Pages

Monday, 27 October 2025

Kazakhstan Part 12 : Central Asia Final Day - Jalan-Jalan Di Sekitar Bandar Almaty (Final)

Assalamaualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Seawal pagi kami bangun, mandi dan bersiap-siap nak keluar berjalan untuk explore Bandar Almaty buat kali terakhir. Malam tadi terus tidur selepas check in hampir pukul 3.00 pagi. Memang dah tak larat nak mandi and the kids semua dah macam pokok tak disiram air. Ditambah pula dengan kesejukan yang teramat dengan suhu 5 degree malam tadi.

Makan burger di Salam Bro memang padu rasa daging dia. Kalah Buger King.
Disebabkan kami dah tahu banyak benda pasal Bandar Almaty ini masa mula-mula sampai di Central Asia dua minggu lepas maka kami dah tahu mana nak dituju dan mana nak makan atau apa yang kami nak makan. Wife kata nak repeat makan di Cafe Akchau Hah sebab masa berpuasa di bulan Ramadhan tempoh hari, hanya boleh terjah di malam hari sahaja.

Cafe ini terletak di simpang empat besar, tak jauh dari Ascension Cathedral.
Layan Coffee dan Hot Chocolate dengan pastry di Cafe Akchau Hah.
Nama cafe tu aku assume jer sebab tertulis di beberapa bahagian dalam cafe.
Selepas semua dah siap kami berjalan ke airport semula dan menukar duit. Kemudian order Yandex untuk ke bandar dan terus ke G Arbat Shopping Street. Satu sebab nak makan Burger di Restaurant Salam Bro dan nak terjah Pasar Pagi Ahad atau Traditional Market (Boleh Baca di SINI). Sempatlah beli tambahan koleksi Fridge Magnet sedia ada.

Selesai makan di Salam Bro dan Cafe Akchau Hah yang dihajati, kami menaiki Yandex ke Green Bazaar sebab nak beli Salami atau daging kering dan mencari makanan traditional Kazakhstan. Sebenarnya boleh jer jalan kaki macam tempoh hari tapi disebabkan hari ini kejar masa so kita naik Yandex jer. Ye la kami kena check out pukul 3.00 petang nanti.

Morning Sunday Market - From souvenir to traditional cloth ada dijual di sini.
Antara banyak item yang the kids cukai dari kami husband and wife hahaha :D
Cantik patch untuk diletakkan pada pakaian the kids. Nak jadikan FM pun boleh.
Memang hari ni kerja kami nak makan jer hahahaa. Sebab tahu makanan di sini kebanyakan sedap-sedap. Dah la ada berpuluh-puluh cafe yang boleh diterjah dan mostly cafe ada pastry mereka sendiri. Menarik untuk dicuba, cuma cafe yang serve alcohol tu kalau boleh elakkanlah. Sebab ada juga 10-15% orang di Almaty ini bukan beragama islam.

Masa nak ke Green Bazaar kami tersalah pin location, memang buat hal betul, dah la kami mengejar masa. Lepas berbahasa dengan suara dan isyarat pakai tangan, akhirnya driver Yandex setuju bawa kami ke Green Bazaar yang betul. 

Driver Yandex yang baik dan handsome bantu kami ke Green Bazaar yang betul.
Sampai juga kami di Green Bazaar setelah tersalah pin location dalam Yandex apps.
Matlamat kami hanya mencari salami, membeli buah dan nak makan makanan traditional sahaja. Dapat la beli lebih 5 kilo salami pelbagai jenis flavour antaranya Black Pepper, Cheese, Bbq and Garlic, ada juga amik yang plain sahaja. Yang murah aku beli yang mahal pun dibeli, bak kata orang nak buat raso raso. Dan syukur semua yang dibeli ada tanda Halal.

