Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Pulang dari Taman Negara Johor Tanjung Piai kami semua kelaparan yang teramat mungkin sebab semua tenaga dah habis digunakan walau pagi tadi bukan main mentedarah makan macam-macam hahahaa. Di satu persimpangan berhampiran Masjid Jamek Serkat kami terlihat C'La Ibrahim Bakery Cafe bersebelahan dengan GS Market Serkat.
 |
| C'La Ibrahim Bakery Cafe di Kampung Serkat, Pontian. |
Terus aku memberhentikan kenderaan sebab agak tertarik untuk melihat apa hasil bakery di kawasan perkampungan ini. Dan plan nak beli something untuk alas perut buat kami sekeluarga sebelum jumpa dengan tempat makan yang selesa.
 |
| Ruang cafe yang kemas dan bersih. Boleh la nak duduk layan coffee dengan ice blended. |
Alhamdulillah tidak mengecewakan langsung hasil bakery di sini terlalu variety of food dari pastry, kek, waffle, croffle, coffee, ice blended dan minuman lain juga ada disediakan di sini. Beralamat di Lot 1894-2, 82300 Pontian, Johor dan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra Melayu.
 |
Antara yang masih lagi ada terjual di atas di waktu petang. Katanya kalau datang pagi penuh atas meja ini dengan pelbagai pastry dan roti. |
 |
| Roti Sosej ni antara favorite the kids. Wajib beli seorang satu. |
Banyak juga pastry yang aku grab di sini sebab memang plan nak buat bekal dalam kereta di sepanjang perjalanan, tak ada la the kids nak meragam sebab makanan banyak dalam kereta. So bagi korang yang nak ke Taman Negara Tanjung Piai atau nak pulang boleh la singgah ke sini. Insyallah tak mengecewakan dan kita support ekonomi orang tempatan.
 |
| Donut di sini lembut, gebu dan sedap. The Kids ambil seorang dua biji. |
 |
| Antara yang dibeli masuk kereta terus makan sampai habis sebab semua dah kelaparan. |
In terms of price aku rasa reasonable dan tak la mahal namun sangat berbaloi dan review dari Google pun adalah 4.5 star. Jika nak dine in, kerusi dan meja disediakan walau tak banyak tapi mencukupi dan sufficient buat para tetamu.
 |
| Pilihan secara random dan kami memilih Warung Asam Pedas Belanga Pontian. |
Dari area Kampung Serkat ini kami meneruskan perjalanan ke arah Pekan Pontian Kechil dan ketika hampir sampai di pekan kami terlihat beberapa buah warung asam pedas dan kami decide untuk mencuba di salah satu warung. Maklum la di sini juga agak terkenal dengan kesedapan masakan asam pedas.
 |
| Banyak pilihan masakan Asam Pedas Jenahak, Siakap, Merah dan Kerapu. |
 |
| Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ikan Pari dan Ikan Kembung Goreng Kicap. |
Dalam banyak-banyak warung di sini kami telah memilih secara random iaitu Warung Asam Pedas Belanga Pontian. Kelebihan di sini ada parking private yang disediakan buat para pengunjung. Dan juadah lauk pauk juga banyak di sini sampai rambang mata nak pilih yang mana. Dan semestinya masakan asam pedas menjadi keutamaan kami.
 |
| Masak Lemak Putih Pucuk dan Labu, Kupang Goreng Berlada, Sayur Campur. |
Dari rasa makanan di sini aku bagi 9/10. Alhamdulillah memang sedap dan boleh rasa keaslian dari sifat kemelayuan yang memasak. Dan semua perkerja adalah berbangsa melayu dan tiada pekerja warga asing - setakat apa yang aku nampak la. Tempat duduk yang selesa, boleh pilih nak duduk berbumbungkan atap atau di bawah pokok.
 |
| Masak Lemak Daging Salai pun ada. Kari ikan dan ayam pun ada. |
 |
| Ikan Cencaru Goreng Berlado. |
 |
| Ulam-ulam ni semua memang kena makan dengan asam pedas. |
Apa yang tak okay di sini? Muka akak yang kira makanan tu agak kurang mesra, tak friendly dan macam garang dan kasar sikit haha. Bila duduk di luar dalam keadaan panas aku perasan ada kawanan lalat yang datang berterbangan mengganggu kita nak makan. Dan harga makan di sini tak murah dan agak pricy namun berbaloi sebab sedap dan puas hati.
 |
| Tempat duduk di bahagian luar di bawah pokok juga disediakan. |
Jika ditanya pada aku, insyallah akan repeat lagi makan di sini jika ke Pontian lagi. Namun ingin juga mencuba masakan asam pedas di warung-warung lain. Mana lah tahu terjumpa the best of the best amongs all asam pedas di Pontian ini kan.
Warung Asam Pedas Belanga Pontian ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang kecuali tutup pada setiap hari Selasa. Beralamat di Lorong Abdul Kamal, Jalan Kukup, Kampung Parit Tegong, 82000 Pontian District, Johor.
fuhh terliur plak tgk gmbr2 mknn ni mlm2...pastry semua nampak sedap la!
ReplyDeleteMemang sedap masakan di warung ini.. Kalau ke Pontian jgn lupa singgah ke sini. Alhamdulillah pastry yg sedap di kawasan kampung :D
DeleteWarung asam pedas memang menyediakan pelbagai jenis asam pedas la. Banyak jugak menu lain.
ReplyDeleteAsam pedas tu kira signature mereka.. lauk lain kena ada juga especially utk kids yg tak makan pedas.. alhamdulillah lauk variety di sini :D
DeleteUihhhh... lama tak pekena kupang! Masak berlada pulak tu!
ReplyDeleteMeh la amik kupang dari saya.. baru balik mancing .. ada kupang 2kilo fresh lagi siap bersih lagi :D
Delete