Pages

Wednesday, 3 June 2026

Romania Part 8 : Monument Arcul de Triumf - Masjid At-Taqwa - Efes Turkish Cuisine

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Romania Part 7 : Hanul Cu Tei (Old Town) & Ion Constantin Brătianu Monument

Banyak cerita dan gambar aku skip sebab tak nak banyak part untuk trip ke Romania ni. That way few part sebelum ni agak panjang ditulis sebab nak habiskan cepat hihii.. Tunggu je la kalau aku siapkan buku travel journey nanti. Kat situ boleh la aku cerita details pengalaman aku pada setiap perkara yang berlaku.. Insyallah tolong doakan la :D

Bucharest Monument Arcul de Triumf.
Aduh habis seperenggan bagi intro yang tak penting 😅. Okay jom sambung.. On the last day aku di Bucharest ini hanya satu tempat sahaja yang aku target nak pergi iaitu Bucharest Monument Arcul de Triumf yang terletak di bahagian utara Bucharets. Tak nak push sangat sebab ada banyak hari lagi nak guna kaki menapak di Istanbul dan Dubai nanti.

Menaiki Bucharest Metro M2 Line (Blue) ke Station Aviatorilor.
Keluar sahaja dari exit station ternampak cafe yang comel ini.
Dari Universitate Station aku menaiki Bucharest Metro M2 Line (Blue) yang menghala ke arah Pipera Station (final sttaion). Dan aku berhenti di Station Aviatorilor iaitu hanya 3 station dari Universitate Station. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10-15 minit bergantung waktu sesak atau tidak. Exit the Aviatorilor station toward King Michael I Park (Herăstrău).

Dari metro station melintasi King Michael I Park untuk ke Arcul de Triumf.
Terlihat banyak bunga dan buah di sini serta kekacang chip & dale 😊.
Tak terasa jauh sebab suasana yang tenang, bersih dan dipenuhi kehijauan.
Walk west along Bulevardul Constantin Prezan for about 10-12 minutes to arrive at Arcul de Triumf also known as The Triumphal Arch. Info: Is a symbol of national pride, military victory and unification. Standing 27 meters high on Kiseleff Road, it directly mirrors the classic architectural spirit of Rome and Paris's own Arc de Triomphe.

Dan akhirnya aku berjaya sampai di Arcul de Triumf - terasa bangga seketika 😅.
Ada lalun untuk berjalan di bawah dan di sekeliling monument.
Sejarah asal bermula dengan pembinaan menggunakan kayu pada tahun 1878. Ia dibina dalam keadaan tergesa-gesa oleh tentera Romania bagi menyambut kemenangan ketika berarak ke ibu negara selepas negara itu berjaya mengalahkan dan mencapai kemerdekaannya daripada Empayar Uthmaniyyah. Namun binaan kayu itu ia tidak bertahan lama.

Berketinggian 27 meter lebih rendah dari ketinggian Arc de Triomphe Paris.
Romania menjadi Kesatuan Besar pada tahun 1918 selepas Perang Dunia Pertama. Menyatukan Transylvania, Bukovina dan Kerajaan Lama Romania. Di waktu pertabalan Raja Ferdinand I dan Ratu Marie di tahun 1922, arkitek Petre Antonescu telah membina gerbang kedua. Namun disebabkan kekurangan bajet dan masa ia telah runtuh selepas sedekad.

Telah dibina sebanyak 3 kali dan yang terakhir pada 1936 dan ia kekal sehingga kehari ini.
Pada tahun 1935 tinggalan gerbang lama yang runtuh telah dirobohkan dan dibina semula menggunakan ukiran batu yang sangat teliti, kemas dan cantik oleh artis Romania terkemuka iaitu Ion Jalea. Monument baru telah dirasmikan pada 19 Disember 1936 dengan terdapat nama-nama pertempuran penting dalam sejarah Romania terukir di sini.

Semasa berjalan pulang terlihat sejenis bunga yang mengeluarkan buah ini.
Underground Metro Station terletak di bawah kawasan ini. 
Ada beberapa cafe di bangunan putih tu, boleh la take five setelah penat berjalan.
Dari The Triumphal Arch aku berjalan semula ke Metro Station Aviatorilor dan terus ke Masjid At Taqwa yang terletak 5 station dari Aviatorilor dan perlu menukar train M3 Line (Red) atau M5 Line (Oren) di Station Piata Unirii untuk ke Station Timpuri Noi. Dan berjalan kaki 450 meter untuk sampai ke masjid. Syukur alhamdulillah sempat solat zohor dalam waktu.

