Tahun 2025 baru sahaja menutup tirai dan jika ditanya apa yang boleh dibanggakan dalam dunia blog ini. Bagi aku mungkin kejayaan update 120 entry sepanjang tahun 2025 dan aku sendiri tak tahu dari mana datangnya kerajinan itu.
Ketika 2024 menutup tirai aku berjaya dengan 91 entry dan itu telah cukup menceriakan aku kerana tak pernah post lebih 40-60 entry dalam setahun. Dan tak disangka tahun 2025 mencecah lebih dari 100 entry dan menjadi rekod terbanyak.
![]() |
Dan di tahun 2025 juga adalah dengan tidak sengaja telah review 18 tempat makan yang menarik antaranya Cafe 7 Baris by Nana Mahazan, Chef Kecik Boulangerie @ Lalapot dan Bru & Mase Cafe Bistro At The Campus Mall.
Sebanyak 53 entry berkenaan travel di luar negara dan 18 entry berkenaan jalan-jalan di dalam Malaysia berjaya aku tulis. Dan 37 entry yang ditulis berkenaan travel di luar negara hanya untuk Kazakhstan, Kyrgystan dan Uzbekistan sahaja. Habis masa setahun nak habiskan cerita pengembaraan di negara Central Asia. Harap u all sudi la membacanya.
Setakat ini aku hanya berjaya tulis kisah perjalanan di 29 buah negara sahaja di dalam blog ini. Itu pun ada beberapa buah negara yang masih tak habis lagi kisah yang diceritakan dan masih berbaki kisah perjalanan di 22 buah negara untuk ditulis. If ditanya memang aku tak tahu macam mana nak habiskan tulisan untuk semua kisah pengembaraan itu.
Somehow yang datang ke sini membaca dan memberikan comment memang sangat membantu untuk aku bersemangat dalam menulis kisah pengembaraan backpackers aku di beberapa buah negara di dunia ini.
![]() |
| Teringin nak amik gambar macam ni tapi tunggu kurus dulu hahahaha.. |
Tiba-tiba aku terfikir pada yang suka baca kisah travel aku di blog ini. What if kalau ikut aku travel sekali? Travel cara aku yang pasti murah dari flight ticket dan ground budget, lebih explore sebab aku sukakan sejarah dan mencari sesuatu yang menarik berkenaan sesebuah bandar atau negara itu. Dan aku suka bergaul dengan orang tempatan.
Ada yang nak ke?
Di tahun 2026 yang baru sahaja membuka tirai ini aku berharap dapatlah tulis dan khatamkan at least kisah di 4 atau 5 negara lagi. Dan di 2026 ni aku tak plan nak travel ke mana sangat. Lebih kepada nak berehat dan kukuhkan semula institusi kewangan hahaha. But tengok la if ada tiket flight yang murah tak masuk akal mungkin boleh mengugat hati.


Tahniah.. banyak juga 120 entri, ambil masa untuk menulis.
ReplyDeleteWow, masih banyak cerita negara belum ditulis ya, 22 buah. Boleh buat rumusan kot, untuk sesuatu negara itu, dalam bentuk point yang penting. Cadangan saya saja. Sebab kalau nak tulis detail sangat, bila nak habis tu. Hehe... Apa pun, tahniah ya Encik, atas pencapaian blog lebih 100 entri pada tahun 2025. 👏👏
ReplyDelete