Pages

Tuesday, 9 June 2026

Ada Yang Baik - Ada Yang Kurang Baik

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ok ini first entry bulan ni nak berceloteh 😅. Penat rasanya nak menulis entry travel yang sangatlah memerah otak untuk merangka setiap ayat. Kita rehat dan santai-santai sebelum sambung kisah perjalanan dari Romania pulang ke Turkey.

Asal naik kereta jer pasti dengar lagu Faizal Tahir "Ada Yang Baik, Ada Yang Kurang Baik". Maka aku pun nak tulis jugalah pasal tajuk ini yang aku rasa macam ada kena mengena dengan apa yang aku lalui dalam kehidupan mengembara ini.

Jom kita borak pasal minat untuk mengembara ini.

Bagi aku ianya sesuatu yang aku sendiri sangat galakkan namun apa pun mencari ilmu itu penting sebelum kita melakukannya. Lagi-lagi travelling ini melibatkan wang ringgit yang banyak dan nyawa juga menjadi pertaruhan.

Maka apa yang baik dari blog ini boleh la diambil mana yang kurang baik tu janganlah diikuti ya 😁.

Isu dalam membeli tiket menggunakan agent ni. Aku sendiri tak pernah beli tiket menggunakan agent sepanjang berada di Malaysia. Kecuali masa belajar di oversea dulu sebab masa tu tak ada online payment untuk international and so on dan kami student withdraw dan bayar guna cash di office travel agent, itulah cara paling mudah.

Agak banyak kes penipuan yang berlaku di Malaysia sekarang ini, maka bagi aku beli tiket direct dari official website adalah lebih mudah dan selamat, somehow few times lebih murah. Lepas pembayaran dibuat terus akan dapat tiket dalam email. Ok ada satu tips yang aku boleh kongsi bila nak beli tiket untuk group yang ramai di official website. 

Sebab korang perasan tak, bila search harga tiket untuk seorang dapat RM1,500.00 tapi bila search 5 orang untuk satu family, harga jadi lebih mahal. Patut total jadi RM7,500.00 tapi jadi RM8,300.00. Ke korang tak perasan terus beli sahaja tanpa check harga per kepala? 😅. Mungkin harga genap mudah kita perasan tapi kalau RM1,672.76 x 5? .

Maka apa yang biasa aku buat adalah buka website dengan 2-3 laptop on the same time dan search that ticket flight dengan tarikh dan waktu yang sama. Bila semua dah dapat that harga baru la dibeli bersama. Agak complicated tapi itu cara nak dapat harga murah bersama dan dapat same flight untuk semua.

Jap... Bukan pasal beli tiket yang aku nak cerita sebenarnya.. tapi pasal minat travelling itu sendiri..

Aku ada mengenali seseorang yang mempunyai background belajar agama sehingga ke luar negara. Dan pernah berkata nak travel satu dunia sebab nak jadi seperti Ibnu Batutah iaitu seorang pengembara terkenal di dalam dunia islam. 

Bagi aku tiada masalah namun sebelum nak jadi Ibnu Batutah kenalah tahu at least sedikit sebanyak ilmu mengenai travel. Dan di zaman Ibnu Batutah dan zaman sekarang cara travelling tu memang dah banyak berubah. Where is ada banyak perkara yang kita dah tak boleh apply di zaman sekarang. Especially bila travel bersama keluarga.

Zaman sekarang bukan sesuka hati boleh nak tumpang tidur di masjid bila travel. Bermalam di taman bersama anak dan isteri. Mengguna pakai kebaikan orang untuk menumpang tidur di mana sahaja. Dan bila check in hotel dapat breakfast free, dia pi bungkus segala roti, buah, air kotak dan lain-lain untuk bekalan travel dia.

Dan paling teruk aku pernah dengar adalah dia mengutip derma dan sumbangan untuk menampung kos dia nak travel. Seriously aku terkejut dan lebih mengejutkan ada yang bagi duit (derma) untuk dia travel. Nampak kurang baik di situ.

Memohon derma untuk sambung belajar di luar negara tu aku faham atas sebab nak menuntut ilmu tapi bukan travel untuk diri sendiri semata-mata. Dan mempergunakan alasan untuk menjadi seperti Ibnu Batutah? Korang rasa macam mana?

Ada yang baik buatlah.. Mana yang kurang baik maka kita jauhi lah..

No comments:

Post a Comment