Pages

Friday, 21 February 2025

Kazakhstan Almaty Part 6 : Almaty Metro Station - Raiymbek Batyr Monument

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Kami hanya perlu berjalan kurang 250 meter dari apartment untuk sampai ke Zhibek Zholy Metro Staion. Salah satu daripada hanya 11 station metro yang ada di seluruh Bandar Almaty setakat Januari 2025 ini.

Perkhidmatan metro mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Disember 2011 selepas 23 tahun lamanya pembinaan yang bermula pada 1988 ketika di bawah era Soviet. Dan terhenti ketika kejatuhan Soviet pada 1991. Dan pada ketika itu Kazakhstan yang baru merdeka tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk meneruskan pembinaan.

Extension pertama adalah sejauh 2.9 km sehingga ke Moskva Station yang telah dibuka kepada orang ramai pada 18 April 2015 dan diikuti extension kedua sejauh 3.1 km sehingga ke Bauyrzhan Momyshuly Station pada 30 Mei 2022. Dan another extension iaitu penambahan 2 lagi station iaitu Qalqaman dan Batys Awtowoksaly Station akan siap pada 2027 nanti.

Okay the interesting part yang aku nak cerita di sini adalah keunikan yang ada pada setiap station metro di sini. Boleh dikatakan setiap station dibina berlainan bentuk architecture baik dari sturktur dan design interior dalaman yang cukup menarik dan some part tu sangatlah colorful. 

And if kalau dah tak tahu nak buat apa dan tak tahu nak jalan ke mana. Maka korang boleh la amik satu masa dalam sehari tu untuk korang try pergi setiap station untuk melihat keunikan dan kecantikan seni bina tersebut.

Dan disebabkan aku bawa the kids bersama dan menolak stroller untuk si Afnan maka agak susah nak naik turun tangga menuju station yang semuanya dibina di bawah tanah. End up aku hanya dapat pergi beberapa station sahaja. Dan apa yang aku perasan adalah macam ada persamaan design dengan underground metro station di Tehran.

Station Metro di Almaty bukan sekadar dibuat untuk keperluan semata-mata tapi bagi menyerlahkan lagi seni bina culture Kazakhstan dan ada juga unsur-unsur sejarah pada beberapa lukisan yang ada di beberapa station metro. Serius memang tak rugi kalau korang nak pergi ke setiap station untuk melihat keunikan yang berbeza.

Bayaran tidaklah mahal di mana anda perlu membayar KZN120.00 sahaja untuk sehala. Bayar di kuanter atau mesin untuk mendapatkan token single use. Kanak-kanak bawah 7 tahun adalah percuma. Dan 7-12 tahun ada discount dengan menunjukan bukti. Kalau kita as a tourist tunjuklah passport anak tu.

Bayaran tidaklah mahal di mana anda perlu membayar KZN120.00 sahaja untuk sehala. Bayar di kuanter atau mesin untuk mendapatkan token single use. Kanak-kanak bawah 7 tahun adalah percuma. Dan 7-12 tahun ada discount dengan menunjukan bukti. Kalau kita as a tourist tunjuklah passport anak tu. 

Tapi dari pengalaman aku masa beli tiket metro ni diorang tak tanya pun. Dan masa melepasi security pun polis tu tak tanya. Mungkin sebab kita tourist atau anak-anak aku bersaiz kecil berbanding anak orang Kazakhstan yang tinggi-tinggi. Tapi aku rasa sebab polis tu tak tahu english maka lebih baik dia tak yah tanya terus hahaha.

Smart card berharga KZN100.00 tapi bagi aku tak perlu sebab sistem public transport di Almaty masih lagi kecil. Dan most of the attraction place berada dalam walking distance dalam city center sahaja. Even most ot the part metro pun tak cover. Unless kalau korang nak menggunakan perkhidmatan selain metro. Tapi tak pulak aku nampak Tram di Alamty ini.

