Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, 3 February 2026

Pantai Rambah - Muzium Bugis - Makan Durian Murah Di Pontian

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Bersambung Dari Taman Negara Johor Pulau Kukup - Keindahan Yang Tersembunyi

Pulang dari Taman Negara Johor Pulau Kukup, kami berkesempatan singgah sebentar ke Taman Rekreasi Sungai Rambah atau juga dikenali sebagai Pantai Rambah. Aku tak pasti adakah ini pantai yang paling cantik di Pontian atau ada pantai lain yang lebih cantik. Tapi dalam pengalaman dengan arwah ayah dulu, tak pernah pula dibawa mandi pantai di Pontian.

Taman Rekreasi Sungai Rambah atau juga yang memanggil Pantai Rambah.
Dari Kukup, Pantai Rambah ini terletak di sebelah kiri dan tak jauh dari Kampung arwah ayah iaitu di Teluk kerang. Boleh dilihat signboard yang besar di tepi jalan yang tidak mungkin kita terlepas dari simpang jalan masuk ke pantai ini.

Jalan yang tenang masuk menuju ke Taman Rekreasi Sungai Rambah.
Tambak Batu yang dibina di sepanjang Pantai Rambah ini.
Di waktu petang ramai orang duduk santai picnic menanti golden hour.
Rasanya zaman dulu tak tahu pun kewujudan kawasan ini dan Muzium Bugis yang ada di sini ketika waktu dahulu adalah sebuah rumah kecil sahaja yang terletak bersebelahan Masjid Teluk Kerang lama. Arwah atuk dan nenek juga dikuburkan bersebelahan masjid yang sama. Teringat dulu lepas solat raya pasti akan ke kubur atuk dan nenek.

Menara tinjau, gerai jualan, tandas, pondok dan taman permainan juga disediakan.
Bentuk seakan-akan jambatan Pulau Pinang yang menjadi tarikan pengunjung.
Suasana yang nyaman di sini menarik pelbagai aktiviti termasuk camping. 
Taman Rekreasi Sungai Rambah ini telah dirasmikan sebagai taman awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Pontian pada 1 Disember 2009 oleh Y.B Dato' Haji Hasni bin Mohammad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Benut merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kerajaan Tempatan dan Kemudahan Awam Negeri Johor,

Camping dan memancing antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
Keadaan muara Sungai Rambah yang cantik dan bersih 
Menjadi laluan keluar masuk bot-bot para nelayan di sini.
Ia terletak di kuala Sungai Rambah yang mempunyai benteng konkrit di tebing Selat Melaka. Ruang pejalan kaki, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan senaman serta parking yang luas. Menjadikannya destinasi riadah popular bagi warga setempat. Pemandangan matahari terbenam (golden hour) di Selat Melaka adalah tarikan utama di sini.

Area kawasan tandas awam, gerai-gerai jualan dan surau di sebelah kanan.
Terdapat Pangkalan Nelayan Sungai Rambah yang dibina untuk komuniti nelayan tempatan melabuhkan bot mereka. Boleh menikmati pemandangan laut sambil melihat bot yang kadang kala keluar masuk ke arah muarah. Sambil itu kita boleh mencuba Cengkaruk Kelapa Muda atau Rojak Petis yang dijual di gerai-gerai sekitar taman rekreasi ini.

Asam Pedas Ikan Sungai Rambah. Kalau lapar nak makan tengah hari di sini pun boleh.
Terletak 8 kilometer dari Bandar Pontian dan 14.3 kilometer dari Pekan Kukup. Oleh kerana kawasan ini terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar, terdapat sebuah gerai makan di taman rekreasi ini yang dikenali Asam Pedas Ikan Sungai Rambah menyajikan hidangan yang menggunakan hasil tangkapan tempatan.

Tandas awam disediakan secara percuma di sini dan papan tanda peringatan untuk menjaga kebersihan diletakan sebelum masuk ke pintu tandas. Esok lusa kalau tidak dijaga pasti akan dikenakan bayaran untuk mengekalkan kebersihan.

Bangunan baru untuk Muzium Bugis oleh Yayasan Warisan Johor.
Penuh dengan artifak yang sudah beratus tahun dari masyarakat bugis di tanah melayu.
Selain itu terdapat sebuah bangunan yang dijadikan sebagai Muzium Bugis yang pada asalnya terletak di Kampung Teluk Kerang, Pontian. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Allahyarham Encik Abdullah Bin Ahmad untuk memelihara warisan, budaya dan sejarah masyarakat Bugis. Ia diiktiraf sebagai muzium Bugis pertama di Malaysia.

