Pages

Tuesday, 1 July 2025

Uzbekistan Part 4 : Kena Scam Di Hostel Na Bobura - Bertukar Ke Sulton Hostel

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai makan di Anjir Restaurant kami menaiki Yandex ke Hostel Na Bobura iaitu accommodation yang telah kami book seawal dua bulan yang lalu. Terletak hanya 2.2km dari Anjir Restaurant dan hanya 8 minit perjalanan dengan Yandex.

Selesai membawa turun semua beg, luggage dan stroller afnan dari kereta. Kami kemudian menaiki beberapa anak tangga untuk masuk ke reception namun kelihatan tiada sesiapa di kaunter. Setelah bell dibunyikan selang seminit dua datanglah seorang wanita dan seorang lelaki muda. Dalam keadaan terpinga-pinga, aku pun macam "Anything wrong?"

Sampai di Na Bobura Hostel. Tak jauh dari Kedutaan Malaysia di Tashkent. 
Menunggu di hadapan reception ketika baru sahaja turun dari Yandex.
Setelah menunjukan bukti booking dari Agoda.com yang telah dibuat. Mereka berdua seperti agak gelisah dan tiba-tiba lelaki tu berkata "There is something wrong with the pipe and there is leaking in the room and need to be close from customer". Aku pun macam eh..!! kata bukan tadi pagi bagitau bilik kosong dan ready to move in ke?

Siap minta USD30.00 if nak check in awal bagai. Aku dah macam nak naik angin sebab masa ni memang fikir nak mandi, rehat dan tidur jer. Lagi-lagi kesiankan the kids yang lebih penat. Semua kepenatan duduk dalam bas 12 jam dari Bishkek.

Inilah pemuda yang menipu kami. Tiba-tiba bagitahu bilik tak available sebab leaking.
Aku cakap nak tengok bilik tu. Sebab if small leaking aku tak kesah pun tapi mereka tak kasi. Dan macam biasa aku sure mereka dah bagi bilik tu pada customer lain sebab kami sampai pun dah jam 2.30 petang. Padahal aku dah booking awal guna Agoda. Dan masa ni aku cakap "is not my fault and i don't care, i just need my room in what ever reason".

Kami dibawa ke Sulton Hostel yang terletak 1.5 km dari Na Bobura.
Dan aku tak tahu macam mana pada akhirnya pemuda itu mengajak kami sekeluarga menaiki Yandex dan pergi ke sebuah lagi accommodation yang tidak begitu jauh dalam 1.5 km. Dan kami sampai di Sulton Hostel. Dan kami diberi bilik yang paling atas yang mempunyai 4 katil single with bathroom. Tiada lift hanya tangga yang semakin tinggi semakin kecil. 

Reception di Sulton Hostel. First thought macam betul ke nak stay sini.
Fridge, kettle dan dapur untuk memasak juga disediakan.
Tempat makan selepas memasak. Kami lepas masak makan dalam bilik.
Dan pemuda tu tanya macam mana? Terus aku tanya wife yang dah masam muka tak puas hati dengan pemuda ini. "Nak cancel boleh dan nak cari lain pun boleh but kesian the kids yang dah kepenatan. If kita travel berdua memang dah cari yang lain". Allah nak uji kita ni selepas dapat dua owner yang sangat baik sebelum ini.

Wife aku pun redha akhirnya kami bersetuju untuk di Sulton Hostel sebab memikirkan the kids yang dan exhausted. Kitchen disediakan di tingkat bawah bersebelahan reception. Kettle, fridge dan air minum tong terbalik juga disediakan.

Makin tinggi tingkat makin kecil dan curam tangga. Dah macam merangkak naik hahaha :P
Tingkat paling atas agak tidak friendly anak kecil. Takut sangat terjatuh tangga yang curam.
Keadaan bilik kami pada hari hari akhir. Hari pertama takde mood nak amik gambar :D
Aircond tu tak guna langsung sebab tingkap tu kalau buka terus jadi aircond.
Maka setiap kali nak buat susu anak dan buat makanan macam mi segera, mushroom soup, nak bancuh 3 in 1 and so on aku kene turun dari tingkat 3 sampai ke bawah. Hari pertama sahaja kami bad mood but than kami dah boleh accept kekurangan accommodation di sini. Dan masalah utama sekarang ini adalah nak basuh baju.

Nasib la baju semua dah basuh ketika di Bishkek. Sehinggalah hari kedua kami di sini aku saja tanya dengan reception if ada mesin basuh baju untuk kami gunakan dan unexpected dia jawap ada dekat belakang dalam stor. Boleh guna tapi jangan obvious sangat sampai customer lain nampak. Dia kata dia faham aku bawa anak-anak sebab tu dia bagi guna.

