Pages

Thursday, 22 August 2024

Late Lunch Story - Restaurant Woodfire At Kemensah Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kita lari jauh sikit dari kisah travel. Asyik tulis pasal travel nanti boring la pulak kan hihi. Entry pengembaraan ke Australia pun dah masuk part yang ke sebelas still habis lagi. Bertabah la korang nak baca hihii.. :D

Dan aku jarang tulis entry berkenaan tempat makan atau berkenaan sesuatu makanan melainkan jika aku rasa ianya sedap berbaloi untuk diberi review atau sebab harga terlalu mahal sangat atau sebab tak sedap tapi mahal dan tak berbaloi hihihi. Tak ada la gurau jer. Tak pernah lagi buat macam tu :D

Outlet yang berada di Kemensah ini tidak begitu besar.
Macam biasa kalau pergi makan lunch di luar ni memang sebab berdating dengan wife jer. Kalau tak, memang aku makan bekal atau di cafe tempat kerja sahaja. So kali ni wife inform awal-awal nanti lunch nak ajak aku makan luar tapi still aku yang kena pickup dia bukan dia yang pickup aku. Again jangan try to correct them, u still salah nanti hahahaa :D

Dah melalut jauh pulak, mana cerita Woodfire nyer hahaha.

Okay since kita dah boikot semua jenama fast food yang sokong Israhell seperti McDonald, KFC, Pizza Hut, Burger King, Subway dan Texas Chicken. Eh jap kenapa Texas Chicken? Dia kan takde kena mengena dengan Israhell. Memang tak ada kena mengena tapi dia serve Coca-Cola, Minute Maid, Fanta dan seangkatan dengannya. So kalau beli menu set automatik kita terbeli sekali air from that product. 

Hurm tak masuk lagi cerita pasal Woodfire ni. Jauh betul intronya hahaha..

Curly Fries RM6.90
 Cheese Steak Beef RM18.90
Basically dah lama aku tak makan burger fast food ni. So bila wife ajak, dia kata "Jom makan burger fast food indoor" aku pun macam excited. Maka sampai la kami ke Restaurant Woodfire di Kemensah. Yang terletak betul-betul berhadapan Masjid Al-Iman Kemensah Height. 

Sampai jer terus Azan Zohor berkumandang. Hurm memang kena masuk masjid dulu la. Berjalan naik kereta punya jauh tapi bila azan memanggil tak kan la malas nak ke masjid. So my wife masuk Woodfire dan aku ke masjid terlebih dahulu. Lepas solat aku masuk ke Woodfire nampak wife aku duduk dengan kawan dia Dr Atiqah tengah minum. Dalam hati aku "Nak berdating berdua dengan aku lah sangat".

Aku pun tak ingat pilih Brisket Burger atau Smoke Burger. Tapi inilah rupanya.
Smoke Lamb Ribs harga ikut pada berat yang bermula dari RM50 sehingga RM120
Coffee Latte biasa jer sebab Hazelnut, Caramel dengan yang lain semua habis.
Belum sempat aku nak say anything wife aku dan buka mulut "Tadi Dr Atiqah call dia kata ada di Wangsa Melawati so i ajak la dia datang makan sekali" Aku pun iyer lah. Sambil terus ke kaunter untuk order makanan. Hurmm menu tak banyak sangat ada 3 jenis starter, 5 jenis burger dan satu menu Smoke Lamb Ribs.

Owner Woodfire ini adalah dari Syarikat Bumiputra Melayu Johor dan Adam Yusuf adalah Co-Founder. Status adalah Halal dari lama website mereka namun masih lagi dalam proses mendapatkan Sijil Halal dari pihak Jakim Malaysia. Setakat sekarang Woodfire telah berjaya membuka 27 cawangan di seluruh Malaysia dan 7 cawangan di Indonesia.

Menu yang ini semua tak ada di Woodfire Kemensah.
Franchise yang berada di Kemensah ini aku rasa macam small outlet sahaja sebab tak banyak menu yang ada. Bila aku buka official website Woodfire menu yang ditunjukkan jauh lebih banyak. Mungkin outlet baru. Apa pun korang boleh terjah ke Woodfire di Kemensah ini dari pukul 12.00 tengah hari sehingga 9.30 malam. Ditutup pada setiap hari Isnin.

Bagi aku burger dia memang terbaik sebab diorang guna daging padu, solid dan lembut. Bukan daging yang telah dijadikan kepingan burger maksud aku macam kepingan daging burger Ramli tu. Cuma harga agak keras sedikit tapi once a while okay la kot. Lepas ni nak try ke outlet yang lebih besar sebab lebih banyak menu yang disediakan.

38 comments:

  1. Cheese Steak Beef tu kaaannnnn, alahai tahan air liur sungguh ni. Thanks for sharing, boleh lah try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja la share kan sebab sedap makan burger dia huhuhuu.. Make sure pergi outlet yg besar barulah mcm2 ada..

