Pages

Saturday, 6 June 2026

Romania Part 9 : Afternoon Walk At Dâmbovița River - Final Moment In Bucharest

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Dah habis squeeze cerita di Romania ini namun tetap sampai Part 9 aku tulis hahaa.. Ingatkan boleh buat dalam 6-7 entry sahaja. Harap-harap yang membaca tak boring la melayan travel journey aku yang ntah menarik atau tidak 😅.

Sepatutnya nak ending kan cerita Romania di part yang lepas tapi sebab ada banyak lagi gambar maka aku buatlah last part ini. Demi kenangan untuk diri sendiri, anak cucu dan juga bacaan untuk u all yang sukakan cerita travel ini 😉.

Jom la jalan-jalan waktu petang di Sungai Dambovita ini sementara nak tunggu maghrib.
Ketika aku sedang makan di restoran tiba-tiba Anto whatsapp tanya aku di mana, terus aku reply ada restoran ini dan berdekatan dengan sebuah masjid yang hanya beberapa station dari hotel. Terus Anto kata tunggu dia datang sana.

Aku kata kita jumpa di masjid sahajalah sebab tak kan lah nak duduk lama-lama kat sini dah la makan free 😅.

Dari dalam whatsapp lagi Anto dah gelakkan aku pasal dapat makan free tu 😅. Sambil aku berjalan ke masjid, Anto pun sampai beberapa detik kemudian. Sementara menunggu Anto bersolat aku sempat bancuh teh yang diberikan secara percuma di hall masjid ini. Seronok layan teh panas dengan keadaan yang kian sejuk menjelang lewat petang.

Lepas selesai solat, Anto pun join aku bancuh teh dan kami sama-sama duduk berborak di hall masjid ini. Lagi pun kami dah tak ada plan nak buat dan Anto masih lagi ada sehari stay di Bucharest. Aku pulak malam ni nak pulang ke Istanbul.

Air tak jernih tapi sungai dan persekitaran amatlah bersih, sedap mata memandang.
Agak banyak itik yang berlainan jenis di sungai ini termasuk beberapa ekor swan.
Masih ada sejam lebih lagi nak masuk maghrib, tak kan nak duduk sini lama-lama. Masa ni pun dah 2-3 cup teh aku bancuh 😅. Aku pun ajak Anto berjalan-jalan di area sekitar Dâmbovița River. Dia agree kami pun bergerak keluar dari masjid.

Just another view. Memang berbaloi berjalan di sini dengan suasana yang nyaman & bersih.
Tak lama berjalan tiba-tiba Anto kata dia lapar dan katanya nak ke restoran yang aku makan tadi. Aku pun kata okay la nanti jumpa Maghrib di masjid sahaja. Sebab aku nak jalan-jalan di tepi sungai ini dan ofcoz aku malu nak masuk restoran tu lagi hahahaa.. Dan aku pun meneruskan berjalan kaki di sepanjang sungai ini seorang diri.

Bangunan lama ini masih lagi digunakan sebagai Odeon Palace - Brasserie and Events.
Bukan ada yang menarik sangat tapi sekadar nak layan pemandangan sahaja sebab malam ni akan naik bas balik ke Istanbul semula. Bagi aku Bucharest sebuah bandar yang tenang dan setiap orang hanya memikirkan diri mereka sendiri tiada yang mengganggu especially kita as tourist yang merayau-rayau even pada kawasan yang sunyi.

Masa tengah berjalan layan perasan tiba-tiba terlihat ramai orang-orang muda dengan masing-masing membawa beg. Rupanya aku dah termasuk kawasan universiti yang bersebelahan dengan Dambovita River ini.

Teringat kenangan ketika belajar di Johannesburg suatu ketika dahulu.
Terdapat sebuah universiti di sini iaitu Universitatea Titu Maiorescu (UTM) - Sebuah universiti swasta terkemuka di Bucharest. Ditubuhkan pada September 1990 dan dinamakan sempena Titu Maiorescu iaitu seorang pengkritik, sastera dan ahli politik terkenal di Romania. Mempunyai 9 fakulti termasuk Perubatan, Undang-Undang, Psikologi, dan Sains Komputer.

Ditubuhkan sejurus selepas kejatuhan rejim komunis di Romania dan menawarkan pendidikan tinggi yang moden. Diiktiraf secara rasmi oleh undang-undang Romania sebagai institusi pendidikan tinggi dalam sistem kebangsaan pada 2002. Menjadi universiti swasta pertama di Romania yang tersenarai dalam National Metaranking of Universities pada 2021.

