Hari terakhir kami di Bishkek lebih kepada santai-santai sahaja dan hanya ke Osh Bazaar sahaja untuk makan tengah hari dan juga membeli bekalan untuk perjalanan yang jauh ke Tashkent malam nanti. Banyak meluangkan masa di apartment supaya the kids dapat rehat secukupnya. Dan dengan harapan tak la meragam dalam perjalanan bas malam nanti.
![]() |
Subuh terakhir kami di Bandar Bishkek pada hari kedua raya aidilfitri. |
Seawal pagi kami telah repacking bag backpack dan luggage serta mengemas rumah. Tak sanggup nak tinggalkan rumah kalau ada part yang kotor. Sebab owner terlalu baik pada kami. Masa sampai first day di Bishkek pun dia jugalah yang telah memesan dan membayarkan e-hailing Yandex kami untuk ke apartment beliau.
![]() |
Alhamdulillah selesai mengemas apartment sebelum check out. Owner baik dan banyak membantu, kita pun senang hati ikhlas nak menjaga. |
![]() |
Semua blanket kita lipat dan simpan semula dan kutip semua sampah. |
Dan apabila mengetahui bas kami bertolak jam 6.00 petang, owner telah mengizinkan untuk kami check out jam 5.00 petang. Sebab bus station hanya 15 minit atau 3 km perjalanan menaiki kereta. Owner kata kesian pada the kids akan kesejukan dan akan menunggu lama di bus station nanti kalau check out 12.00 tengah hari.
Dan pukul 11.30 pagi kami keluar menuju ke Osh Bazar tanpa membawa sebarang beg. Kalau ikutkan plan asal selepas check out pukul 12.00 tengah hari, angkut semua beg pergi lunch di Osh Bazaar dan kemudian terus menuju ke bus station sebab Osh Bazaar dah half way ke Western Bus Station (1.6km sahaja).
![]() |
Alhamdulillah sampai di Osh Bazaar. Kali ini masuk ikut entrance belakang. |
![]() |
Menanti tempat duduk yang kosong dah kelaparan nak makan tengah hari. |
![]() |
Beli ayam ayam goreng crispy, nugget dengan pai daging. Dah lebih seminggu di central asia ni tahu la kacca tu kaunter hihii :D |
Dan kali ini kami masuk ikut pintu entrance yang terletak di belakang bazaar. Dan di sini kelihatan banyak gerai peniaga kecil menjual makanan, roti, buah dan sayuran. Dan kami terus duduk di salah satu meja makan yang telah disediakan.
Dan ketika ingin membeli makanan di kaunter ada seorang pemuda telah membantu aku order makanan sebab cashier tu tak boleh langsung speaking English. Aku telah berbual dengan pemuda tersebut menggunakan bahasa arab walau bahasa arab aku dah ke laut sebab lama dan jarang sangat digunakan hahaa.
![]() |
Syukur dibantu pemuda Kyrgyzstan ketika membeli makanan. |
Pemuda Kyrgyzstan ini adalah salah seorang pelajar tajaan kerajaan Kuwait untuk belajar di salah satu university di Kuwait (no wonder lah fasih berbahasa arab). Selesai makan kami masuk ke main hall Osh Bazaar dan membeli apa yang patut sambil merayau di area yang tidak kami kunjungi sebelum ini. Antaranya section yang menjual susu dan cheese.
![]() |
Di bahagian belakang Osh Bazaar kelihatan lebih ramai orang dan barang lebih murah. |
![]() |
Sayur semua segar. Seronok membeli dan memasak di apartment selama tinggal di Bishkek. |
![]() |
Makcik ni menjual segala jenis cheese. ada yg murah ada yang tak sedap hahaha.. tak best :D |
![]() |
Kami membeli potongan kecil hampir setiap jenis cheese nak merasa huhuu. |
![]() |
Ada yang macam half way nak jadi cheese. Mana yang nampak elok kita cuba lah hihi :D |
![]() |
Di bahagian belakang Osh Bazaar ini lebih kepada kawasan B40 aku umpamakan. Berbanding di bahagian main entrance di hadapan. Walau di sini nampak keadaan para peniaga yang tidak tersusun dan agak tidak bersih dengan ramai yang menjual dengan hanya membawa bakul dan ada yang membentangkan kain.
