Pages

Wednesday, 18 March 2026

Pengalaman Transit 1 Malam Sebelum Menaiki Kereta Api Ke Perlis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Salam Hari Ke-28 Ramadhan 1447 Hijrah.

Semalam hampir satu hari kami bermusafir bermula dengan flight jam 8.00 pagi dari KLIA dan kemudian transit 3 jam di Gaoqi International Airport. Dan kemudian barulah naik connecting flight pada pukul 3.55 petang.

My review for Xiamen Airlines - Service 5/5 - Keadaan dalaman Pesawat 5/5 - 😉👍🏻
Connecting flight jam 3.55 petang meninggalkan Bandar Gaoqi.
Alhamdulillah safely arrived di Changshui International Airport pada pukul 6.55 petang. By the time kami berjalan keluar dari pesawat, waktu berbuka pun masuk. Sempat minum air sahaja. Syukur si Kakak puasa penuh hari ini walau dalam keadaan bermusafir. Muslim Meal (MOML) kami dah tapau siap2 dari first flight dan second flight.

Katil King di tingkat bawah. Ada aircond yang boleh digunakan sebagai heater.
Terdapat sofa yang panjang boleh dijadikan katil kalau ramai.
Ada dua Katil Queen di tingkat atas.
Nampaknya masih lagi jauh perjalanan nak sampai Perlis. Tak apalah kita chill chill dulu. Sampai di Gaoqi suhu 14 degree dan ketika sampai di Changshui suhu jatuh ke 9 degree. Untuk malam tadi kami sewa hotel apartment yang berharga RM90.00 semalam via Agoda.com. Ada satu katil king di tangkat bawah dan dua katil queen di tingkat atas. 

Pemandangan jendela dari hotel apartment kami di tingkat dua.
Insyallah pagi ini kami akan check out awal untuk ke train station yang terletak lebih kurang 850 meter dari hotel ini. Harap weather tak la terlalu sejuk. Penat juga nak kena pakai tebal-tebal ni huhuu. Our connecting train insyallah jam 12.00 tengah hari nanti. It will be the first experience for the kids naik high speed train insyallah. ☺️

38 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat sampai ke destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah safely arrived beberapa destinasi yg kami tuju setakat ini. Moga semuanya baik2 sahaja amin. ☺️🤲🏻

      Delete
  2. Jap²...Linda pening jap.. TT bukan dari Malaysia ke? Bila masa nya keluar negara..😆😆
    Tertinggal ketapi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry lepas kan dah tunjuk ke KLIA menaiki penerbangan Xiamen Airlines hihihii.. bukan tertinggal kereta api tapi confius dgn tajuk hihii..

      Delete
    2. Tajuk mengaburi mata..hihihi

      Delete
    3. Saja nak mengaburi mata mata yg sakit hati kat ofis tu hahahaa.. 😅

      Delete
  3. errr kiranya fly gi obersi then nak balik kampung kat perlis malaysia ker? fenin i

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kiranya terus fly pergi oversea. Insyallah balik nanti baru nak balik ke Perlis 😅.. Moga dipermudahkan segala urusan.. 🤲🏻

      Delete
  4. Murah harga sewa apartment tu 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah very unexpected juga.. at first rasa macam kena scam sebab gambar bilik bagai semua guna AI huhuu.. 😅

      Delete
  5. dah hampir separa mac pun masih sejuk lagi ya cuaca kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah masih lagi sejuk but now ada di second city tak sesejuk mcm semalam.. Ingat nak masuk spring tak la sejuk huhuu

      Delete
  6. p/s selamat hari raya maaf zahir & batin buat en afif sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitiri Mohon Maaf Zahir dan Batin juga buat dear anies.. 👍🏻☺️

      Delete
  7. Semoga selamat smp perlis.Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Masih lagi jauh perjalanan tapi kita gerak slow slow nak sampai perlis ☺️

      Delete
  8. Tajuk dgn jalan cerita mcm langsung takde kene mengena haha. Apa pun enjoy your trip!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saje jer lah buat tajuk macam tu.. sebab ramai yg yg baca tajuk sahaja 🤣

      Delete
  9. haah la murah jugak tu harga sewa dia tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku sangka bilik tapi sebenarnya dapat studio dua tingkat.. seronok tak terkata ☺️🤲🏻

      Delete
  10. pjg btul sofa tu..mcm confuse plak baca tajuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuu.. mmg nak bagi confius especially yg baca tajuk sahaja..

      Delete
  11. RM90 cam tu? Macam tak caya je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa book mmg tawakal sahaja.. alhamdulillah syukur wujud dan besar penginapan nya.. ☺️👍🏻

      Delete
  12. Selamat hari raya buat Afif sekeluarga.. Orang kangar ke ? Faa penah duduk area taman bumita kayangan kejap dulu. Tahun 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin juga.. Mak kita org Perlis.. Mak saudara dan sepupu ramai di Perlis.. Dari kecik mmg selalu balik ke Perlis.

      Delete
  13. kalau naik keretapi mcm percaya gi Perlis..haha..x sabo nak tengok suasana raya di sana...mesti seronok sbb ada masyarakat Muslim...masjid pun banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah diri sendiri pun tak sabar nak tgk suasana hari raya di sini.. Destinasi di pilih sebab ada komuniti umat islam dan masjid di sini.. nanti kita share ya ☺️👍🏻

      Delete
  14. Tu diaa.... nak elak jammed ke Kangar dia ikut jalan udara eh.. singgah dulu oversea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah ceritanya.. Biasa balik berjam jam ke Perlis.. kali ni tukar cara perjalanan 😅

      Delete
  15. Dia kalau travelling memang selalunya best walaupun dalam keadaan berpuasa. China banyak tempat molek-molek kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. China memang byk tmpt menarik.. Dan umat islam di China pun ada puluhan juta orang.. Seronok tgk keadaan dan suasana umat islam di sini ☺️

      Delete
  16. penginapan kat china ni senang juga jumpa yg murah kan. ada tengok orang review hotel konsep traditional chinese kat area shangri-la, dpt bawah rm150 je utk bilik yg luas dan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang jumpa but mmg majoriti semuanya murah. Kdg2 harga tak masuk akal murahnya hahaha.. Kalau pergi berdua shaja boleh dpt bilik harga RM40-50 semalam utk konsep traditional. Murah sgt 👍🏻☺️

      Delete
  17. Murah harga penginapan tu..
    Bersih dan cantik pula tu.. Selesa nampaknya untuk berehat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap murah sangat.. kalau pergi berdua lagi la murah harga bilik tu. Ini dah kira 6 kepala satu bilik pun still bawah RM100 semalam.. 🤲🏻☺️

      Delete
  18. Murahnya hotel apartment tu. Travel musim masih sejuk ok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unexpected juga dapat bilik sebesar tu. Masa booking ada feel 50-50 juga betul ke tidak.. but syukur alhamdulillah betul ☺️

      Delete