Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Syukur dah masuk hari kelapan ramadhan. Setakat ini momentum masih lagi bersemangat dan bertenaga.
Niat untuk tak nak ke Bazar ramadhan tahun ni dah tergelincir hahaha.. Baru 8 hari dah dua kali ke bazaar. Dek kerana balik kerja lewat tak sempat nak masak, terpaksa jugalah ke bazaar untuk hunting juadah berbuka 😅.
![]() |
| Sunset view 7th of Ramadhaan 1447 Hijrah. |
Hari isnin baru ni ke bazaar membeli makanan. Kononnya nak beli sikit jer tapi dah masuk mana nak beli sikit. Nampak itu ini semua nak dibeli. Pergi pulak dengan the kids, memang macam-macam la mereka mintak.
In total habis RM63.50 untuk semua juadah berbuka. Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Nasi Lemak Sotong, Nasi Lemak Kukus Biasa, Tepung Pelita, Putu Piring, Taufu fa, Bubur Lambuk, Lok Ching, Air Soya, Macaroni Cheese & Ayam Gunting.
![]() | ||
Harga buat masa sekarang untuk RM63.50.
|
At this moment tengah siapkan Bulgaria Part 2. Agak susah nak nak menulis sebab banyak gambar dan tulisan di buku yang perlu di refer. Dan nak search info yang boleh dikongsikan bersama. Harap-harap dapat la publish by this week.
By the way siapa yang pernah pergi ke Yunnan, China dan ada berkongsi di blog. Tolong mengaku di ruangan comment 😄.



SA masih blom jejak lagi tapi abah dan Dania dah jejak dah...x dan la nak pi bazaar ramadhan...balik kerja sampai rumah pun dah pukul 7.15pm...jenuh...nasib baik abah ngan Dania pandai masak..hahahaha
ReplyDeleteMemang kalau boleh tak nak langsung ke Bazaar Ramadhan huhuu.. Nak masak sendiri dan nak berjimat huhuu.. Okla abah dengan dania pandai masak.. blik terus duduk makan jer la :D
DeleteWahh..meriah. Kalau kids ikut sekali mmg kena bwk budget extra =D
ReplyDeleteSebab tu tak nak ke bazaar ramadhan boleh lari bajet kalau pergi hari-hari hahaha :D
Deletesy dr mggu lps cari putu piring smpi ke sudah tak jumpaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteArea sebelah sini banyak jer putu piring... Benda susah nak dpt kan.. daha dpt blm tentu sedap gitu huhuuu
DeleteBy the way siapa yang pernah pergi ke Yunnan, China dan ada berkongsi di blog.
ReplyDeletetggu sy pergi dulu boleh tak?
hahahahaha
Hahahah boleh jer.. nanti dah pergi sila kongsi link ya.. kita nak baca hahahaa... 😅
Deletetepung pelita mmg fav bila bln ramadhan tp blum pegi lg bazar ramadhan
ReplyDeleteHebat hebat blm pergi bazaar ramadhan lagi.. Tepung pelita memang sedap kalau yg sedap huhu.. 🤤🤤
DeleteKenapa macaroni cheese tu nampak mcm tkde cheese je....
ReplyDeleteSaya sendiri belum jejak kaki pegi bazar ramadan, tak suka ramai manusia sangat haha. Belum citer kalau dapat makanan yg peniaga masak tak ikhlas lagi haha.
Bestnyaa. Yunnan is my wishlist! Tak silap tahun lepas blogger Ujie ada buat entry pergi sana.
Biasa la.. bukan standard cafe atau restaurant hihii..Kira okla sebab harga RM7.00 jer untuk sebekas yang banyak isi tu.. Dan yg makan pun the kids.. 😅
DeleteSeronok la tak pergi bazaar lagi.. tahun lepas berjaya hanya sekali sahaja ke Bazaar Ramadhan.. Bab dpt peniaga msk tak ikhlas tu mmg sakit hati huhuu..
DeleteOh ya Blogger Ujie ada pergi kan..ok baik nanti kita terjah ke sana 👍🏻
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeram nak bawak anak² gi bazar sekarang, makan modal haha...
ReplyDeleteTeringin nasi lemak la pulak 🤭
Tau tak apa.. sblm gi bazaar dah pesan.. boleh minta dua jenis makanan jer.. jgn lebih2.. Kalau tak satu bazaar diorng minta hahaha.. Nasi lemak kukus kena cari tu 😅
DeleteSalam Ramadan, saya pi bazar Ramadan hari 1-3 sahaja. Lepas tu dah malas nak bazar Ramadan sebab orang ramai sangat dan harganya fuhh.
ReplyDeleteSalam Ramadhan juga buat Tuan Faizal R sekeluarga.. Mmg sebenarnya malas nak ke Bazaar Ramadhan tapi itulah balik keje lewat terpaksa juga ke bazaar.. 😅
DeleteSetakat ni masih lagi belum jejakkan kaki ke bazaar Ramadhan. Tgk la weekend ni macamana 😅
ReplyDelete