Tapi bagi aku amatlah seronok sebab boleh join the local dalam membeli dan pastinya harga di sini lebih murah. Tak sama keadaan jika di Malaysia sebab kalau yang jual di luar tu mostly warga asing macam Pasar Borong Selayang tu. Tapi di sini yang berniaga tu semua orang tempatan. Umpama keadaan di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.
![]() |
Balik dari Osh Bazaar kami decide untuk berjalan kaki half way. Saja nak lihat kawasan sekeliling dan life masyarakat tempatan pada hari kedua raya. |
![]() |
Selesai di Osh Bazaar kami pulang ke apartment dan jam menunjukan pukul 2.30 petang. The kids sempat main air panas dalam bathtub lagi dan kemudian siapkan mereka dengan pakaian nak check out. Wife and the kids sempat lagi tertidur dengan nyenyak dalam sejam. Dan aku? Memang kena berjaga la kang tertinggalkan bas susah pula.
Tepat pukul 4.45 petang kami check out dan hanya perlu tinggalkan kad di dalam apartment. Booking Yandex yang pertama kena reject sebab terlalu ramai katanya. Dan kali kedua sambil tersenyum driver tu kata masuklah sebab tak jauh pun bus station. Kami sampai di bus station sebelum jam 5.15 dan terus menuju ke bas yang telah sedia menunggu.
![]() |
Perjalanan terakhir kami dari apartment ke Bishkek Western Bus Terminal. |
![]() |
Pemandu Yandex kami yang baik hati. Suka berborak walau english so so. Tapi tak kesah la kan.. asalkan faham dan dapat berkomunikasi sambil ketawa :D |
Sempat membeli dimsum di bus station sebab takut sangat the kids kelaparan. Ye lah perjalanan selama 12 jam atau lebih bergantung keadaan jalan dan trafik. Dan paling worse keadaan di border yang mungkin sekejap atau boleh jadi lama.
Bas akan melalui Kazakhstan untuk menuju ke Uzbekistan walaupun Kyrgyzstan dan Uzbekistan adalah jiran bersebelahan. Maknanya kami kena turun sebanyak 4 kali untuk cop passport. Dan keadaan yang paling mendebarkan adalah kami sekeluarga di tahan hampir sejam oleh pihak askar di border Kazakhstan selepas melepasi immigration Kyrgyzstan.
cheese itu tidak menarik perhatian saya sebab saya bukan peminat cheese... hehehe
ReplyDeleteItulah cheese 🧀 ada peminat mereka sendiri hihii.. tapi makan pizza🍕 takde cheese lain rasanya hihii.. 😜🤗😎👌🏻
DeleteApa maksud KACCA kat tempat gerai ayam tu
ReplyDeleteRasanya kaunter... Sebab semua tempat utk berurusan tertulis Kacca hihihii.. seperti di bas station tempoh hari.. 😅
Deleteseronoknya bila ada juga yg blh berbahasa arab & faham bahasa arab ygkita ckp wlupun dah lama jarang2 guna hehehe
ReplyDeleteItulah walau berbahasa arab tunggang terbalik bagai tapi okla dapat berkomunikasi dan faham each other kan hihii.. itulah sape suruh lama tak guna :P
DeleteOsh Bazaar best nya kalau dapat pergi. Cheese cheese, aduhhhh sedapnya.
ReplyDeleteItulah cheese yg masam yang pelik bau semua ada.. kalau peminat cheese tu mmg seronok la :D
DeleteSalah fokus dengan tumpukan keju yang dijajakan. Nampak nikmat dan banyak sekali jenis serta variasinya ya. Sepertinya keju sudah menjadi salah satu bagian atau budaya disana
ReplyDeleteKeju yang dibuat sendiri dan dijual sendiri .. rasanya lebih asli dari membeli cheese yg diproses oleh kilang. Ia keju mmg menjadi satu budaya harian di sana.
Deletewow deretan cheese tu menarik perhatian kak ana, selalu tonton tanaman dan chesse di sini dalam youtube
ReplyDeleteCheese bila kita pergi ke tmpt yg memang menjadi makanan biasa maka akan ada banyak jenis cheese dari kita yg ada beberapa cheese yg biasa pun tak kenal hihi..
