Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari
Cuti Sekolah Hujung Tahun - Kami Ke Johor Melawat Saudara Mara
Hari pertama cuti sekolah akhir tahun Sabtu 20 Disember 2025 yang lepas aku bawa the kids ke Johor Darul Takzim bagi menziarahi saudara mara dan juga bawa the kids jalan-jalan. Plan yang juga ad hoc, packing baju, masuk kereta terus jalan. Alang-alang dah cuti sekolah kita bawa la the kids berjalan sambil lawat saudara yang jarang berjumpa.
 |
| Kali kedua datang ke sini bersama isteri tercinta - First time dulu 2017. |
Dalam sesi ziarah saudara mara tu sempat juga melencong ke Taman Negara Johor Tanjung Piai yang sangat dikenali sebagai titik penghujung benua asia. Untuk aku ntah kali ke berapa datang ke sini tapi dengan wife dan Atiyya adalah kali kedua dan untuk athira, affan dan afnan adalah kali pertama. Kami pernah ke sini masa athira dalam perut tahun 2017.
 |
Okla harga masuk yang murah RM5.00 dewasa dan RM3.00 pelajar. Affan dan Afnan percuma sebeb belum bersekolah - Total RM16.00. |
 |
| Keadaan entrance Taman Negara 100% telah berubah dan lebih cantik dan tersusun. |
Dari Johor Bharu aku memandu ikut jalan baru yang juga merentasi Jambatan Sungai Pulai. Alhamdulillah tak sampai 20 minit dah boleh sampai ke Tanjung Piai. Dan terus memandu masuk ke ruangan parking yang disediakan. Aku turun terlebih dahulu sebab nak tengok harga tiket dan yang lain tunggu di dalam kereta. Ye lah manalah tahu kot mahal.
 |
| Bakau Showcase - Kasi intro sebelum memulakan perjalanan ke dalam Hutan Paya Bakau. |
 |
Okay jom mulakan perjalanan menuju kesemua check point. Masa ni muka masing-masing masih lagi ceria dan bersemangat. |
 |
Keadaan track nampak baru cantik, selesa dan safety pun baik. Mostly kita berjalan di bawah pokok-pokok yang menjadi payung semulajadi. |
Harga tiket masuk tidaklah mahal RM5.00 untuk orang dewasa dan RM3.00 untuk pelajar. Dan anak yang belum masuk persekolahan adalah percuma. Maka aku hanya perlu membayar RM16.00 untuk kami sekeluarga. Dari nak tanya terus buat bayaran. Oh ya harga untuk yang bukan warganegara adalah lebih mahal dari warganegara Malaysia.
 |
| Ada beberapa pondok yang disediakan untuk kita berehat. |
Di bahagian entrance Taman Negara ini ada disediakan tandas dan surau. Memudahkan kita sebagai pengunjung yang rata-rata adalah musafir. Keadaan di sini lebih cantik dan tersusun berbanding lawatan kali terakhir aku ke sini. Banyak yang telah diperbaiki atau telah dibina baru bagi memudahkan para pengunjung untuk meneroka Taman Negara ini.
 |
| Alhamdulillah selamat sampai di first check point iaitu menara tinjau. |
 |
| Dari atas ini rasa tenang dengan angin yang bertiup. Pemandangan yang indah. |
Keseluruhan Taman Negara Tanjung Piai ini adalah hutan paya bakau. Oleh itu kita akan berjalan di atas titi atau walking trail yang telah siap dibina khas untuk para pengunjung. Tiada tandas di bahagian dalam Taman Negara disediakan so kalau nak melepas apa ke, buatlah siap-siap semasa di entrance ya.
 |
| Antara jenis-jenis burung yang ada di hutan paya bakau ini. |
Ada 3 destinasi atau 3 main check point yang kita perlu sampai untuk melengkapkan kehadiran kita di Taman Negara ini. Pertama menara tinjau yang dibina dengan ketinggian bangunan 3 tingkat. Bagi merasai pengalaman melihat dari atas keadaan Hutan Paya Bakau ini. Masa ni aku ajak the kids semua 4 orang naik tangga sampai ke atas.
 |
| Berjalan ke check point kedua iaitu pertemuan lautan 3 negara. |
Bagi aku memang cantik view dari atas dan kalau rezeki dapat la lihat pelbagai spesis burung samada yang berterbangan atau yang sedang bertenggek di atas pokok. Dan di sini memang ada disertakan maklumat jenis-jenis burung yang ada di kawasan hutan paya bakau ini. Oh si ibu stay di bawah tak nak naik, tak menarik pun katanya kalau naik hahaha.