Peralatan muzik, bagasi lama, mesin skrap getah dan tempayan air.
Yang kayu panjang tu untuk tumbuk beras kalau tak silap aku la.
Dari aku umur 9 tahun lagi sampan ini telah wujud di muzium ini.
Kini ia diletak di bawah jagaan Yayasan Warisan Johor. Keunikan muzium ini adalah ia menempatkan sebanyak 1,017 artifak termasuk senjata lama seperti keris, parang dan panah, pakaian tradisional, peralatan muzik, perkakas lama dan peralatan perhiasan yang menggambarkan kehidupan masyarakat Bugis dan Kepulauan Riau.

Hasil usaha awal Allahyarham Encik Abdullah Bin Ahmad puluhan tahun lalu kini menjadi pusat rujukan sejarah penting terutamanya peranan etnik Bugis di Tanah Melayu. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Tiada bayaran masuk dikenakan namun sumbangan seikhlas hati amatlah digalakan bagi meneruskan penjagaan muzium ini.

Gerai Durian pertama yang kami berhenti, beli 7-8 kg durian.
Dalam perjalanan pulang ke Bandar Pontian kami terlihat ramai orang-orang kampung menjual durian di tepi jalan. Yang ketika ini sedang berbuah lebat kerana di pertengahan musim. Harga serandah RM5.00 sekilo banyak dijual di tepi jalan.

Kami berhenti pertama kali dengan membeli sebanyak 7-8kg dari penjual suami isteri melayu. Dan kemudian berhenti kali kedua membeli dengan sepasang suami isteri warga cina yang sangat baik hati dan pemurah. Oleh kerana di sini boleh packing isi durian dalam bekas maka kami membeli 10kg durian yang berharga RM6.00 dan 5kg yang berharga RM8.00.

Gerai kedua yang kami berhenti, rezeki dapat jumpa uncle dengan auntie chines yang baik ini.
Memang aku suggest untuk beli durian dari mereka. Bersih, soft spoken dan murah.
Suka dengan cara uncle dan auntie chines ni handle durian. Sangat menjaga kebersihan dan mana buah yang tak cantik sikit sahaja pun dia tukar dengan buah durian yang lain sampailah kita puas hati. Walau pun hanya durian kampung sahaja. Katanya buah durian ada yang sendiri dan ada yang dari pokok yang dipajak dari orang kampung lain.

Friday, 30 January 2026

Taman Negara Johor Pulau Kukup - Keindahan Yang Tersembunyi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Tips Dan Cara Untuk Ke Taman Negara Johor Pulau Kukup

Hari ketiga kami di Johor sempena cuti sekolah ini aku decide nak masuk second national park yang ada di daerah sini. Dan aku rasa satu-satunya daerah dalam Malaysia yang mempunyai dua taman negara hanyalah di Pontian ini. Sound sangat interesting kan? Alang-alang dah sampai moh ler kita explore Taman Negara Pulau Kukup ini.

Alhamdulillah safely arrived by boat to Taman Negara Johor Pulau Kukup.
Untuk maklumat mengenai parking kereta, pembelian tiket, harga tiket masuk dan cara untuk ke Pulau Kukup boleh refer di entry yang lepas. Asalnya memang nak buat satu entry sahaja tapi terlalu panjang maka kita potong kepada dua entry. Boleh ruju sini πŸ‘‰πŸ» Tips Dan Cara Untuk Ke Taman Negara Johor Pulau Kukup

Bulatan merah itu adalah kawasan yang dilarang atas faktor keselamatan.
Selesai perjalanan dengan bot lebih kurang 5-7 minit kita akan diturunkan di jeti Pulau Kukup yang diselenggara sepenuhnya oleh kakitangan Taman Negara Johor. Dan di pulau ini tiada penempatan atau sebarang aktiviti komersial melainkan semata-mata pengunjung Taman Negara sahaja. Memang dijaga dan dikawal dengan baik.

Akar Pokok Bakau Jangkang Tertinggi di Pulau Kukup.
Air Pasang yang tinggi ketika ini menenggelamkan plot plot ini.
Pulau Kukup Mangrove Nursery - Untuk memelihara population pokok bakau.
Apa yang menarik kami telah diberikan briefing terlebih dahulu setelah mendarat di jeti. Tidak seperti di Taman Negara Tanjung Piai yang mana pergerakan adalah sendiri tanpa briefing oleh kakitangan. Terdapat dua laluan di sini dan satu tandas dengan air bersih dibina berhampiran dengan Menara Tinjau yang juga diberi nama sebagai Menara Javanicus.

