Pages

Monday, 25 September 2023

Melangkah Ke Bumi Mekah Mukarramah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Keadaan agak panas di Mekah, mencecah 45 degree di waktu tengah hari. Ketika solat magrib di bahagian atas rooftop pun masih terasa bahang panas tengah hari tadi. Beberapa kali terasa seperti susah untuk bernafas mungkin kerana cuaca yang amat panas dan kering. Semoga Allah Taala permudahkan urusan semua manusia yang hadir di sini bagi menunaikan ibadah umrah.. Amin.

Pemandangan keadaan Ka'bah pukul 13:50 tengah hari. 
25 September 2023 Isnin.
Basically ini dah masuk hari ke-3 di Mekah Mukarramah. Perjalanan hari pertama setiba di Jeddah Airport adalah terus ke Bandar Thoif. Mutawwif kami dari Mantop Travel iaitu Ust Fakhrul Ateef telah membawa ziarah ke Masjid Ibnu Abbas, Ladang Addas, Kilang memproses minyak wangi dari bunga ros dan beberapa tempat lagi.

Allah yang menentukan rezeki kita :D
Makan roti ni macam Nan tapi nipis dengan Kari Kacang Kuda, Kari Kambing dan Kari Yogurt Ayam.
4 kali tambah roti besar ni. Ikut jela makan bila orang dah belanja :D
Pagi semalam selepas selesai solat subuh di masjidil haram. On the way nak balik hotel aku tegur secara spontan seorang hamba Allah dari Pakistan ni. Tanya berapa hari dah kat Mekah, dari mana and so on. Soalam biasa la kalau nak berborak dengan orang tak kenal. 

Tiba-tiba dia offer aku nak makan breakfast dengan dia tak..? Aku pun cakap ok jer. Sekali rupanya member dia semua dah tunggu kat luar masjid dalam 4 orang campur dia 5 orang. So kitaorang berjalan ke ceruk bangunan kawasan mostly India Pakistan Bangladesh. Tiba-tiba masuk satu lorong ada kedai original pakistan.

Ntah macam mana jadi kawan. Kitorang 7 orang makan 16 keping roti yg besar ni. Siap dia tanya lagi cukup ke tidak hahaha. Macam nk pecah perut dibuatnya. :D

Pembinaan Masjidil Haram yang tak pernah berhenti.
Pemandangan Mekah Tower dari Rooftop Masjidil Haram
Second Update - Alhamdulillah cuaca panas berkurangan hari demi hari. Hari ni mutawwif akan bawa ziarah sekitar masjidil haram antaranya Jalan Hijrah Nabi, Rumah Abu Bakar, Penempatan Saidina Umar, Darul Nadwah, Jabal Abi Qubais, Rumah Arqam Bin Abi Al Arqam, Rumah Saidatina Khadijah, Rumah Abu Jahal, Rumah Kelahiran Nabi dan Sejarah Kaabah & Hajratul Aswad.

Al-Baik Restaurant - Antara tempat makan wajib try kalau ke Mekah
Malam tadi try Ratio Coffee di Jumeirah. Kita kasi rate 9/10.
Hotel jauh memang kene stop somewhere rehat sekejap hihii..

Third Update - Keadaan telah banyak berubah jika dibandingkan ketika umrah yang lepas iaitu pada 2018. Hotel untuk kali ini agak jauh dalam 850 meter dari masjidil haram. but alhamdulillah manage untuk hampir ke semua solat fardu di Masjid :D 

Hari-hari seterusnya kami dibawa mendaki ke Gua Hira, Tahlil dan makan malam di Muzdalifah, berkesempatan ziarah di perkampungan orang melayu di Hudaibiyah dan ziarah dalaman terutamanya kawasan sekitar Masjidil Haram seperti rumah nabi dilahirkan, kedudukan Rumah Saidina Abu Bakar r.a, Rumah  Saidina Umar Al-Khattab dan banyak lagi.

Insyallah nanti lepas habis cerita Iran aku akan update full detail perjalanan umrah dengan Mantop Travel .. :D


24 comments:

  1. rindunya tmpt ni..moga ada rezeki me & hubby utk buat haji bila tiba masanya nanti (plan nak pergi haji bila umur MZ 55 thn ie guna duit epf)..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan semoga diberi peluang utk Mama Zharfan dan hubby utk kembali ke Mekah dan Madinah. Insyallah moga dpt pergi haji dgn mudab dgn Epf tu nanti ..excited lak kita :D

      Delete
  2. Wah..ada di Mekah rupanya.
    Rezeki beramah mesra, dapat kenalan baru dan makan percuma.
    Sedap sungguh sampai 4x tambah 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berada di Mekah skrg ni. Dpt kenalan dpt makan percuma hihi.. syukur la.. :D
      Mmg sedap pun kuah2 dia.. tau2 dah 16 keping :P

      Delete
  3. Ah rindunya ke tanah suci lagi ☺️.. tapi saya belum pernah kesana di saat masih terhitung end of summer gini bang. Masih panas ternyata yaa. Selalunya saya pilih Dec atau Januari kalo nak umroh 😅.

    Banyaaak sangat roti nan tu 🤣. Kuat sangat mereka makan sebanyak itu yaa 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua yg pergi pasti merindui utk kembali ke sini. Insyallah moga dipermudahkan urusan dan rezeki utk ke Mekah ini amin..
      Org pakistan ini mmg makan roti byk.. :D

      Delete
  4. Alhamdullilah akhirnya tiba juga ke kota suci Mekkah, masih panas ya...terang dan menyengat..banyak minum air putih ,semoga ibadahnya lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tiba jua di tanah suci kota Mekah.. Musim panas sekarang ini..
      Terima kasih atas nasihat.. Mmg sudah batuk sama demam..

      Delete
  5. Assalamualaikum, semoga mendapat umrah yang mabrur..
    Boleh saya tahu di sana guna data internet apa yang sesuai ya untuk dalam 14 hari ..? boleh guna yang sama di Mekah dan Madinah? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Alhamdulillah terima kasih .
      Saya dari Malaysia menggunakan roaming Celcom RM98.00 untuk 30 hari. Setakat ini di Mekah dan Madinah ia berfungsi dgn baik.. alhamdulillah

      Delete
    2. Alhamdulillah..terima kasih maklum balas..semoga Allah permudahkan setiap urusan saudara..

      Delete
    3. Sama-sama semoga dipermudahkan jua urusan di sanan nanti insyallah.. :D

      Delete
  6. Banyak juga tempat ziarah. Saya belum pernah pergi rumah Rasullullah SAW dan sahabat-sahabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada Mutawwif semasa pakej umrah.. Dpt yg perpengetahuan tinggi rajin maka seronok lah jemaah umrah tu.. :D

      Delete
  7. Replies
    1. Cantik sesuai nak santai2... coffee dia pun power :D

      Delete
  8. Kena try coffee org arab ni cane rasa... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya amik Mikato Coffee
      .. Perghh mmg padu sgt2 :D

      Delete
  9. Mekah mmg tak sunyi daripada perubahan. kalau dtg tahun lps, thn ni dah tak sama daa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Ada jer benda baru yg mereka nak buat .. Roboh buat benda baru.. 5 tahun nanti roboh yg baru buat tu bina bangunan lain lak.. Hahaha..

      Delete
  10. Alhamdulillah...rezeki ukhuwwahfillah...menarik buat umrah dgn Mantop Travel...ada sesi lawatan ke perkampungan Melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk perkara unexpected dri Mantop Travel.. Seperti makan malam di Mudzalifah.. Lawatan ke Uhud dan banyak lagi..

      Delete