Pages

Sunday, 2 July 2023

Singapore Part 1: Travel With 4 Kids For The First Time

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Ok agak excited nak story kat sini apabila ntah macam mana boleh terangkat kesemua 4 orang anak pergi travel backpack. Ceritanya bermula apabila tangan gatal pi buka Website AirAsia dan nampak promo KLIA2 ke Singapore RM445.00 one way untuk aku dgn wife with 3 kids and 1 infant. Masa tu masih 50-50 lagi nak beli ke tidak. Sebab rasa si baby yang kuat merengek setiap masa tu boleh ke naik kapal terbang?

Republic of Singapore

Bila inform wife pasal promo ni dia kata beli je la kot, kita cuba macam mana. Boleh ke The Kids travel backpack ni. Somehow ia berlalu macam tu sahaja tanpa ada keputusan nak beli ke atau tidak. After 3 days macam tu cakap dengan wife masa kat rumah "Kalau ada lagi promo tu kita beli je la.. Kalau promo dah habis kira tak ada rezeki la." Sekali bila tengok harga lagi murah iaitu RM380.00 untuk kami berenam. Terus beli tanpa fikir panjang hahahaa.

First trail backpack with the battalion member.

Tiket dibeli 4 minggu awal sebelum tarikh kejadian. Barang packing malam sebelum kejadian. Kat sini kami silap sebab kalau dulu travel seorang atau berdua atau bawa satu anak memang boleh packing barang sehari sebelum seperti pada kebiasaanya tapi kalau dah anak 4 ni silalah packing few days early. Habis disaster jadinya :P.

Dan satu lagi point aku nak share bila travel dengan anak kecil dan ramai ni waktu penerbangan kene cari yang friendly kids. Aku amik flight pukul 8.05 pagi sebab plan nak bawa kids jalan-jalan and breakfast kat airport tempat mak ayah diorang selalu dating hahahaa. So kami sebelum 4.00 pagi dah bangun siap-siap dan kawan aku Ustaz Anas Manan datang pickup kol 5.00 pagi. Sampai airport hampir 6.00 pagi.

Ragam Affan naik kapal terbang.. Excited, Takut & Mengantuk..

Airasia AK704 safely arrived at Changi Airport :D

Solat Subuh dan breakfast ala kadar dah dekat pukul 7.00 pagi. Maka sebenarnya tak ada masa pun nak jenjalan dan breakfast betul-betul. So kat sini memang kesian la pada The Kids. But the journey carry on. Nasib baik selepas cop passport ada abang kereta buggy tegur "Nak ke mana tu Encik..?" aku jawap "Singapore AK 705". So dia pun ajak naik dan hantar sampai hujung sebelum turun lift.

By the way satu kelebihan bawa kids especially infant ni adalah dibenarkan masuk kapal terbang awal if not then cuba pilih seat separuh kebelakang utk masuk awal ke dalam kapal terbang. Oh yer kami sekeluarga tak amik luggage sebab 5 orang boleh bawa hand carry 7 kg seorang. So aku bawa beg Deuter 50L, Wife bawa beg 35L, Afifa bawa beg 20L dan Afiya bawa beg 15L dan bawa stroller for the baby 1 tahun. 


Arrival Departure Lobby @ Changi Airport :D
Mission Accomplished - The Kids tak meragam especially Baby Afnan..

Ok untuk seat pulak kami tak beli nombor seat tapi jangan risau. Apa yang aku buat adalah check in tiket awal iaitu 7 hari sebelum flight yang mana masa tu tak ramai lagi yang check in tiket so insyallah korang boleh dapat seat bersebelahan dengan anak-anak. And kalau rasa makan mahal dalam flight, bagi la anak-anak kenyang sebelum naik flight. Lagi pun kami ke Singapore sejam jer memang tak beli makanan.

Once kami dalam kapal terbang The Kids dah mula nak terlelap mungkin sebab kepenatan dan bangun terlalu awal so ada baiknya juga bagi penat supaya boleh tidur lena masa dalam flight especially yang kami takut adalah si baby tu. Wife memang dah prepare susu botol, puting dan toys untuk baby kalau dia meragam. Alhamdulillah baby behave tidur lens sehingga sampai Changi Airport sama juga ayah nya tidur lena :P 

Panas yang teramat waktu ni.. Nasib baik The Kids tak buat hal time ni..

Last aku nak share sekarang ni nak masuk Singapore kene apply SG Arrival Card dari Immigration Checkpoints Authority (ICA). Boleh klik link nie.. Apa jadi kalau tak apply? Boleh jugak tapi nanti kat Changi Airport, Singapore struggle la nak isi and kene buat online and the other thing is it is Free. Kalau tak nak apply jugak nanti immigration halau suruh apply dulu then baru dia bagi lepas.