Mostly yang memancing di semuanya orang-orang tua sahaja.
Nampak la mereka enjoy the life dan tidak mensia-siakan hari tua hihii.
Pakcik ni paling meriah, asyik angkat ikan sahaja setiap 3-4 minit.
Sepanjang aku berdiri kat sini ada la kot 5 ekor dia dapat.
Ikan yang mereka dapat di sini mcam ikan Kap dan ikan Lampam.
Kalau kat Malaysia tempat macam ni banyak ikan Bandaraya, Keli dengan Talapia jer.
Dalam tak sedar aku dah berjalan sejauh 1.1 km sampailah di jambatan yang penuh dengan kenderaan dan di sini terdapat ramai orang yang sedang memancing. Sempat aku lepak seketika melihat ragam orang di sini memancing. Nak tahu juga ikan apa yang ada di sini (biasalah sama-sama kaki pancing kan 😁).

Lepas puas tengok mereka memancing dan mengangkat beberapa ekor ikan. Aku pun berjalan semula ke arah Timpuri Noi Metro Station yang juga menuju ke arah Masjid At Taqwa. Masa nak berjalan pulang tak terasa jauh bak kata orang tua, bila nak balik tu keadaan sekeliling especially pokok-pokok dah kenal kita, tu yang tak rasa jauh huhuu..

Pemandangan ke arah Dambovita River dari jambatan pejalan kaki.
Rasa tak jauh mana berjalan, tau-tau dah sampai di Timpuri Noi Metro Station. Terus aku berjalan ke arah masjid. Dapat la berjalan santai-santai lebih 2.5km petang ni. Dan Anto juga whatsapp katanya dia dah sampai di masjid dan memberitahu aku waktu maghrib tinggal berapa minit sahaja lagi. Okay la ngam sempat sampai sebelum masuk waktu.

Suka dengan pemandangan sekitar sini. Susah nak nampak sampah walau satu.
Safely arrived at Timpuri Noi Metro Station untuk ke Masjid At Taqwa.
Bila sampai di masjid agak terkejut sebab agak ramai jemaah yang hadir untuk bersolat maghrib, mungkin juga siang tadi waktu kerja. Pekerja Bangladesh di Efes Turkish Cuisine tadi pun ada sekali, sempat aku salam dan ucapkan terima kasih sekali lagi. Aku kata insyallah aku tak akan lupakan jasa baik kamu dan akan ku sebarkan keseluruh dunia.. Aiceee 😅.

Suasana lebih meriah dengan jemaah yang ramai ketika solat maghrib.
Aku dengan Anto bersama naik metro pulang ke hotel dari masjid tadi.
Kanan tu staf hotel yang banyak membantu kami walau tak boleh speaking.
Selesai solat aku dengan Anto pun berjalan kaki pulang ke Timpuri Noi Metro Station untuk pulang ke hotel. Beg backpack aku dah siap simpan di lobi hotel sebab dah check out tengah hari tadi sebelum ke Arcul de Triumf Monument.

Anto kata nak guna bilik dia ke kalau lepak dulu sebelum ke bas station. Aku kata tak perlu la sebab nak sampai awal di bas station. And somehow aku nak naik metro ke bas station so better gerak awal, kang ada pape hal tak ada la kalut hihi.

Walau masih awal belum pukul 9.00 malam tapi keadaan jalan dah lengang.
Dalam 5 minit berjalan ada la terserempak seorang dua sahaja yang berjalan.
Melintasi sekali lagi Dâmbovița River pada waktu malam di kawasan lain.
Duduk borak sekejap dengan Anto di lobi hotel dalam 10 minit dan aku kata dengan Anto. Tak sure lepas ni kita boleh jumpa lagi atau tidak. Sebab Anto pun duduk di area jauh dari Borneo sana tu. Kalau Jakarta tu boleh la kot nak terjumpa kalau ke sana. Apa pun berterima kasih pada Anto sebab banyak menolong aku especially dari bab memberi info.

Sebab aku pun main redah sahaja untuk kali ini. Oh ya untuk tiket bas aku ke Istanbul, Anto tolong belikan dari App Flixbus dan aku bayar cash terus dengan Anto guna Lira Turkey dan USD. Sebab Anto pun akan ke Istanbul, senang kata dia tak perlu tukar duit lagi.

Bersambung Istanbul Part 3 : Safely Arrived Esenler Otogar - 12 Hours Journey From Bucharest (Under Construction)

No comments:

Post a Comment