Terjumpa dengan satu keluarga dari Kuantan di Almaty.
Selepas explore metro station ini kami turun di Raiymbek Batyr Metro Station. Dan berjalan-jalan area luar bandar ini. Kelihatan di sini banyak kedai tepi jalan yang jauh lebih murah menjual pelbagai jenis barangan dari makanan sehinggalah kelengkapan rumah. Kelihatan Salam Bro juga ada di sini.

Jom masuk Sport Master antara yang kedai barangan outdoor terkenal di Almaty.
Best nyer sebab banyak gadget untuk traveller ada dijual di sini :D
Ketika ini kami terserempak dengan orang Malaysia iaitu Encik Rosli sekeluarga dari Kauntan yang datang untuk berhari raya di central asia. Alhamdulillah seronok dapat berbual bila dah 3 hari tak jumpa orang Malaysia. 

Di sini juga terdapat sebuah Outlet Sport Master yang menjual pelbagai barangan outdoor dan sukan. Kalau kat Malaysia macam Decathlon. Seronok mencuci mata sebab barangan dia berlainan dari yang ada di Malaysia. Dan ada juga la terbeli beberapa item especially for backpackers gadget. 

Raiymbek Batyr Monument.
Oh ya kenapa turun di sini sebab kami nak ke Raiymbek Batyr Monument. Batyr bermaksud pahlawan atau hero. Raiymbek yang lahir pada 1705 dan meninggal pada 1785 adalah salah seorang pahlawan Kazakh yang paling digeruni dan antara yang paling berjaya. Berjaya mengalahkan Balkhash Tiger di usia yang sangat muda.

Laluan pejalan kaki seperti kawasan park di antara Monument ke Central Mosque Almaty.
Anak lelaki kepada Tuke dan cucu kepada Pahlawan Kazakh yang terkenal iaitu Khangeldy Batyr dari Keturunan Keluarga Alban dari Daerah Elder Zhuz. Raiymbek Batyr hidup semasa waktu pergolakan paling dasyat ketika pencerobohan Tentera Dzungar di tanah Kazakhstan.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang Jeneral Kanan ketika berumur 24 tahun di bawah Tentera Ablai Khan sebagai salah satu Pasukan Elite Zhuze yang dipimpin oleh Ablai Khan sendiri bagi mengalahkan Dzhungar dan membebaskan tanah Semirechye yang telah dirampas. Pertempuran telah berlaku pada tahun 1729 di antara Sungai Chu dan Ili.

31 comments:

  1. Cantiknya design dalam station metro tu, lain station lain deco nya. Kalau jumpa kedai outdoor macam ni, mau la hubby duduk lama dalam tu. Eh eh, beraya di sana ya orang Kuantan tu. Rasa nya kenal pernah kerja satu office sekejap. Muka tak berubah dari dulu. Mungkin lah orang yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap station ada design yg tersendiri.. seronok juga lah bila dh tak thu nak gi mana boleh la explore setiap station tu hihii.. Sama lah saya dgn hubby Puan Mulan mesti nk belek2 dlm outdoor tu :D

      Delete
    2. Org Kuantan tu nama nya Encik Rosli. Alhamdulillah baik org nya.. Suka travel bersama seisi keluarga.. seronok berbual dgn mereka :D

      Delete
    3. Kalau orang yang sama, dia memang baik dan friendly sangat. Kelakar pun ya. Ada je idea nak bagi orang gelak.

      Delete
    4. Betul la tu... Moga dpt travel sama di masa hadapan.. bergabung idea bila travel mesti best hihii...

      Delete
  2. Cantik juga gambaran suasana di Almaty Metro Station.
    Saya pun tertarik melihat barangan di Outlet Sport Master.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sebenarnya bila gunakan station metro utk mempamerkan kebudaya negara kita sendiri. Sport Master tu byk brg yg takde di Malaysia..

