Pages

Monday, 21 October 2024

Masih Mencari Ketenangan - Impian Menjejak 50 Negara By 2025

Assalamualaikum Dan Salam  Sejahtera 1Malaysia

At this moment masih lagi sibuk yang teramat dengan kerja dan urusan family. So aku pun tak nak start menulis cerita pengembaraan lagi. Sebab nanti dah start tulis akan terlalu fokus nak update next part sehinggalah ke penghabisan. 

Insyallah next cerita kita akan update trip ke Bali. Dah siapkan beberapa draft tajuk dan nampak gaya macam akan ada lebih 6 part untuk cerita di Bali. Korang layan jer lah ceritanya kalau menarik. Insyallah akan cuba ringkaskan cerita tak nak panjang-panjang, nanti Puan Mama Zhafran dengan Puan Mama Tisya comment panjang sangat entry hahaha :D

Tiba-tiba aku lost count berapa negara yang aku telah jejakki. 
Hari tu kira dah 48 tapi bila kira semula baru 46 negara hahahaa.
Balik dari trip solo baru-baru ni rasa tenang sangat sebab tak ada dah ticket flight yang menanti. Dan sekarang tengah melawan diri dari buka website airlines. Tak nak dah terjebak dengan tiket flight murah yang di offer. Lagi-lagi dari Airasia hahaha. Kang kalau ada harga yang tak masuk akal mulalah tangan gatal membeli. 

Oh ya tiket flight untuk travel aku semuanya adalah harga promotion. Until this moment tak pernah lagi aku ke sesuatu tempat dengan harga tiket flight normal. Sebab cara aku adalah mana tiket promo pergi maka situlah destinasi aku. In the end habis juga la almost semua Airasia destinasi. 

Ada 15 negara yang aku terlepas peluang untuk menjejakkan kaki.
Dalam kisah dunia mengembara ini ada lebih kurang 15 negara yang aku terlepas peluang yang mana sepatutnya aku dah pun sampai tapi nak buat macam mana itulah takdir sebab bukan rezeki yang tertulis. Argentina, Brazil dan Czech Republic adalah 3 buah negara yang sepatutnya aku pergi untuk jadi imam terawih tapi tu lah. Masa tu masih remaja dan memilih untuk balik cuti ke Malaysia dari cari pengalaman di tempat orang.

Masa jadi imam terawih di Sweden 2011 ada peluang untuk ke Finland sebab dapat tiket return ferry dari Stockholm ke Helsinki seratus lebih sahaja. Tapi memandang promo tu jatuh pada 1 Syawal. Maka aku tak sanggup nak travel di pagi raya.

Masa belajar dulu senang jer nak ke Angola sebab tak jauh dari Johannesburg tapi sebab kena bayar visa USD100.00 terasa macam mahal dan tak berbaloi. Tapi sekarang menyesal pulak tak pergi. Sama jugalah dengan Tanzania. patut dah sampai tapi sebab travel dengan group bila majoriti kata tak nak maka terpaksalah batalkan hasrat ke Tanzania. Padahal dah sampai Malawi sebelah jer pun.

Pakistan, India dan Bangladesh. Sepatut lepas habis belajar kena pergi ke tiga buah negara ini untuk kursus selama 1 tahun. Tapi memilih peluang untuk kerja di South Africa dari ke 3 buah negara ini. Negara Sahara pulak terlepas peluang sebab budget yang terlalu sedikit semasa travel ke Morocco.

New Zealand terlepas peluang sebab Airasia tutup flight ke sana. Dah dapat tiket return RM1400.00 masa tu. Masa second year of Covid dunia travel jatuh teruk sampai harga flight tiket pun jatuh dan pada ketika itu tiket flight return ke Spain RM1200.00 sahaja. Ada group ajak tapi aku tak nak sebab risaukan covid sudahnya putih mata sampai la ni hahaha.

