Pages

Monday, 24 August 2026

Hong Kong & Macau Part 2 : Pengalaman Menaiki Bas Dari Hong Kong Airport Ke Macau

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 1 : Unlock New Experience With Hong Kong Express Airways

Sementara menunggu pagi sempat aku tidur lebih kurang 3 jam di bahagian arrival. Agak ramai juga orang yang tidur di setiap kerusi yang disediakan di sini. Bila tiba waktu subuh, aku kembali ke surau menunaikan solat subuh dan fresh up. Kemudian berjalan menuju ke arah tempat bas yang berada di tingkat 3 atau ground floor.

Suasana pagi hari di HK Airport yang mula dipenuhi orang.
Sempat aku jalan-jalan sebelum ke terminal bas di tingkat bawah.
Yang ini base on pengalaman aku yang tiba di Terminal 1 Hong Kong International Airport. Selepas keluar dari arrival gate, kita kena berjalan ke kiri sehingga ke hujung dan kemudian akan jumpa lift di sebelah kanan tak jauh di belakang Pret A Manger Restaurant. Oh ya surau terletak di level 7 Departure di sebelah hujung kiri bersebelahan dengan tandas.

Nak turun bawah guna lift boleh dan nak jalan ikut luar airport pun boleh.
Once masuk dalam lift akan ada 3 button sahaja iaitu untuk ke Level 7 Departure, Level 5 Arrival Hall dan Level 3 Cheong Tai Road Bus Stop. Insyallah teramat senang tapi kalau salah jugak tak tahu nak kata apa lah đŸ˜…. Bas hampir ke semua destinasi di Hong Kong ada di sini termasuklah untuk ke Hong Kong - Zuhai - Macao Bridge (HZMB).

Cari Platform Bas B4 dan boleh juga naik Bas A35 untuk ke HZMB.
Dari Hong Kong Aiport ke HZMB mengambil masa 10 minit.
Sebelum ke Macau kita akan ke HZMB atau Zuhai terlebih dahulu untuk urusan immigration keluar dari Hong Kong. 

Once keluar dari lift di level 3, pergi ke arah kanan dan cari platform bas B4 atau A35. Harga tiket HKD7.00 dan perjalanan mengambil masa kurang 10 minit untuk ke HZMB. Memang dekat sangat dan boleh nampak airport dengan jelas dari HZMB ni. Rasa kalau jalan kaki pun boleh, tapi berpeluh ketiak la kalau musim panas hahahaa..

Tadi masa naik tak sempat nak ambil gambar sebab bas tak tunggu lama.
Zuhai adalah tempat khas immigration Hong Kong untuk ke Macau.
Turun dari bas dan masuk dalam, terus beratur untuk immigration.
Selepas selesai urusan immigration kita boleh membeli tiket bas ke Macau dengan harga HKD65.00 seorang. Bayaran boleh dibuat menggunakan Octopus Card atau Credit/Debit Card. Dan aku guna cash sebab nak pecahkan sekeping nilai besar ni.

Selepas melepasi immigration terus ke kaunter tiket bas.
Boleh beli tiket bas di mesin atau di kaunter manual.
Okay ada banyak cara untuk ke Macau dari Hong Kong Airport antaranya Shuttle Bus, Ferry, Taxi dan flight with helicopter yang disediakan oleh pihak Macau atau Hong Kong. Dan cara yang aku guna ini adalah yang paling murah dan bagi aku sangat berbaloi sebab boleh layan view yang cantik dan merasai pengalaman melintasi jambatan ke 5 terpanjang di dunia.

Gerak waktu siang tiket lebih murah HKD65.00 per person.
Aku bayar cash sebab nak pecahkan note HKD500.00.
Dapat tiket terus kita berjalan ke arah bas yang ada setiap 15 minit.
Jalan kaki dari dalam ke tempat bas menunggu tak sampai 5 minit.
But first four brigde hanya digunakan untuk laluan kereta api sahaja maka boleh consider HZMB ini adalah yang terpanjang untuk laluan kereta. Panjang jambatan sejauh 55km termasuk sebahagian 6.7km terowong berada di bawah laut. Perjalanan bas di atas jambatan ini mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Macau International Bus Terminal.

Semua bas dari Zuhai ke Macau berwarna kuning emas.
Bas melalui terowong di bawah laut sejauh 6.7km.
Info: Senarai 4 jambatan terpanjang di dunia. Pertama Jambatan Besar Danyang-Kunshan (China) 164.8 km - laluan kereta api. Kedua Jambatan Changhua-Kaohsiung (Taiwan) 157.3 km - laluan kereta api laju. Ketiga Jambatan Besar Tianjin (China) 113.7 km - viaduct kereta api. Keempat Jambatan Besar Weinan Wei (China) 79.7 km - laluan kereta api.

