Hari ini walau bangun awal seperti biasa namun ada sedikit rasa teruja dan debaran di hati. Si kakak Atiyya akan memulakan darjah 5 dan si athira akan memulakan darjah 3 untuk sesi 2026 ini. Pejam celik besar dah dua anak manja ni.
Tetap rasa debaran di hati walhal dah besar bukan baru nak mula darjah 1. Tapi itulah anak anak ayah kan.. Rasa debaran itu tetap ada. Affan akan memulakan sesi pra sekolah di sesi petang. Tak la kalut sangat nak siapkan dia seawal pagi.
![]() |
| Pakaian yang memang kena beli baru sebab cepat sangat membesarnya. |
Pagi ini ayah kukus pau sahaja.. Nak makan ringan-ringan sahaja kata merela berdua sebab nanti nak makan dengan kawan-kawan di kantin sekolah. Yer la dah dekat sebulan tak jumpa kawan-kawan kan. Cikgu pun dah inform dalam group whatsapp yang dua tiga hari ni tak perlu bawa buku.
![]() |
| Pau Kukus beli di Pontian, Johor tempoh hari. |
![]() |
| Athira disambut oleh guru besar sekolah agama. |
My daily routine will be busy again. Hantar dan ambil anak di sekolah setiap hari dari pagi, tengah hari dan petang. Cuma sekarang yang berubah adalah affan dah memulakan pra sekolah di sesi petang di sekolah yang sama dengana athira. Kuranglah satu tempat nak dituju di pagi hari. Si afnan akan mula sekolah selepas raya nanti insyallah. :D



selamat kembali ke sekolah utk anak2 kita semua! my boys, sorang form 5, sorang djh 6 ie dua org masih di bangku sekolah
ReplyDeleteAlhamdulillah musim persekolahan telah pun bermula. Okla tu sorang dah F5 tinggal sorang jer lagi. sy nak kena tempuh perjalanan jauh lagi sblm depa habis sekolah hihii :D
DeleteSelamat kembali ke sekolah anak- anak...allah aih...Kak SA x rasa moment2 ni, Atuk dan Uwan yang hantar Dania pi sekolah memandangkan SA kerja jauh...tunggu nanti hantar cucu la agaknya..hahahaha...
ReplyDeleteAlhamdulillah anak2 dah kembali ke alam persekolahan.. La ye ke tak merasa.. tak apa lah tunggu ada cucu nanti.. boleh rasa moment berkejar nak hantar dan mencari anak masa nak balik sekolah hihii
DeleteAlhamdulillah semuanya lancar di hari pertama sekolah nampaknya 👍🏻
ReplyDeleteSi bongsu Akk pun tak nak nasi lemak hari ni, nak beli di kantin katanya.
Alhamdulillah setakat ini semunya lancar dari awal subuh.. Moga semuanya baik2 saja sampai ke petang.. itulah masing2 nak ke kantin sama kwn2..
DeleteUdah mulai sibuk lagi ya bang, itulah serunya jadi orang tua, senang melihat perkembangan anak-anak, mumpung mereka masih kecil, usahakan sebanyak mungkin bisa terus berdekatan, kalau mereka sudah besar, sudah agak susah, apalagi kalau sudah sibuk, kedekatan seprti ini susah terulang.
ReplyDeleteEhhhh..Umur Atiyya sebaya Ammar lah..Darjah 5 tahun 2026 ni =)
ReplyDelete