Thursday, 22 January 2026

C'La Ibrahim Bakery Cafe - Warung Asam Pedas Belanga Pontian

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Pulang dari Taman Negara Johor Tanjung Piai kami semua kelaparan yang teramat mungkin sebab semua tenaga dah habis digunakan walau pagi tadi bukan main mentedarah makan macam-macam hahahaa. Di satu persimpangan berhampiran Masjid Jamek Serkat kami terlihat C'La Ibrahim Bakery Cafe bersebelahan dengan GS Market Serkat.

C'La Ibrahim Bakery Cafe di Kampung Serkat, Pontian.
Terus aku memberhentikan kenderaan sebab agak tertarik untuk melihat apa hasil bakery di kawasan perkampungan ini. Dan plan nak beli something untuk alas perut buat kami sekeluarga sebelum jumpa dengan tempat makan yang selesa.

Ruang cafe yang kemas dan bersih. Boleh la nak duduk layan coffee dengan ice blended.
Alhamdulillah tidak mengecewakan langsung hasil bakery di sini terlalu variety of food dari pastry, kek, waffle, croffle, coffee, ice blended dan minuman lain juga ada disediakan di sini. Beralamat di Lot 1894-2, 82300 Pontian, Johor dan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra Melayu.

Antara yang masih lagi ada terjual di atas di waktu petang.
Katanya kalau datang pagi penuh atas meja ini dengan pelbagai pastry dan roti.
Roti Sosej ni antara favorite the kids. Wajib beli seorang satu.
Banyak juga pastry yang aku grab di sini sebab memang plan nak buat bekal dalam kereta di sepanjang perjalanan, tak ada la the kids nak meragam sebab makanan banyak dalam kereta. So bagi korang yang nak ke Taman Negara Tanjung Piai atau nak pulang boleh la singgah ke sini. Insyallah tak mengecewakan dan kita support ekonomi orang tempatan.

Donut di sini lembut, gebu dan sedap. The Kids ambil seorang dua biji.
Antara yang dibeli masuk kereta terus makan sampai habis sebab semua dah kelaparan.
In terms of price aku rasa reasonable dan tak la mahal namun sangat berbaloi dan review dari Google pun adalah 4.5 star. Jika nak dine in, kerusi dan meja disediakan walau tak banyak tapi mencukupi dan sufficient buat para tetamu.

Pilihan secara random dan kami memilih Warung Asam Pedas Belanga Pontian.
Dari area Kampung Serkat ini kami meneruskan perjalanan ke arah Pekan Pontian Kechil dan ketika hampir sampai di pekan kami terlihat beberapa buah warung asam pedas dan kami decide untuk mencuba di salah satu warung. Maklum la di sini juga agak terkenal dengan kesedapan masakan asam pedas.

Banyak pilihan masakan Asam Pedas Jenahak, Siakap, Merah dan Kerapu.
Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ikan Pari dan Ikan Kembung Goreng Kicap.
Dalam banyak-banyak warung di sini kami telah memilih secara random iaitu Warung Asam Pedas Belanga Pontian. Kelebihan di sini ada parking private yang disediakan buat para pengunjung. Dan juadah lauk pauk juga banyak di sini sampai rambang mata nak pilih yang mana. Dan semestinya masakan asam pedas menjadi keutamaan kami.

Masak Lemak Putih Pucuk dan Labu, Kupang Goreng Berlada, Sayur Campur.
Dari rasa makanan di sini aku bagi 9/10. Alhamdulillah memang sedap dan boleh rasa keaslian dari sifat kemelayuan yang memasak. Dan semua perkerja adalah berbangsa melayu dan tiada pekerja warga asing - setakat apa yang aku nampak la. Tempat duduk yang selesa, boleh pilih nak duduk berbumbungkan atap atau di bawah pokok.

Masak Lemak Daging Salai pun ada. Kari ikan dan ayam pun ada.
Ikan Cencaru Goreng Berlado.
Ulam-ulam ni semua memang kena makan dengan asam pedas.
Apa yang tak okay di sini? Muka akak yang kira makanan tu agak kurang mesra, tak friendly dan macam garang dan kasar sikit haha. Bila duduk di luar dalam keadaan panas aku perasan ada kawanan lalat yang datang berterbangan mengganggu kita nak makan. Dan harga makan di sini tak murah dan agak pricy namun berbaloi sebab sedap dan puas hati.

Tempat duduk di bahagian luar di bawah pokok juga disediakan.
Jika ditanya pada aku, insyallah akan repeat lagi makan di sini jika ke Pontian lagi. Namun ingin juga mencuba masakan asam pedas di warung-warung lain. Mana lah tahu terjumpa the best of the best amongs all asam pedas di Pontian ini kan.

Warung Asam Pedas Belanga Pontian ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang kecuali tutup pada setiap hari Selasa. Beralamat di Lorong Abdul Kamal, Jalan Kukup, Kampung Parit Tegong, 82000 Pontian District, Johor.