Satu-satunya tandas yang ada di sini - Lokasi tak jauh dari Menara Tinjau 
Keadaan tandas yang bersih dan sumber air juga disediakan.
Tapi masa nak guna tandas ni takut juga kot ada ular kat atas bumbung hahaa..
Dan laluan kedua tentulah ke Mercu Tanda Pulau Kukup. Namun ketika ini terdapat beberapa bahagian laluan masih lagi ditutup kepada pengunjung oleh kerana faktor keselamatan dari segi binaan yang telah rosak atau usang.

Oleh itu jika mahu ke mercu tanda yang terletak di hujung laluan. Maka kita kena berjalan semula ke entrance dengan mengikuti laluan yang kita guna semasa datang ke mercu tanda. Walau ia hanya bersebelahan dengan jeti utama. Dan kerana ini hanya beberapa orang sahaja yang sanggup berjalan ke Mercu Tanda Pulau Kukup dan kamilah di antaranya.

Check Point L Wakaf Xylocarpus. Ruangan untuk berehat.
Kalau di Taman Negara Tanjung Piai hanya disediakan pondok biasa sahaja.
Selesai briefing kami dibenarkan memulakan perjalanan menyusuri hutan paya bakau di sini. Berjalan di atas titi atau walking trail yang telah dibina khas untuk pengunjung. Dan walau ketika ini air sedang pasang besar, titi ini masih lagi tinggi dari permukaan air. Dan insyallah selamat walau kita bawa anak kecil base from my own experience.

Dari Tandas hanya beberapa puluh meter sahaja untuk ke Menara Tinjau.
Hanya the kids sahaja yang naik sampai ke atas. Kita rehat kat bawahlah hahaa..
Bagi aku pemandangan di sini lebih cantik dan bersih berbanding Taman Negara Tanjung Piai. Dan sturktur binaan di sini kelihatan baru sebab baru dibuka semula kepada orang ramai pada 17 Mei 2024 selepas kerja-kerja baik pulih selesai.

Alhamdulillah sampai di check point E - Pavillion Brahminy Kite.
Moh ler kita gambar bersama semua buat kenangan di masa hadapan.
Info: Taman Negara Pulau Kukup (Johor) ditubuhkan pada tahun 1997 bagi melindungi salah satu pulau paya bakau terbesar di dunia. Pulau unik ini yang merangkumi keluasan 647 hektar adalah kawasan perlindungan yang penting bagi tumbuhan dan haiwan yang berkaitan dengan bakau dan beberapa spesies yang dianggap jarang ditemui atau terancam.

Affan adalah orang yang paling excited dan paling banyak bertanya soalan.
Ternampak perkampungan ketam di sini. Boleh Nampak ke? hahaha..
Laman pejalan kaki yang selesa, platform pemerhati dan papan tanda bermaklumat yang banyak di sini, menjadikannya tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian dan pendedahan kehidupan alam liar Hutan Paya Bakau yang unik ini.

Taman ini merupakan tempat persinggahan penting bagi burung air yang bermigrasi melakukan perjalanan serta menempuh pelbagai rintangan di sepanjang Laluan Asia-Australasia (EAAF). Tanah berlumpur seluas 807 hektar yang mengelilingi taman ini merupakan tempat mendapatkan sumber makan yang produktif bagi burung semasa air surut.

Laluan titi ini hanyalah pilihan jika mahu berjalan di sini. 
Agak gerun juga berjalan especially dengan the kids sebab air tengah pasang.
Pemandangan yang cantik di Pavillion Brahminy Kite.
Taman ini juga penting bagi penduduk tempatan yang tinggal di tanah besar Kukup dimana paya bakau adalah tapak pembiakan ikan yang dapat menyokong industri perikanan tempatan dan lumpurnya kaya dengan hidupan kerang yang menyediakan sumber makanan dan pendapatan.

Check point D Plantar Propagul - Ruangan yang luas selepas Pavillion Brahminy Kite.
Kami duduk rehat dan makan sedikit bekalan di sini. Boleh tahan juga jauh nak ke sini.
Tak leh rehat lama-lama nanti mengantuk, dah la angin bertiup macam kipas masa ni.
Kisah Mitos: Menceritakan tentang ular gergasi yang melindungi pulau ini dan kadang-kadang dilihat berenang melintasi selat ke Pulau Karimun di Indonesia. Dan kisah salah seorang puteri alam kayangan yang jatuh cinta dengan seorang pemuda pelaut dan menerima akibat yang buruk di pulau ini.

