Alhamdulillah syukur sekali lagi dapat update blog walau keadaan kesihatan yang tidak begitu baik. Semenjak dua menjak ini sakit bahagian bahu hingga ke lengan makin menjadi-jadi. Dan yang penting setakat ini tidak ada kene mengena dengan jantung sebab baru lepas buat medical checkup. Alhamdulillah semua nya okay baik-baik saja. Doakan please.. :D
Kali ini just nak kongsi berkenaan Himpunan 10k Solidariti Palestin yang telah diadakan pada hari Sabtu - 28 Oktober 2023. Mula berhimpun di perkarangan Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat zohor dan kemudian semua peserta berarak ke arah Kedutaan Amerika. Menggunakan jejantas berhampiran Petron (berdekatan Menara Tabung Haji) bagi menyeberang Jalan Tun Razak. Orang ramai pada mulanya melintas jalan dihadapan bangunan PNB dan simpang empat Ampang Park.
Tak jauh mana tapi sebab orang terlalu ramai dan bergerak perlahan, take time sikit la nak sampai. |
"Is not about nation or religion - Is about humanity" |
Apa yang paling best pada kali ini ialah penganjur perhimpunan target crowd seramai 10 ribu orang tapi yang hadir adalah lebih 45 ribu orang. Bayangkan kepala perarakan telah sampai di Kedutaan Amerika tapi ekor perarakan masih lagi di Masjid KLCC. Dan orang ramai masih lagi berbondong-bondong hadir especially dari Station LRT KLCC. Even after the event dah habis just before waktu Asar.
Dan pada perhimpunan kali ini laungan takbir bergema sepanjang masa dan thanks to Caprice for the biggest banner mengutuk PM IsraHell Zionis yang jahat tu. Himpunan kali ini seriously jauh beribu lebih baik daripada himpunan di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Axiata Arena. Bayangkan ada sesetengah penganjur sebelum ini tidak membenarkan lafaz takbir dilaungkan. Giler apa!!
Di perkarangan Masjid As-Syakirin KLCC masih beribu orang yang berhimpun. Walaupun kemuncak perhimpunan sedang berlangsung di Kedutaan Amerika. |
Kalau berhimpun atau berdemontrasi ini memanglah untuk "Tunjuk Perasaan" bukan "Pendam Perasaan" kalau buat demo itu tak boleh, ini tak boleh, baik berdemo dalam rumah sendiri jer. kan? Bagi aku paling teruk masa berhimpunan di Dataran Merdeka tempoh hari sebab tak dibenarkan bertakbir. Itulah kadang-kadang orang yang tak reti nak berdemo pi anjurkan demontrasi. Memanglah haru biru jadinya :P
Jika nak dibandingkan iman kita dengan iman rakyat Palestin terlalu jauh. Redha mereka jauh lebih tinggi dari kita. Boleh dikatakan setiap keluarga Palestin ada di kalangan ahli keluarga mereka yang dibunuh atau dipenjarakan oleh zionis IsraHell. Bayangkan ada video seorang ayah membawa jenazah anaknya ke hospital yang sudah hancur dalam beg plastik akibat di bom Zionis. Dan video seorang ayah kehilangan kedua-dua anaknya serta isterinya apabila rumah mereka di bom out of no where without any reason.
So korang masih lagi ke makan McDonald or minum Starbucks..?? Hurmm tak haram pun.. Kalau tak ada rasa apa-apa.. Carry on la.. |
Kelak di akhirat jika ditanya kepada kita, Apakah yang kita lakukan apabila umat islam di Palestine dibunuh sepanjang 75 tahun penumbuhan negara haram IsraHell. Apa yang rasa-rasa kita boleh jawap depan Allah? At least untuk sekarang apa yang kita boleh buat adalah cuba sedaya upaya memboikot kesemua barangan samada dari Israhell atau dari syarikat yang membantu perjuangan atau kelangsungan ekonomi negara haram IsraHell.
Lebih 3,000 kanak-kanak di Gaza telah terbunuh akibat kekejaman Zionis IsraHell. |
Seriously ada beberapa malam yang aku tak boleh tidur disebabkan ternampak di instagram gambar-gambar dan video especially kanak-kanak cedera dan mati akibat dibunuh seperti haiwan yang tiada nilai oleh Zionis. Setiap kali nampak perkara macam ni teruskan aku akan cium kepala anak-anak. Bayangkan nama anak-anak di Palestin ditulis di kaki dan tangan agar mudah dikenali jika mereka terbunuh especially jika jenazah mereka tidak sempurna.
Cuba korang try tulis nama anak korang di tangan dan kaki mereka.. Seriously aku menangis bila tulis sambil terbayangkan macam mana perasaan Palestinian parents yang tulis nama tu dan bila baca balik time tu anak mereka dah mati dibunuh.
Semoga Allah mempercepatkan kemenangan rakyat Palestine #TaufanAl-Aqsa Allahuakhbar..!!
Masya Allah...hebatnya sambutan rakyat Malaysia di sana...kami di sini belum seramai itu
ReplyDeleteAlhamdulillah kesedaran org ramai terhadap Palestine semakin tinggi.. insyallah moga disana juga nanti..
Deletesemoga sdr kembali sihat seperti biasa....Alhamdulillah, sambutan luar biasa, cuaca pun baik...mmg kejam sungguh rejim zionis...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteTerima kasih atas doa..amin..
DeleteSambutan yg amat luar biasa dgn cuaca yg sgt baik.. makin ramai yg sedar dgn kekejaman zionis..
Semoga cepat sembuh..dan semoga kemenangan milik Palestine..yakin dengan janji Allah..
