Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Turkey Part 2 : Havaist Shuttle Bus To Esenler Otogar (Istanbul Bus Station)
Menaiki bas dari syarikat Metro dari Esenler Otogar menuju ke Sofia, Bulgaria pada pukul 9.00 malam. Nasib la waktu ini bas bergerak on time sebab aku dah mula kesejukan di ruangan menunggu. Dan waktu ini aku tak perlu risau sebab pekerja syarikat Metro dah panggil untuk naik bas yang mana dengan menggunakan bahasa ayam itik.
Aku pun tak pasti bila aku tertidur samada sebelum bas bergerak atau sejurus bergerak. Hanya terjaga bila bas berhenti rehat pertama kali selepas 3 jam perjalanan. Dan sejam kemudian bas sampai di border antara Turkey dan Bulgaria.
 |
| Bas bergerak tepat pukul 9.00 malam dari Esenler Otogar, Istanbul. |
 |
| Keadaan di dalam bas yang selesa dan wifi yang disediakan sangatlah baik. |
Di border Turkey semua penumpang turun dan berjalan ke bangunan immigration. Selepas passport di cop, kita berjalan ke tempat menunggu bas. Naik semula bas dan turun pula di border Bulgaria. Berjalan masuk ke bangunan immigration dan beratur menunggu melepasi immigration Bulgaria. Syukur passport Malaysia tiada masalah ketika di kedua-dua border.
 |
| Perhentian pertama selepas 3 jam bertolak dari Esenler Otogar. |
 |
| Ada sebuah pasaraya kecil yang menjual hampir kesemua makanan dan keperluan. |
 |
| Kasa tu should be a counter la kot hahaa. Alhamdulillah tempat pun bersih. |
Pegawai immigration pun tak tanya banyak soalan macam berapa banyak duit yang dibawa, booking hotel atau return tiket sebagainya. Dan luggage hanya dipilih secara random untuk di check oleh pihak berkuasa. Tapi ini mungkin pengalaman aku yang travel di waktu malam di musim sejuk. Dan mungkin juga sekadar bernasib baik sahaja 😅.
 |
| Bas menuju ke arah border Bulgaria dan berhenti untuk menurunkan semua penumpang. |
 |
| Turun dari bas semua orang terus berjalan masuk ke immigration. Sejuk sangat. |
Pihak berkuasa seperti polis, askar dan immigration Turkey lebih tegas dan serious berbanding pihak Bulgaria yang lebih tenang dan hanya berborak sambil bergelak sesama mereka di kaunter immigration. So aku tak berani nak curi amik gambar di kawasan border Turkey dan cuma berani amik gambar di border Bulgaria sahaja.
Pada pengalaman aku pergerakan dan urusan di kedua-dua border adalah sangat cepat dan mudah. Mungkin sebab laluan keluar masuk antara Turkey dan Bulgaria adalah laluan kebiasaan untuk para pengembara dari satu dunia.
 |
Semua beratur untuk masuk ke bahagian immigration Bulgaria. Masa ni minta la cepat sebab kesejukan di luar ni. Ada mesin ATM tetiba kat sini. |
 |
| Alhamdulillah keadaan semua penumpang selepas selesai urusan immigration Bulgaria. |
Review aku untuk bas Metro ini juga sangat baik dari segi pemanduan dan driver juga banyak membantu para penumpang yang memerlukan apa sahaja pertolongan termasuklah ketika di border. Wifi disediakan dengan baik di dalam bas ketika di dalam kawasan Turkey dan Bulgaria. Cuma kena guna wifi dan password yang berbeza setelah kita memasuki Bulgaria.
 |
| Dalam 5-10 minit sahaja tunggu, dah kelihatan bas kami selesai urusan. |
 |
| Cepat-cepat masuk dalam bas sebab dah kesejukan yang teramat ketika ini. |
Once dah melepasi kedua-dua border aku terus melelapkan mata dan tak kesah langsung jika bas ada berhenti atau tidak selepas itu. Namun terjaga bila bas berhenti di sebuah perhentian dan semua penumpang diminta turun selama 30 minit dan bas akan dikunci sebab driver bas nak rehat dan nak makan (sebab aku nampak driver dengan geng dia makan) 😅.
 |
| Bas berhenti rehat tak jauh dari Border Bulgaria 15-20 minit perjalanan. |
 |
| Kedai makanan ini halal own by Turkish Muslim family. |
 |
Tertelan juga air liur tengak semua makanan di sini. Boleh guna mata wang Turkish Lira atau Bulgarian Lev di sini. |
 |
| Paling best sebab ada tandas percuma di sini tapi jangan tanyalah keadaan kebersihan 😅. |
Satu perkara yang unexpected adalah kami diberikan snack, biscuit dan 3in1 coffee atau tea kepada setiap penumpang ketika lebih kurang 2 jam sebelum kami sampai di Sofia. Gagah tengok pakcik tu masak air dalam kettle dan tuangkan ke cawan kertas kepada setiap penumpang. Aku pilih coffee dan diberikan Nescafe yang bertulis Arada Original 3 in 1.