Check Point C - Terowong Masa Pulau Kukup.
Terdapat banyak Ketam Batu ini di sekitar terowong masa ini.
Sejarah: Pada zaman dahulu, Pulau Kukup terkenal sebagai markas lanun. Menurut satu sumber (tidak dapat disahkan), nama pulau itu berasal dari kata Melayu ‘gugup’ kerana ianya merupakan apa yang para pelaut rasa pada masa terdahulu ketika mereka berlayar melintasi pulau ini dalam perjalanan ke Selat Melaka.

Finally kami sampai di main attraction Mercu Tanda Taman Negara Pulau Kukup.
Untuk berjalan ke semua check point kami mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Tidaklah begitu jauh dan kita berjalan pun di bawah teduhan pokok yang menutup sinaran matahari. The kids really enjoy dan tak tunjuk rasa penat kecuali kerap kali minta air sebab haus. Selain itu burung, ikan dan ketam juga menemani kami di sepanjang perjalanan.

Berjalan semula ke jeti adalah part paling mencabar sebab masing-masing dah penat.
And alhamdulillah we manage untuk sampai semula ke Jeti Taman Negara Pulau Kukup.
Perjalanan ke jeti semula terasa sedikit kepenatan sebab the kids masing-masing dan mula buat perangai dengan si afnan dan affan mula minta untuk didukung. Maka kami pun bergilir-gilir dukung dan suruh berjalan sedikit. Athira dengan Atiyya dah mula dia tak bercakap hahahaa. Dah tak excited macam masa datang tadi.

Tapi once sampai di jeti masing-masing bertenaga semula. Hai la anak-anak hahaha.. Dan di jeti kami berehat seketika dan aku cuba bertanya dengan kakitangan taman negara kot la mereka ada jual teh o ais ke. Sebab dahaga sangat dengan air manis. Air mineral pun dah larat dan tak lalu nak minum. Namun aku diberitahu tiada apa yang dijual di sini.

Muka semua dah kepenatan tapi gegurl kan kalau bergambar mesti no 1 hahaha.
Selepas selesai kita kena laporkan diri di kaunter taman negara ini.
Once kita selesai kita kena laporkan diri di kaunter kakitangan taman negara dan mereka akan menelefon boatman untuk arrange kan mengambilan kita dari Pulau Kukup. Pada kebiasaannya mereka akan tunggu dengan angka yang ramai untuk membawa kita pulang. Makanya kalau kita hanya berdua sahaja tunggu la sampai yang lain sampai.

Dan pada ketika ini kami tak nampak pun yang ramai-ramai datang bersama tadi ada di sini. Makna kata mereka hanya ke laluan Menara Tinjau sahaja dan tidak ke laluan kedua iaitu ke Mercu Tanda Taman Negara. Rasa macam rugi kalau tak bergambar di main attraction tu. Tapi itulah masing-masing punya kemampuan. Kalau korang pula macam mana?

Saturday, 24 January 2026

Tips Dan Cara Untuk Ke Taman Negara Johor Pulau Kukup

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai meneroka Taman Negara Johor Tanjung Piai, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Kerang, Repah dan Penerok, Pontian bagi menzairahi saudara mara arwah ayah yang masih aku kenali. Dan kemudian kami terus ke Pekan Pontian Kechil mencari hotel untuk berehat setelah kepenatan dengan aktiviti yang cukup padat hari ini.

Taman Negara Johor Pulau Kukup - Pulau Paya Bakau terindah di Malaysia.
Keesokan awal pagi kami menuju ke Kukup untuk merasai pengalaman yang sama seperti semalam tapi terdapat sedikit kelainan iaitu menaiki bot dan menuju ke sebuah pulau yang juga dikenali sebagai Taman Negara Johor Pulau Kukup.

Bangunan Stesyen Bas Kukup - tempat parking kereta paling murah di sini.
Untuk membeli tiket ke Taman Negara kita kena pergi ke Pejabat Taman Negara - sebuah bangunan 1 tingkat berwarna hijau yang terletak berhadapan dengan Stesyen Bas Kukup. Harga tiket masuk sama seperti di Taman Negara Tanjung Piai. 

