Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Kazakhstan Almaty Part 6 : Almaty Metro Station - Raiymbek Batyr Monument
Dari Station Metro Raiymbek Batyr kami berjalan kaki lebih kurang 200 meter untuk ke Monument dan kemudian menerukan perjalanan for another 300 meter untuk sampai di Almaty Central Mosque. Sebuah masjid yang menjadi kebanggaan umat islam setempat dan antara yang terbesar di Almaty.
 |
Almaty Central Mosque - salah satu masjid yang terbesar di Alamty. |
 |
Seni bina masjid yang cantik dan mempunyai kawasan laman yang amat luas. |
Masjid ini boleh menempatkan lebih 7,000 orang jemaah dalam satu masa. Telah dibina semula selepas terjadinya kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan bangunan masjid pada tahun 1987.
Masjid asal telah dibina pada tahun 1890 di tapak yang sama. Dan masjid yang berdiri megah sekarang ini telah dibuka semula pada tahun 1999 kepada orang ramai setelah bertahun-tahun lamanya menjalani pembaikan dan pembinaan semula.
 |
Ada tempat kanak-kanak bermain di kawasan taman masjid. |
 |
Luas kawasan laman masjid ini sampai orang datang duduk bersantai. |
Sama seperti masjid di beberapa negara lain, masjid ini mempunyai kawasan persekitaran yang amat luas termasuk kawasan permainan kanak-kanak, taman bagi pengunjung duduk beristirehat, bangunan khas bagi kelas penajian, tandas, dapur dan beberapa keperluan lain.
Ketika kami sampai, solat asar berjemaah baru sahaja selesai. Dan kami mengambil masa sebaiknya untuk explore suasana persekitaran dalam keadaan di dalam masjid yang indah ini. Terlihat para jemaah sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di bahagian belakang masjid.
 |
Tempat juadah berbuka disediakan di area belakang masjid. |
 |
Para sukarelawan sedang sibuk menyiapkan juadah dan tempat untuk berbuka. |
 |
Starter ada biskut, kek, roti, air teh dan air gas. Main course roti dengan daging. |
Oleh kerana mereka terlihat anak-anak aku yang sedang memerhati mereka menyiapkan juadah berbuka tiba-tiba datang seorang makcik memberikan biskut dan buah-buahan. Bukan sikit yer tapi banyak yang diberi dari Buah Pisang, Oren, Epal, Kurma dan biskut seorang sepeket.
 |
Ruangan utama dewan solat di dalam masjid |
 |
Cantik ruangan imam yang lebih tinggi sedikit dari para makmum. |
 |
Cantik luaran dan dalam masjid ini. |
Selesai solat bergilir-gilir antara aku dengan wife sebab nak kena jaga the kids diluar masjid. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Green Bazaar yang terletak kurang 200 meter dari Central Mosque. Antara sebuah destinasi utama untuk kita explore di Almaty. Bazaar atau pasar ini telah dibuka semenjak tahun 1868 lagi.
 |
Di sepanjang perjalanan ke bazaar kelihatan ramai orang yang berniaga di bahu jalan. |
 |
Bangunan hijau di belakang itulah Green Bazaar. |
Sekitar ratusan tahun yang dahulu kawasan ini memang menjadi tempat persinggahan para pedagang dari China ke Eropah dan ke Timur Tengah serta ke Asia Selatan yang dikenali sebagai Silk Road. Bangunan untuk perniagaan di sini telah dibina oleh Gostiny Dvor pada tahun 1875 dan telah hancur pada kejadian gempa bumi 1887.
 |
Terdapat para peniaga yang menjual buah-buhan dan sayuran di luar bangunan Green Bazaar. |
 |
First section kami masuk area menjual rempah ratus, bijiran dan sayuran. |
Dan telah dibina semula pada tahun 1927 dan diberi nama Central Farm Market atau lebih dikenali sebagai Kok Bazaar. Pada tahun 1940 pertambahan peniaga sehingga tumbuh dengan banyaknya wooden talls dikawasan sekeliling dan akhirnya dimusnakan dan dibina beberapa extension pada tahun 1975 bagi memudahkan peniaga dan pembeli.
