Pages

Sunday, 3 September 2023

Kuala Lipis Part 2 : Taman Awan Kuala Lipis - Muzium Warisan Lipis - Che Ngah Kafe - Hotel Bestari

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kuala Lipis Part 1 : Stesen Kereta Api Lama - Kedai Kopi Stesen - Masjid Negeri Lama - Star Well Hotel

Actually mati akal jugak nak pergi mana pun tak tahu kat dalam Bandar Kuala Lipis ni. Lagi-lagi bawa kids nak cari tempat yang friendly dengan mereka agak susah. Buat carian di Google pun banyak tempat menarik semuanya jauh di luar kawasan Kuala Lipis macam Taman Negara Sungai Relau Merapoh, Gua Bama, Tasik Empang Jaleh, Taman Tasik Burung Mandi dan Taman Haiwan Lipis dah permanently closed katanya Encik Google :P

Bulatan Utama Bandar Kuala Lipis
Nasib baik datang sebab urusan kerja bukan bercuti kira ok la kita layan jer healing escape dari kesesakan Kuala Lumpur. Tapi yang seronok kat sini tenang dan aman dengan udara bersih mana tak nya dikelilingi hutan tebal. Pukul 9.00 pagi masih lagi kelihatan kabus tebal tak tau la kalau hari lain tapi dua hari di sini memang kabus tebal setiap pagi.

Taman Awam Kuala Lipis - Bersebelahan Masjid Daerah Lipis (Sultan Mahmud)

Di waktu pagi atau petang kalau tak tahu nak pergi mana untuk bawa anak-anak, boleh bawa ke Taman Awam Kuala Lipis - Tiada bayaran dikenakan dan masuk adalah percuma sahaja. Taman ini telah wujud agak lama sebelum 2017 lagi cuma ia telah diberi nafas baru dengan banyak tempat permainan kanak-kanak, pondok rehat dan trek jogging juga telah disediakan.

Kemudahan baru serba lengkap di Taman Awam Kuala Lipis
Jika hadir ke sini anda boleh melawat ke dua buah lagi tempat yang menarik iaitu Masjid Daerah Lipis atau Masjid Sultan Mahmud yang telah dibina pada tahun 1969 dan telah dirasmikan oleh Sultan Pahang pada 27 Ogos 1971 dan juga Muziam Warisan Lipis yang terletak di atas Bukit Bius. Ketiga-tiga tempat ini berada dalam satu kawasan yang boleh dilawati kurang dari setengah hari.

Masjid Daerah Lipis atau dikenali juga Masjid Sultan Mahmud 

Muzium Warisan Lipis di Bukit Bius - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta @ Sudirman

By the way jangan kata Muzium Warisan Lipis ini tidak menarik kerana di sinilah lahirnya Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 23 Julai 1953 iaitu Dato Seri Mohamad Najib Bin Tun Razak ketika ayah beliau Tun Abdul Razak Bin Hussein menjawat jawatan sebagai SUK Negeri Pahang yang juga merupakan Perdana Menteri Ke-2 selepas 17 tahun dari kelahiran Perdana Menteri Ke-6.

Tun Abdul Razak adalah antara penghui rumah kediaman SUK Kerajaan Negeri Pahang suatu ketika dahulu.
Muzium ini mejadi tempat tersimpanya beberapa galeri maklumat sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis. Oh ya bayaran masuk RM1.00 perperson

Che Ngah Kafe - No 7 Tingkat Bawah Annexe Blok, Lipis CentrePoint.

Selepas penat berjalan-jalan meneroka Bandar Lipis anda boleh pergi ke Che Ngah Kafe untuk menikmati aiskrim yogurt buatan anak melayu tempatan Lipis. Selain aiskrim terdapat juga menu lain nasi goreng, mee rebus, wafer, pasta dan spaghetti. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehingga 7.00 petang.

Jom kita masuk Che Ngah Kafe
Cuaca tengah hari memang panas.. So kita layan yang sejuk-sejuk ni
Suasana di dalam kafe yang selesa.

