Alhamdulillah diberi izin dari Allah Taala untuk menghirup udara dan meneruskan kehidupan di tahun yang baru. Di samping umur yang kian meningkat melihat anak-anak di sisi yang kian membesar hari demi hari.
Apa pun syukur masih lagi diberi kesihatan dan berjaya juga nak update blog hari ini walau dalam kesibukan dengan kerja serta aktiviti seharian baik di rumah atau di alam pekerjaan. Bila lama tak update mulalah datang penyakit M huhuu..
Biasa kalau masuk tahun baru, orang ramai sibuk berjalan ke sana sini ditambah lagi dengan cuti christmas dan juga cuti sekolah. Namun tahun ini cuti sekolah yang terlalu singkat dan boleh terasa bulan ramadhan yang akan menjelma hanya dengan hitungan jari sahaja. Dan Raya Aidilfitri juga tak jauh di persimpangan.
![]() |
| Comel jer.. Muka pun innocent dan dia baik tak buat perangai macam monyet. |
Bagi aku sebagai ketua keluarga dengan 4 orang anak yang semuanya akan bersekolah pada tahun 2026 ini. Terasa banyak perkara yang perlu difikirkan tentang persiapan persekolahan mereka. Duit memang laju mengalir demi mempersiapkan mereka di hari pertama persekolahan nanti. Lebih RM200.00 dihabiskan untuk membeli buku sekolah gegurls sabtu lepas.
Kasut sekolah dan pakaian sekolah, si kakak pula dapat jadi pengawas di sekolah agama maka kenalah beli kain baru bewarna merah dan bukan lagi kain hijau. Affan akan bermula pra-sekolah sebab nak bagi peluang pada si Afnan masuk sekolah juga. Dan bagi mengesahkan tempat Affan darjah satu tahun hadapan nanti.
![]() |
| Durian di Tanjong Malim bermula dari RM4.00-RM8.00 sekilo. |
![]() |
| Bawa Myvi tapi beli Durian sampai 35kg hahaha.. Belum masuk buah lain lagi. |
Semenjak bermula cuti sekolah hanya sempat bawa the kids berjalan ke Johor selama 3 hari. Dan weekend baru ini sempat bawa the kids berjalan-jalan di Tangjong Malim dan Hulu Selangor. Masuk hutan picnic, mandi sungai dan layan musim buah baik dari Rambutan, Pulasan dan Durian yang dijual murah sehingga hanya RM4.00 sekilo di Tanjong Malim.
Jika ditanya apakah azam aku di tahun baru ini. Insyallah aku nak jadi lebih sihat kurus . Nak mula aktif bersukan semula. Dan mungkin nak tambah 1 atau 2 sahaja negara baru dalam peta dunia pengembaraan itu pun jika diizinkan.
![]() |
| Saja-saja baca menu diet hahaha. Kena ada angan-angan barulah jadi kenyataan. |
Setakat ini memang tiada lagi perancangan untuk mengembara walau selalu diganggu dengan promosi harga-harga tiket penerbangan yang murah sehingga tak masuk dek akal hahaha.. Mungkin 2026 ini kita boleh focus untuk update semua cerita pengembaraan yang tertunggak.. Kan? Maldives pun tinggal 1 part sahaja lagi. Lepas Maldives cerita apa? Ntah.
Turkiye? Romania? Bulgaria? Xian, China?.. No Idea.. Oh ya at this moment my lutut sebelah kiri macam tak berapa nak elok. Banyak bergerak tak boleh.. Duduk lama tak bergerak pun dia sakit huhu. Ada lah history kekoyakan dulu di kedua lutut. Tapi itu cerita lama la.. But mungkin dia dah datang semula. Apa pun please make doa for me..




Selamat tahun baru ya..semoga sentiasa gembira dan bahagia ..kehidupan nyata Allah anugerahkan.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru juga buat Tuan Etuza.. lama tak dgr khabar.. lama sy tak berkunjung ke lama Tuan.. amin amin moga sentiasa gembira dan bahagia juga. 😉👍🏻☺️
DeleteSelamat Tahun Baru Afif. Moga yang baik2 ajer di tahun 2026 ni. Moga lututnya baik juga ya. Tak pergi check ke?.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru juga buat K Ezna.. Insyallah moga semuanya baik baik sahaja di tahun 2026 ni. Dah set appointment nak pergi check nanti.. harap takde pape lah.. ☺️🤲🏻
Delete