Pages

Monday, 15 June 2026

Salam Hari Isnin - Coretan Hujung Minggu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Pagi Isnin buat semua..

Mood nak update blog hilang ntah ke mana..

Sabtu baru ni ada mesyuarat PIBG sekolah agama si athira dan atiyah dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari.

Ahad pagi pula gotong royong goreng sukun di masjid sebab buah suku yang dah terlalu banyak dalam kawasan masjid. Goreng dan hidang selepas kuliah subuh. Alhamdulillah habis licin semuanya.

Lebih dari 10 biji buah sukun yang dikorbankan pagi tu. Ada balance dalam 15 biji lagi untuk digoreng pada Program Subuh Perdana hari Rabu minggu ni Insyallah. Memasak lagi la geng orang lelaki masjid.

Bersama Haji Nik memotong dan menggoreng sukun di subuh hari.
Rupa buah sukun kot ada yang tak kenal.
Buang kulit yang dalam semua boleh digoreng.
Proses menggoreng sukun adalah yang paling memenatkan.
Apa lagi aku nak tulis eh? Hahahaa.. 😅

Untuk sambungan trip perjalanan Romania ke Turkiye masih belum ditulis apa-apa lagi. Tunggu ada mood nak menulis semula. By the way tolong doakan wife yang dah seminggu tak sihat. Moga kembali sihat dan ceria insyallah.. ☺️🤲🏻

20 comments:

  1. Replies
    1. Buat rewang di masjid lagi sedap dan meriah :D

      Delete
  2. waah sedapnya sukun! kegemaran akak ni. makan cicah sambal kicap.
    susah nak jumpa buah sukun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat kampung dulu benda yang selalu ada dijual bersama goreng pisang..
      Cicah sambal kicap kan.. kita kan org johor hihii.. skrg susah nak jumpa org jual..

      Delete
  3. Lamanya tak makan sukun. Sedap kerepek sukun, sukun goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerepek sukun tak pernah jumpa dan tak pernah makan lagi huhuu..
      Memang selalu makan sukun goreng yang bancuhan sama dgn pisang goreng :D

      Delete
  4. Sedapnya sukun goreng.. favorite Akk ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah favorite kita juga.. generasi baru jer yang tak nak makan sukun ni hahaha

      Delete
  5. Sukaaa sukun goreng. Dulu mama sering masak. Skr kalau teringin cari di tempat orang jual gorengan.

    Saya ikut doakan istri Abang sehat kembali yaaa. ☺️. Semoga lekas pulih semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes zaman dulu-dulu sukun memang jadi makanan di waktu petang bersama kopi hihii.. zaman skrg hispter tak suka makan sukun goreng ni hahahaa.. Alhamdulillah terima kasih doakan ..

      Delete
  6. ya allah lama nya x makan sukun goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. saya pun dah lama tak makan.. nasib la kat masjid buat merewang goreng sukun ni huhuhuu..

      Delete
  7. Sukun goreng makan dengan sambal kicap emmm menambah-nambah makannya. Semuga soulmate sihat walafiat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. dulu kecil2 di Johor memang makan ubi goreng, pisang goreng pun dgn sambal kicap huhuu.. Amin terima kasih mendoakan :D

      Delete
  8. Semoga wife Afif cepat sembuh dan kembali ceria..

    Btw, lama juga tak makan sukun guringg. Cecahhh ngan sambal kicap pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin.. terima kasih mendoakan wife kita.. Dekat Perth tak ada buah sukun ke.. durian ada juga jumpa di supermarket dulu.. 😅

      Delete
  9. dalam tak de idea terbit juga sebuah entri ye, sedapnya lama kak ana tak jumpa buah sukun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ... Kena menulis juga walau tak ada idea kan... Jgn biar lama tak post pape huhuu..

      Delete
  10. Sedapkan sukun goreng, esp makan panas²..kena potong tebal sikit, baru best ..

    ReplyDelete
  11. dulu kt kampung banyak pokoknya di halaman penduduk. la ni dah banyak yang kena tebang.. suka kerepek sukun

    ReplyDelete