Aku beli salami ayam sikit dan salami daging yang paling banyak dibeli. Itu pun wife dah cubit peha kata cukuplah kenapa nak beli banyak-banyak dan bukan tahu lepas ke tidak kastam sebab daging. Sambil aku hanya membalas dengan senyuman "Tak cuba tak tahu kan.. Kalau lepas alhamdulillah kalau tidak, istiqfar jer la" hahaha.

Strawberry di sini tak main-main yer. Wajib dibawa balik ke Malaysia.
Cili ni pun beli bawa balik ke Malaysia sebab tak pedas dan rasa dia sedap :D
Selesai beli Salami dan beberapa jenis buah, kami terus mencari restoran yang menjual makanan traditonal Kazakhstan. Lepas tanya dengan beberapa orang tempatan akhirnya kami diberitahu ada satu restoran yang sedap dan murah. Yang kebiasaannya hanya pekerja-pekerja di Green Bazaar sahaja yang datang makan di situ.

Agak tersorok sedikit restoran ini di bahagian bawah dan tak jauh dari section tempat orang menjual ikan dan sayuran. Nama restoran tak tahu sebab ditulis dalam bahasa Kazakhs, kalau korang nak cari kena bergantung pada gambar dalam entry ini sahaja la. Jangan disangka ia adalah warung simple dan tak bersih ya. Sangat selesa dan bersih tau..!!

Inilah restaurant yang menjual makanan traditional yang kami makan di Green Bazaar.
And yes harga memang tak mahal dan sangat tersangat murah bagi aku walau kami dah makan bermacam-macam makanan macam Mee Tarik with Mushroom and Beef, Daging Kebab with Bread, Sup Dimsum, Nasi Palov dan Traditional Tea in Pot. Tapi bill kami tak sampai RM50.00 untuk seisi keluarga yang makan dengan kenyang. Syukur Alhamdulillah.

Antara  yang kami pilih dimsum. Sup dia memang penuh rasa rempah dan tak pedas.
Sebab kalau di Kedai Chiness Muslim di Malaysia rasa sup dia macam plain sangat.
Kami order main tunjuk gambar jer dan yang ini mee tarik with mushroom and beef.
Teh yang nampak simple dan rasa sangat ringan tapi sedap macam ada banyak ramuan dia.
Sambil makan kami berborak dengan owner restaurant yang juga 3 beradik wanita dari kefahaman aku la sebab dia boleh berbahasa english sedikit. Diorang macam berminat la sebab ada tourist datang makan di restoran mereka dan kami pulak muslim macam mereka dan suka tengok kami dengan 4 orang anak yang mana jarang orang di sini ada anak ramai.

Oh ya di sini tak jual alcohol ya memang selesa sangat. Selesai makan dan bayar di kaunter kami berjalan keluar ke jalan utama di hadapan Green Bazaar dan terus order Yandex untuk pulang ke airport. Teramat kenyang sebab memang makan jer hari ini. Dan sampai di hotel terus kami mandi, bersiap dan repacking beg sebab nak check in luggage nanti.

At last setelah selesai final explore di Bandar Almaty kami menuju pulang ke airport.
Boleh lihat keadaan di sekeliling Bandar Almaty adalah gununn ganang dan bersalji.
Kami check out hampir lewat 30 minit, namun tiada sebarang bayaran dikenakan. Dan kami rehat di lobi hotel membuang masa sebab ada lagi 5 jam nak flight dan Almaty International Airport ni kecil jer tak perlu nak rushing dan insyallah tak ada la kes kena marathon ke apa ke hihii. Pukul 5.00 petang baru kami bergerak santai berjalan ke airport.

Senyum kelegaan setelah berjaya menamatkan trip DIY Backpackers bersama the kids.
Check in berjalan lancar dan 3 beg kami hantar dalam perut kapal terbang.
Alhamdulillah urusan check in tiada masalah sebab kami dapat tiket promo Airasia with 20kg per person dan in total boleh bawa 100kg. Tu yang tadi beli macam-macam untuk bawa balik Malaysia dan juga sebab nak habiskan semua cash yang ada. Salami dengan beberapa jenis buah check in dalam luggage (kecuali strawberry) harap lepas la kat Malaysia nanti.

