Tuesday, 6 January 2026

Salam Tahun Baru 2026 - Salam Bulan Rejab 1447 Hijrah

Assalamaulaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah diberi izin dari Allah Taala untuk menghirup udara dan meneruskan kehidupan di tahun yang baru. Di samping umur yang kian meningkat melihat anak-anak di sisi yang kian membesar hari demi hari.

Apa pun syukur masih lagi diberi kesihatan dan berjaya juga nak update blog hari ini walau dalam kesibukan dengan kerja serta aktiviti seharian baik di rumah atau di alam pekerjaan. Bila lama tak update mulalah datang penyakit M huhuu..

Biasa kalau masuk tahun baru, orang ramai sibuk berjalan ke sana sini ditambah lagi dengan cuti christmas dan juga cuti sekolah. Namun tahun ini cuti sekolah yang terlalu singkat dan boleh terasa bulan ramadhan yang akan menjelma hanya dengan hitungan jari sahaja. Dan Raya Aidilfitri juga tak jauh di persimpangan.

Comel jer.. Muka pun innocent dan dia baik tak buat perangai macam monyet.
Bagi aku sebagai ketua keluarga dengan 4 orang anak yang semuanya akan bersekolah pada tahun 2026 ini. Terasa banyak perkara yang perlu difikirkan tentang persiapan persekolahan mereka. Duit memang laju mengalir demi mempersiapkan mereka di hari pertama persekolahan nanti. Lebih RM200.00 dihabiskan untuk membeli buku sekolah gegurls sabtu lepas.

Kasut sekolah dan pakaian sekolah, si kakak pula dapat jadi pengawas di sekolah agama maka kenalah beli kain baru bewarna merah dan bukan lagi kain hijau. Affan akan bermula pra-sekolah sebab nak bagi peluang pada si Afnan masuk sekolah juga. Dan bagi mengesahkan tempat Affan darjah satu tahun hadapan nanti.

Durian di Tanjong Malim bermula dari RM4.00-RM8.00 sekilo.
Bawa Myvi tapi beli Durian sampai 35kg hahaha.. Belum masuk buah lain lagi.
Semenjak bermula cuti sekolah hanya sempat bawa the kids berjalan ke Johor selama 3 hari. Dan weekend baru ini sempat bawa the kids berjalan-jalan di Tangjong Malim dan Hulu Selangor. Masuk hutan picnic, mandi sungai dan layan musim buah baik dari Rambutan, Pulasan dan Durian yang dijual murah sehingga hanya RM4.00 sekilo di Tanjong Malim.

Jika ditanya apakah azam aku di tahun baru ini. Insyallah aku nak jadi lebih sihat  kurus . Nak mula aktif bersukan semula. Dan mungkin nak tambah 1 atau 2 sahaja negara baru dalam peta dunia pengembaraan itu pun jika diizinkan.

Saja-saja baca menu diet hahaha. Kena ada angan-angan barulah jadi kenyataan.
Setakat ini memang tiada lagi perancangan untuk mengembara walau selalu diganggu dengan promosi harga-harga tiket penerbangan yang murah sehingga tak masuk dek akal hahaha.. Mungkin 2026 ini kita boleh focus untuk update semua cerita pengembaraan yang tertunggak.. Kan? Maldives pun tinggal 1 part sahaja lagi. Lepas Maldives cerita apa? Ntah.

Turkiye? Romania? Bulgaria? Xian, China?.. No Idea.. Oh ya at this moment my lutut sebelah kiri macam tak berapa nak elok. Banyak bergerak tak boleh.. Duduk lama tak bergerak pun dia sakit huhu. Ada lah history kekoyakan dulu di kedua lutut. Tapi itu cerita lama la.. But mungkin dia dah datang semula. Apa pun please make doa for me..

