Isnin sampai Khamis seperti biasa. Pergi kerja balik kerja. Hantar dan amik anak balik sekolah.
Khamis malam terasa senak di perut. Macam terasa sedikit sakit di sebelah kanan bawah perut.
Hari Jumaat masih lagi bekerja seperti biasa walau terasa sakit dan semalam Sabtu dah mula melepet.
Dan hari ini menyerah juga diri ke klinik. Sebab sakit perut dan tak dapat membuang dengan baik selama 4 hari.
Doktor kata "Sembelit" ni. First time dalam hidup kena sembelit. Dapat ubat cecair dan pil.
![]() |
Lepas makan rupanya lagi bertambah sakit perut dan dah mula cirit. Namun syukur tak demam kata doktor.
Minggu lepas demam teruk, minggu ni sembelit pulak. Allahu.. ujian sungguh, namun syukur tak kena semasa travel tempoh hari. Balik travel minggu lepas terus demam teruk. Makanya weekend kali ini sekadar melepet di rumah.
![]() |
Duduk rumah tak kemasa sambil layan chocolate dari Swiss tempoh hari. Dengan minum teh dari Turkiye yang dibawa pulang dari Wish More Hotel Istanbul semasa transit.
Chocolate 🍫 brand Kagi ni antara brand chocolate dari Swiss yang boleh kita makan but if korang ada info tambahan mengenai brand ini atau brand lain boleh comment di bawah yer.
![]() |
Berdebar tempoh hari mengikuti pergerakan kapal-kapal Global Sumud Flotilla. Segala perasaan ada sedih bila bantuan tak dapat disampaikan ke penduduk Gaza. Geram dan marah bila tentera israhell rampas kapal dan culik semua peserta.
Alhamdulillah dengar khabar semua peserta dari Malaysia berjaya dibebaskan dan dalam proses dibawa pulang. Memang respect pada semua yang berani. Misi mungkin gagal di mata israhell tapi berjaya di mata dunia. #FreePalestine
shafakallah. moga perjlanan pulang peserta2 GSF msia berjln lancar..aamiin
ReplyDeleteBetul, GSF ni telah membuka mata dunia. Semoga telah berkurang sakitnya dan kembali normal ya.
ReplyDeleteMesti rasa tak selesa betul kalau sembelit. Semoga dah okay sekarang ni.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh ya dari sembelit. Kadang kala makan buah pisang dan betrik akan lawas..rasanya..semoga ustaz usus sihat ya,..minum banyak air juga
ReplyDeleteSpeedy recovery ya... teringat masa kena sembelit masa pregnant dulu² memang sakit dan tak selesa sangat
ReplyDeletemujur jugak tak sakit2 masa tengah travel haritu. kalau tak, tak dapat kemana-mana.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh encik
Syukur sangat kan, tak kena masa travel.
ReplyDeleteSetahu akak, kalau sembelit kena elak makan coklat.
Pernah kena sembelit teruk masa zaman sekolah, doktor cadangkan makan prune kering tu banyak-banyak. Alhamdulillah memang berkesan.
Semoga sudah sihat. Alamak, dia tayang coklat. 😋
ReplyDeleteSemoga sudah sehat lagi ya kak.Bisa melanjutkan segala aktivitasnya kembali. cokelat dan teh nya pasti enak dinikmati..
ReplyDeleteMoga sudah sihat sepenuhnya. Chocolate tuuuuu.....
ReplyDeleteMungkin kurang minum air.
ReplyDeleteLega dah ya bila kembali sihat.
moga beroleh kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya. amiin.. teringat sahabat saya masa misi korban di Sri lanka suatu ketika dulu.. kena cirit-birit .. bayangkan ..
ReplyDeleteBab sembelit ni memang paling x suka..x selesa dan rasa x puas nak membuang kan...x suka makan ubat lembutkan najis tu....weird rasa dan bau dia
ReplyDelete