Pages

Tuesday, 16 August 2016

Myanmar Part 3 : Journey To Country Side - Inle Lake Town

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Sambungan dari Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami


Alhamdulillah at last dapat jugak update Myanmar Part 3 ni.. Banyak keadaan tak mengizinkan untuk berada depan laptop nak update.. Baby tak sihat kemudian mak baby pulak masuk hospital but alhamdulillah both of them dah nampak sihat.. huhuuu..

Okay back to my original plan ialah matlamat utama untuk ke Inle Lake Town yang terletak lebih 600 km dari Bandar Yangon.. Ada tiga cara untuk ke Inle Lake dari Yangon.. Pertama ialah dengan menaiki penerbangan dan (paling mahal).. Kedua ialah dengan menaiki kereta api dan cara terakhir ialah dengan menaiki bas paling (paling murah huhuuu)..


Inle Lake - The Beautiful Countryside of Myanmar..

Banyak review yang mengatakan adalah lebih baik menaiki train kerana bas agak berisiko tinggi sebab melalui kawasan gunung-ganang dan lembah gaung etc.. But sometimes once u travel kita tak boleh menjangkakan apa akan berlaku.. Insyallah banyakan bertawakal.. Dan alhamdulillah kami memilih untuk menaiki bas VIP perjalanan malam.. boleh la save bajet untuk accommodation sket kan.. :D

Kami naik VIP Sleeper Bus dengan harga 18,500.00 Kyat seorang (seat 2-1) tapi kalau naik bas biasa 14,000.00 Kyat seorang (Seat 2-2).. Yang best nyer bas di Myanmar memang 5 star aku bagi.. Bersih, Stewardess ada, Aircond sejuk terbaik, toiletries pun kasi, selimut, bantal kepala, ada tandas, roti dan mineral, pepagi dapat coffee atau tea lagi tu.. dan paling best dia kasi panadol takut kita pening sebab nanti akan lalu kawasan jalan ular kat lereng bukit..


Keadaan bas yang dilengkapi tv dan stewardess..  Dan budak yang comel :P
Suasana meriah dalam keselesaan bas ke Inle Lake Town..

Perjalanan mengambil masa sepanjang malam.. Kami mula bertolak dari terminal bas pada pukul 8.00 malam dan selamat tiba di perhentian Inle Lake pada pukul 7.15 pagi kesokan harinya.. Apa yang aku perasan bas ini akan stop hampir setiap 3 jam di perhentian mahu pun di restoran.. So tak ada masalah la kami nak solat magrib isya'..


Suasana tempat makan di salah satu tempat perhentian..
Lengkap dan Bersih - Mutu utama mereka di sini.. 
Salah satu tempat perhentian di kedai kopi.. Minum layan kopi memalam.. Layan beb :D

Perjalanan sepanjang malam tak terasa kami berada di dalam bas.. Memang tidur senyenyak la kata orang hahaha.. Okay bila sampai jer di persimpangan Inle Lake anda perlu mengambil teksi untuk ke Pekan sejauh lebih 9.0 km.. Masa ni kene pandai buat tawar menawar.. Kami dapat teksi 6500.00 Kyat bahagi 4 orang maka 1625.00 Kyat seorang..

Memang kene naik teksi sebab agak jauh.. Dan satu tips di sini ialah make sure kautim dengan pemandu teksi sebab anda sebagai pelancong kene membayar cukai 10 USD seorang untuk memasuki Pekan Inle Lake.. So bayar lebih pada orang teksi tak lah serugi bayar 10 USD tu.. mean jangan bayar 10 USD tu la hahahaa :P ..


Bergambar dengan pemandu2 teksi yang menunggu pelancong turun bas..
Perjalanan dan suasana ketika menuju ke Pekan Inle Lake..
Suatu keadaan yang memukau pemandangan aku :D

So korang kene beringatlah.. Jangan nak tawar sangat dengan driver teksi tu.. Tawar sket lepas tu try kautim dengan dia.. Sebab kalau 4 org dah kene bagi 40 USD.. Bukan sket tu.. Banyak ooo.. So make sure always travel smart, safe and cheap hahahaa.. :D

So once korang dah dapat naik teksi ni legalah hati.. Dan perkara yang aku tak lupa nak bagitau korang ialah pemandu teksi ni akan tanya "hotel mana yang korang booking?"so macam kitorang yang walk in ni, tak booking mana2 hotel.. Teksi ni akan bawa kami pergi survey hotel sampai la kita jumpa hotel yang sesuai..


Aku tak bernasib baik kene bayar pulak.. so korang jangan terbayar lak yer..
Terserempak dengan kanak2 pulang dari sekolah..
Menuju masuk ke Pekan Innley Lake.. dan terus mencari hotel yang sesuai :D

Selepas selesai membayar cukai yang tak patut untuk masuk ke Innley Lake ini.. Perjalanan kami di teruskan ke Pekan Innley Lake.. Suasana yang tak jauh dari sebuah perkampungan di Pekan Pontian Kecil, Johor huhuhuuu.. Aman, tenteram dan nyaman sekali.. (Pontian tu kampung arwah ayah aku so aku tau la yer ..)

