Monday, 12 January 2026

Sarapan Hari Pertama Persekolahan Anak-Anak 2026

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Hari ini walau bangun awal seperti biasa namun ada sedikit rasa teruja dan debaran di hati. Si kakak Atiyya akan memulakan darjah 5 dan si athira akan memulakan darjah 3 untuk sesi 2026 ini. Pejam celik besar dah dua anak manja ni.

Tetap rasa debaran di hati walhal dah besar bukan baru nak mula darjah 1. Tapi itulah anak anak ayah kan.. Rasa debaran itu tetap ada. Affan akan memulakan sesi pra sekolah di sesi petang. Tak la kalut sangat nak siapkan dia seawal pagi.

Pakaian yang memang kena beli baru sebab cepat sangat membesarnya.
Pagi ini ayah kukus pau sahaja.. Nak makan ringan-ringan sahaja kata merela berdua sebab nanti nak makan dengan kawan-kawan di kantin sekolah. Yer la dah dekat sebulan tak jumpa kawan-kawan kan. Cikgu pun dah inform dalam group whatsapp yang dua tiga hari ni tak perlu bawa buku. 

Sarapan pau kukus beli di Pontian, Johor tempoh hari. 
Athira disambut oleh guru besar sekolah agama.
My daily routine will be busy again. Hantar dan ambil anak di sekolah setiap hari dari pagi, tengah hari dan petang. Cuma sekarang yang berubah adalah affan dah memulakan pra sekolah di sesi petang di sekolah yang sama dengana athira. Kuranglah satu tempat nak dituju di pagi hari. Si afnan akan mula sekolah selepas raya nanti insyallah. :D

Update: Sesi petang pulak kita hantar si Athira dengan Affan ke sekolah kebangsaan. Affan memulakan tahun 6 pra sekolah di sekolah yang sama dengan kakak-kakaknya. Nampak excited tak ada rasa gelisah langsung dan mak ayahnya yang gelisah berdebar macam mana dia di sekolah. Sampai la cikgu hantar gambar dalam group whatsapp, barulah lega.

48 comments:

  1. selamat kembali ke sekolah utk anak2 kita semua! my boys, sorang form 5, sorang djh 6 ie dua org masih di bangku sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah musim persekolahan telah pun bermula. Okla tu sorang dah F5 tinggal sorang jer lagi. sy nak kena tempuh perjalanan jauh lagi sblm depa habis sekolah hihii :D

      Delete
  2. Selamat kembali ke sekolah anak- anak...allah aih...Kak SA x rasa moment2 ni, Atuk dan Uwan yang hantar Dania pi sekolah memandangkan SA kerja jauh...tunggu nanti hantar cucu la agaknya..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anak2 dah kembali ke alam persekolahan.. La ye ke tak merasa.. tak apa lah tunggu ada cucu nanti.. boleh rasa moment berkejar nak hantar dan mencari anak masa nak balik sekolah hihii

      Delete
  3. Alhamdulillah semuanya lancar di hari pertama sekolah nampaknya 👍🏻
    Si bongsu Akk pun tak nak nasi lemak hari ni, nak beli di kantin katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ini semunya lancar dari awal subuh.. Moga semuanya baik2 saja sampai ke petang.. itulah masing2 nak ke kantin sama kwn2..

      Delete
  4. Udah mulai sibuk lagi ya bang, itulah serunya jadi orang tua, senang melihat perkembangan anak-anak, mumpung mereka masih kecil, usahakan sebanyak mungkin bisa terus berdekatan, kalau mereka sudah besar, sudah agak susah, apalagi kalau sudah sibuk, kedekatan seprti ini susah terulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula minggu ini jadi sibuk bila anak2 mula bersekolah. Alhamdulillah syukur masih diberi nikmat utk melihat anak2 membesar di dpn mata.. Inilah masa utk anak2.. betul nnti besar belum tentu dpt lihat sentiasa anak di dpn mata..

      Delete
  5. Ehhhh..Umur Atiyya sebaya Ammar lah..Darjah 5 tahun 2026 ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sama lah... Kot boleh bertemu bila ada acara atau pertandingan peringkat daerah nanti.. hahaha.. 😅👍🏻

      Delete
  6. selamat kembali ke sekolah yeayyy dpt jumpa kwn-kwn semula! anak-anak teruja & mak ayah teruja jugak eehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak excited nak balik ke sekolah.. boleh lak kata dah boring duduk rumah hahaha.. Mmg hare betul ... Alhamdulillah syukur dah mula sekolah.

      Delete
  7. Pernah juga alami zaman sibuk hantar dan ambil anak sekolah..termasuk prepare bekal untuk mereka...tapi kini anak-anak sudah masuk u dan asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti rasa tenang dan selesa bila anak2 semua dah masuk asrama dan u.. tak lagi kalut nak kena prepare mereka di awal pagi. Yg pasti seronok dpt melihat mereka membesar.. ☺️👍🏻

      Delete
  8. Selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamt kembali ke sekolah juga utk anak2 Che.. semoga mereka berlajar rajin dan berjaya amin.. ☺️👍🏻

      Delete
  9. Selamat kembali ke sekolah.. Semoga terus bersemangat untuk belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin terima kasih moga tahun 2026 ini semuanya berjalan lancar di alam persekolahan..