      Delete
  2. Walaupun harga keras tapi berbaloi sebab guna daging padu dan lembut pula. Sesekali layan selera makan burger memang best kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Sangat berbaloi tapi sbb harga keras kita layan sesekali sahaja la hihii.. :D

      Delete
  3. Wow, sangat" membuat air liur menetes, tapi puas hati kan bang walau harga agak mahal:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas hati bangat walau harga nya mahal hahaha.. boleh cuba sekali sekala.. :D

      Delete
  4. Nampak menarik tapi jaranglah nak ke kemensah tu wpun doket yo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun memang jaranglah nak ke kemensah tu.. Ni pun wife ajak.. nak repeat tunggu org blanje je lah hahaha :D

      Delete
  5. brand woodfire ni famous tp so far i lom pernah try lagi mkn...teringin jugakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun baru tahu selepas dtg ke outlet dia di Kemensah ni.. Sila la try makan insyallah puas hati.. :D

      Delete
  6. nampak sedap semua tu! Makan besar lah hari tu kan? Yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan besar? Boleh la.. cuma nak pergi yang lebih besar sbb lgi byk menu yg ada.. Sedap sgt Brisket Burger yg saya makan hri tu :D

      Delete
  7. kebetulan saya memang teringin sangat nak ke sini..dekat Kuantan woodfire baru buka,
    dah baca review ni lagi tak sabar nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh di Kuantan pun dah buka cawangan ke.. Mmg terbaik lah.. boleh makan kalau kerja ke sana nanti.. Tak sabr nak makan lgi hahaha .

      Delete
  8. Replies
    1. Mmg pun.. kita yg dh makan pun teliur tgk gmbr kat sini hahaha..

      Delete
  9. sedap2 semuanya...feveret lamb ribs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamb Ribs dia lembut sgt.. Ada pulak sekali dgn lemak2 lembut di ribs tu.. lagi la sedap huhuu

      Delete
  10. Woww menu dia, semua menaikkan selera. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most of their burger memang sedap.. Daging padu solid dan sedap lembut hihii

      Delete
  11. mggu dpn plan nak g melawati bleh laa sy melencong sekejap kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila.. cawangan dia banyak bukit jalil pun ada rasa nya.. try jgn tak try.. :D

      Delete
  12. dasat2 pilihan burger dia... jgn rabak mulut udah ler sbb nak nganga besar2 bila.mkn burger ni 🤣🤣 gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mmg idok la makan dgn tgn kiri kanan tu.. Makan main cubit2 jer la.. :D

      Delete
  13. mcm familiar laa nama adam yusuf tu... jap nak google nama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. tak pernah dgr Adam Yusuf ni.. Tony Yusof selalu la dgr hahaha :D

      Delete
  14. Seriously, mmg lama dah ngidam nak makan kat Woodfire ni, tp time nak pergi tiber tak rasa nak makan burger pulak.. haha... tgk gaya mcm KGB burger pun ada... next time leh try dgn budak2 ..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh bahaya tu kalau mengidam.. Mcm kita tak tahu langsung psl Woodfire ni.. Nasib la diajak.. eh KGB Burger tu apa pulak.. hahah (terus google) :D

      Delete
    2. hahahahaha tidak la saya mengidam.. KGB tu Killer Gourmet Burger .. boleh try ... sedap!!

      Delete
    3. Ok tambah lagi la senarai tmpt nak kema terjah ni hahaha :D

      Delete
  15. woodfire... belum pernah lg mkn kt sini... next time ke sana mmg kena cari... ingt burger di aussie la td.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la try makan burger di woodfire ni.. Insyallah puas hati.. Amboii smpai ke Aussie di pergi hahaha :D

      Delete
  16. Saya kaget loh saat baca woodfire ada 7 cabang di Indonesia 😱😍😍😍😍😍. Kemana aja saya, baru tahu 🤣😅😅. Padahal teringin sangaaat makan burger ini saat ke KL kemarin , tapi tak sempat.

    But honestly, saya lihat foto burger ini, langsung berasa kenyang bang 🤭😄. Besaaar yaa 🤣. Tak yakin pula saya sanggub habiskan kalo setebal dan sebesar itu burgernya 😅. Rasanya harus bagi 2 dengan suami

    Serius lah saya langsung cari tahu di mana2 cabang di Indonesia. Ternyata 1 cabang tak terlalu jauh dengan rumah saya. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga baru tahu setelah buka website rasmi ada banyak cabang lain di Malaysia dan Indonesia. Burger itu memang sedap bangat harus dimakan cubit-cubit.. Kalau mau di ngap ngak tahu besar mana mulut harus dibuka hahaha :D

      Delete
  17. mmg sedap beger di wood fire ni....saya try yg paling mahal tu sbb ada brisket juicy ada part lelemak...mmg kenyang smp mlm sbb gemok isinya pn padat....aritu mkn dkt outlet bukit jelutong...nk order juga yg smoked brisket platter tp sold out masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia.. Amik brisket jugak.. mmg daging dia banyak kan.. Betul juicy lemak tu yg buat sedap.. Itulah banyak betul yg sold out.. Kena pergi awal kalau tak nak sold out tu. L.

      Delete
  18. Banyak eview udah dibaca tentang Woodfire ni. Nampak macam sedap2 je semua makanan yang dikongsikan. Kena masukkan dalam bucketlist untuk cuba direalisasikan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak takut kalau kita nak suggest utk dicuba makanan di woodfire ini.. So far apa yg kita order tempoh hari mmg sedap :D

      Delete