 |
| Okay safely arrived ke check point kedua. The kids semua excited nak bergambar :D |
 |
| Pulau Kerimon, Indonesia boleh dilihat dari sini tapi aku pun tak pasti yang mana satu. |
Dari first point ini kami berjalan ke point yang kedua iaitu pertembungan tiga lautan negara iaitu Indonesia, Singapore dan Malaysia. Dan di kedua check point tidak ada lagi monyet yang kami jumpai. Laluan juga lebar dan sangatlah selesa untuk berjalan. The kids sangatlah seronok melihat ikan belacak dan ketam yang ada banyak di tepi walking trail.
 |
| Menuju ke check point yang paling jauh iaitu Monument Taman Negara Tg Piai. |
 |
Masa berjalan ke check point terakhir ni banyak sangat kawanan monyet Kami memang tak amik gambar banyak dan the kids pun agak ketakutan. |
Jarak antara point satu ke dua tidaklah jauh tapi nak berjalan ke point ketiga terasa kejauhannya. Dan di point ketiga inilah ada monument globe Taman Negara Tanjung Piai yang menjadi mercu tanda di sini. Kiranya kalau tak sampai dan bergambar di sini tak sah la kehadiran anda di Taman Negara Tanjung Piai ini hahaa.. ๐
Di point ketiga ini kami mengambil masa sedikit sebab nak tunggu giliran bergambar dengan monument yang famous ini. Nasib la cuaca tak begitu terik walau jam menunjukan pukul 2.00 petang. Agak ramai pengunjung ketika ini mungkin sebab cuti sekolah pun iya juga. Dan tak kurang juga pelancong yang datang dari luar negara antaranya Jepun dan China.
 |
| At last sampai juga di monument Taman Negara Tanjung Piai ini. |
 |
| Ada student dari Indonesia yang sudi tolong ambilkan gambar kami sekeluarga. |
Macam mana aku tahu sebab dari pertuturan bahasa mereka tahulah dari mana mereka. Dan masa nak bergambar di monument tu ada sekumpulan pelajar yang tolong ambilkan gambar kami sekeluarga dan mereka semua adalah Indonesian yang sedang menuntut ilmu di salah satu university di Malaysia.
 |
Anak-anak pokok bakau dari pelbagai jenis disemai di sini dan ditanam di merata tempat bagi menjaga population hutan paya bakau di sini. |
 |
| "Caring For Wetlands An Answer To Climate Change" |
 |
| Hutan Paya Bakau memang habitat Lokan dan hidupan bercengkerang seangkatanya. |
Oh ya di laluan ke point ketiga terserempak dengan beberapa kawanan monyet. Macam seram kalau berjalan seorang diri. Kalau nak datang make sure berteman atau berkumpulan la. Sebab monyet tu meloncat-loncat di atas kepala dan cuba melihat-lihat jika kita ada membawa makanan. Tapi monyet-monyet di sini tidaklah agresif seperti di Bali tu.
 |
Antara hidupan di sini yang sempat di snap gambar - Monyet, Mengkarung, Ikan Belacak dan Burung Repang Kecil. |
 |
Once dah selamat keluar di entrance tadi masing-masing ceria. In total berjalan kaki pergi balik lebih 4 km untuk ke semua check point di sini. |
Masa berjalan nak balik ke arah exit ada nampak plastik makanan yang dirampas dari tangan salah seorang pengunjung. Salah pengunjung itu juga sebab cuba nak beri makanan kepada monyet-monyet walau dah diberi peringatan untuk tidak memberi apa jua makanan kepada monyet di sini. Memberi makan hanya akan membuat monyet lebih agresif.
Sebelum menuju exit ada kedai menjual souvenir dan juga sedikit minuman serta makanan ringan. Memang boleh nampak setiap pengunjung akan masuk dan membeli something dek keletihan dan kepanasan di sepanjang trail tadi. Dan the kids pastilah mencari 100plus sejuk. Okla kita reward mereka sebab berjaya conquer Taman Negara ini.
menarik jugak if dpt visit tempat gini ;) paling best spot pertembungan tiga lautan negara tu!
ReplyDeleteBagi yang suka nature dan adventure mmg bagus untuk dtg ke sini..
DeleteBawa the kids boleh bagi mereka pengetahuan geografi jugak :D
Seronok pegi sini..Sy dh pernah sampai. Tp masa blk mkn aiskirm then ada seekor monyet tgh get ready nk amik aiskrim dr tgn Ammar =D
ReplyDeleteMemang seronok masuk nature dan bagi anak2 enjoy something different.
DeleteYes monyet kat sini nakal sikit tapi tak agresif.. Mesti Ammar takut kalau monyet tu amik aiskrim dia huhu
Wah menarik sekali, rasa macam seronok tengok suasana tu.
ReplyDeleteTerus terbayang kalau dapat pergi sendiri.