      Delete
    2. Amin Amin moga baik2 sahaja sepanjang tahun ini.. 🤲🏻

      Delete
  10. mkn pau pun dah kenyang jg tu... boleh kot tahan smpi rehat nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg saja kukus pau pagi2 tu sebab benda simple utk breakfast and very simple.. Mmg makan satu bawa satu..

      Delete
  11. afnan tak tanya kenapa dia tak pergi sekolah smlm? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tanya "sekolah afnan mana ibu.. sekolah afnan mana ayah" 😅😅

      Delete
  12. Betul kan anak2 sekarang cepat membesar. Have fun di sekolah ya Atiyya & Athira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat membesar di depan mata kita dalam sedar dan tidak.. tau2 baju dah tak muat.. kain dah singkat.. 😅

      Delete
  13. Alalalala... comelnya posing nak gi sekolah...
    Uncle dah takde anak yg pakai baju sekolah... Miss pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa uncle tunggu dpt cucu nanti.. boleh ulang semula hantar cucu pulak ke sekolah 😅👍🏻

      Delete
  14. Seronoknya kisah pagi pertama persekolahan tu, terasa macam suasana rumah penuh dengan debaran manis. Anak-anak bangun dengan semangat bercampur rasa gugup, sementara ibu bapa pula sibuk pastikan semuanya lancar dengan sarapan istimewa.
    Momen kecil macam ni sebenarnya jadi kenangan besar, sebab nanti bila mereka dah besar pasti akan ingat betapa hangatnya sokongan keluarga di hari penuh makna itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah hari pertama sentiasa menjadi kenangan terindah buat ibu ayah.. :D
      Bila sudah lama bercuti dan tiba hari pertama persekolahan pasti gugup dan debaran di hati.. Semoga menjadi kenangan di hari besar nanti.. dan bila anak2 mereka pula ke sekolah mereka akan sedar kenangan lama.. :D

      Delete
  15. Waaah sudah tahun ajaran baru yaaaa 😄. Dah besar2 juga mereka.

    Sweet sangat seragam sekolah, terutama yg purple 😍😄. Tak terasa anak2 ini membesar. Tahun2 nanti dah kuliah saja 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12 Januari bermula sesi baru persekolahan di Malaysia.. Boleh lihat ramai blogger update cerita anak masing2.. Mmg tak terasa mereka membesar tapi baju nya singkat .. harus dibeli baru..

      Delete
  16. Samalah kita pun dah mula dengan rutin harian ambil anak dan hantar balik rumah... pau beli kat pontian.... kat mana tu, kampung kita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik kampung pontian tu kat mana? kita area teluk kerang dengan penerok tu la hahaha... pau tu beli di pasar malam pekan pontian.. sepaket ada 1 biji rm8.00 sahaja..

      Delete
  17. pau lembut, sedap. pink tu kegemaran dak aish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sarapan kukus pau mmg senang.. sedap and the kids pun suka :D

      Delete
  18. Jadi tukang hantar anak ke sekolah ya? Selamat menjalankan tugas. Kena peka waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semenjak si kakak sulung darjah satu lagi mmg kerja hantar amik sekolah. dah jadi rutin smpai ke bongsu nanti huhuuu

      Delete
  19. Selamat kembali ke sekolah yer anak anak ...nanti cuti leh pi travel ikut dady

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah back to normal routine.. hantar amik anak anak.. Doakan daddy ada rezeki blh bawa travel sekali 🤲🏻☺️

      Delete
  20. Nanti bila anak-anak dah besar, akan rindu zaman ni. Keluar masuk rumah jadi supir. Nak masak pun, sempat satu lauk je. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu.. at this moment mmg suka jer buat kerja hantar amik anak ni di sekolah.. masak utk the kids tgh hari dgn malam.. itulah nanti dah besar mesti rindu suasana tu.. ☺️👍🏻

      Delete
  21. Bermulalah rutin Afif ya. Rutin Afif tu la rutin akak sampai masuk Uni. Panjang sikit kontrak akak ni. Hehehe. Pau tu memang mudah la. Lagi satu nak mudah buat sandwich.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Ank bongsu baru 4 tahun.. masih jauh lagi perjalanan nak bersara dari rutin yg ada skrg ni hahaha.. Kontrak saya tak tahu panjang mana..😅.. Anak tak berapa suka sandwich huhuu

      Delete
  22. Alo alo alo.....comel semuanya...selamat menempuh alam persekolahan tahun 2026

    ReplyDelete
    Replies
    1. First day sblm pergi sekolah mmg nampak comey.. cuba tgk pertengahan tahun nanti hahahahaaa... 😅

      Delete
  23. Macam tu lah kan rutin kita sebagai mak ayah. Penat tu nak hantar dan ambik dari pagi sampai ke petang. Semoga pengorbanan mak ayah berbaloi bila anak2 cemerlang di sekolah 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rutin nya... Tak tahu sampai bila... Kot masuk asrama stop la... If not sambung lahi smpai habis SPM huhuhu.. apa pun moga kesusahan kita as parent dibayar dgn kejayaan anak2 di masa hadapan amin...

      Delete