Mongolia patut pergi bulan Jun tahun ini sempena acara memanah berkuda bertaraf dunia tapi member yang patut pergi sekali tu tak dapat pergi last minute sebab ada masalah. Disebabkan dia tak pergi aku pun tak jadi sebab yang dapat invitation dia. Aku just nak menumpag atas invitation dia :D

Ini antara negara harapan aku sekiranya diizinkan pada tahun 2025.
But bergantung sekiranya ada promo la. Teringin sangat nak pergi Negara Balkan.
Harapan di Tahun 2025 - AirAsia dah buka route to Nairobi so nampak macam ada harapan nak ke Kenya dan Uganda. Sri Lanka dan Nepal juga adalah destinasi AirAisa kita tunggu promo sahaja kalau ada memang kita tangkap terus. Macam ke Maldives baru ni dapat RM550.00 untuk return tiket dari Kuala Lumpur.

Pakistan pun nampak sekarang macam dah mudah sebab dah ramai orang pergi travel. Baik dengan travel agent mahu pun secara backpack. Insyallah kalau dapat jer promo yang tak masuk akal insyallah sampailah aku ke sana. New Zealand penantian tiket promo yang tak pernah wujud setelah AirAsia tutup route ke sana. Masih menunggu sehingga kini.

Negara Balkan - Bosnia, Albania, Montenegro, Macedonia, Kosovo dan Serbia. Azerbaijan, Georgia dan Armenia insyallah dua route trip yang paling aku idamkan. Lama sangat dah diidamkan hahaha. Masih lagi menabung. Insyallah one soon. Moga tercapai untuk ke sana :D

36 comments:

  1. Insya-Allah.. Tercapai nanti tu

    ReplyDelete
  2. Kalau uncle tanda negara2 yg uncle dah lawati.... mungkin tak kelihatan pada mata kasar manusia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alam mana uncle travel tu hahaha.. Insyallah moga dipermudahkan urusan uncle untuk bersiar2 diseluruh dunia :D

      Delete
  3. Bestnya dapat pergi tengok banyak negara ni. Rezeki sungguh la. Dalam negara yang disebut kat atas takde satu negara pun pernah jejak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dah pernah sampai ke Perth, Australia ke?
      Alhamdulillah rezeki pengalaman kita berkongsi di blog ini sebagai memori dan juga bacaan ramai :D

      Delete
  4. Akak padahal ramai kawan kat Bali tapi tak pernah pegi pun, transit ada lah. Selalu jelez dgn member yg duduk Bali sbb flight dorang cuma 3 jam je dari Perth. Whereas kita pula 6 jam utk sampai ke KL.






    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi la tak pergi kalau kawan dah ramai tu kat Bali.. ada la discount utk budget accommodation nanti hihii.. 3 jam dekat sgt tu dgn Perth :D

      Delete
  5. Banyaknya negara yg dah dilawati! Terbaiklah ๐Ÿ‘
    Memang luas sungguhlah pemandangan dan pengalamannya kan ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tapi masih jauh dari target.. Umur makin meningkat hihii.. Isnyallah akan terus berkongsi pengalaman di sini.. :D

      Delete
  6. Seronoknya baca pengalaman orang travel serata dunia. Mudahan satu dunia TT dapat sampai. Aamiin. Negara Balkan , NZ, Pakistan, Europe, Iceland pun wishlist saya, berangan je dulu ada rezeki Allah bagi Insya Allah sampai le nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kata kata doa tu.. insyallah mmg teringin nak pergi satu dunia amin amin.. Moga kita semua dpt jejak kan kaki ke tmpt2 yg diingini itu amin amin..