Pemandangan yang indah melintasi lautan dan gunung ganang.
Bas agak kosong ketika ini dan aku pilih duduk di bahagia atas untuk view yang lebih jelas. Oh ya tengok gambar baik-baik sebelum comment ya.
Jambatan dari Hong Kong ke Macau ini mempunyai panjang 55km.
Turun dari bas di Macau International Bus Terminal kena lalui custom dan immigration Macau. Nasib la semuanya tak cop passport, kalau tidak mesti penuh dapat kumpul cop passport sebab ini kali ketiga lalu immigration. Untuk Malaysian Passport Holder tiada visa diperlukan untuk masuk ke Hong Kong (90 Days per entry) dan Macau (30 Days per entry).

Tiba di Macau immigration selepas 40 minit perjalanan dari Hong Kong.
Masuk dalam terus beratur untuk immigration dan custom Macau.
Once kita berjalan ke luar selepas selesai semua urusan, terus akan akan nampak platform bas. Boleh pilih untuk ke area Macau (Bas no 101X) atau ke Taipa (Bas no 102X). Harga tiket bas HKD6.00 untuk satu perjalanan baik jauh atau dekat.

Aku pilih Bas 101X sebab ia akan berhenti di kawasan berhampiran hotel yang aku akan stay sepanjang berada di Macau. Dan ketika ini aku bayar dengan menggunakan HKD10.00 sebab tak ada duit Macau. So balance tu burn sebab kita bayar pada mesin tiket di sebelah driver bas. Tak apa lah nak buat macam mana kan huhu.  Tapi ada lagi masalah lain pulak đŸ˜….

Selesai urusan terus keluar dan mengambil 101X ke arah pusat bandar.
Disebabkan Macau adalah bekas jajahan Portuguese maka semua signboard tertulis dalam bahasa portuguese. Dan di sini aku tersilap turun dari bas yang sepatunya destinasi yang dituju berdekatan Yuettung Ferry Terminal tapi aku turun di Terminal MarĂ­timo De Passageiros Do Porto Exterior. Sebab nama yang tertulis dalam bas semuanya dalam Portuguese.

Tersalah turun di Terminal MarĂ­timo De Passageiros Do Porto Exterior.
Waktu masih awal lagi untuk check in hotel pada pukul 12-1.00 petang.
Tak apa lah boleh jalan kaki jauh sikit untuk buang masa.
Kalau turun di destinasi yang betul jarak cuma 550 meter sahaja untuk ke hotel tapi sebab dah salah kena berjalan 2.7km. Tapi tak apa lah waktu pun masih awal pagi. Marilah berjalan dengan tenang sambil melayan suasana pagi bersebelahan Reservoir Park ini. Ramai orang yang sedang bersenam dan yang tua duduk berborak sesama mereka.

Pemandangan Reservoir Park. Nampak tenang sebab keadaan yang bersih.
Terjumpa tandas awam yang unik dengan design very old school.
Persekitaran yang bersih walau ramai yang hadir ke sini untuk beriadah.
Sambil melihat google map aku terlihat perkataan Guai Hill yang terletak tidak jauh dari keberadaan aku. Alang-alang dah sampai jom la kita jalan-jalan situ sebab dari bacaan ketika di rumah terdapat perkhidmatan cable car naik ke atas bukit.

Terdapat sebuah peninggalan sejarah kubu pertahanan dan rumah api tentera Portuguese iaitu Farol e Fortaleza da Guai atau Guia Fortress and Lighthouse Museum di atas puncak berusia lebih 400 tahun dengan pembinaan awal iaitu lighthouse tower yang telah dibina pada seawal tahun 1622M. Diikuti pembinaan kubu pertahanan beberapa tahun kemudian.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 3 : Menaiki Guia Hill Cable Car & Visit Farol e Fortaleza da Guai (Under Construction)

1 comment:

  1. Jambatan 55km tu pun dah terasa panjang. Yg 164 km tu giler lahh. Cina ni bab2 rekod dunia sentiasa nombor 1.

    Sekarang kalau lalu custom dah kurang kena cop2 passport. Ia memudahkan dan takyah kena que panjang2. Tpi honestly sedih gak sebab tak dpt kumpul cop passport

    ReplyDelete