laut2..haiwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try pergi destinasi yg dekat terlebih dahulu.. cuba cari keseronokan dlm pengembara backpack itu...

      Delete