Hotel Bestari - No 42 & 43, Lorong BBKL 2/2/1, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

Walaupun ia bukan sebuah hotel yang mewah tapi amat berbaloi dengan harga yang marhain dan paling penting bilik bersih, kemas dan serba lengkap. Tidak dilengkapi lift kene naik tangga. Dan pihak hotel memberi kupon parking untuk satu jam pertama pada setiap malam kita check in. Kalau bajet marhain macam aku amat recommanded sangat hotel ni.

Malam kedua kami tidur di Hotel Bestari.
Tiada breakfastdan lift disediakan. Tapi bilik bersih dan kemas.
Kami pilih family room untuk seisi keluarga memang seleasa.
Harga bilik bermula RM65.00 untuk single bed sehingga RM144.00 untuk family room double king bed (Harga dari Booking.com). Semuanya berbaloi kalau menginap di sini cuma yang buat spoil adalah kedai makan di sebelah hotel ini sebab kami macam kenen scam hahaha.

Gambar keesokan paginya. Kene scam makan kat sini :P
Kepala Ikan Siakap lebih kecil dari tapak tangan anak berumur 4 tahun lebih.
Macam biasa kami kalau makan seisi keluarga akan makan nasi putih dan lauk. Masa order ada tanya dengan waiter berapa harga ikan siakap 3 rasa dia kata RM40.00. Besar mana? "Saiz standard Bang". Okla kira standart la tu RM40.00. Tapi bila dapat mak aii siakap kecil teramat macam yang RM4.00 sekor tu. Kepala Ikan tu lagi kecik dari tapak tangan (tanpa jari) anak aku umur 4 tahun lebih. 

Well masakan dia pun anak-anak aku tak boleh makan sangat sebab mostly pedas especially Siakap 3 rasa ni. Masa bayar di kauter tanya pasal siakap kecik sangat dengan harga RM40.00 dengan brother seorang ni yang aku assume owner Restoran Boy Char Kuew Teow & Tom Yam ni. "Ikan tak ramai order dan susah nak dapat". Baik lah kita redha jer lah.

37 comments:

  1. fuhh tak syok betul bab2 kena scam tu...nak kena beringatlah kalau i tersinggah kat lipis ni hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila beringat... Ikan kecik sangat la aii.. Halus je.. Padahal pi dekat 2 supermarket besar kat lipis ada je jual ikan siakap harga sama KL jer..

      Delete
  2. Encik, saya dah emel encik bertanyakan tentang currency. Nanti cek ya :)

    ReplyDelete
  3. Loorrr kecik ya ikan tu. Awat laaa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. Kita ni jenis hadap je la.. Malas nak bising2..

      Delete
  4. Keciknya ikan....kalau boleh kita inform awal2 tak nak pedas. Kalau tak inform dia masak ikut cara biasa la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun 3 rasa pedas manis masam.. Tapi yg rasa cuma pedas hahaha.. ikan tu kalau mancing pun lepas balik hahaha :P

      Delete
  5. Arsitektur mesjidnya cantik.,.hotelnya juga nyaman yaa...kepala ikannya kecil 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid sudah berumur lebih 50 tahun semestinya unik.. Ikan nya kecik bangat..

      Delete
  6. Aiskrim yogurt tu nampak menarik je. Sabar je la kena scam dekat kedai makan.

    ReplyDelete
  7. hebat la bawak anak 4 orang travel jauh-jauh ni..kita masih belum dapat rythm nak start bawak anak berempat jalan jauh-jauh..duduk borneo x pernah keluar dari kuching so bila bawak pergi KL dalam highway je masing-masing da panas bontot..hopefully someday dapat bawak diorang jalan jalan dengan tenang..hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti nak gmbr kan the best part je hahaha.. Takde la anak2 pun kene healing jugak.. Terperap dlm rumah je kene jugak selalu dibawa mkn angin hahaha.. Uishh bornea tu besar tu nak jenjalan bestnyer..

      Delete
    2. ye betul la tu..mmg kene bawak anak healing..skrg pun healing untuk depa bawak ja p pantai ke sungai ke..asal kaki kene pasir hahaha..insha Allah akan bawa ke tempat lain yang lebih jauh jugak nnt..borneo tu da tinggal kenangan..da balik N9 for good..

      Delete
    3. Untung la anak2 dpt pi selalu ke sungai dgn pantai huhuu.. Kalau nk senang boleh beli pasir letak depan rumaj gitu hahahaa.. Boleh buat trip bawa anak ke borneo lawat kawasan..