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah mmg terpegun kecantikan di sana :D

      Delete
  4. Cantiknya setiap design di lain2 station. Menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk posting di media sosial :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Malaysia boleh guna konsep yg sama utk promosikan budaya Malaysia :D

      Delete
  5. Mgkn idea begini boleh buat dekat station LRT kita kan... Bagi ceria dan cantik macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul.. sebab pelancong confirm byk yg guna public transport dan pasti akan ambil gmbr dan post.. Promot Malaysia secara tak langsung.. :D

      Delete
  6. Cantik betul station metro diorang eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes macam di Moscow dgn Tehran.. Ada vibe soviet gitu..

      Delete
  7. MasyaAllah cantik seni bina stesen di sana. Syok ambik gambar ni 😃

    Rasanya, tak ramai orang Malaysia pergi sana, tentu rasa teruja sangat bila jumpa orang kita kan?
    Kalau ke Tokyo, senang sangat jumpa orang kita di kedai-kedai makan halal. Jadi kuranglah rasa teruja tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Underground semua station nya.. mmg cantik deco dan luas bangat ruang nya.. Best kalau bergambar.. mmg tak ramai ada la terserempak dgn beberapa Malaysian di sana..
      Tokyo London kalau jumpa org Malaysia biasa tak suka ditegur hahahaa..

      Delete
  8. cantik betul la tempat-tempat kat sana! pleasing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila structure sejarah dijaga dgn baik demi maruah bangsa utk dikenang generasi masa depan mmg best.. :D

      Delete
  9. very informative laaa...semakin byk info psl almaty yg i tahu lps baca entry u ni...dan stesen metro tu memang cantik2 la designnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila -sila lah cari tiket ke Almaty. Insyallah travel ke sini tak susah.. Org tempatan pun suka membantu.. :D

      Delete
  10. cantiknya metro station kat sana! waahhh bestnya terjumpa org malaysia kat sana! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa org Malaysia baik hati pulak tu.. memang satu nikmat hihii :D

      Delete
  11. Stesyen metronya dihias cantik. Menyerlahkan juga budaya masyarakat di sana. Saya suka gambar No. 2 dari atas tu. Warna-warni dalam stesyen metro. Barang2 di Sport Master tu harganya berpatutan ke?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus idea hias metro station dgn seni bina budaya culture mereka.. seronok nak bergambar pun yer.. harga di sport master tu ada yg ok ada yg tidak.. tapi barangan nya menarik utk dilihat dan dibeli hihii..

      Delete
  12. Cantik betul stesen metro kat sana, nampak vibrant!

    Menarik sejarah Raiymbek Batyr ni. Umur 24 dah dilantik sebagai jeneral n pikul tanggungjawab yg besar. Orang2 lama mmng hebat2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik dan tertarik dengan design di underground station di Almaty ini. Itulah org lama2 hidup utk menjadi kuat demi mempertahankan bangsa dan negara.. :D

      Delete
  13. Station nya nampak futuristik sangat. Colorful dan bercahaya 😍😍😍😍. Saya sukaaaaaa. Ini lebih cantik dripada station metro di Korea Utara dan Belarus. 👍👍.

    Kalau Belarus dan Korea Utara macam klasik vintage, yg Kazakstan ini modern sangat.

    Aduuuh kalo ketemu toko peralatan sport begini, suami saya bisa kalap belanja nya 🤣🤣🤣 dia lebih shopholic dari saya, apalagi kalo dah liat sepatu sport. 😅.

    Harus saya plan segera untuk visit negara2 STAN ini 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Station Metro nya semua underground. Dan setiap station dihiasi dengan deco yg berbeza. Memang menarik untuk explore setiap station yg ada. Memang seronok utk bergambar. Kalau sport outlet begini pasti wajib dikunjungi. Moga sampai jua dia negara stan stan ini ya sy doakan :D

      Delete
  14. Cantik monument tu. Kalau x silap kaki kuda tu ada sbb kenapa dia buat terangkat satu kaki. Menanda dia mati bukan di medan perang. Btl ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diikutkan sebelah kaki kuda naik itu tandanya cedera dari medan perang mati kemudian disebabkan kecederaannya. Kalau kedua2 kaki kuda naik mati di medan perang.

      Delete