Terakhir pada 2017 renovation berskala besar yang memakan perbelanjaan sebesar KZN 2.5 Billion. Dengan keluasan melebihi 20,000 sq meter dan terbinanya 2 tingkat tempak letak kereta serta penambahan lebih 400 stalls peniagaan baru. Dan menyediakan lebih 1000 peluang perkerjaan baru.
 |
Daging kering sedapp.!! Kalau di Turkiye dipanggil Salami. Kalau di afrika Poloni. |
 |
Rempah ratus susah nak berkomunikasi maka susah nak membeli. |
So apa yang bestnyer di sini..? Sudah tentu hasil jualan tanaman mereka buah-buahan, sayuran yang segar. Paling geram aku tengok strawberry yang besar merah menyala dan mushroom yang besar dan segar. Bazaar ini terbahagi kepada beberapa section bagi memudahkan kita mencari barang.
 |
Kazahkstan tak ada laut maka mereka banyak membeli ikan air tawar. |
Dari pengalaman aku, untuk explore Green Bazaar ini kita memerlukan lebih dari 1 jam setengah. Dan my suggestion is try makan di beberapa buah restoran yang ada di dalam bazaar ini. Yang aku rasa lebih murah dan sedap. Or at least try duduk untuk minum teh traditional mereka. Boleh dikatakan setiap restoran ada resipi teh yang berlainan.
 |
Dari section buah, sayur, rempah, daging, ikan. Kita jalan sampai ke hardware, toys dan elektronik. |
Pada masa ini kami membeli beberapa barang untuk dimasak sebagai juadah berbuka puasa. Sayur, beras dan daging. Saja nak try nak daging di tanah kazakhstan ini yang dikatakan lembut dan sedap. Oh ya Bazaar ini dibuka setiap hari dari 9.00 pagi sehingga 7.00 malam dan tutup pada setiap hari Isnin.
Selesai shopping dan explore Bazaar kami berjalan kaki balik ke Apartment yang terletak kurang 400 meter. Pada mulanya nak naik Yandex tapi aku ajak the kids jalan kaki sebab boleh explore keadaan persekitaran. The kids pun enjoy mungkin sebab winter diorang seronok nak berjalan. Tapi bila sampai rumah semua membongkan hahahaa.
Bersambung Kazakhstan Almaty Part 8 : Visit Kok Tobe Hill - Solat Taraweh Di Baikan Mosque (Under Construction)
Besarnya masjid. Bagus ada taman permainan kanak2. Berpuasa di negara Islam, seronok tengok suasana nya dan dapat rasa kemeriahannya kan yang mungkin berbeza sikit dari tempat kita.
ReplyDeleteDaging kering di Cape Town, biltong uihhh rindunya Cape Town. Ingat tak sebelum kami ke CT, akak banyak email Afif tanya tentang CT. Takut jugak nak drive di sana tapi Alhamdulillah smooth semua.
Luas laman kawasan masjid ini. Memang ramai yang dtg duduk bersantai mcm park huhu.. Alhamdulillah seronok dpt melihat aktiviti umat islam di negara lain ketika ramadhan.
DeleteBiltong daging kering di south africa tusedap jgn disebut.. rindu jadinya hahaha.. Mestila igt masa berbalas email tu. Tapi maaf la masa tak pandai sgt nak mensuggest hihi.. alhamdulillah pengalaman yg indah travel di S.Africa :D
dah lebih seabad dah usianya... nampaknya mereka mmg betul2 menjaga masjid ni dgn baik...
ReplyDeleteUsia tapak masjid mmg dah seabad.. Tapi usia bangunan masjid ketika ini masih baru. Apa pun masjid dan kawasan persekitaran masjid mmg cantik dan bersih.
Deletemahal ya ikan2 diorg jual tu?
ReplyDeletekalau laa ada patin kat sana kompem melambung harganyaπ
So far tak nampak lagi ikan patin dengan talapia dekat sana.. Ikan macam rohu jelawat tu banyak la huhu.. wonder juga apa masakan yg diorang akan masak dgn ikan2 tu.. teringin nak rasa :D
DeleteBesar, cantik selesa semualah ye masjid ni ππ» Ingatkan Ustaz joun depa berbuka sekali dekat masjid tu. It's gonna be a memorable experience tu hehe
ReplyDeleteBestnya Green Bazar ni, rambang mata le kalau PH ke sana agaknya hihi
Kalau seorang diri travel mmg tebalkan muka berbuka dgn jemaah setempat dah.. tapi ada the kids sekali kan.. kita berbuka dirumah jer la.. alhamdulillah mmg antara kenangan terindah berpuasa di Almaty..
DeleteKami pergi 3 kali ke Green Bazaar ni.. byk souvenir beli kt situ.. :D
cantik masjidnya! unik betul pengalaman berpuasa di bumi Almaty. priceless indeed!
