Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Weekend baru ini kena jaga the kids di rumah sebab ibunya ada kursus jumaat sampai ahad di Rembau, Negeri Sembilan. Hari Sabtu melepet di rumah sebab si kakak pun macam tak berapa sihat. Maka hari Ahad kita bawalah the kids jalan-jalan.
Pagi-pagi lagi kami menuju ke AU5 Ulu Klang untuk bersarapan. Dengar dari kawan ofis kat sini di sini ada pelbagai menu sarapan dan yang menjual juga semua orang tempatan dan bukan warga asing. Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang sehingga nasi berlauk pun ada dijual di sini. Kuih muih dan juga roti bom juga ada.
 |
| Di Akah Roti Canai ni kami beli roti bom untuk Athira. |
 |
| Suasana orang meniaga sarapan dan ruangan tempat duduk |
Di sini kita boleh duduk di mana sahaja dan boleh order makanan dari setiap peniaga yang menjual berlainan makanan. Tak seperti keadaan di sesetengah tempat yang mana kalau kita duduk di meja yang disediakan oleh peniaga A, kita hanya boleh order makanan dari peniaga A sahaja. Faham kan? Tapi di sini alhamdulillah ok jer nak order makanan apa pun.
 |
| Tempat agak terhad dan kami bernasib baik tak perlu beratur. |
 |
| Kakak pilih Bubur Ayam dan Affan Nasi Lemak |
 |
| Athira pilih Roti Boom RM2.00 sekeping. |
 |
| Ayah pilih Nasi Dagang. Ok not bad sedap dan boleh repeat. |
 |
| Try satu lepat pisang dia alhamdulillah sedap. |
Selepas makan kami ke seberang jalan untuk berjalan-jalan di pasar karat. Tak ada plan nak beli apa just lebih kepada nak tengok tengok sahaja. Dan bawa the kids cuci mata, mana la tau kalau ada yang the kids berkenan boleh la consider.
Segala jenis barangan lama seperti pinggan mangkuk, periuk, majalah, pakaian, kasut, kamera lama termasuk permainan kanak-kanak dan kereta Hotwheels ada dijual. Carpet lama pun ada yang menjual.
Rasanya bagus juga kalau nak cari sesuatu barang pasti boleh jumpa di sini. Cuma next time kena datang awal sikit sebab tak ramai peniaga stay sampai tengah hari. Dan kawasan pulak open memang panas huhuu.
 |
| Kelihatan seorang Pakcik berjaya membeli luggage di sini. |
 |
| Suka pulak dengan van orang yang meniaga tu. |
 |
| Bila dah tengah hari ramai peniaga mula mengemas barang |
 |
| Koleksi mainan dan kereta Hot Wheels yang dijual. |
 |
| Pakcik ni menjual jam dan juga boleh repair jam. |
Ibunya kata nanti kena pergi lagi sebab tak dibawa sekali. Insyallah la tapi tak janji hahaha. By the way at this moment belum ada mood nak update kisah pengembaraan lagi. Dalam draf banyak yang dah nak siap tapi tu lah tunggu mood tak sampai lagi untuk finalize.
ni antara our regular spot for breakfast jugak on weekend! sbb ada mcm2 pilihan nasi berlauk (masakan kelantan)!
ReplyDeleteOh ye ke.. Kalau nasib baik mesti boleh terserempak dengan MZ huhuu... Yeap rasa orang kelantan mesti sukai mai makan sini.. :D
DeleteMenarik pasar karat tu macam kat Ipoh.
ReplyDeleteasal nama pasar karat mesti menarik kan.. :D
DeleteBazar Karat memang best kalau pi..cuci mata x beli pun takpe...car boot sale pun best
ReplyDeleteYeap memang dtg cuci mata jer.. ibunya tak ikut so tak ada la takut sangat hahahah :P
DeleteDekat sini ada gerai jual kerutuk itik tu ke? Kalau betul, Akk pernah breakfast di sini, lepas tu jalan2 dekat pasar karat
ReplyDeleteAlamak tak perasan pulak ada jual ke tidak.. sedap tu kerutuk itik.. kalau ada next time nak cari la huhuu mesti sedap :D
DeleteMemang menarik tengoknya. Selain makanan ada jualan lain juga.
ReplyDeleteMenarik juga walau ia tidak la sebesar seperti di tempat lain..
DeleteAlang-alang dua dalam satu.. boleh makan boleh cuci mata di psr karat :D
Saya suka pergi pasar karat tapi pernah 'terkena' jugalah masa beli kamera di pasar karat Ipoh. Masa tu tak boleh test sebab takde bateri, bila test kat rumah hmm tak function pun. Rugi je rm160
ReplyDeleteLaaa sayang nya terkena macam tu.. RM160 tu banyak juga tu.. tak boleh repair ke? Kalau boleh repair better la jugak.. semoga dipermudahkan..
DeleteMacam2 barang terpakai dijual dekat pasar karat tu ye.
ReplyDeleteBetul .. macam macam ada.. mainan tu kalau lelong murah mesti dah borong.. huhuu
Deletebestnya pasar ni, ada sikkabu ngan dagang. paling best sbb yg berniaga semuanya orang local
ReplyDeleteSikkabu dgn nasi dagang kalau betul melayu pantai timur yg buat dan jual mmg sedap.. puas hati makan.. huhuu.. 🤤
Deleteni yg tak jauh dari area sekolah tu ke?
ReplyDeleteYeap betul ada sekolah rendah dan petronas di sebelah tu..
Deletekalau ada kesempatan nanti boleh laa ke sini... lama juga sy tak jalan2 kat area AU5 ni
ReplyDeleteSila sila... Ada nampak bas rapid KL lalu.. senang sangatlah kalau nak terjah ke sini.. 👍🏻
DeleteJika saya dekat sini, suka datang tempat ni..boleh lah tengok ramai orang meniaga tu ustaz..happy nice day..anak2 jaga keselamatan ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah memang ramai orang dtg menjamah makanan di sini.. alhamdulillah spend time with the kids.. seronok mereka ☺️👍🏻
DeleteDapnyeee roti bom! 😋
ReplyDeleteBoleh boleh... Situ ada pasar karat sekali... Boleh makan dan cuci mata..
DeleteSuka juga pergi tempat macam ni. Makan makan dan cuci mata tengok barang apa menarik.
ReplyDeleteKan.. senang especially bawa anak anak... Nak makan dgn variety makanan.. Nak cuci mata bagai semua ada ... ☺️👍🏻
DeleteMacam-macam ada ni. Pilihan makanan banyak. Sesi mencuci mata pun macam menarik sebab banyak benda yang dijualnya
ReplyDeleteBetul.. mmg variety sangat makanan di sini.. Lepas makan cuci mata tgk kot ada yg berkenan.. kalau the kids mmg byk sgt yg mereka berkenan hahaha..
Delete