DeleteCheese nampak macam belacan pulak..hehehehehe
ReplyDeleteBetul tu... kalau bagi setempek macam tu mesti tak reti nak makan hahahaha :D
DeleteTentu bahasa Arab Afif cuma ke tepian laut je, itu yang masih boleh berkomunikasi. Akak masa SPM ambik bahasa Arab, tapi status sekarang - ke laut dalam 🤣
ReplyDeleteAlhamdulillah baik hati sungguh owner rumah, siap boleh check out lewat tanpa tambahan bayaran. Moga Allah luaskan rezeki beliau.
Tak la.. bahasa arab saya mmh dah jauh ke tengah laut hahahaha :P
Deleteboleh berkomunikasi tapi aduh berpeluh gitu hahaha.. itulah syukur dpt owner rumah yg baik bagi check out pukul 5 ptg sbb bas pukul 6 ptg.. Amin semoga rezeki tuan rumah diluaskan :D
Uncle tak pernah rasa cheese yang macam tu... tapi yang kat ramly burger tu pernah la...
ReplyDeleteItu cheese keping mmg biasa dah... kita pun tak pernah tahu cheese betul atau cheese tiruan hahaha.. tak apa la janji burger ramli mmg sedap :D
DeleteBaiknya owner rumah tu! Rasanya dia ada soft spot dengan budak2 kot, tu yg okay je kalau check out lewat.
ReplyDeleteAlamak lamanya kena tahan dgn askar kazakh... kalau saya pun cuak ni
Itulah masa dtg lagi dah bagi tak ada 3 kids under 9 yrs old dan satu baby.. dia terus bagi diskaun dan bagi check out lewat pulak tu.. Part kena tahan askar tu insyallah next entry kita berkongsi pengalaman nya :D
Deleterezeki sgt2 tu dpt tuan rumah yg sgt baik! wahhh mencabar betul ya nak naik bas selama 12 jam tuuuu
ReplyDeleteBetul mencabar apatah lagi bawa the kids bersama mmg lagi sangat sangat mencabar sungguh huhuuu.. Alhamdulillah tak sangka owner terlalu baik hati :D
DeleteBagusnya owner tu, very considerate 👍🏻
ReplyDeleteSeronok tengok negara luar, mostly their own people yg manning stalls, running around businesses.. Kita ni semua nak sub dekat org luar 🫣
Kan ... kita kalau berusaha sendiri tak sub dekat warga asing sebenarnya ramai jer org boleh berniaga dan insyallah boleh berjaya.. tapi tu lah kalau tak sub susah nak berjaya sebab senang kena kacau hahahah :P
DeleteSeronok bila layan gambar kat sini rasa macam dapat pergi ke sana juga... tenang dan redup je keadaan kat sana...
ReplyDeletesuasana di sana tenang dengan cuaca sejuk dan bersih.. mmg seronok berjalan-jalan area dalam bandar bishkek ni.
DeleteMenarik juga Mas cerita di Osh Bazar ini. Mirip dengan pasar tradisional kalau disini, tapi disana lebih rapi.
ReplyDeleteSayuran yang dijual tampak segar-segar. Mungkin baru diambil dari ladangnya ya.
Sepertinya orang sana baik-baik dan ramah ya Mas. Seperti owner rumah dan pemandu yandex itu.
Salam,
Kebanyakan yang saya jumpa memang semuanya ramah dan baik.. suka membantu dan tidak lah berkira sangat.. owner rumah itu pun sangat baik.. Osh Bazaar itu seronok jika mahu membeli barangan utk di masak.. semua nya segar..
DeleteAlhamdulillah, baik nya tuan rumah.. Rezeki juga takde customer nak masuk segera...
ReplyDeletePenat nya dok dalam bas 12 jam.. Dekat Malaysia yang jam 5,6 jam pun jenuhh... Kikiki
Itulah rezeki sangat takde sape nak check in.. and owner pun bg check out lambat sampai pukul 5 ptg.. 12 jam waktu malam blh tahan lagi sbb layan tidur jer la.. kalau diang mmg mati akal dibuatnya.. 😅
Deletebesar betul capsicum tu...