      Delete
  8. Mungkin betul dan mungkin tidak tetapi kalau nak makan menu ikan laut di tempat yang jauh dengan laut kemungkinan besarnya akan dapat hasil yang tidak berbaloi dengan harga. Saya belum pernah lagi cuti2 ke Kuala Lipis, jarang2 sampai sini tapi Kuantan ada juga sekali sekala. Di Kuantan berbaloi kalau nak makan ikan bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas kene scam tu ada jugak pi dua pasaraya. Besar di Kuala Lipis.. Ada je banyak ikan siakap dijual harga lebih kurang KL jer.. Tapi tak apa la redha je la kan.. Setuju Kuantan mmg heaven nk makan seafood ni..

      Delete
  9. Banyak juga rupanya tempat menarik di Kuala Lipis ni. Pernah sampai tahun lepas tapi tak terpegi ke semua tempat yang dikongsikan ini. Haruskah repeat Kuala LipisπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus la... Tempat yg penuh dgn sejarah warisan negara kan.. Kene la repeat kalau belum jejak.. :D

      Delete
  10. Cantik reka bentuk Masjid Lipis.
    Wah…kalau lalu Lipis lagi nak singgah makan di Che Ngah Cafe tu lah. Menarik nampaknya.

    Dah lama kami tak menginap di Hotel Bestari. Bagus pengurusan masih kekalkan prestasi baik.

    Aduhai…memang tak patutlah ikan saiz kecik harga RM40!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kene try hasil dan produk org tempatan mcm Che Ngah Kafe tu.. Support business org tempatan..

      Masa buat posting ni ada juga terjumpa posting Kak Ujie pernah check in hotel ni jugak.. Yeap masih baik..

      Restoran sebelah hotel ni la yg kami kene scam tu.. Sabar je la..

      Delete
  11. Banyak tempat awesome di Kuala Lipis rupanya. Pernah sampai sekali tahun lepas tapi semua tempat yang dikongsikan ni KSarie belum pernah sampai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu part 3 pulak kita share tempat2 menarik di dalam Bandar Kuala Lipis.. Insyallah moga. Ada rezeki utk ke sana lagi :D

      Delete
  12. Ingatkan salah eja tadi... terus uncle gugel bukit BIUS... Memang ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita buat reserch utk tulis entry ni tau .. Bukan bishe bishe hahaha..tempat lahir PM ke 6 tau Najib Razak..

      Delete
  13. Hahahaha, memang kecil sangat yaaa itu kepala πŸ˜‚πŸ˜‚. Kalo saya stay di hotel sebelahnya, confirm tak nak makan di sana juga πŸ˜….

    Tapi kalo kota kecil seperti Kuala lipis ini, saya suka untuk sekedar refreshing. Tak banyak orang, bisa santai eksplor kotanya.

    Hotel pun kliatan sangat nyaman. Buat saya pun yg penting bersih dan AC dingin. Masalah lift tak ada, tak apa πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kecik bangat... Kalau mancing dapat siaz begitu harus dilepaskan semula.. Kota kecil lebih kepada utk rileks tenangkn diri.. Keadaan dan udara yg aman.. Org pun tidak ramai dan jalan tidak mecet.. :D

      Delete
  14. Tu namanya siakap 4 rasa..
    3 + 1 (rasa tak puas hati) 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... Betul betul 4 rasa tu ... Setuju.. :D

      Delete
  15. Maju betul lipeh sekarang.. boleh la nnt jalan-jalan sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last pergi pun 5-6 tahun lepas.. mmg dah banyak beza dulu dgn sekarang..

      Delete
  16. aiskrim yogurt nampak yummy!!..tak berbaloi kalau ikan kecik mcm tu harga RM40...sabar jelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Ikan kecik sgt besar ikan kembing tu je.. Redha je la.. Aislrim yogurt tu mmg sedap.. Kene try kalau ke lipis..

      Delete
  17. dia tahu kot kite bkn org situ so dia amik kesempatan utk scam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mmg to much pastu buat muka mmg tak bersalah .. Mmg geram je dgn kedai ni..

      Delete