Inilah pemuda yang menjaga di reception Sulton Hostel. Baik orangnya.
Dan akhirnya pemuda di reception Sulton Hostel ini menjadi rapat dengan aku walau English dia tidaklah begitu baik. At last dia bagitau if Na Bobura tu penuh memang mereka akan hantar ke sini dan dia tak terlibat apa pun. Aku pun kata aku tak kesah sangat sebab dah jadi. Dalam travel ni memang kena jangka benda-benda macam ni akan atau boleh berlaku.

Di waktu pagi ada orang tolak meja beroda ini menjual roti.
Pemandangan waktu malam di hadapan Sulton Hostel.
Dalam 400 meter dari Sulton Hostel ini terdapat sebuah masjid yang sangat besar dan cantik iaitu Rakaat Masjid dapatlah beberapa kali hadir bersolat di sini. Kedai runcit, farmasi, pasaraya dan cafe juga dalam 100 meter dari hostel ini. Sebab aku nampak hostel ini terletak tak jauh dari kawasan perumah. Dan paling best waktu pagi ada orang jual roti tepi jalan.

Nanti aku cari lagi gambar-gambar dipersekitaran Sulton Hostel ini yang memang mesra kepada pelanggan. Setiap hari pasti akan terjumpa benda baru macam last day kami di sini baru tahu dua bangunan bersebelahan hostel adalah kedai roti dan ada sebuah cafe yang menarik di belakang hostel. Will update again soon.

Bersambung Uzbekistan Part 5 : (Under Construction)

42 comments:

  1. Allahuakbar, kalau saya ni telinga & muka dah rasa berapi-rapi ๐Ÿ˜Œ tingkat 4 pulak tu, kesian dekat anak-anak kecik....nampak tenang jer bandar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau tak kenang si anak anak yg tengah kepenatan tu mmg nak meletup tp tu la kena bersabar.. tangga pun asal boleh curam sgt hari pertama mmg merangkak naik huhuu..

      Delete
  2. Alaaaa... paling kesianlah kat anak-anak. Sudahlah penat 12 jam perjalanan dari Bhiskek. Sabar sajalah... benda nak jadi ni bukan dalam kawalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kesian kat budak-budak tapi masa penat jer.. other time suka diorang main tangga turun naik hahaha.. itulah benda nak jadi kan bila travel DIY ni kne byk bersabar..

      Delete
  3. memang scary sgt bila kena scam gini, syukur dpt jugak bilik wpun kecik, tangga plak tinggi...pengalaman bila travel abroad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nama pun dah destinasi terakhir..redha jer la.. apa nak buat.. bak kata org just enjoy the moment.. syukur ada jugak tempat nk tinggal.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  4. Tingkat 4 ea...banyak kan bersabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabar jalan penyelesaian.. risau anak2 takut jatuh kat tangga curam tu jer ๐Ÿ˜…

      Delete
  5. Tukar2 hotel ni memang tak menyenangkan. Tingkat 4 tu, aduii. Apa pun Alhamdulillah ada hotel lain, daripada tak ada langsung kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasal pasal kena tukar hotel kan.. kalau tak bawa memang dah cari hotel lain dah.. tapi sbb kesian pd anak yg kepenatan kita layan redha jer la huhu..

      Delete
  6. Ujian semasa travelling.
    Tertarik sungguh dengan roti tu. Cantik kejadiannya. Sejenis roti keras ke, roti lembut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti lembut sangat... luar dia tak la kerasa mana pun .. biasa jer.. the kids ratah kosong sepanjang masa kami di sana :D

      Delete
  7. Kesian anak-anak kena tunggu lama dah penat. Scammer pun tak agak-agak nak scam orang. Biar dapat pembalasan dia baru dia insaf. Barulah dia sedar diri tak scam orang. Tingkat 4 dengan anak kecil mencabar juga nak turun naik siapkan makanan dan susu semua. Mujurlah masih ada orang baik yang membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once kita dah booking and kita dah keep update dgn dia yg kita akan dtg sekian sekian waktu.. boleh pula bgi bilik tu pada org lain.. mmg mencabar nak turun naik tangga kecil dan curam tu
      . Lagi2 tgh malam nak buat susu anak..

      Delete
  8. Haih boleh pulak depa scam ek. Dah la nak hadap perjalanan jauh. Jadi tak best pulak bila jadi macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kalau tak bawa anak .. tak ada la kesah sangat.. tpi bila dah bawa anak bersama hadap jer la.. mmg tak best la.. but syukur Allah balas dgn yg lain.. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  9. Mujurlah dah biasa travel and ready for unexpected things to happen, at least lebih terbuka dan bersediakan. Cuma kesian pada the kids la kan...
    Deposit ke apa ke dapat refund tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm utk accommodation di tashkent mmg kena bayar on arrival.. Dia mmg tak bagi kita buat bayaran terlebih dahulu.. kita just buat booking sahaja dulu with confirmation dri Agoda .. mmg leps tu report panjang dgn Agoda la.. huhuu

      Delete
  10. Mungkin ada hikmahnya tinggal di Hotel baru ni tapi bayaran untuk Hotel sebelum ni macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap betul ada hikmah.. masjid yg cantik besar dekat sahaja.. byk kedai makan..pasaraya dan kedai runcit.. syukur Alhamdulillah.. tmpt penginapan kurang tpi environment terbaik..

