Pages

Sunday, 18 May 2025

Cafe Nanas Montel - Breakfast Tepi Tasik Di MAEPS Serdang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Nak kongsi satu tempat yang aku rasa agak menarik untuk makan di tempat outdoor or even untuk duduk santai layan air secawan dua sambil berborak. Itulah pengalaman aku pada minggu lepas selepas selesai urusan di Hospital Perubatan University Putra Malaysia (HPUPM) atau juga dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).

Ini dia Cafe Nanas Montel - Jalan Teknologi, 43400 Serdang, Selangor.
Peminat Nanas boleh la datang ke sini. Jus, pastry, aiskrim, food berasaskan nanas semua ada.
Setelah membuat carian di internet maka sampailah kami di Cafe Nanas Montel terletak tidak jauh dari HPUPM dan ia berada di dalam kawasan MAEPS. Dari review yang dibaca ia mempunyai view tasik yang cantik, dikelilingi dengan kehijauan pokok-pokok yang tinggi dan menjadi tempat teduhan bagi Cafe Nanas Montel.

Kami memilih duduk di luar sama macam gambar di Blog Kak Eznakhalili.
Bangunan putih itu surau yang disediakan. Luas dan selesa.
Dan yang bagusnya walau ia adalah sebuah single cafe tanpa ada bangunan lain. Surau, tandas lelaki dan tandas wanita disediakan dengan cukup luas, bersih dan selesa. Tempat mandi juga disediakan, mungkin untuk mereka yang datang beriadah di sini. Boleh terus mandi sebelum pulang. Terus terfikir nanti boleh la bawa the kids beriadah di sini.

Tandas lelaki berhadapan dengan Tandas Wanita.
Tandas dan tempat mandi disediakan dalam bilik yang sama.
Disebabkan nama pun Nanas maka most of the product adalah berasaskan Buah Nanas. Termasuklah jus dan aiskrim nanas. Oh ya ejaan yang betul adalah Nanas walau ia selalu disebut Nenas. Dan boleh cuba Pineapple Coffee jika berminat.

Menu di sini semuanya dalam ketegori ringan sahaja. Dan paling heavy pun adalah beberapa jenis nasi goreng termasuklah Nasi Goreng Nanas. Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang, Nasi Ayam Penyet dan Kueh Tiaw Goreng juga disediakan.

Kueh Tiaw Goreng + Udang, Nasi Lemak. Kopok Lekor & Curly Fries.
Duduk di bahagian luar yang redup. Waktu pagi memang sesuai sangat.
Maka kenalah dengan keadaan kami yang mencari breakfast di pagi hari ini. Kami bertiga telah memesan Kueh Tiaw Goreng add on udang, Nasi Lemak Bungkus, Curly Fries, Keropok Lekor, Jus Nanas, Muar Black Coffee dan Hot Lemon Tea.

Tempat duduk yang disediakan juga boleh dikatakan agak banyak dan boleh pilih untuk duduk berbumbungkan atap zink atau di kerusi meja di bawah teduhan pokok-pokok besar yang menjadi peneduh semula jadi dari cahaya matahari.

Original Muar Coffee,  Jus Nanas & Hot Lemon Tea.
Kelihatan terdapat beberapa buah chalet hanya bersebelahan dengan Cafe Nanas Montel ini. Tapi tak sure apakah motif pembinaannya samada ia boleh di sewa atau hanya sebagai satu cubaan contoh landskap commercial oleh pihak MAEPS.

Cantik chalet yang berbentuk bulat silinder ini. Penginapan untuk dua orang memang just nice. Tapi kalau malam mesti sunyi sepi sebab kalau cafe ni dah tutup memang dah tak ada apa di sini. Maka untuk yang suka nature sesuailah sangat.

Keadaan chalet yang comel. Tak jumpa pulak apa-apa info yang disediakan di sini.
Gambar tasik tak teringat pula aku nak ambil masa ni. Sebab lepas makan kami bergegas balik untuk bersiap-siap nak masuk berkerja. Dan nak hantar si kecik tu ke pengasuh lagi. Sebelum jam 9.45 pagi kami kami dah gerak. Sempatlah dating dengan wife walau ada sekecik ni yang mengganggu hahaa. 

Insyallah nak datang lagi sebab nak bawa semua the kids beriadah di sini. Kueh Tiaw Udang tu insyallah nak repeat hihi. Harga makanan di sini tidaklah mahal dan tidak juga murah. Review makanan aku bagi 8/10. Dimiliki oleh Bumiputra.

Nanti kalau pergi lagi insyallah aku amaik gambar kawasan tasik dan update di sini. 