Harga tiket adalah Adult RM5.00, Student (7-17 years old) & Senior Citizen (above 60 years old) RM3.00. Sila bawa Mykad atau passport jika tidak anda akan dikenakan harga bukan warganegara. Iaitu Adult RM20.00 dan Student & Senior RM10.00. And for below 6 years old is free. Kaunter dibuka setiap hari kecuali tutup pada Hari Khamis.

Pembelian tiket hanya boleh dibeli di Pejabat Taman Negara Johor Kukup.
Tiket terakhir dijual pada pukul 3.00 petang dan kemasukan terakhir ke Taman Negara adalah pada pukul 4.00 petang. Kenderaan boleh di parking di tempat letak kereta persendirian berbayar untuk lebih keselamatan. Dan jika nak murah boleh parking di area Stesyen Bas Kukup dengan kadar bayaran RM5.00 sehari.

Berjalan 200 meter ke Kukup International Ferry Terminal.
Berjalan melepasi perkampungan nelayan cina dan terdapat pejabat immigration di sini.
Jangan parking kereta sebarang jika tidak mahu disaman oleh pihak berkuasa. Selepas beli tiket kami mula berjalan kaki menuju ke arah Kukup International Ferry Terminal yang terletak lebih kurang 200 meter dari tempat pembelian tiket.

Keadaan air pasang besar menyebabkan air laut naik ke atas jalan raya.
Tapi tak adalah sehingga menyebabkan banjir. Air naik takat buku lali sahaja.
Kami sempat sampai ke terminal sebelum air ni naik seperti dalam gambar.
Taman Negara Pulau Kukup ini pernah ditutup pada 02 November 2021 untuk kerja-kerja baik pulih sebelum dibuka semula pada 17 Mei 2024. Oleh sebab itu semasa kami ke sini boleh dilihat pelbagai sturktur baru dan cantik. Dan boleh aku katakan untuk ke sini adalah lebih menarik dan banyak tempat bergambar berbanding Taman Negara Tanjung Piai.

Selamat Datang Ke Terminal Feri Antarabangsa Kukup.
Keadaan yang sibuk di terminal feri. Dari sini boleh ke Tanjung Bin Indonesia.
Yang berpagar besi itu adalah tempat untuk menaiki bot ke Pulau Kukup.
Dan Uncle Cina baju putih tu incharge person untuk geng boatman. Sangat peramah.
Satu keunikan Taman Negara ini adalah ia adalah salah satu antara Pulau Paya Bakau terbesar di dunia. Dan Pulau Kukup ini bersama Pulau Klang di Selangor adalah antara 10 Pulau Paya Bakau terbesar di dunia. Sundarbans Island di India dan Bangladesh sebagai hutan bakau terbesar dunia. Selain Mangrove Amazon di antara Brazil dan Peru.

Bot berwarna kuning inilah bot khas untuk perg ke Pulau Kukup.
Laluan titi kayu untuk naik ke bot. Adventure macam ni la seronok :D
Semua dah naik maka bot pun bergerak menuju ke Pulau Kukup.
Affan dan Afnan adalah orang yang paling bahagia naik bot ni. 
Sampai di terminal boleh tanya dengan security guard di mana tempat berkumpul untuk naik bot ke Pulau Kukup dan pasti akan diarahkan untuk berjalan ke arah kanan dan akan berjumpa dengan orang bot. Bayaran untuk dewasa RM10.00 dan kanak-kanak adalah RM5.00, namun boleh buat tawar menawar jika mahu.

Kukup International Ferry Terminal. Itulah ferry yang membawa penumpang ke Indonesia.
Ternakan ikan dalam sangkar yang cukup banyak di sini.
Dah nampak macam perkampungan atas air jer dari kejauhan.
Perjalanan dari terminal ke Pulau Kukup mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.
Untuk kami sekeluarga dari RM40.00 dapat diskaun kepada RM30.00 sahaja. Kata orang bot affan dengan afnan tak perlu bayar sebab belum sekolah. Dan ketika kami sampai di sini air laut terlalu tinggi sehingga kami diberitahu untuk menaiki bot di tempat lain bagi keselamatan kepada semua yang rata-rata adalah keluarga yang membawa kanak-kanak.

In total cost kami sekeluarga untuk ke Taman Negara Johor Pulau Kukup adalah RM46.00 sahaja. Dan tiada halangan untuk membawa makanan dan minuman ke Taman Negara ini. Kebersihan perlu dijaga oleh itu segala sampah dari bekas atau sisa makanan dan minuman yang kita bawa haruslah dibawa pulang semula.