Pages

Sunday, 2 March 2025

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1446 Hijrah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah 

Syukur pada ilahi, kita sekali lagi diberi keizinan oleh Yang Maha Esa untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan Barakah. Semoga dapat menunaikan ibadah dengan lebih baik dan menjadi Bulan Ramadhan yang terbaik dari sebelum. 

Aku doakan pada semua yang berkunjung ke blog ini diberi kesihatan yang baik di sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Moga kita semua mengambil peluang untuk mengejar pahala pada Ramadhan kali ini sehabis baik. 

Insyallah esok first day puasa yang jatuh pada hari Ahad bersamaan 02/03/2025. Agak mudah dan sangat selesa untuk memulakan puasa pada kali ini. Perasaan nervous pun ada sebab masih lagi batuk berkahak walau dah masuk minggu ke-3 masih lagi tak sembuh. 

Update 04/03/2025 : Alhamdulillah batuk kian beransur pulih. First day puasa Atiya sahaja yang berjaya berpuasa sehingga azan maghrib. Athira bertahan sampai pukul 3 petang sahaja sebab tak tahan tengak si Affan dan Afnan makan nugget dan burger. Terliur sampai minta izin nak berbuka.

But second day of Ramadhan. Walau bersekolah Atiya dan Athira berjaya puasa sehingga ke azan maghrib. Syukur alhamdulillah tiada paksaan namun mereka seikhlas hati nak berpuasa. Masing-masing berumur 10 dan 8 tahun pada tahun 2025 ini. Memang nak kena latih mereka untuk berpuasa dengan lebih baik.

30 comments:

  1. Selamat menyambut ramadan al mubarak. Semoga batuk tu pun cepat baik, seksa betul berpuasa asyik batuk2 ni. Dgn cuaca sekarang sangat panas. Yih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batuk tak baik lagi mood pun spoil di awal ramadhan ini huhuu.. itulah ujian cuaca panas skrg ni.. apa pun selamat menyambut ramadhan Puan Mznimnwr.. :D

      Delete
  2. Ramadhan Kareem
    Selamat berpuasa buat Ustaz sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. Salam Ramadhan Kareem juga Puan Hazel :D

      Delete
  3. Selamat menyambut Ramadan dan semoga mendapat keberkatan dalam menjalankan ibadah sepanjang bulan puasa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin.. selamat Menyambut Ramadhan juga Puan Amie.. semoga sihat sepanjang puasa.. :D

      Delete
  4. salam ramadan & selamat berpuasa utk en afif sekeluarga ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dear Anies.. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa juga.. :D

      Delete
  5. Selamat berpuasa, Encik Time Travel dan keluarga. Nanti buka puasa, cer minum air halia. Saya ada kongsi di blog
    https://hiduptot.blogspot.com/2025/02/home-remedy-untuk-batuk.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih atas petua dan dah buat.. Syukur alhamdulillah banyak kurang batuk.. Selamat Berpuasa juga :D

      Delete
  6. selamat menyambut ramadhan.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Menyambut Ramadhan juga Puan LadyBird.. :D

      Delete
  7. ramadhan kareem utk bro afif sefamili

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem buat Puan MZ sekeluarga.. Raya tahun ni kita nak mai dtg beraya na hahahaa :D

      Delete
  8. Selamat berpuasa untuk Abang dan kluarga. Semoga dilancarkan hingga terakhir ramadhan nanti ☺️. Harap2 juga batuk dah semakin membaik yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Berpuasa Untuk Fanny sekluarga juga.. Moga sentiasa diberi kesihatan sepanjang Ramadhan kali ini amin.. Alhamdulillah batuknya sudah banyak pulih :D

      Delete
  9. Get Well Soon! Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Selamat menunaikan ibadah puasa juga buat Yanty sekeluarga :D

      Delete
  10. Ramadhan Kareem dan Selamat Berpuasa. Moga cepat sembuh Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa juga buat Puan Mulan sekeluarga.. 21 & 22 March kita ada kerja di Kuantan.. :D

      Delete
  11. semoga cepat sembuh, aamin! selamat berpuasa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sangat2 atas doa nya... Selamat berpuasa juga buat Cik Izzaty Sarafina.. :D

      Delete
  12. Salam Ramadhan.. Moga terus istiqomah menulis kisah travel di blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan.. Insyallah moga terus istiqomah menulis :D

      Delete
  13. salam ramadhan & selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa juga buat Puan MT..

      Delete
  14. Fuh! Dia punya poster macam artis!
    Salam ramadan kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke macam artis.. uncle bila free nak lanje makan haahaha..
      Salam Ramadhan uncle.. :D

      Delete
  15. salam interaksi kak
    https://jawapost.web.id/wp/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih ke mari ya.. nanti akan beri kunjungan di sana :D

      Delete