ReplyDeleteAlhamdulillah anak anak sampai sekarang ingt kenangan berpuasa di Almaty.. Selalu tanya bila nak repeat.. hahaha..
DeleteBoleh muat lebih 7,000 jemaah, memang sangat besar masjidnya.
ReplyDeleteSeronok jalan-jalan di pasar, boleh tengok pelbagai jualan mereka.
Tapi susah pulak nak berkomunikasi ya.
Rasanya campur dgn keluasan beranda masjid tu yg boleh capai 7 org jemaah.. Apa pun mmg luas kawasan masjid ini. Masuk pasar diorng mmg best smbil jenjalan dan perhatikan suasana culture budaya mereka :D
DeleteBagus betul la masjid besar siap ada taman lagi untuk orang lepak, ada taman permainan kanak-kanak juga. Sangat jarang juga jumpa kat Malaysia ni cuma saya pernah nampak kat Masjid Besi, Putrajaya. Mereka letak mainan untuk kanak2 bermain dalam masjid.
ReplyDeleteMmg bagus dan konsep tu patut kita contohi di Malaysia.. ada taman utk org duduk santai/lepak.. Mendekatkan lagi org utk ke masjid.. Taman Permainan pun idea yg bagus.. Masjid Besi ada trmpat permainan cuma takut dgn air kiri kanan kalau anak2 terjatuh huhuu..
Deletewahhh wlupun dah berabad usia masjid tp teguh bersih penjagaannya! seronoknya dpt rasa puasa di sana! plus bestnya the kids pun enjoy je hehe
ReplyDeleteTapak masjid tu dah lebih seabad.. tapi masjid tu masih consider baru.. Alhamdulillah rindu nak berpuasa di perantauan lagi hihii..
DeleteDesign tempat main anak2 pun tema masjid juga
ReplyDeleteBukan desgin macam russia / soviet ke gitu hahaha.. sy pun bru perasan hahaha π€£
DeleteDaging kering tu makan terus ke atau kena masak dulu?
ReplyDeleteNampak banyak jenis bentuknya.
Makan terus pun boleh nak masak pun boleh.. Sedap sangat.. Kalau ada peluang wajib try ... :D
DeleteGiveaway CUya lagi 3 hari nak tamat!
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html
Maaf Cuya.. Saya batuk teruk beberapa hari yg lepas.. Memang nak update blog pun tak larat.. Insyallah next time say join yer ...
DeleteWah..., senangnya jalan2 ke luar negeri. Sekarang memang sebagian masjid yang bagus dijadikan objek wisata.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi rezeki untuk meilhat suasana Ramadhan di negara islam yang lain yg jauh berbeza budaya. Sy kalau travel ke mana pun masjid menjadi salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi :D
DeleteMemang besar sungguh masjid tu kalau boleh muat 7k jemaah! Mesti iftar kat sana pun meriah.
ReplyDeleteSeronok juga ye pengalaman berpuasa kat sana. Beli bahan masak fresh2 pastu masuk kt rumah. Terasalah mcm jadi orang local sat kan. Saya tak pernah tgok daging salami yg belum dipotong macam tu! Sedapnya kalau letak kat pizza
Itulah bila bawa kids bersama susah kalau nak iftar di masjid. Kalau seorang atau berdua dgn wife mmg dah terjah berbuka di masjid tu.Alhamdulillah mmg seronok membeli dan masak ketika berada di sana. Terasa mcm local dan stay pun di apartment bersama local. Betul sedap letak di pizza huhuuu :D
DeleteSukaaa lihat mesjid mereka. Saya ga pernah traveling di saat puasa. Jadi teringin merasakan puasa di negara2 mayoritas muslim tp di belahan dunia berbeda. Biar tahu suasananya seperti apa π
ReplyDeleteKalau ketemu Bazaar begini memang pasti betah belanja segala macam bang. Saya penyuka buah juga, JD pastilah liat buah2 mereka yg segar LGS teringin nak beli π.
Berarti ikan di sana lebih mahal dr daging yaa?
Kalau belum pernah harus sekali mencuba untuk travel di bulan puasa. Suasana dan perasaan nya pasti berbeda apatah lagi kalau di negara islam yang berbeda budaya.
DeleteBazaar seperti ini harus diterokai sehabisnya supaya tahu bagaimana cara pemakanan di sana. Central Asia ini daging adalah makanan utama mereka. Maka semua makanan pasi ada daging :D