32 comments:

  1. fuhh terliur plak tgk gmbr2 mknn ni mlm2...pastry semua nampak sedap la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap masakan di warung ini.. Kalau ke Pontian jgn lupa singgah ke sini. Alhamdulillah pastry yg sedap di kawasan kampung :D

      Delete
  2. Warung asam pedas memang menyediakan pelbagai jenis asam pedas la. Banyak jugak menu lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam pedas tu kira signature mereka.. lauk lain kena ada juga especially utk kids yg tak makan pedas.. alhamdulillah lauk variety di sini :D

      Delete
  3. Uihhhh... lama tak pekena kupang! Masak berlada pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la amik kupang dari saya.. baru balik mancing .. ada kupang 2kilo fresh lagi siap bersih lagi :D

      Delete
  4. Tak menahan betul tekak tengok semuanya Afif. Sedapnya. Kami jarang betul ke selatan sebab tiada saudara mara mau kawan2 rapat. Kenduri kawin pun tiada di sebelah sana. Tapi tau makan best2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masa tgh tulis entry ni pun tertelan air liur hahaha.. ntah bila nak ke Pontian lagi lepas ni.. tak apa la xde sape di Selatan... Boleh buat trip ronda ronda cari makan.. ☺️

      Delete
  5. Tengok gambar roti, lauk dan pelbagai lagi pun saya rambang mata...Budak-budak kalau sudah kenyang memang akan diam dan itulah karenah biasa buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah bila ke warung nasi campur.. mmg tak tahu nak makan apa sbb byk sgt pilihan huhuu.. nk brjalan jauh mesti kena standby makanan dalam kereta .. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  6. Rasa nak cari asam pedaslah pula. Menarik kedai bakeri tu, nampak ada kualitinya dan susun atur pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala pekena asam pedas mmg sedap.. dalam pulak ikan merah.. mmg makan dua kali tambah la hihii..

      Delete
  7. Wahhh, dekat dengan daerah tempat tinggal sy ni, Afif. Kecur tengok pelbagai ikan dimasak asam pedas, mengancam betul, lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dekat ker.. Orang Pontian juga ke huhuu.. Asam pedas kat sana mmg sedap.. ikan semua jensi boleh buat asam pedas.. ☺️

      Delete
  8. Waaaah, nampak sungguh menyelerakan roti dan pastrinya. Saya memang tak boleh tahan kalau nampak begini, apatah lagi yang coklatnya kelihatan cair begitu. Aduh, terus terliur saya, hahaha.

    Makanan tradisional di tempat satu lagi pun memang sedap. Saya paling suka sayur-sayuran. Tapi akhir-akhir ini terpaksa dikurangkan, sebab dapat peringatan tentang asid urik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita mmg tak boleh tahan.. Kalau boleh semua mahu dibeli dan dicuba.. Tapi itulah umur dah banyak makanan kena jaga hahaha..

      Makanan tradisional biasa nya semua sedap sedap tapi dari segi kesihatan belum tentu lagi.. Moga2 kita sama2 jaga kesihatan.. ☺️πŸ‘πŸ».

      Delete
  9. Akak orang Pontian pun tak tau mana kedai makan yang sedap, maklumlah balik sekejap setakat jenguk orang tua dan tidur 1-2 malam je. Cuma biasanya ulang makan di restoran Kemangi dan Sogama.

    Menarik deretan pastri tu, ada masa boleh jalan-jalan beli pastri di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran Kemangi dgn Sogama.. ok next time balik Pontian nak gi cari la huhuhuu.. Pontian skrg dah jauh beza dgn 25 tahun lepas.. byk sbgt yg menarik dah.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  10. Rindu nak makan ulam, kalau tak makan dengan asam pedas, Faa makan dengan ikan patin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah la kat Perth tak ada ikan patin nak masak asam pedas atau gulai tempoyak huhuu.. Nanti balik Malaysia boleh la makan puas-puas.. :D

      Delete
  11. walaupun dah petang, tapi agak banyak jugak pastry yg ada tu. saya kalau masuk bakery pun memang akan pilih roti yg ada sosej haha.

    terliur pulak tengok aneka lauk2 kampung tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya kalau di awal waktu lebih banyak pastry yang ada di atas meja.. Roti sosej tu mmg dah jadi kemestian utk dibeli hahaha..

      Lauk kg makan di kawasan kampung mmg sedap dan ada kelainan.. ☺️πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  12. Nmpk sedap smua mknn tu. Setuju mskn kg bila mkn di kg terasa lebih vibe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kg kalau makan masakan yg simple pun dah dua tiga kali tambah.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  13. Wahh... Bakeri tu mcm byak juga ya jenis rotinya... Di pontian nie sy jarang makan luar.. tp di sini sy tgok ramai org makan kat Selera Tradisi Catering, Nasi Kandar & Kemangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kalau balik kg Pontian mmg food hunting.. Byk makanan sedap2.. Rugi la kalau tak selalu makan luar hahaha.. ok baik nanti cari Selera Tradisi Catering & Kemangi tu.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  14. Banyaknya lauk dekat kedai asam pedas tu. Rambang mata kalau KSarie ni nak pilih nak makan apa. Kalau husband KSarie dia memang akan makan asam pedas pari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warung tu tak la besar mana namun dipenuhi dengan ramai pelanggan.. alhamdulillah memang variety of lauk yang ada.. Samalah dengan my wife kalau asam pedas mmg ikan pari jer pilihan nya :D

      Delete
  15. Tempat duduk bawah pokok ni menarik kalau makan sini sebab redup je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan di bawah pokok tu mmg tenang dgn angin kejap kejap meniup huhuu..

      Delete
  16. sedap betul nampak lauk pauk tu..tapi kalau kene bergaduh dengan lalat, boleh mendatangkan kemarahan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn dtg waktu tgh panas.. ada lalat yg mengganggu masa nak makan.. nasib la tak ada yg terhempas dalam makanan.. πŸ˜…

      Delete