25 comments:

  1. Selamat tahun baru ya..semoga sentiasa gembira dan bahagia ..kehidupan nyata Allah anugerahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga buat Tuan Etuza.. lama tak dgr khabar.. lama sy tak berkunjung ke lama Tuan.. amin amin moga sentiasa gembira dan bahagia juga. 😉👍🏻☺️

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru Afif. Moga yang baik2 ajer di tahun 2026 ni. Moga lututnya baik juga ya. Tak pergi check ke?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga buat K Ezna.. Insyallah moga semuanya baik baik sahaja di tahun 2026 ni. Dah set appointment nak pergi check nanti.. harap takde pape lah.. ☺️🤲🏻

      Delete
  3. selamat tahun baru 2026..byk borong durian tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga buat Paun Mama Tisya.. 😉👍🏻

      Delete
  4. Best ni..Sy hanya sempat bwk kids blk kg sekejab je..Selebihnya kids duduk dkt library ofis Hata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu dua lagi dah start sekolah.. Mmg tak sempat la nak bawa the kids jenjalan mana.. Mak ayah nya sibuk kerja.. okla tu dpt pi library fos ayah nya.. 👍🏻😉

      Delete
  5. Selamat Tahun Baru.
    Kita tukang approved cuti jer, mak/ayah yang apply sebab nak hantar anak masuk sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tahun Baru juga... Tukang approved cuti... Menarik tu hahahaa.. Cuti pun kena ada duit kalau tak.. tak seseronok seperti yg diimpikan hihii...

      Delete
  6. Banyak borong durian. Kena check lutut tu. Semoga yang baik-baik untuk Encik Time Traveller dan keluarga di tahun baru 2026 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau RM4.50 sekilo .. 10 kilo baru RM45.00.. Kat KL dapat dua biji je kalau RM45 tu hihi.. beli byk boleh panjangkan tangan alhamdulillah.. Lutu masih sakit insyallah moga2 2026 lebih baik dari yg lepas.. 😉🤲🏻

      Delete
  7. Memborong buah sungguh ni, pakaian letak mana pulak tu? 😄

    Moga tak ada masalah lutut yang serius. InsyaAllah masih muda, masih banyak peluang rawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah borong sebab murah sangat... Mmg terbaik Tanjung malim hihii..
      Pakaian letak kat seat belakang sebba dua anak je yg ikut.. gegurl semua nak duduk rumah nenek dgn sepupu2.. Lutut pernah cedera teruk dulu.. sampai kena stop dari aktiviti hiking..

      Delete
  8. Selamat tahun baru dan mudah-mudahan ada rezeki kita bertemu tetamu istimewa Ramadhan Al Mubarak aamiin 🤲🏻

    Aduh, tergoda sungguh tengok durian . Murah sangat tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga buat Puan Hazel.. Amin Amin semiga diberi izin utk bertemu dgn Ramadhan Al Mubarak sebulan sahaja lagi..
      Saya pun tergoda beli pun byk... Hihii.. Murah ya amat..

      Delete
  9. Selamat tahun baru.. tazabar nak tgk photo2 travel. X dapat pergi, dapat tgk gambar pun jadilah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tahun Baru juga.. Terima kasih dtg tgk gambar2 travel di sini.. insyallah akan sentiasa berkongsi gambar travel di sini.. ☺️😉👍🏻

      Delete
  10. Salam tahun baru. Semoga 2026 adalah tahun yang bertambah molek dan bahagia untuk kita. Sama la kita udah tidak ada azam hendak kurus😅sebab macam tiada harapan dah bab ni. Makanya kita harap untuk kesihatan lebih baik macam tuh ye. Nanti jumpa Dr ye untuk lututnya tuh ye. KSarie kalau masuk ke blog ini memang akan terberangan hendak merayap merata walaupun tabung ayam tidak mengijinkan😅

    ReplyDelete
  11. weh..murahnya durian..SA blom makan durian lagi ni....Happy New Year ye...

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru Afif, murah dah kak ana tengok harga durian kebelakangan ni :)

    ReplyDelete
  13. harga buah nampak sangat menarik sekarang ni. cuma tu la, akak seram nak lambak buah sangat sebab 3 orang sedang asthma kat rumah ni

    ReplyDelete
  14. Selamat Tahun Baru encik! Cuya doakan encik sihat selalu dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Moga azam encik dapat dicapai tahun ni.

    Cuya pon nk mula sayangkn diri lebih

    ReplyDelete
  15. Durian runtuh ni heheh salam rejab

    ReplyDelete
  16. comel monyet tu. biasa monyet yg berperangai macam monyet tu hat warna kelabu tu! semoga murah rezeki buat ibu bapa yg berhabis duit buat pendidikan anak2. tahun ni mmng tarikhnya rapat2 sungguh, kesian kat ibu bapa.

    sedap pulak tengok menu2 diet tu. hahaha bilalah saya nak start eat clean ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...