Masuk ke alam nature pasti seronok.. dapat refresh badan dgn suasana yg indah.. Di indonesia lebih indah kawasan alami nya.. ๐๐ป☺️
Deletelinda tak pernah sampai lagi ni. memang ada hajat nak pergi.. hihihi
ReplyDeleteInsyallah moga sampai satu hari nanti.. Dalam Malaysia jer senang nak sampai tu.. ๐๐ป๐
Deletetahun ni memang cadang nak ke selatan tanah air. boleh lah sambil jenguk adik di sana sambil berjalan-jalan
ReplyDeleteSelatan tanah air mmg banyak kawasan menarik dan ada makanan tersendiri.. alang2 dtg menjenguk blh la jalan2 terus.. ☺️๐๐ป
DeleteTak jauh dari rumah mak akak di Rimba Terjun, tapi kali terakhir ke sini mungkin lebih 10 tahun lalu ๐ . Memang nampak jauh berubah - lebih menarik.
ReplyDeleteOh tak jauh la.. kira org pontian jugak la kan.. ntah2 sedara hahaha.. Mmg dah jauh berbeza berbanding zaman saya kecil dulu.. berbaloi la nk dtg ke Taman Negara ni.. ☺️๐๐ป
Deletetak pernah bercuti ke Johor ni sejak tinggalkan Johor zaman belajar dulu. menarik juga taman negara sana.
ReplyDeleteOooo belajar di Johor... Best tu pengalaman belajar di negeri selatan.. So far taman negara ni ada tarikan tersendiri.. ☺️๐๐ป
Deletemenarik btul taman negara ni, dahla harga murahh. dulu pernah tengok paya bakau camni kat banting, tapi tmptnya tak luas mana. pusing2 dah habis. yg sini luas betul siap ada menara tinjau.
ReplyDeletebest jugak dapat tengok pertemuan 3 lautan 3 negara. kalau datang johor nanti kena masuk dalam listlah :D
Memang menarik dan harga entrance pun murah. Sesuai utk bawa anak-anak belajar nature hihii.. Oh Banting ada paya bakau juga ya menarik tu.. semestinya masuk kan dalam bucket list kalau ke Johor :D
DeleteAkk dah 2x sampai sini. Rasa satu pencapaian dapat ke titik hujung tu :) btw, dulu ada signboard dlm hutan tu "you'll never walk alone". Ada lagi ke? Hehe
ReplyDeleteRasa bila sampai ke titik hujung tu mmg bangga sendiri hahahaa ;D
DeleteOh signboard tu ada lagi .. tapi lupa nak amik gambar sbb kita tak suka liverpool hahahaha :P
Ambil gambal di glob bukti sudah sampai, penghujung srlatan Asia.
ReplyDeleteLepas ni nak cari mana permulaan benua asia pulak hahaha :D
DeleteSinggah balas kunjungan dan followback.
ReplyDeleteMenarik betul semua destinasi pelancongan kat sini. Luar dan dalam negara semua ada. Boleh la bookmark buat rujukan masa depan nanti :D
Alhamdulillah terima kasih sudi membalas kunjungan ke sini :D
DeleteKita sekadar berkongsi pengalaman mengembara di blog ini.. Sudi2 lah membaca :D
Best kan, kami dah sampai few years dulu.
ReplyDeleteKena pergi lagi.. sbb banyak dah perubahan dan byk yg dinaik taraf.. yes mmg best sgt interesting especially for the kids. ๐๐ป☺️
DeleteAnak-anak bagus dibawa ke tempat begini....boleh mereka mengenali dan mencintai alam
ReplyDeleteZaman skrg ni mmg kena bawa anak anak keluar rumah masuk nature.. kalau tak mmg tak kenal nature huhuu..
DeleteHappy anak2 tu nampak mereka bahagia..udara segar dan meriahlah gambar nampak amat menarik..
ReplyDeleteAlhamdulillah anak-anak memang seronok masuk ke alam nature. Mereka lah yg paling excited.. kita pulak yg risau.. ๐
DeleteHappy je budak-budak enjoying time in nature. Next time boleh cuba bawa anak-anak KSarie ke sini. Deme suka je pi tempat nature ni. Omaknya yang nak mencari tempat beraircond sokmo๐ Begitulah puteri lilin. Menyampah kan๐
ReplyDeleteMmg dari train budak budak dari kecik dekat dgn nature.. Byk explore bagi buka mata minda sikit.. senang nanti kalau nak bawa pergi travel hihii.. Alah kalau suka tempat beraircond kena pergi lah tempat2 nature yg sejuk hihii..
DeleteDah pernah ke sini juga. Lepas tu nampak ikan belacak kemain banyak. Dania bila ke sini seriau sebab takut terserempak dengan ular.
ReplyDeleteTempat ni baru renovate dan ada banyak tempat yg cantik dan menarik..Yes ikan belacak mmg byk kalau waktu surut.. Bab ular tu syukur tak jumla time ni hihii
Delete