Pages

Saturday, 24 January 2026

Tips Dan Cara Untuk Ke Taman Negara Johor Pulau Kukup

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai meneroka Taman Negara Johor Tanjung Piai, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Kerang, Repah dan Penerok, Pontian bagi menzairahi saudara mara arwah ayah yang masih aku kenali. Dan kemudian kami terus ke Pekan Pontian Kechil mencari hotel untuk berehat setelah kepenatan dengan aktiviti yang cukup padat hari ini.

Taman Negara Johor Pulau Kukup - Pulau Paya Bakau terindah di Malaysia.
Keesokan awal pagi kami menuju ke Kukup untuk merasai pengalaman yang sama seperti semalam tapi terdapat sedikit kelainan iaitu menaiki bot dan menuju ke sebuah pulau yang juga dikenali sebagai Taman Negara Johor Pulau Kukup.

Bangunan Stesyen Bas Kukup - tempat parking kereta paling murah di sini.
Untuk membeli tiket ke Taman Negara kita kena pergi ke Pejabat Taman Negara - sebuah bangunan 1 tingkat berwarna hijau yang terletak berhadapan dengan Stesyen Bas Kukup. Harga tiket masuk sama seperti di Taman Negara Tanjung Piai. 

Harga tiket adalah Adult RM5.00, Student (7-17 years old) & Senior Citizen (above 60 years old) RM3.00. Sila bawa Mykad atau passport jika tidak anda akan dikenakan harga bukan warganegara. Iaitu Adult RM20.00 dan Student & Senior RM10.00. And for below 6 years old is free. Kaunter dibuka setiap hari kecuali tutup pada Hari Khamis.

Pembelian tiket hanya boleh dibeli di Pejabat Taman Negara Johor Kukup.
Tiket terakhir dijual pada pukul 3.00 petang dan kemasukan terakhir ke Taman Negara adalah pada pukul 4.00 petang. Kenderaan boleh di parking di tempat letak kereta persendirian berbayar untuk lebih keselamatan. Dan jika nak murah boleh parking di area Stesyen Bas Kukup dengan kadar bayaran RM5.00 sehari.

Berjalan 200 meter ke Kukup International Ferry Terminal.
Berjalan melepasi perkampungan nelayan cina dan terdapat pejabat immigration di sini.
Jangan parking kereta sebarang jika tidak mahu disaman oleh pihak berkuasa. Selepas beli tiket kami mula berjalan kaki menuju ke arah Kukup International Ferry Terminal yang terletak lebih kurang 200 meter dari tempat pembelian tiket.

Keadaan air pasang besar menyebabkan air laut naik ke atas jalan raya.
Tapi tak adalah sehingga menyebabkan banjir. Air naik takat buku lali sahaja.
Kami sempat sampai ke terminal sebelum air ni naik seperti dalam gambar.
Taman Negara Pulau Kukup ini pernah ditutup pada 02 November 2021 untuk kerja-kerja baik pulih sebelum dibuka semula pada 17 Mei 2024. Oleh sebab itu semasa kami ke sini boleh dilihat pelbagai sturktur baru dan cantik. Dan boleh aku katakan untuk ke sini adalah lebih menarik dan banyak tempat bergambar berbanding Taman Negara Tanjung Piai.

Keadaan yang sibuk di terminal feri. Dari sini boleh ke Tanjung Bin Indonesia.
Yang berpagar besi itu adalah tempat untuk menaiki bot ke Pulau Kukup.
Dan Uncle Cina baju putih tu incharge person untuk geng boatman. Sangat peramah.
Satu keunikan Taman Negara ini adalah ia adalah salah satu antara Pulau Paya Bakau terbesar di dunia. Dan Pulau Kukup ini bersama Pulau Klang di Selangor adalah antara 10 Pulau Paya Bakau terbesar di dunia. Sundarbans Island di India dan Bangladesh sebagai hutan bakau terbesar dunia. Selain Mangrove Amazon di antara Brazil dan Peru.

Bot berwarna kuning inilah bot khas untuk perg ke Pulau Kukup.
Laluan titi kayu untuk naik ke bot. Adventure macam ni la seronok :D
Semua dah naik maka bot pun bergerak menuju ke Pulau Kukup.
Affan dan Afnan adalah orang yang paling bahagia naik bot ni. 
Sampai di terminal boleh tanya dengan security guard di mana tempat berkumpul untuk naik bot ke Pulau Kukup dan pasti akan diarahkan untuk berjalan ke arah kanan dan akan berjumpa dengan orang bot. Bayaran untuk dewasa RM10.00 dan kanak-kanak adalah RM5.00, namun boleh buat tawar menawar jika mahu.

Kukup International Ferry Terminal. Itulah ferry yang membawa penumpang ke Indonesia.
Ternakan ikan dalam sangkar yang cukup banyak di sini.
Dah nampak macam perkampungan atas air jer dari kejauhan.
Perjalanan dari terminal ke Pulau Kukup mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.
Untuk kami sekeluarga dari RM40.00 dapat diskaun kepada RM30.00 sahaja. Kata orang bot affan dengan afnan tak perlu bayar sebab belum sekolah. Dan ketika kami sampai di sini air laut terlalu tinggi sehingga kami diberitahu untuk menaiki bot di tempat lain bagi keselamatan kepada semua yang rata-rata adalah keluarga yang membawa kanak-kanak.

In total cost kami sekeluarga untuk ke Taman Negara Johor Pulau Kukup adalah RM46.00 sahaja. Dan tiada halangan untuk membawa makanan dan minuman ke Taman Negara ini. Kebersihan perlu dijaga oleh itu segala sampah dari bekas atau sisa makanan dan minuman yang kita bawa haruslah dibawa pulang semula.

Bersambung Part 2 : Taman Negara Johor Pulau Kukup - Pulau Paya Bakau Tercantik Di Malaysia (Under Construstion)

3 comments:

  1. 1st time dengar nama tempat ni. Pulau Paya Bakau terbesar di dunia ye, menarik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara yang terbesar di dunia under top 10. Termasuklah Pulau Klang tapi cuma Pulai Kukup sahaja yang dikomersialkan sebagai pusat perlancongan dan dijadikan Taman Negara.

      Delete
  2. Kalau air pasang naik sampai cam tu... cepat berkarat la besi2 kat sana kan? Kereta pun mangsa...

    ReplyDelete