Kembali ke pangkuan Airasia setelah hampir dua minggu berkelana di central asia.
Kami selamat tiba di Kuala Lumpur selepas mengharungi pengalaman yang cukup mendebarkan dan menyeramkan apabila berlaku turbulence lebih 7 kali dan setiap kali ia terjadi dengan agak lama. Selawat, fatihah dan ayat kursi memang tak lekang di mulut. Penerbangan paling menakut dalam sepanjang pengalaman travel aku adalah Airasia KUL-Almaty-KUL.

Untuk trip kali ini kami dapat kumpul 12 stamp dalam setiap passport. ☺️🤲🏻
Semua beg kami lepas di kastam tanpa masalah dan segala yang dibeli selamat berlabuh di rumah. The kids keesokan hari terus tanya bila nak pergi Kazakhstan lagi hahaha.. Trip yang memenatkan tapi pada yang sama menyeronokan with the kids. Total all in kami habis RM11,500.00 - flight ticket, hotel, transport, makan dan belanja for almost 14 hari berkelana.

Thank you pada semua yang dah baca all the journey written in this blog and especially those yang bagi comment sekali. Sorry final entry ni panjang sikit sebab nak habiskan cerita Central Asia yang telah ditulis dari Januari 2025 lagi. Lama betul nak siapkan semua entry ini. Apa pun syukur dah boleh tutup and again thank you semua. THE END.

16 comments:

  1. Menarik la, lagi2 total cost tu agak murah utk 4 org 😃 yg penting makan sedap & senang cari makanan halal. Ok boleh masuk bucket list ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uppsss bukan untuk 4 orang tapi untuk 6 orang hihi.. alhamdulillah manage la nak bawa the kids jenjalan sama ke tmpt yg blm pernah pegi lagi.. makanan halal banyak mmg nudah sangat .. ☺️👍🏻

      Delete
  2. Alhamdulillah tumpang lega Akk dengar salami, strawberry & chilis semua tu lepas kastam. Bolehlah sambung makan di rumah hehe..
    Nanti diorg besar sikit boleh repeat, jejak semula tempat² yg pernah dikunjungi mesti best 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun masa di kastam KLIA cuak juga... Tapi syukur alhamdulillah lepas dan selamat sampai ke rumah.. Mmg lepas tu buat mee segera pun letak salami hahaha.. inshallah tunggu diorang besar sponsor mak ayah pula ke sana.. 😅☺️🤲🏻

      Delete
  3. untung dapat cop pasport sekali...senang nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah keluar masuk 3 negara dapatlah kumpul banyak cop immigration.. :D

      Delete
  4. teringinnya nak melawat negara TAN ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dipermudahkan urusan utk ke sana..
      Airasia buat promo saya dpt harga tiket flight bawa RM1k seorang..

      Delete
  5. Jadi semakin ingin menjelajah negara ini. Menarik sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara yang sangat menarik utk di explore oleh para traveller. Musim, culture, food and people .. everything is interesting.. ☺️👍🏻

      Delete
  6. geramnya tengok strawberry dengan cili tu gemuk2..seronok baca pengalaman jalan2 ke tempat yang pernah pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yg tulis entry ni pun terliur bila mengenangkan kembali kesedapan strawberry di sana huhuu.. insyallah akan terus menulis ☺️👍🏻

      Delete
  7. Lawanya pemandangan gunung ganang bersalji.
    Masya-Allah, gemuknya, strawberries...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strawberry di sana sangat menggodakan hahaha.. View keliling Almaty mmg dilindungi oleh gunung ganang.. bila ada nya salji walau sblm winter maka suhu pun jatuh mendadak

      Delete
  8. Driver tu memang hensem... tapi pemilik blog lagi hensem....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh... Bila uncle free nak lanje coffee hahahaha.. 😅

      Delete