Driver teksi bertanya dengan kami berapa bajet harga hotel yang kami nak mampu or boleh bayar.. Sebab mudah bagi driver teksi ni nak carikan.. Kalau mampu yang mahal akan terus di bawa kami ke hotel-hotel 3 bintang ke atas.. Kalau bajet bawah sket so direct jer terus ke hotel-hotel bawah 3 bintang gitu..


Antara beberapa buah accommodation yang di suggestkan oleh driver teksi..
Dan akhirnya kami dapat jugak accommodation bajet kami.. Lady Princess Hotel
Okay satu lagi peringatan untuk korang yang datang ke Innley Lake ni.. Kalau nak walk in make sure bukan dalam pick season.. Sebab agak susah bagi kami untuk mendapatkan accommodation.. sebab kami berempat perlukan dua buah bilik..  Ada hotel yang full.. ada yang remain cuma satu bilik available.. Lebih 7 buah hotel dan homestay kami bertanya.. (Lagi pun bila dah travel dengan orang perempuan ni - Diorang nak Wifi tu wajib dan aircond to compulsory huhuhuuu... :P )

At last kami dapat jugak tempat penginapan di Lady Princess Hotel.. Dua standart room dengan kemudahan aircond dan wifi - walau tak kuat huhuu.. Dan lagi bila best dapat sekali dengan private bathroom with toiletries.. Dan harga bilik include breakfast.. Harga bilik USD 25.00 per night.. okla bila dah travel dengan ladies kan :P

Peringatan untuk korang nak cari accommodation di Pekan Innley Lake ni.. First kene make sure tempat tinggal korang tu mestilah dekat dengan jeti Innley Lake itu sendiri that is the main attraction.. Second is mestilah tak jauh dari main street yang mana di situlah tempat kalau nak shopping atau nak mudah cari makanan..

Will Continue Part 4

69 comments:

  1. semoga semuanya dipermudahkan...bestnya bas VIP tu, mcm2 ada..

    cukai tu bayar pd siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tak sangka negara mcm tu blh provide service bas lagi better dari malaysia :D

      Delete
  2. wah..baru nampak travel.. Salam blogging. harap masih ingat bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam blogging juga.. mesti lah ingat tuan khairuddin lim.. travel tak leh tunjuk sgt hahahahaha

      Delete
  3. wahh.. dah dapat baby ! Tahniah! Moga baby dan ibunya makin sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap dah dpt.. hehehe alhamdulillah..mana tau nie? kikikiie... amin moga sihat sentiasa :D

      Delete
  4. Menarik.....tapi ada budak masih kecil tak bolehla jenjalan luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuu... kalau ada bdk kecik kene pergi negara yg friendly bdk2 la.. huhuu.. :D

      Delete
  5. Kali pertama singgah blog ini. Terima kasih atas perkongsian negara yang dilawati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jua kerana sudi bertandang ke sini.. hehehe.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman.. :D

      Delete
  6. disana aman gak buat jalan-jalan sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat aman untuk berjalan2.. tiada apa2 masalah malah org myanmar banyak membantu :D

      Delete
  7. 1. Naik bas tu dah macam naik firefly pulak. Malah lebih best sebab dapat toiletries tu
    2. Geram juga sebenarnya bila kena bayar for the unnecessary
    3. Bab wifi tu.. kena pulak kat batang hidung. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ho tak pernah la pulak naik firefly hahaha..dpt toiletries lagi tu.. huhuu..

      Delete
  8. 1. Naik bas tu dah macam naik firefly pulak. Malah lebih best sebab dapat toiletries tu
    2. Geram juga sebenarnya bila kena bayar for the unnecessary
    3. Bab wifi tu.. kena pulak kat batang hidung. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well harap org lain tak kene la... bayar gitu je tak pasal2.. wifi kenapa lak? hahaha..

      Delete
    2. Setuju sangat.. suka pulak tgk bas dia yg mewah gitu.. :D

      Delete
    3. Kaannn.. siapa yang tak suka dengan bas yang amat selesa macam tu :D

      Delete
  9. Replies
    1. Assalamualaikum juga pd Cik Aya Zuki.. thanks sebab ingat dan mai kd sini :D

      Delete
  10. Heloo Abam apa khabar? Long time abam tak Update blog ini, you must be busy and happy to know that you are already updating your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello there too.. Khabar baik sahaja.. aah lama tak update sekarang ni susah sket nak update.. tapi travel masih aktif.. tunggu masa sesuai utk kembali aktif berblog hehehe :D

      Delete
  11. komunikasi pakai bahasa apa?? knp kata kawtim tp kene bayar? haha keee selepas kene byr baru tau boleh kawtim? hehe nk tgk lg apa yg menarik kat sana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komunikasi guna english dan urdu.. sebab ramai je yg tak bayar.. sbb tax tu bukan nyer ada org check.. sila la ke sana :D