61 comments:

  1. Menarik juga ni. Kalau ke Serdang boleh la cuba makan di cafe tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak menarik kalau nak cuba benda baru... Menu tak berapa variety sangat tapi tmpt nice utk layan suasana.. ☺️👍

      Delete
  2. makin famous dah cafe ni
    hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh makin famous eh.. kita baru jer terjumpa cafe ni.. okla tolong promote 😅

      Delete
  3. kalau ada event kat maeps tu tempat ni mmg kena serbu...
    pandai owner pilih kawasan...
    suasana pun best...
    tenang je kita nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama ni pergi je MAHA tu hampir setiap tahun.. tapi tak perasan pulak cafe ni hahahaa 😂.. Bila search internet 🛜 baru tau akan kewujudan nya hahaha.. okla nice place boleh cuba sekali sekala.. 😎👍🏻

      Delete
  4. Menarik dan bole dijadikan tmpt lepak petang2... Chalet pon nampak cute dan menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lepak santai-santai mmg seronok... Awal pagi fan petang la.. tgh hari mungkin panas kot hahaha.. chalet tu teringin juga nak try ☺️

      Delete
  5. Wah, breakfast tepi tasik dengan menu nanas power macam ni memang ngam habis! Cafe Nanas Montel ni nampak cozy dan lengkap, sampai surau dan tandas pun mewah, siap tempat mandi lagi siap nak jogging lepas tu terus cuci peluh! Kalau boleh, nak juga cuba Pineapple Coffee tu, pelik tapi menarik. Jangan lupa ambil gambar tasik masa next trip, jangan dok makan je sampai lupa tangkap ‘scenery’ ya! 😄🍍☕️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada something special is all about nanas.. Memang terbaik ada produk sendiri utk tarik pelanggan.. Tmpt lengkap dgn tandas surau bagai .. tak susah nak tunaikan hajat bila diperlukan.. itulah dah gerak balik baru perasan tak amik gambar tasik tu.. insyallah next time.. 👍🏻😎

      Delete
  6. Nampak menarik!
    Harapnya ada rezeki pergi area sana, boleh jamu selera di sini. Semua nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap nampak menarik patut ramai yg review cafe ini.. kalau ke Serdang blh la singgah2 ke sini ☺️👍🏻

      Delete
  7. rasa cantiklah tempat ni. vibe macam kat oversea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat cantik memang cantik..
      Mungkin owner nak tiru sikit macam di vietnam kot hihi.. ☺️

      Delete
  8. Menarik juga ni. Kalau ke Serdang boleh la cuba makan di cafe tu.

    Reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try sekali bawa wife tuan makan santai santai di sini.. Alang2 beriadah sekali keliling tasik 👍🏻☺️

      Delete
  9. tak sangka pulak siap ada chalet kat situu
    menarik konsep yg cafe yg berasaskan nanas ni. kalau saya suka nanas kecik yg slalu dia cocok pakai lidi tu, manisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure juga chalet tu boleh sewa atau tidak.. sebab tak ada apa2 info yg tertulis.. Sini semua nanas manis MD2.. Kalau makan sepotong dua mmg tak cukup hihii.. ☺️

      Delete
  10. Terbaik lah fasiliti dia.. Kuetiau goreng dia pun nampak sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa order kuanter tanya nak tambah udang tak.. mmg berbaloi tambah huhuu.. ☺️

      Delete
  11. Menarik sungguh Cafe Nanas Montel ni. Saya peminat jus nanas. Agaknya kalau sampai sini mau berbotol-botol saya minum jus nanas... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat nanas boleh terjah ke sini menikmati segala macam produk berasaskan nanas hihi.. jus nanas mmg sedap ☺️👍🏻

      Delete
  12. Kenapa uncle terbayang chalet tu berbolek-golek macam roda? Idea uncle memang selalu nakal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.... Kalau tgk gmbr rasa mcm boleh bergolek golek je chalet tu hahahaa... Idea uncle selalu bernas tapi nakal .. gitu hahahaha 😂

      Delete
  13. cute betul nama cafe ni! nampak cozy redup jer area ni, ngam utk lepak2 santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul awal pagi dgn petang2 mmg nyaman jer huhu.. nak lepak santai minum air okla ☺️👍🏻

      Delete
  14. Adik saya baru cerita dia pegi hari Sabtu...menarik tempatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh okay... Itulah kita pergi pun sbb baca review kata menarik... Insyallah boleh repeat lgi kalau ke sana.. ☺️

      Delete
  15. ohh menariknya....saya yang tinggal berdekatan pun tak tau sangat pasal tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try pergi sekali tgk mcm mana.. menarik atau tidak 😅
      Kalau suka nanas sini lah tmptnya..