      Delete
  7. "mana tiket promo pergi maka situlah destinasi aku"
    ooo.. ini lah tips nya mengembara ke banyak negara, menarik ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. itu lah tips utama saya.. tak pernah pilih destinasi.. mana ada tiket promo offer by airline maka situlah saya pergi .. :D

      Delete
  8. Insya Allah.. semoga dipermudahkan rezekinya

    ReplyDelete
  9. Moga tercapai cita2 Insyaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...Moga tercapai la 50 negara tu.. pastu dah boleh bersara hihihi.. :D

      Delete
  10. impressive sgt2!!! one of the reasons i jd reader utk blog u ;) i aminkan doa2 u tu..moga2 tercapai hajat dan impian. as for myself, thn 2025 teringin nak repeat tokyo sbb my boys belum puas lagi cuti2 ke sana, lgpun it was 2018 when we went there so time to repeat, cuma masih mencari tix yg harga reasonable :) i tak dpt nak kejar tix promo sbb date travel i biasanya time cuti sek plus cuti semester

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay MZ dah datang mengomen di sini hahaha.. and thanks for being my reader di sini thank you so much :D Insyallah moga tercapai hajat hati ini utk menjelajah ke beberapa negara di dunia ini .. Kalau nak repeat tokyo tu roger la mana tahu boleh ikut sekali.. jadi tukang guide kita hihiii :D

      Delete
    2. Actually boleh jer kejar tiket promo even tarikh cuti sekolah or sem.. tapi kena cepat sebab kebiasaannya kuota tiket promo utk that tarikh tak banyak.. first come first serve gitu.. Sy pernah jer dpt waktu cuti sekolah tiket promo tapi kena beli in advance few month before travel la..

      Delete
  11. Kalau entri travel memang susah nak buat pendek. Bagi yang nak cari info, mesti akan baca satu persatu.

    Rezeki sungguh ni, mudah nak mohon cuti kerja, bolehlah beli tiket ikut mana yang promo.

    InsyaAllah moga tercapai hajat Afif. Dapatlah kami tumpang baca pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah cuba potong sana potong sini.. buang info itu ini.. still panjang jugak.. kalau dipendekan posting nanti banyak pulak entry nya hahah.. dilema seorang travel blogger hahahaha..

      Tak juga senang dpt cuti tu.. Kena pandai combine kan public holidays..weekend dan tamabh cuti tahunan bagai.. utk lengkap 4 hingga 8 hari bercuti.. dan kena biasa beli tiket berbulan bulan lama nya sebelum travel..

      Delete
  12. Luar biasa perjalanan travelnya, Mas.
    Sungguh salut saya dibuatnya. Syukurlah Mas tulis perjalanannya di blog, jadi sedikit banyak saya dapat mengetahui tempat-tempat yang Mas kunjungi.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya kongsikan semua perjalanan mengembara di blog ini.. terima kasih sudi datang ke mari dan membaca kisah nya :D

      Delete
  13. Banyaknyeee,.. mudah -mudahan bisa kesampaian 50 negara ya bang..biar genap hehe...kalau saya cuma menghitung 4 jari tuh ๐Ÿ˜.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin.. moga makbul doanya.. selepas angka 50 boleh besara dari travelling :D

      Delete
  14. insya aminnn aminnn aminnnn
    sy tolong aminkannnn
    nak juga merasa smpi benua afrika wpn dah penah smpi mesir 2x...
    tp tu utara afrika. tgh n selatan nak pegi juga kalau ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan hanya nampak sejauh 50 negara sahaja . Lebih dari tu mmg tak nampak jalan dah hahaha.. insyallah by next harap2 dpt la jejak 50 negara..

      Delete
    2. Pernah pergi mesir dua kali.. hebat tu.. kita pernah pergi sekali jer huhuhuu.. selatan dgn timur Afrika tu insyallah ok.. central dgn barat tu susah nak travel..

      Delete
  15. yg argentina n brazil tu kiranya dlm sebulan 2 negara ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ada tawaran ke Brazil dan Argentina pada dua tahun yg berlainan..

      Delete
  16. Walau tak berpeluang ke luar negara tetapi dapat baca entry2 di sini, terasa macam diri pun turut ada dalam situasi.
    Moga apa yang ada dalam wish list berjaya hendakNYA dan moga urusan berkaitan dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perkongsian pengalaman di blog boleh membawa pembaca mengembara bersama :D
      Terima kasih mendoakan impian kita utk mencapai 50 negara tu.. Amin Amin

      Delete