ReplyDeletepuas makan sebulan hehehe
Idok la makan sampai sebulan.. letak byk2 dalam spaghetti 🍝 sedapp ooo.. hehehe 😅
Deletetengok muka je dah tahu tu budak pandai...
ReplyDeleteberbudi bahasa pula tu... dia pun faham bila tgk org luar terkial2 nak membeli...
Apa yg dia pakai tu adalah topi traditional merangkap mcm kita la songkok.. alhamdulillah baik budak nya.. moga murah rezeki dia..
DeleteKalau cheese ni suami dan saya kurang sikit tapi kalau anakanda memang peminat cheese. Kadang, imigresen ke...sesiapa la akan kesian / simpati / ingin menolong kalau kita travel dengan kids. Mereka akan bagi kelonggaran.
ReplyDeleteBudak budak zaman sekarang ni mmg kalau bab makan cheese depa la nombor satu... Di immigration mmg satu pengalaman yg berbeza di mana sahaja .. sentiasa berdoa bg dipermudahkan 🤲🏻🤲🏻
DeleteSetujuuu , walaupun tuan rumah tidak ramah sekalipun (misalnya)saya tetap selalu merapikan rumah/apartemen yg disewa saat checkout. Biar bagaimanapun saat traveling kita membawa nama negara juga. Ga ingin mereka akan berpikir jelek terhadap negara kita nantinya.
ReplyDeleteOh bazaar ini memang menarik lah. Kalo nanti saya kesana, nak juga cari penginapan dekat bazaar ini. Jadi mudah nak membeli dan lihat2. Kadang window shopping begini pun dah buat happy
Keju saya pun sukaaaa sangat. Walaupun ga semua rasa sedap. Pernah saya dapat keju yg sedap, tapiii bau dia macam bau kentut 🤣🤣🤣. Sampai2 saat ambil keju itu, awalnya tak sadar dia berbau. Lalu sesama teman yg juga mencium bau tak sedap, saling tuduh2an, who's farting nih 🤣. Ternyata bau kejuuu. Tapiii sedaap hahahahah
Haruskan kita memperbudayakan adat kita bila ke rumah org.. pastikan membersihkan semua dan merapikan kembali.. iyalah kitakan membawa nama negara jadi harus dijaga.. buruk cara kita buruk nama negara kita.. 😅
DeleteKeju proses bau tak macam keju yg dibuat secara alami.. kdg2 rupa nya pelik bangat.. apatah lagi bau nya.. Tapi rasanya sedap luar biasa gitu hihii.. Di Osh Bazaar mmg seronok jalan jalan walau tak beli apa2.. suasana org tempatan berniaga dalam kedinginan 😊
DeleteSeronok juga dapat jalan-jalan dan explore pasar mereka kan. Baguslah semuanya penjual rakyat tempatan. Kalau orang asing rasa macam di tempat lain lah pulak kan. Setuju sangat, kalau tempat bersih walau tak maju kita pun rasa happy nak jalan-jalan. Yang penting selamat.
ReplyDeleteBila lihat org tempatan berniaga dikesemua stall dan meja barulah terasa mendalamai suasana tempatan kan.. warga asing meniaga siap berlagak lagi payah jadi nya.. apa pun mmg selamat berjalan 😊
DeleteBab cheese suami SA dan anak dara suka...sebab tu diorang bagai dipam-pam sekarang ni...hahahah...bagus betul bila penjualnya rakyat tempatan ye..tuan rumah x ramah? memang budaya diorang kot?
ReplyDeleteOrg kalau dah suka makan keju, habis semua makanan dia nak letak keju smpai ke nasi Goreng tabur keju pun ada org jual hahahaa.. alhamdulillah tuan rumah ramah.. syukur sgt.. 🤗
DeleteSedapnya menyantap makanan di udara terbuka
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap dalam kedinginan makan juadah yg panas.. 😊
DeleteSeronok pergi tengok bazar penduduk tempatan. Susah juga kalau tak boleh cakap English ye, lagi-lagi nak beli makanan. Nasib baik ada orang membantu.
ReplyDeleteBila travel ke sesebuah negara pastilah nak melihat suasana org tempatan.. apa brg prgi pasar borong nampak penuh bangla la.. 😅
Delete