      Delete
  11. Salam kunjungan..bertuah dapat lihat dunia..Syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam diterima... Terima kasih sudi dtg lgi hihii.. alhamdulillah kita berkongsi pengalaman di sini.. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  12. Kalau travel berdua, tiada masalah pergi cari hostel lain. Tapi kalau ada anak sudah, semua kita kena utamakan mereka dahulu. Sama lah keadaan kita sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sebab somehow kita tahu dalam few hundred meters mesti ada banyak accommodation yg lain.. but ada kids kan 4 org pulak tu.. terpaksa terima sahajalah..

      Delete
  13. Wonderful photos. Thank you so much for sharing your journey ๐Ÿ˜Š ❤️ Warm greetings from Montreal, Canada ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฆ

    ReplyDelete
    Replies
    1. And thank you so much for coming here.. warm greeting from Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ too.. Please feel free to follow my blog ๐Ÿค—

      Delete
  14. makaihhhh.. tingkat 4 naik turun tangga.. mujur semua muda belia lagi.. kalau akak dah lerai lutut ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Kalau guna agoda.com tu dah bayar dulu kan.. pun boleh diorang bagi kat orang lain ya walaupun tau TT dah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah mengenangkan anak-anak nak check in cepat nak berehat.. walau tangga dia tak tinggi tapi curam dan kecik jer anak tangga nya.. oh utk yg ini dia minta byar on arrival.. tu yg berani kot nak buat org mcm tu.. ๐Ÿ˜ฎ‍๐Ÿ’จ

      Delete
  15. Kalau akak pun, jadi bad mood bila dapat bilik yang tak memuaskan. Tapi itulah asam garam travel, bukan semua lancar seperti dirancang. Kena ambik masa sikit untuk kita terima situasi.

    Kiranya, naik Yandex ke Sulton Hotel ni yan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bad mood la kan bila kita kena mcm ni.. dah sampai mmg nak check in dah nampak katil jer dlm fikiran.. tiba2 kema tukar pulak.. mmg suspect dia bg bilik tu pd org lain ..

      Delete
  16. Eh..belum habis taip, dah tertekan publish pulak ๐Ÿ˜‚
    Sambung..

    Naik Yandex ke Sulton Hotel ni pihak hotel Na Bobura lah yang bayar ya?
    Bayaran hotel pulak macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu kdg2 tertekan sebelum habis taip.. naik Yandex tu org reception tu yg order dan bayar.. kami ikut jer.. Bayaran hotel byr di reception Sulton mamat dari Na Bobura tu pun ada sekali..

      Delete
  17. Kemain betul dia nak cas sampai USD30, alih2 dia yg scam kita. Dapat bilik tingkat 4 pulak tu.

    Boleh pulak ye dia bagi bilik tu lat orang lain walaupun kita dah book dulu? Kasi bad review je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita suspect dia dah bagi pada org lain la.. sbb masa smpai pagi subuh di Tashkent dah tanya dia "room ready to move in". Sekali bila dtg petang kata ada leaking la.. nk tgk dia tak bagi. Fefaham je la kan.. ๐Ÿ˜ฎ‍๐Ÿ’จ

      Delete
  18. wah disana ternyata banyak tukang menipu, saya pernha ke Baku Ajerbijen, itu seberapa jauh ke Ubzektan ya kira kira? Satu lagi, itu dominasi warna apa ada keterkaitan dengan warna budaya merka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak .. hanya ketika mau check in hotel ini sahaja.. Baku Azerbaijan jauh bangat dari Tashkent Uzbekistan.. akan tetapi ada direct flight di antara dua tempat ini. Warna apa itu saya ngak tahu. :D

      Delete
  19. allahuakbarrrr kesiannya the kids 12 jam dah dduk dlm perjalanan Bishkek :( tu lah mujurlah kenangkan kesian anak-anak je kan, kalo tidak mmg nak begaduh je hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni kalau bab nak kena tipu mmg boleh tahan nak mengamuk tapi mengenang anak kecil semua dah penat.. kita redha jer insyallah nanti ada la yg lain diganti Allah kan.. :D

      Delete
  20. Kalau SA dah hangin dah tu satu badan...kesian kat anak kecik je la kan..dah penat dan perlu rehat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kita dah la tengah penat keletihan naik bas sampai 12 jam bagai.. tiba2 kena gini mau tak ngamuk huhu.. tapi bersabar jer la demi anak-anak kan.. itula fikir kat tmpt org pun iyer juga huhuhuu..

      Delete
  21. seram kalau kes mcm ni terjadi. kalau semua org dewasa ok lg, bole je belasah owner hotel tuh sebelum cari hotel lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah banyak benda nak kena consider dulu kan .. dgn anak2 kecil lagi.. kita redha jer lah.. ๐Ÿ˜Š

      Delete