 |
| Dapat Nescafe 3 in 1 - 2 jam sebelum sampai di Sofia Cebtral Bus station. |
 |
| Dapat juga Kek Coklat dan Biskut Keju dalam Bas tapi simpan makan di hotel. |
Tiba di Bandar Sopia langit masih lagi gelap dan aku terus membuka google map untuk ke destinasi pertama iaitu sebuah masjid terletak di tengah bandar. Jarak dengan bus station cuma 2.4 km sahaja. Namun masalah aku yang hadapi adalah roaming Celcom tak function di sini. Terpaksalah guna wifi yang ada di bus station ini untuk screen short google map 😅.
 |
| Safely arrived di Sofia Cetral Bus Station sebelum subuh masih lagi sunyi. |
 |
Pakcik Albania yang boleh speaking english ni banyak membantu aku. Berjalan keluar dari Bus Station menuju ke masjid yang terdekat sebelum subuh. |
Dah dapat direction menuju ke masjid terus aku melangkah keluar dari bus station. Oh ya bus station di sini level macam bus station Pontian atau Bentong sahaja. Sangatlah simple, cuma kelihatan ada beberapa kaunter syarikat bas sahaja yang ada di sini. Dan ada beberapa kedai makan dan kedai yang menjual simkad.
 |
Vandalism yang cantik di lorong undergrounds tapi masih lagi bersih. Ada la nampak seorang dua jalan setiap 5 minit. Ada la rasa cuak dan takut tu. |
Di pertengahan perjalanan aku terdengar suara azan subuh yang berkumandang. Lagi la mudah aku nak berjalan mencari masjid. Tapi sebab jarak yang jauh sangat aku hanya tiba di masjid selepas solat berjemaah telah pun selesai. Namun syukur sempat menyapa dengan orang-orang islam di sini. Dan ada yang bertanya aku dari mana dan sebagainya.
 |
| Suasana ketika berjalan kaki ke masjid waktu subuh di Bandar Sofia yang tenang. |
 |
| Tak nampak any bus or tram maka kita jalan kaki sahaja. 2.4 km jer tak jauh. |
 |
Suka dengan environment di sini bersih dan tenang. Lagi pun tengah sejuk winter maka nak jalan jauh pun tak terasa sangat. |
Once dapat jer masuk masjid terus lega boleh duduk setelah berjalan jauh. Bila kaki melangkah masuk terus terasa satu aura yang sangat menakjubkan sebab masjid bersejarah yang berusia 400 tahun ini telah dibina oleh Pemerintahan Othmaniyah Turkey ketika bandar ini jatuh dalam jajahan mereka di kurun ke-16.
Inilah Sofia Mosque atau dikenali sebagai Banya Bashi. Tersergam indah di tengah-tengah bandar Sofia. Walau population muslim hanya 9.8%-10.7% atau 638,708 orang sahaja yang rata-rata berketurunan Ethnic Turks dan Pomaks iaitu Bulgarian-speaking Muslims (correct me if im wrong). Masjid di sini dibenarkan melaungkan azan 5 kali sehari.
Bersambung Bulgaria Part 2 : Banya Bashi Mosque - Public Hot Spring Water - Stivan Iskar Hotel (Under Construction)
Memang jauh perjalanannya.
ReplyDeleteDulu kami naik bas juga dari Bulgaria ke Istanbul.
Okla tu perjalanan jauh kita amik waktu malam boleh tidur sepanjang malam..
DeleteSomehow boleh jimat hotel untuk yang kurang budget macam saya ni hihii..
Wahhh..Best ni =D
ReplyDeleteAlhamdulillah pengalaman yg seronok di Bulgaria 🇧🇬 👍🏻☺️
DeletePihak berkuasa seperti polis, askar dan immigration Turkey lebih tegas dan serious berbanding pihak Bulgaria
ReplyDeletestatement ni sy setujuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt2
Kannn.... Di pihak Turkey ni mmg mereka mcm tak main2 dan sangat tegas. 😎
Deletegmbr kedua terakhir tu mengait memori kami hehehehe kenapa? nnt laa sy cerita hahaha
ReplyDeleteApakah yg berlaku dan siapakan kami itu hahaha.. area negara balkan ni nampak semua lebih kurang sama sahaja kan..
DeleteKat oversea pun ada bas Metro ye.
ReplyDeleteNama syarikat bas tu Metro.. Kita naik jer la asalkan sampai destinasi.. 😅
Deletealhamdulillah dapat bersolat di masjid bersejarah uthmaniyah melegakan lelah travel
ReplyDeleteInsyallah next entry saya akan share berkenaan masjid tu.. Seronok solat di situ, terasa aura Ottomaniyah.. 👍🏻
DeleteAlhamdulillah... ada snack pula bila nak smapai tu...minum air panas tu yang syok
ReplyDeleteTgh tgh sejuk dalam bas.. tiba2 dia bagi coffee panas.. memang layan... Ok sgt service Metro ni.. 👍🏻
DeleteHaa, solo trip ni memang test level tawakal. Gerak malam memang bijak. Jimat kos hotel, tidur pun nyenyak. Lagipun malam-malam nak tengok view apa sangat kan.
ReplyDeleteBetul tu bila travel sorang sorang mmg bnyk kena berserah pada Allah.. Alhamdulillah syukur byk yg dipermudahkan.. Tidur dalam bas waktu malam jimat kos accommodation.. 😎
DeleteMelihat di negara lain ada keunikannya kan..Sofia..best ja sana kan ustaz..
ReplyDeleteSetiap negara tu pasti ada keunikan tersendiri.. sofia bandar yg penuh bersejarah..
DeleteWonderful photos. Here in Montreal there is a gentleman who is originally from Bulgaria. He has lived here in Montreal for 30 years and owns a restaurant.
ReplyDeleteOh okay that very nice. Especially when he open up restaurant with originally Bulgarian traditional food.. would love it if near to me.. 😉
DeleteMenarik jugak siap ada diberi air panas dan makanan dalam bas ya. Dalam sejuk-sejuk tu tengok selamba je yang berseluar pendek tu ya tak kesejukan agaknya. Ini kalau akak mau dh terkencing2 jenis tak tahan sejuk. Bus stand pontian ya... aduhai sgt la simple kampung punya bus stand
ReplyDeleteUnexpected juga dapat coffee dengan makanan tu dalam bas.. Tgh kesejukan bagi air panas mmg layan la.. dah la sorang2 time tu.. Masih lagi biasa biasa jer bandar sofia ini.. Kedai jual tiket bas pun macam kedai2 tepai jalan jer :D
DeleteAlhamdulillah memang lega bila dah sampai masjid kan. Ada jugak penumpang lain yang pakai seluar pendek tu, tak sejuk ke. Coffee dalam bas, bestnya.
ReplyDeleteLega lepas immigration, lega sampai sofia dan lega sampai masjid... Syukur dan teruja yang teramat sampai di Banya Bashi Mosque tu.. ☺️👍🏻
DeletePerkhidmatan kelas A ni bas metronya siap bagi air dan biskut bagai. Kalau basnya selesa kurang sikit la rasa terpleot badannya walaupun perjalanan 9 jam kan. Rezeki sungguh dapat solat di Masjid Banya Bashi. Sure best kan
ReplyDeleteTak juga kelas A sebab ada jer beberapa syarikat bas lain yang harganya lebih mahal. Nak lebih selesa boleh ambil yang jenis sleepliner tu kerusi macam baring tu. Sy pilih yg murah jer :D
DeleteAlhamdulillah seronok beroslat di masjid Banya Bashi tu :D
Best disediakan makanan dan minumana dalam bas..kat Malaysia ada gak tapi x banyak...masa pengalaman naik bas balik jumpa suami akt Johor dulu la ada anmpak bas premier coach macam ni siap ada pramugari
ReplyDeleteLagi best bila kita tak tahu apa-apa tetiba know2 dapat jer hahaha... Best tgh sejuk dpt layan air panas.. Di Malaysia belum pernah lagi tgk bas ada bgi free coffee dgn biskut. biasanya tak bagi langsung makan dlm bas. :D
DeleteIngatkan pusing2 around turkey je. Terus cross border negara sebelah rupanyaa.
ReplyDeletePengalaman yg sangat menarik! Kalau saya, mmng tak retilah bab2 bas ni 😅
Turkey boleh jadi destinasi transit kalau naik turkish airlines. Makanya kita ke negara jiran dulu.. Naik bas ni senang jer.. 👍🏻
DeleteJauh jugak ye jarak Istanbul ke Sofia tu. Ingatkan Bulgaria ni negara non-Muslim rupa2nya ada jugak bandar yang didiami oleh penduduk Islam.
ReplyDeleteBulgaria adalah majoriti muslim country once upon a time ketika di bawah pemerintahan Ottomaniyah. Kisah sama macam Cordoba Spain.
Delete