      Delete
  12. menarik juga kembara ke myanmar ni. next time backpack trip mau join boleh? saya selalu solo je

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle zuan golongan otai.. segan nak ajak hahaha.. insyallah boleh jer :D

      Delete
    2. ohohohohoo... saya pun nak ikut Mr Time Traveller jugak boleh?? :D

      Delete
    3. Sila sila .. sesiapa pun boleh jer ikut .. Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan :D

      Delete
  13. Tahniah! Baby sihat? Rupanya dh lama kita kenal kan ttboy dari afif bukang sampai dah anak sorang jumpa jd belum lg 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah baby sihat walafiat jer..bila kak JM nk jumpa baby hahaa.. dah dekat setahun umur dia :D

      Delete
    2. Qaseh Abadi: Kak Jm mengantuk menaip kot hahahaa :P

      Delete
  14. Klau sis JM pun akan pilih naik bas sbb murah paatu cam selesa siap ada peramugari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selesa sangat.. tido nyenyam tak sedar pun satu malam perjalanan huhuu.. :D

      Delete
  15. Kena cukai? Wajib bayar ke? 10usd? Mahal jgk tu so kena pandai kawtim lah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah bukan sket 10usd tu.. kene pandai kawtim la dgn pemandu teksi huhuu..

      Delete
  16. Biat masa ni myanmar belim masuk list tp kalau tetiba rasa nk pegi leh refer entri ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini info sket2 jer .. terharu bila otai travel kata macam tu hahahaa..

      Delete
  17. kagum n bangga sat dgn Myanmar, sediakan bas sebaik itu.. Kat Malaysia yg kononnya "maju" skit ni pun servis bas makin terok plak nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah memang tak sangka service dan bas mereka terlalu baik bagus dan cantik.. kalau mcm boleh tiru mcm tu lagi bagus.. :D

      Delete
  18. Assalamualaikum. Ehh dah ada baby eh? Boy ke girl? Taniah2. Hehehe cepatlah continue lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. aah dah ada baby girl hehehe.. baby asyik kacau susah nak update hahahaha :D

      Delete
  19. tq singgah blog..



    sy dah lama tak beblogging. tetibe harini rasa rindu sgt.
    singgah sini . tak tahu la konsisten ke tak berblogging. hehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa if ada komitmen dahulukan dulu komitmen anda.. sebab blogging ni sampingan je dalam kehidupan :D

      Delete
  20. Greet extra tip and thank you for sharing.
    I haven't used collections to their potential yet, but will look to check it out more closely.

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. Oh ye ke.. Bagus la... Ada la sket info nak kongsi .. :D

      Delete
  22. kenapa kena bayar pula nak masuk ke lake tu...

    tadi kata jangan bayar errrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kene baar cukai nak masuk inle lake nie.. Tapi tak tau la betul ke tak sbb macam scam pun ada hahaaa... So sbb ramai tak bayar maka avoid je la.. :D

      Delete
  23. Bas vip tu memang nampak selesa bebenor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun selesa sangat..
      Kalah bas dekat malaysia.. :D

      Delete
  24. Tak penat ke TT? .....
    Bila baca entri, tengok awak travel dari satu tempat ke satu tempat terasa penatnya TT.
    Tp bagi seorang traveller mungkin satu kepuasan kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la penat seronok ada la dapat discover new place .. pengalaman nak dpt mmg penat tapi berbaloi hehehe... :D

      Delete
  25. Tetiba nak tanya kenapa perlu bayar cukai tu 10 USD pulak tu mahal nyer.. Bas vip dia mmg sungguh2 vip hahaa meriah tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well jgn under estimate other country worst than us hehee.. kalau pergi sana tak perlu la byr cukai tu huhuu

      Delete
  26. Semua okay just nak tau kenapa la kene bayar 10 USD tu.. macam tak patut jer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau sampai sana tau la kenapa nak kene bayar.. cukai kata nya hahahhaa :P

      Delete
  27. ehmmmmm menarik... pompuan yer kenalah selesa kena paham gak tu.. best juga yer naik bas mun dah mewah gitu... tak sangka lak Myanmartu... tapi kalau pergi sekarang mau tak dapat keluar airport kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha skrg ni tak tau la cane nak ke Myanmar.. kan pmpn mmg kene layanan class tinggi sket kan haha..

      Delete
  28. wah..bestnya....dear..akk nk tanye..duit kyat lebih tu tukar kat mana bila balik malaysia? tq ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada banyak lagi tukar lah di airport sebelum balik malaysia.. kalau sket tu buat simpan kenang kenangan jer la.. hehehe..

      Delete
  29. Tq tn share info... part 4 ada tak coz sy cr x jmp.. ehe.. plan nk pergi sana dec nie.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 4 ada dalam draft lagi.. tengah dilanda angin malas nak update ni hahahaha :D

      Delete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete