Pages

Wednesday, 3 January 2024

Pulau Batam Part 3 : Masjid Tanjak - Welcome To Batam Monument - Coastarina

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selepas diberitahu Masjid Raya Batam ditutup atas sebab kerja-kerja pembaikan selepas kejadian kebakaran qubah masjid baru-baru ini. Aku mula berjalan keluar dari area muzium mencari Pak Supir untuk ke Hotel kami di kawasan Nogoya di tengah bandar. Pada pengalaman aku insyallah Pak Supir ini ada di mana-mana sahaja especially di kawasan macam terminal yang ramai pelancong ini.

Masjid Tanwirun Naja atau juga dikenali sebagai Masjid Tanjak.
Tak jauh dari pintu masuk Muzium Raja Ali Haji aku dah pun terserempak dengan beberapa Pak Supir. So first thing kita nego harga nak ke Hotel. Dalam bacaan di google rate standard dari terminal nak ke area Nagoya adalah sekitar bawah IDR 100,000. Dan lepas nego Alhamdulillah aku dapat IDR70,000/RM20.00. 

Melintasi Masjid Agung Batam yang sedang dalam kerja pembinaan kubah baru.
Sebab dapat harga murah aku pun cuba tanya kalau nak ke Masjid Tanjak dan kemudian mungkin ke Costarina dan lepas tu baru ke Hotel, berapakah harganya. Dia kata IDR300,000 dan aku pun start tawar menawar. At last alhamdulillah dapat IDR 250,000/RM74.00. Boleh la lagi pun Pak Supir ni bawa Toyota Advanza. Dan mengenangkan bawa baby and The Kids lagi. Kita layan jer lah. Tak perlu fikir panjang-panjang.

Welcome To Batam Monument

Sebelum ke Masjid Tanjak kami request singgah ke Welcome To Batam Monument yang terletak tidak jauh dari Masjid Raya Batam. Beralamat di Teluk Tering, Batam Kota, Riau Islands 29444, Indonesia. Ini adalah tempat wajib bergambar jika anda sampai ke Batam. Kami berhenti tak sampai 10 minit untuk bergambar dan kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid Tanjak yang terletak tidak jauh dari Airport Batam.

Inilah dia Welcome To Batam Monument - Pak Supir memang suggest ke sini untuk bergambar.
Di kawasan kita bergambar berhadapan monument ini terdapat ramai peniaga yang menjual pelbagai aneka makanan. Anda boleh luangkan sedikit masa cuba untuk menikmatinya. Cuma kami hadir di waktu tengah hari kebanyakan peniaga baru mula menyiapkan gerai masing-masing. Maka selepas puas bergambar kami meneruskan perjalanan ke Masjid Tanjak yang mengambil masa hampiar 20 minit untuk sampai.

Masjid Tanjak

Nama penuh bagi masjid ini adalah Masjid Tanwirun Naja dan diringkaskan kepada Masjid Tanjak. Beralamat di Tugu Rajawali, Batu Besar, Kecamatan Nongsa, Kota Batam, Kepulauan Riau 29465, Indonesia. Ada yang mengatakan ia adalah bentuk tanjak yang pernah dipakai oleh Hang Nadim pada suatu ketika dahulu.

Masjid Tanjak yang bercirikan Lambang Pemakaian Kemelayuan iaitu Tanjak.
Pemandangan dari sisi kubah Masjid Tanjak.
Persekitaran masjid yang cantik, bersih dan kemas. Dikelilingi oleh kolam ikan.
Dari Batam Terminal feri ke Masjid Tanjak lebih kurang 9km. Kami sampai lebih kurang 20 minit sebelum masuk waktu Asar. Oh ya waktu di Batam adalah sejam lewat dari Malaysia. So kami masuk ke dalam solat jama zohor asar dan terus meneroka masjid cantik ini bergambar untuk kenang kenangan :D

Keluasan masjid sebesar 4,983 meter persegi dan keseluruhan tapak lebih 15,700 meter persegi ini menjadi satu lagi ikonik pelancongan di Batam dan ia terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Hang Nadim. 

Mimbar masjid juga berbentuk tanjak.
Corak bunga menghiasi di syiling Masjid Tanjak ini.
Ruang solat secara open air. Tidak memerlukan kipas dan lampu untuk menerangi ruang utama.
Mula dibina pada Disember 2020 dan siap 16 bulan kemudian dan telah dirasmikan pada 24 Jun 2022 dan telah dibaik pulih pada penghujung 2022 selepas kejadian syiling masjid yang runtuh pada September 2022 dan bernasib baik pada ketika itu tiada jemaah yang berada di ruang solat. Masjid ini memilik menara setinggi 45 meter dan dihiasi dengan beberapa buah kolam di sekeliling banguanan masjid.

Masjid ini tidak mempunyai pintu dan memang terbuka 24 jam buat para pengunjung.
Di sebalik mimbar dan bilik imam. Nampak nyaman jer kalau jadi imam kat sini :D
Pemandangan Bulatan Helang di hadapan Masjid Tanjak.
Masjid yang mampu menampung 1,250 jemaah dalam satu-satu masa ini mengamalkan konsep "open air". Kerana kedudukan masjid yang berada di kawasan tinggi memboleh angin bertiup masuk dan keadaan di dalam masjid yang sentiasa sejuk dan nyaman. Dan tidak memerlukan lampu di siang hari.

Mega Wisata Ocarina Batam - Coastarina

Digelar sebagai Mini Amusement Park oleh warga tempatan. Jika ada waktu kelapangan dan masa yang lebih boleh la datang merayau ke sini. Dan bayaran tiket masuk agak murah iaitu dewasa adalah IDR 25,000 seorang dan kanak-kanak IDR10,000 seorang. Dan jika anda datang dengan Pak Supir maka harus juga dibayarkan tiket masuknya.

Suasana matahari terbenam di Coastarina. 
Di sini tidaklah ada begitu banyak tempat permainan. Ia seperti masih dalam fasa pertama sekitar 4 atau 5 jenis permainan sahaja yang ada. Namun tempat yang cantik ini lebih untuk bergambar disebabkan keadaan persekitaran yang di tepi laut dan bila malam ada lampu-lampu gitu. Lagi-lagi wajib bergambar dengan Monument Coastarina itu sendiri.

Peta keseluruhan Coastarina tapi mostly kesemuanya masih dalam pembinaan
Setiap permainan dikenakan bayaran maka tidak hairanlah entrance masuk tadi adalah murah hahaha. So kalau sekadar nak bergambar dan berseronok-seronok boleh la datang jika tidak, aku suggest jangan datang sebab Indoor Theme Park Berjaya Times Square adalah 20 kali ganda besar permaianan nya :D

Disebabkan kami rasa macam tak berapa sangat Costarina ni maka kami decide untuk terus keluar dan nak check in hotel. Tak sampai setengah jam spend masa di sini. Pak Supir nampak kami macam tak berapa happy di sini maka dia suggest untuk kami jalan-jalan ke area Wisata Bengkong. Tapi sekadar jalan-jalan dalam mobil sahaja. Dia kata nanti lain hari boleh ke sini ada banyak tempat yang best boleh dilawati.

28 comments:

  1. Unik betul senibina masjid berbentuk tanjak tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg unik sungguh Masjid Tanjak ini.. Dari awal mmg aim nak solat di sini :D

      Delete
  2. Memang harus pintar"menawar /negosiasi harga,kalau gak bakalan mahal ongkosnya ya...unik bentuk masjidnya ,macam peci kah seperti nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau dimana jua harus ditawar menawar agar dpt harga yg berpatutan.. Seperti nama jua tanjak masjid itu :D

      Delete
  3. Hmmm nampak menarik juga kalau ke Batam. Masjidnya tu unik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far boleh la pergi sekali merasa ke batam.. Cantik dan makan murah di batam :D

      Delete
  4. cantik dan unik sungguh masjid tanjak tu. sgt cun for ootd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Sebab tu sanggup pergi walau totaly opposite dari area hotel di nagoya hahaha.. :D