ReplyDeleteTerima kasih atas doa..
DeleteAmin Amin semoga kemenangan milik rakyat Palestine..
Semoga segera sehat kembali...moga perjuangan tak sia-sia...siapapun kita akan terus dukung saudara kita Palestine
ReplyDeleteTerima kasih mendoakan.. Insyallah setiap doa itu tidak akan disia-siakan.. Free Palestine ..
Deletemudah mudahan semua kembali damai
ReplyDeleteAmin... Semoga kembali damai..
DeleteAllahuakbar! Terima kasih, berkongsi video. Ramainya manusia. Dulu saya pernah kerja di bangunan Tan & Tan tu, tak tahu nama bangunan tu masih sama atau tak.
ReplyDeleteSaya baca, setiap 15 minit, ada anak kecil yang terkorban di bumi Palestin. Sangat menyedihkan.
Alhamdulillah ramai yg hadir bersama memberi solidariti kepada Rakyat Palestin.. Betul tu angka korban mencecah 8000 org dah.. Allahu..
DeleteHebatnya sambutan dan himpunan berjaya diadakan..solidariti buat Rakyat Palestin...kita semua harapkan kedamaian...Allahuakbar!!!
ReplyDeleteUnexpected sungguh.. Puluhan ribu yg hadir.. tapi tak masuk berita pun .. alhamdulillah rakyat Malaysia bersama rakyat Palestine.. AllahuAkhbar..
DeleteRamai sungguh! Tahniah!
ReplyDeleteAlhamdulillah ramai yg dah sedar kekejaman zionis terhadap rakyat palestin..
Deleteshafakallah. solidariti for Palestine! Allahul musta'an
ReplyDeleteAmin... Semoga kemenangan milik rakyat Palestine..
DeleteMasyaAllah...ramai.. saya dapat tgk kat tiktok je video yg dikongsikan org ramai.. nak juga join, tapi tu laa tengah demam semput.
ReplyDeletesetiap kali tgk video anak2 palestine, setiap kali tu laa menangis sampai tahap tak boleh tidur bila teringat...
Alhamdulillah puluhan ribu yg hadir di perhimpunan ini.. inshallah di mana jua doa utk kemenangan rakyat Palestine sentiasa di hati kita.
DeleteSmoga berakhir jajahan Zionist di tanah Palestine amin
Syafakallah. Sedih sangat. Doa berterusan buat Palestine.
ReplyDeleteAmin.. insyallah kita teruskan berdoa utk kemenangan rakyat Palestine.. insyallah
DeleteSangaaaat sedihnya ðŸ˜ðŸ˜. Saya terkadang skip semua foto dan video ttg korban anak2 ini yg lewat di feed IG. Tak kuat melihatnyaaa. Kenapalah kejam sangat iblis satu itu ðŸ˜.
ReplyDeleteMerinding lihat ramainya yg berdemo di atas. ❤️❤️❤️. Indonesia pun melakukan demo Bbrp hari lalu. Semoga saja semua demo yg dilakukan oleh banyak negara bisa jadi pembuka jalan untuk palestina.
Ttg brand yg mendukung mereka, saya pun sebisaa mungkin akan tak pakai lagi bang. Selagi ada alternatif, saya akan pilih alternatif. Kecuali kalo tak ada, macam pesawat Airbus, boeing, mereka pun sokong . Tapi Krn saya rutin traveling dan Rata2 maskapai pakai pesawat jenis 2 itu, tak mungkin saya cancel travel plan saya ..
Btw, saya baru tahu Maggi itu punya Swiss. Selama ini saya pikir itu produk Malaysia.
Sedih yang teramat terutama kepada anak2 kecil yg dibunuh tanpa sebab oleh zionis israhell..alhamdulillah indonesia berdemo dengan satu juta hadirin lebih hebat dan mantap bersolidarisi bersama Palestin.
DeleteIa Maggi dan Nestle bukan produksi Malaysia..
Memang sedih sangat dengan situasi kat Gaza skrg nie, harap ianya berakhir dengan cepat. Meleleh air mata tgk video kat TT, anak2 kecil kena bom, ada yg trauma terketar2, harap perhimpunan nie diteruskan lagi sbgai tanda solidariti buat Rakyat Palestin.
ReplyDeleteSiapa yg ada hati kemanusian mmg akan terkesan tgk keadaan kanak-kanak di Gaza Palestin.. Semoga kemenangan buat warga Palestin Amin..
DeleteTak sanggup nak tgok yg telah terkorban..Allahu.. ='(
ReplyDeleteSamalah even anak2 pun sedih tgk apa yg terjadi di sana :(
DeleteAllahu Akbar!
ReplyDelete75 tahun hidup penuh ketabahan di bawah cengkaman zionis. Kali ini mereka bangkit penuh azam dan tawakal kepada-Nya. Mudah-mudahan saudara segama kita di sana terus kuat dan in syaa Allah akan bebas dari kuku syaitonirrajim. Amin.
Insyallah kali hamas da nekad nak bebaskan palestin dari cengkaman israhell.. Doakan kemenangan saudara kita di sana..
DeleteThank you for this very useful information. I learned a lot in this webpage. Thank you very much.
ReplyDeleteTel U
Most welcome.. Thanks for coming.. :D
DeleteHampir 5 bulan bumi Gaza bermandi darah dan lagi sebulan Ramadhan akan menjelma. 30 ribu kematian telah mendapat syahid. Semoga kemenangan buat rakyat Palestine.
ReplyDeleteInsyallah amin.. kita doakan kemenangan untuk mereka.
Delete