Pages

Tuesday, 8 August 2023

Cafe 28 FIREPLACE - Tempat Mengopi Menarik Di Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Pada suatu ketika di petang hari dengan secara amat tidak sengaja terjumpa nama Cafe 28 FIREPALCE ni di carian google. Asalnya hanya bersembang dengan wife nak pergi mana for tea time petang-petang Ahad nie. Alang-alang secara tak langsung boleh la celebrate birthday sekali. 

28 FIREPLACE CAFE
Mengambil masa lebih kurang 12 minit dari rumah untuk sampai ke 28 FIREPPACE di No 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di buka 7 hari seminggu dari jam 8.00 pagi. Hari Isnin tutup pada jam 7.00 malam. Selasa sehingga Khamis tutup jam 6.00 petang. Jumaat sehingga Ahad tutup jam 7.00 malam dan dibuka semula pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam.

Design cantik dan tempat yang bersih.
Uutuk parking ada banyak dan tak berapa susah nak dapat jika bukan waktu sibuk sebab berhadapan cafe ini kawasan perumahan teras. Untuk status Halal pulak 28 FIREPLACE tidak memiliki Sijil HALAL JAKIM dan hanya berstatus "No Pork and Alcohol".  Ada tanya dengan staf berkenaan halal "We serving all halal ingredient and we have lot of muslim staf especially in kitchen" lebih kurang macam tu la bunyi dia. 

Variety of Cake, Cookist, Croissant, Scones and Dessert.
Kalau di café lain, selain dari hanya variety coffee dan pastry tapi di sini anda boleh menikmati menu makanan yang agak berat seperti Pasta, Burger, Waffle, Noodles, Grains dan Taco. Makanan yang kami order semua sedap overall boleh bagi 9/10. Cuma kene standby sikit la sebab harga tak berapa marhain sangat hahaha.. 

Let see the menu..
Bila bawa budak-budak kene amik meja belakang sekali.
Aku and wife with 3 kids excluded 1 baby. Kami order 4 Musketeers Beef Taco, Spicy Seafood Olio With Tiger Prawn, Fruity Waffle, Lemon Cake, Croissant, Scone, Honey Lemon Ginger, Cappuccino Ice dan Ice Chocolate - In total kami bayar RM176.00. But again makanan sedap berbaloi la  and baru awal bulan lagi boleh la hahahaha.. :D


Oh yer.. Cafe ni boleh dikatakan Kid Friendly yer sebab aku sendiri ada tanya dia dengan owner dia. Sebab ada jer cafe yang tak benarkan kami bawa masuk kids ke dalam or else hanya beri kami duduk di meja luar sahaja. Besar betul cabaran mak ayah yang bawa anak-anak kecil ni mengopi huhuu.. And as parent yang ada anak kecil plus tahu anak yang si boy 3 tahun tu lasak aku memang duduk meja hujung corner la hahaa..

Ice Cappuccino, Ice Chocolate and Honey Lemon Ginger.
Most of the time in every day, Aku memang memerlukan tempat-tempat cafe macam ni untuk spend time buat kerja hakiki dengan Laptop. So selain Richiamo Cafe sebelah Hospital Ampang and Go Coffee. Cafe 28 Fireplace masuk dalam list aku. Dan yang penting di 28 Fireplace ada free wifi yang laju untuk buat keje.. :D


40 comments:

  1. Ohh ohh sedap nya semua. Uiisshh tengah lapar pulak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah la.. Kita pun tgh keje lagi ni.. Lapor dah ni hahahaa..

      Delete
  2. banyak jenis dessert,pastry dia pakkal jauh dengan saya..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk juga la kiranya tak boring kalau dtg berkali2 hahaha...

      Delete
  3. Nmpk sedap mcm nak try terjah tp bila kata harga tak marhain tu, takut lak hihii

    ReplyDelete
  4. Menarik nyaaa.. kids behave x tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far behave but still no 3 tu ke sana sini jugak hahaha..

      Delete
  5. Terima kasih.. Cafenya nampak sangat menarik dengan variasi pilihan makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai la kalau nak makan sekali sekala seisi keluarga :D

      Delete
  6. Semuanya nampak sodap.. tapi jauh nau kalau nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terpergi tersinggah boleh la hahahha :D

      Delete
  7. Baru tau ada kafe yang tak benarkan budak-budak masuk.

    Bab harga, kalau mahal setanding rasa, servis dan suasana..oklah kan. Berbaloi.
    Memang nampak banyak pilihannya tu, rambang mata nak memilih 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mmg rambang mata dibuatnya kalau menu sedap2 nie.. Makan tmpt yg bkn marhain ni sekali sekala blh la kot hahaha..

      Delete
  8. oh ada ye cafe tk bg meja dlm bila ada kids ye...dh la cuaca panas kalo dpt meja luar xbest la....nasibaik sini ok...menu nmpk menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je yg bukan kid friendly kalau bg pun masam je muka tak suka dgn kita pernah kene di kuantan huhuu.. Sini mmg ok sgt.. Menu pun sedap2..

      Delete
  9. Saya selalu sukaaaa hunting cafe baru. Dan untungnya di jakarta banyak yg muncul setiap Minggu 😄.

    Naah kalopun harga pricey tapi kalau rasa kopi dan makanannya enak, saya tak masalah. Paling sebel kalo dah lah tak enak mahal pula 🤣

    Dilihat dari foto2 makanannya, memang terlihat sedap 👍. Next kalo saya liburan ke KL lagi, saya coba mampir kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul itu di Jakarta mmg terlalu banyak cafe yg bagus2.. At least kalau sedap soal mahal boleh diketepikan gitu hahaha..

      Ok baik kalau mau libur ke KL dan dtg ke cafe ini boleh roger ya.

      Delete
  10. nanti nk ajak member laa suh dia belanja sbb rumah dia kat ampang🤣 aci x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kesah la janji sampai dan boleh try cafe tu hahahaa..

      Delete
  11. We appreciate you sharing this wonderful information. Your approach is truly remarkable.
    dilos

    ReplyDelete
  12. Banyak juga kelebihan kafe 28 selain makanan sedap, wi-fi laju dan mesra kanak-kanak. Lamalah lepak dalam itu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau datang buat keje memang lama la lepak kat dalam tu..

      Delete
  13. Sayapun suka suasana kafe yg gak terlalu ramai, saya suka juga mencoba kafe"baru yg bermunculan,sekedar cicipi menu"baru dan cuci mata..apalagi kafe yang cantik gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya mencuba cafe baru setiap masa.. lagi2 yang tenang gitu :D

      Delete
  14. banyak pilihan...mmg nampak cosy utk lepak2 kedai kopi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe mcm ni tenang sket dtg seorang diri buat kerja.. Lagi2 update blog hahaha..

      Delete
  15. Kalau petang2 dapat makan kat sini pun best untuk minum petang. Tempatnya juga nampak cosy je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat tmpt cosy mcm ni best lepak minum petang..

      Delete
  16. Nampak menggiurkan gambar-gambar makanan yang dikongsi ni. Harga yang tidak beberala marhaein tuh yang ngeri tu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala merasa kot esok org tanya boleh la jawap dah pergi hahahaha

      Delete
  17. cantik juga Cafe 28 Fireplace...boleh layan sekali-sekala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau selalu botak kepala hahahaha.. Sekali sekala mmg best..

      Delete
  18. eeee bencinyaaaa masuk resto mcm niiiiiii sy jadi rambang mata tauuuuu nak makan yg manaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak nak rambang mata kene make sure bawa duit cukup2 jer hahaha :P

      Delete