      Delete
  5. Saya pernah ke Coastarina pada tahun 2014. Dah hampir sepuluh tahun masih tak siap-siap lagi.. haish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke dah 10 tahun hahaha.. Ingat baru 2 3 tahun jer.. Hurmm masih mcm tu juga :P

      Delete
  6. kat bandara (airport) tu skrg dh ada grabcar.. dulu xde grab .,
    thanks bro for sharing gmbr2 dlm masjid tanjak, wak tak pnh masuk lg., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke wak tak pernah masuk lagi.. Saya mmg aim kalau ke batam akan ke masjid tanjak ini.. Sbb cantik the only masjid tanjak in the world.. :D

      Delete
  7. x pernah tau pun rupanya pulau batam ni cantik sebenarnya... mcm dlm cerita mechamato pulak masjid tanjak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak tempat cantik di Pulau Batam.. Just kena explore one by one.. Aah mcm dlm citer mechamato hahahaa :D

      Delete
  8. sy membayangkan masjid tanjak tu ada design or ukiran mcm ala2 songket

    tapi tu laa... kat batam kan... kalau kat malaysia sure sy propose idea tu hahaha

    the best in singapore, jb and batam hahahha teringat batam, mesti teringat dialog ni

    ReplyDelete
    Replies

    1. Masjid tu baru dibina tak sampai few month roboh pulak syiling masjid tu.. Habis kecoh kontraktor kena bertanggjawap.. Mungkin akan ada perubahan year by year rasanya..

      Delete
  9. Replies
    1. Sbb tu teringin nak jejak kan kaki ke masjid ini..

      Delete
  10. Memang unik masjid Tanjak tu. Open air, dan ada kolam ikan pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya masjid-masjid di Indonesia ini ada membuat hasil usaha yang boleh digunakan keuntungan dalam aktiviti masjid.. tu yang ada kolam ikan :D

      Delete
  11. Allah... cantiknya Masjid Tanjak.
    Nampak unik dengan lambang identiti Melayu.
    Alhamdulillah.
    Saya perasan, di mana-mana wilayah Indonesia kebanyakan masjidnya memaparkan identiti setempat yang melambangkan budayanya. Menarik sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cantik dan unik.. Sbb tu mcm mana pun jauh tetap nak jejak kan kaki ke Masjid Tanjak ini. Mmg nk tunjuk budaya kemelayuan itu.. Mmg terbaik Umat Islam Batam.

      Delete
  12. OOTD pakai baju Melayu kt Masjid Tanjak mmg cun...mobil di sana byk jenis SUV..selesa utk berwisata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn ... itulah rugi pulak rasa nya tak bawa baju melayu lengkap nak OOTD kat sini :P aah pak supir semua guna SUV mudah nak bwa pelancong berwisata .. :D

      Delete
  13. Suka betul saya dengan rekabentuk masjid Tanjak ini dan dalam masa yang sama enjoy pulak baca konten blog bro... terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid tanjak ini mmg unik sbb tu mmg nk sgt jejak kan kaki di sini :D

      Delete
  14. Yg saya suka dari mesjid2 sekarang, karena bentuknya sudah tidak terlalu konvensional lagi 😁. Ada banyak mesjid di Bbrp kota Indonesia, yg sekilas nampak bukan mesjid, tapi Krn ada tanda bulan bintang, yg bikin kita sadar itu mesjid. Ga harus pakai kubah.

    Baru tau kalo konsep mesjid tanjak ini open air 😍. Bagus jugaaa. Asalkan kalo hujan angin jangan sampai tempias air masuk ke dalam 😅

    Saya pun tak nak masuk ke coastarina. Krn wahana sedikit, lebih besar lagi Dufan di Ancol Jakarta 😄. Tapi mungkin bagi yg suka foto2 saja, boleh lah yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harusnya begitu ukiran luaran dan dalaman harusnya berbeda bgi menarik minat org kepada islam gitu.. Namun kubah itu tidak semestinya bulat asalkan bilan bintang nya aja :D
      Masjid tanjak ini kalau hujan yg betil2 lebat pasti tempias ini.. Costarina itu hanya utk bergambar sahaja..

      Delete