Keadaan agak sibuk ketika membuat pertukaran line di Station Piata Unirii.
Safely arrived di Timpuri Noi Metro Station. Okla tak susah mana pun.
Dari Tampuri Noi Metro Station kena cross Sungai Dâmbovița untuk ke masjid.
Waktu sampai di masjid aku macam tak pasti betul atau tidak sebab hanya ada satu pintu pagar kecil dan keadaan di dalam seperti bangunan tinggal. Namun tertera tulisan masjid aku gagahkan diri untuk masuk. Dan benar masjid terletak di hujung sekali dengan sebuah menara comel yang mempunyai kubah kecil.

Disebabkan lagi 20 minit nak masuk Asar maka aku decide untuk join jemaah tanpa solat jama. Kalau ada peluang, nak juga berbual dengan jemaah tempatan. Selepas solat beberapa orang menegur aku dan kami mula berborak dalam Bahasa Arab 😂 sebab 3 pakcik ni berasal dari Libya, Iraq dan Syira. Dan hanya boleh bertutur dalam Romania dan Arab sahaja.

Sampai di Masjid At Taqwa setelah berjalan hampir 500 meter dari metro station.
Dari parking lot ini juga boleh masuk ke masjid cuma tak pasti adakah ia part of masjid.
Walau bahasa arab aku dah jauh ke tengah laut namun kami masih boleh berborak sambil ketawa. Ingat lagi bila ditanya aku dari Malaysia terus mereka sebut Mahathir Mahathir. Dan bila aku tanya mereka berasal dari mana maka yang seorang tu sebut Saddam Iraq. Dan seorang lagi sebut ana minal Libya, Gaddafi!! Dan yang pakcik terakhir hanya sebut Syria.

Keadaan di dalam masjid teramat selesa ada air minum dan meja ping pong.
Dan tea & sugar disedikan free flow untuk para jemaah 👍.
Keadaan di bahagian tandas dan tempat wudhu. Tak sure di sini ada tempat untuk wanita.
Lepas tu kawan dia kata dalam arabic "Kenapa tak sebut nama pemimpin agung kau?" sambil ketawa. Terus dia pandang aku sambil sebut "Huwa rijalul asad" (dia orang Asaad) sambil kami semua ketawa. "Laisa qaidi" (not my leader) katanya.

Ruang di dewan solat utama yang jauh lebih baik dari keadaan di luar.
Alhamdulillah dapat bersama menunaikan solat asar berjemaah di sini.
Pastu pakcik dari Iraq kata. Setiap bangsa akan bangga dengan pemimpin mereka macam kau dari Malaysia Mahathir "wa ana minnal Iraq wa sayyidi Saddam". Tapi orang Syira tak akan bangga dengan Al Asaad Si Penzalim. Masa ini tahun 2024 Asaad masih memerintah Syira dan peperangan dalam negara masih berlaku dan hampir 15 tahun lamanya.


Berborak dengan 3 orang jemaah masjid. Berasal dari Iraq, Syria dan Libya 
Yang pegang payung tu tolong drop aku di restoran halal berdekatan.
Masa nak balik aku tanya ada any halal food nearby terus pakcik iraq tu kata jom naik kereta dia hantarkan dan aku dibawa ke Efes Turkish Cuisine. Masa ni memang dah lapar sangat dan malam nanti nak naik bas balik ke Istanbul so boleh la habiskan baki duit yang ada. Masa aku masuk seorang pekerja Bangladesh menyapa dan memberikan catalog menu.

Pakcik dari masjid drop aku di sebuah restoran tak jauh dari masjid.
Keadaan di dalam restoran yang amat selesa dan tak sesejuk seperti di luar.
Dengan tidak sengaja aku bertanya all food is halal? dia reply only some dish is halal. Terus aku kaku sekejap dan dalam hati "Ah sudah". Terus aku order kari kentang dengan roti macam Nan tu satu. Terus aku bagi alasan tak cukup bajet nak makan hahaha. Sebab dah masuk duduk tak kan nak keluar. Lagi pun perut dah lapar 😅.

Yang baju kelabu tu pekerja restoran dari Bangladesh.
Dan yang baju hitam tu owner restoran Efes Turkish Cuisine.
Tapi masa makanan sampai, aku terkejut sebab bukan itu yang aku order. Staf Bangladesh tu kata "I spoke to owner and told him u have no money and he gift you for free and i can confirm this dish is halal". Terus aku terpinga-pinga tak tahu nak happy ke nak malu tapi perut suh makan cepat hahaha.. 😅

Satu Roti seperti Nan, nasi putih dan kekacang yang berwarna kuning sama macam apa yang aku makan di Sofia beberapa hari lepas. Dan kuah seperti kari ada kentang dan kebab daging.

Bersambung Romania Part 9: Afternoon Walk At Dâmbovița River - Final Moment In Bucharest (Under Construction)

No comments:

Post a Comment