Bersambung :-

Part 1 : Travel With 4 Kids For The First Time
Part 2 : Terminal 4 To Jewel Changi Airport
Part 3 : Bagaimana Cara Dari Changi Airport Ke City Centre
Part 4 : Mustafa Centre - Bugis Street Market - Zam Zam Restoran
Part 5 : Garden By The Bay - Marina Bay Sand - Merlion Park
Part 6 : Raffles Place Park - Humble Bakery - Boat Quay Riverside
Part 7 : Tekka Centre - Sultan Mosque - Woodland Border (Final)


30 comments:

  1. akak baca sekali lalu sambil sengeh tatau kenapa hahahhahahah...wah tak perlu nanny (dibaca: akak yg komen nih) di bawa sekali nampak? dah bole handle kids - syabassss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Belum reply dah ketawa baca komen satu ni hahahaaa... Tiket dh bersuun ni sblm bermrigasi ke luar negara.. Huhuu

      Delete
  2. singapore panas tak? sy pegi tahun lepas mmg lencun habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius panas sangat2.. Mmg banyak beli air jer all the time dgn currency kita rendah drinking water sebotol jadi hampir RM4.00..

      Delete
  3. sy dulu download myICA tu je sbb guna jln darat. tunjuk yg tu dgn passport. settle dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. penat-penat jer print utk satu group family.. rupanya dah ada dalam sistem dia tak tanya pun if benda tu dah ada :D

      Delete
    2. rajinnyaaa siap print bagai👍

      Delete
    3. Kene prepare la kan.. dah lama tak travel.. Dgn anak2 pulak jgn la ada hal huhuu..

      Delete
  4. Lepas ni boleh backpack sekeluarga lagilah nampaknya ya? Anak2 semua Alhamdulillah OK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far dah cuba utk ke Singapore flight sejam nampak ok.. Hihihi.. Syukur la.. Still takut2 jugak nk travel lagi huhuu... But will see how :D

      Delete
  5. Alhamdulillah, anak2 tak meragam...mewarisi DNA travel backpack drpd parents...hehe..Singapore best.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la nampak jugak la ada mewarisi perangai ayah depa.. Menapak 1 km tu tgk depa ok je so far..

      Delete
  6. Lain pula prosedur sekarang. Takpe cuba yang dekat bawa anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk prosedur tapi tak kene bayar then okla .. kalau yg berbayar tiu payah sket la.. saja nak tgk telatah anak2 travel.. Alhamdulillah ok insyallah boleh bawa lagi :D

      Delete
  7. Cerialah anak2 tu dapat pi travel. untung dapat mak ayah kaki travel yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la mereka ok boleh ikut step mak ayah depan ..syukur :D

      Delete
  8. Seronoknya dapat ke negara jiran. Yang negeri sebelah negara jiran ni pun tak jejak lagi. huhu...Terima kasih untuk tipsnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt tiket promo kan :D
      Tak apa perlahan berjalan2.. ada niat dan minat mesti sampai insyallah

      Delete
  9. Pengalaman yg menarik bila naik flight dgn anak-anak nie, kita pun tak sampai singapore lagi, in syaa allah one day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah Singapore sebelah jer tu plan betul2 anytime boleh pergi..
      ni trail jer bawa kids tgk mcm mana boleh ke tidak sofar alhamdulillah la :D

      Delete
  10. Saya kagum tengok yang travel dengan anak-anak kecil. Perlu plan lebih awal, dan prepare barang apa perlu yek. Lepas ni, boleh la pergi tempat lebih jauh, anak-anak behave. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes nak travel mmg kene plan dan study betul2.. Sbb tak nak bazir waktu dan duit.. ni first trail bawa the kids so far okla behave insyallah boleh bawa lgi :D

      Delete
  11. Memang sangat mencabar kalau travel dengan anak-anak kecil terutama baby. Tapi syabas diucapkan kerana berjaya mengharungi cabaran ini dengan jayanya. Selepas ini, boleh travel dengan anak2 ke lebih jauh lagi. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul mmg ini sebagai latihan training utk diorang for next trip soon .. so far nampak ok boleh bawa la.. sblm pergi travel mmg risau sgt2 :D

      Delete
  12. seronok nya. dah lama plan nk ke singapore tapi tak sampai2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ada rezeki tu nanti.. Pasang niat tu kira dah buka langkah pertama :D

      Delete
  13. Nampak seronok nya diorang dapat naik kapal terbang.

    ReplyDelete
  14. Bagus nya anak x meragam… excited nk baca your next trip !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla first trail ni semua behave tam meragam.. Syukur sgt2..

      Delete