      Delete
  16. wah menarik tempat rekreasi selesa santai dgn famili

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak try dtg weekend.. katanya meriah kalau weekend di sini.. ☺️

      Delete
  17. 2 minggu lepas pun ktaorg pergi sini, pusing2 area maeps, pastu pekena nasi lemak & jus pineapple! 👍🏻😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah dah famous dah kaya mana nak ajak kitrg jenjalan dah hahaha... Tau tau dah pergi terjah 🤣🤣🤣

      Delete
    2. bukan tak nak ajak laa, ktaorg pergi dengan family 😂 ktaorg sentiasa ingat korang tau 🤣

      Delete
    3. Suruh ustaz anas reply trip November tu.. lambat2 selalu terlepas nanti hahaha 😅

      Delete
  18. nanti try ke Saudagar Nanas pula tak jauh dari sini, menarik juga menu-menu dari nanas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada saudagar nanas tak jauh dari sini.. okla nanti boleh panjangkan lagi perjalanan ke situ .. 😎

      Delete
  19. Pernah dengar tapi belum sampai, memang menarik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya first time dgr terus dtg sbb cari tmpt nak breakfast selesai urusan di HPUPM 😅

      Delete
  20. Dari hari tu nak pi...x tau la bila nak terjah...sibuk sekarang ni ngan big boss baru masuk...weekend kang ada banyak agenda lain plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalau nak pergi tu jgn merancang sgt hahaha... Terjah terus.. biasa kalau plan ni byk halangan hahahaha 😅

      Delete
  21. Oh berarti sama dengan Indonesia, ejaan yg betul di sini juga Nanas. Hanya saja orang2 banyak yg tulis nenas. 😅😄

    Saya mesti datang kesini agaknya. Memang sukaaa sangat dengan nanas. Di jadikan juice, atau bahkan jadi topping di pizza, nasi goreng, sedap juga kan.

    Baru2 ini juga dibuat kombucha pakai nanas. Itu sedaap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kan serumpun... Nanas tetap nanas tapi sebutan semuanya nenas gitu hahaa.. boleh la jika mahu dtg andai tiada tempat lain yg mahu dituju dan jika sudah berdekatan.. kambucha itu apa ya.. terus google hahahaha.. 😅

      Delete
  22. laaaaa napa kiter tak tahu. Coffee muo femes kopi 434 je. Ada kopi lain ke yang original muo. Nak pegi carik nak pergi carik. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idok ler teman tahu yg mana ori mana yg tidak hahaha.. dia tulis muar kita pun tulis la kat sini.. kan.. kan.. blh la gi cari.. try raso samo ke tidok . 😅

      Delete
  23. Haaa boleh masukkan dalam list kena pergi ni. Nampak santai, tenang dan jauh dari hiruk kota raya. InsyaAllah ada rezeki boleh jejak ke mari. Paling favorite nasi goreng nanas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la try pergi mmg tmpt nampak tenang dengan tasik dan pepohon.. nasi goreng nanas hahaha.. sila kan sila kan.. 😅

      Delete
  24. nmpk menarik nih., tp selama ni wak biasa gi kat saudagar nenas sg merab bangi tuuh., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak try juga lah ke Saudagar Nanas di bangi nampak dah beberapa org mention nama dia di sini.. ☺️👍🏻

      Delete
  25. Chalet macam cube dan kontena tu nama dia Nafas Cube. Anak pernah menginap kat sini dengan kawan-kawan. Tandas yang disediakan tu untuk yang menginap di cube tu. Ada cuba karipap Nanas tak?. Nak dijadikan cerita Nanas Montel ni nak buka berdekatan dengan Fakulti Pertanian Dania pulak. Berdekatan dengan Farm Fresh Ladang 16.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo okay Nafas Cube... Barulah ada info.. duk mencari info di sekeliling tak jumpa pulak.. ke saya yg tak jumpa 😅
      Oh tadi dah lalu mmg nampak poster nak buka cegn di area farm fresh tu..karipap Nanas blm cuba. Insyallah next time . ☺️

      Delete
  26. Nasi goreng nanas pasti sedap sebab ada rasa masam-masam manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la tak tau mcm mana rasanya.. kot rasa mcm siakap tiga rasa ke hahaha.. 😅

      Delete
  27. Menarik ada pineapple coffee... Unik..
    Nama kedai pon comel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pineapple coffee tu belum ada kekuatan utk dicuba lagi hihii . Insyallah next time.. ☺️

      Delete
  28. tertarik pula Sha nak mencuba kopi dan nanas tu.. Macam menarik.. Lawa betul cafe dia.. Suka sebab lengkap dengan kemudahan tandas dan surau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru repeat balik dua hari lepas tapi makan aiskrim dan popia nanas dia.. okla something new kan.. coffee tu blm dicuba lagi hihii..

      Delete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. Pernah baca tentang cafe nanas ni. Blum pernah sampai. Comei budak kecik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla santai santai sahaja cafe ni.. yg peminat nanas blh la hadirkan diri mencuba.. budak tu nampak je comey tpi hurmmm hahahaha . 😅

      Delete